Laman portal PAS, Tranungkite melaporkan bahawa ada di antara Unit Amal PAS menarik diri daripada menjaga kawasan Dataran Merdeka.
Kekesalan Unit Amal PAS jelas dalam ayat terakhir artikel tersebut:
Unit Amal bergerak dengan asas Amal Kerana Allah dan Hormat pada pimpinan. Bagaimana kamu nak mereka bergerak bersama kamu apa bila dua asas itu kamu nafikan??
Fahamilah sejarah demonstrasi PROTES di Stadium Kelana Jaya tiga tahun lepas.
Seperti minyak dan air tak boleh bercampur, begitu juga dengan perkara maksiat dan agama. Walaupun dalam artikel di atas cuba ditutup dengan mengatakan bahawa sebab utama mereka menarik diri kerana kurang kerjasama pendemo, cuba anda lihat gambar di bawah. Adakah Unit Amal PAS nak jaga orang-orang macam ni?
Sumber : MyMassa
Bagi golongan Hipster, mereka akan mempergunakan waktu keemasan di Dataran Merdeka ini dengan melakukan aktiviti 'riadah' seperti bercium, bergomol dan bermanja ringan-ringan bersama kekasih masing-masing. Perkara yang sama jugak akan diiikuti oleh sebilangan mahasiswa SERBANISTA yang lemah pegangan agama mereka.
Sememangnya, aktiviti perkhemahan di Dataran Merdeka tersebut bukanlah bertujuan untuk menuntut pemansuhan PTPTN. Sebaliknya, ianya tidak jauh berbeza dengan parti-parti jalanan golongan hippies dan woodstock di Amerika Syarikat pada lewat tahun 1960an. Akibat dari berleluasanya maksiat sehingga memedihkan mata memandang ketika perkhemahan tepi jalan tersebut, Unit Amal Parti PAS tidak sanggup lagi beramal makruf nahi mungkar bersama mahasiswa yang sewel ini.
Shacklesmith : Bagaikan air dengan minyak mana bisa ia bersatu..
No comments:
Post a Comment