Friday, April 27, 2012

The Lovebird of #OccupyDataran





Tiga hari lalu (24 April), berlegar di ruangan maya sebuah video adegan berahi para demonstran anti-PTPTN dan Occupy Dataran yang dimuatnaikkan di Youtube oleh blogger Badutrakyat. Melihat pada keadaan tapak perkhemahan haram para pendemo di Dataran Merdeka tempoh, maka benarlah laporan Harakah dan Tranungkite akan BETAPA MELUATNYA UNIT AMAL TERHADAP MAKSIAT DAN KEMUNGKARAN YANG BERLELUASA sepanjang 'penaklukan' selama seminggu di dataran bersejarah ibu kota kita ini.


Frankly speaking, I don't see anything strange about this video because I had seen dozens of this scene before in my college days. Biasalah beb, budak-budak Hipster macam nilah kerja dorang. Pantang bersama dengan makwe dan pakwe mesti berkepit jelah, kalau boleh 24 jam nak melekat. Jangan nak disalahkan budak KL jer beb, bebudak kampung dari ceruk Kelantan pun lagi terer-terer belaka dalam bab ni lebih-lebih lagi dalam bab berkapel. Kadangkala aku pun tak paham jugak, macam mana puak-puak Serbanista GAMIS ngan PMI yang kononnya pejuang Islam totok ni boleh terlepas pandang perkara mungkar yang dilakukan oleh comrade mereka di depan mata sendiri?. Sudah dibutakan mata dan hati oleh Anwar dan Ambiga ke atau dihalalkan oleh Tok Guru parti cap bulan mengambang pujaan hati nurani mereka?.


Aku dah cakap sejak dari entry sebelum ni lagi bahawa perikatan haram antara SERBANISTA bersama HIPSTER LIBERAL SOSIALIS hanya ampuh buat seketika ajer sewaktu BARISAN NASIONAL masih memegang tampuk pemerintahan negara. Ini kerana pada masa ini, kedua kumpulan ini hanya berkongsi SATU MATLAMAT iaitu menumbangkan BARISAN NASIONAL dan membawa fahaman anti-establishment yang menjurus kepada penentangan terhadap segala usaha dan dasar kerajaan. AKAN TETAPI, WALAUPUN BERKONGSI MATLAMAT YANG SATU NAMUN MEREKA BERBEZA PENDAPAT DAN IDEOLOGI.


Sebab apa aku katakan begitu kerana puak SERBANISTA lebih cenderung membawa ideologi ekstrem teologi untuk menegakkan negara berpemerintahan ALA TALIBAN manakala puak HIPSTER pulak berkecenderungan untuk menegakkan negara sekular yang berfahaman LIBERAL DAN SOSIALIS seperti negara barat. JADI SUDAH TENTUNYA AKAN BERLAKU KONFLIK DI ANTARA MEREKA APABILA SUDAH BERKUASA KELAK KERANA MASING-MASING NAK MENEGAKKAN FAHAMAN MEREKA SENDIRI. Senario ini telah aku sedari sejak dari perhimpunan BERSIH 2.0 lagi.


Untuk tak melengahkan masa, korang tengok jelah video dan fikir-fikirkan sejenak.



cop.. cop.. wait a second, macam kenal jer mamat ngan awek dia tu..



Siapa lagi kalau bukan si Fahmi Reza bro..


Kalau beginilah gayanya, tak mustahil mereka berdua tinggal dalam satu khemah. Pelik, kenapa perkakas-perkakas Serbanista Taliban boleh diam jer dengan perlakuan sumbang mereka sebegini?.

Jika dilihat trending perjuangan para mahasiswa bajet Islamik di internet, para serbanista ini seringkali menyamakan pergerakan mereka sebagai sebuah gerakan kebangkitan Islam. Namun begitu amat menyedihkan apabila turut bersekongkol dengan golongan sosialis yang pada hakikat memperjuangkan sebuah agenda lain yang amat berbeza sama sekali pegangan dan halatujunya.


Korang lihatlah sendiri pengakuan beliau (Fahmi Reza) terhadap para serbanista yang seringkali menyemak di ruangan komen Facebooknya. Y'all patut tau ler perangai serbanista ni tak habis pot pet berceramah agamal padahal nak jadi ustaz pun belum tentu pass dan berkelayakan lagi.

Boleh rujuk jugak pendedahan yang dibuat oleh blogger Pena Minang terhadap siapa sebenarnya Fahmi Reza ini. SINI




Fikirkanlah para mahasiswa yang bajet Jihadi Wannabe sekalian, orang macam ni korang nak bekerjasama?. Nanti bila memerintah esok lusa boleh ker korang kawtim?. Selonggar-longgar geng UMNO terhadap Islam pun korang boleh gelar kaffir habistu Hipster-Hipster camni bagaimana pulak dowh?.



Shacklesmith : JAWI taknak siasat ker apa dorang wat kat dataran?

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget