Saturday, April 7, 2012

Jika Anda Seorang Public Figure, Gunakanlah Twitter Sebaik Mungkin!

Aku tau mungkin sudah terlambat untuk aku menyentuh akan kes ni memandang halnya sudah berlaku lebih dua minggu yang lalu lagi-lagi pulak aku ni asyik busy memanjang jer sejak dari bulan sudah jadi memang takde masa sangatlah nak berblog. Akan tetapi sebagai seorang RAKYAT RAJA MELAYU BERPELEMBAGAAN dan BUDAK DAMANSARA maka terdetik jugak di benak hati nak bercakap pasal hal ni walaupun orang kata dah lapuk sebab benda remeh temeh sangat.




Biarlah orang nak kata lagipun ini blog aku jadi lantak suka hati akulah nak tulis apa yang aku nak sebab ini blog aku dan bukan korang yang bayar broadband unifi aku pakai sekarang nih bai. Kali ni aku nak bercerita pasal youtube rapper, anak raja, twitter dan ofcourse my Damansara!. Ye, isunya mungkin dah basi dan blogger akak TuahTeja sudah sentuh di SINI, SINI dan SINI tambahan pulak kedua pihak sudah berdamai tapi aku ada poin peribadi aku sendiri yang boleh aku kongsikan bersama dengan korang pembaca-pembaca sekalian di laman ku ini.


Jika korang rajin follow trending Twitter pada 18 Mac 2012 pasti korang teringat akan trending 'TMJ vs Caprice' yang menjadi perbualan hangat di laman ruangan sosial mikroblog berkenaan. Memang panas la sekejap twitter hari tu gara-gara kedua orang 'tokoh' ni sampaikan Fazura ngan Joe Flizzow pun terheret sama. Semuanya bermula selepas tweet Tengku Mahkota Johor terhadap Caprice!



Dan korang tengok apa pula reply Caprice terhadap TMJ..


Okaylah, aku tak nak semakkan blog aku uploadkan printscreen ni sebab korang semua boleh baca tu semua kat blog akak TuahTeja. Back to the point, kes 'pergaduhan' ni bermula gara-gara YTM TMJ tidak berkenan dengan gelaran 'The Prince of Damansara' yang dipakai oleh Caprice di dalam Twitter. Aku pun sendiri tak paham kenapa TMJ bersikap sedemikian terhadap Caprice sedangkan mamat Caprice ni bukannya mengaku mempunyai kuasa ala-ala raja kot. Setakat mengaku 'prince' tu tak jadi kudislah, lagipun prince of Damansara je kot (FYI, Damansara bukan di Johor).

Kalau TMJ tak puas hati dengan gelaran 'prince' yang dipakai Caprice tu kenapa tak persoalkan sekali Jamal Abdillah (Raja Pop), Ella (Ratu Rock), Amy (Raja Rock), Mawi (Raja SMS) pertandingan Raja Lawak oleh Astro mahupun K. Rajagopal jurulatih kebangsaan?. One thing for sure, the so called Raja Rock, Raja SMS and some of the Raja Lawak contestant also came from his state!. I'l bet my two Singapore dollar coins of why doesn't he got mad over it?. Please be more matured lah YTM TMJ! Aduhai, takkan benda bodoh macam ni pun nak ambik serius.

Pasal Caprice nie, beliau adalah sorang rapper indie yang mula dikenali lebih 3 tahun sudah menerusi Youtube (macam cerita Najwa Latif jugaklah cuma dia lagi awal). Walaupun beliau taklah memberikan impak maksima ala Namewee kerana tak membawa pemikiran racist kepada budak-budak Melayu seperti penangan Namewee kepada budak-budak Cina yang berjaya menambahkan kebencian budak-budak Cina terhadap bangsa Melayu. Akan tetapi, Caprice tetap mempunyai pengaruh dikalangan circlenya tersendiri. Sekurang-kurangnya, beliau bawak jenama 'Damansara Boys'. Lihatlah sendiri berapa banyak follower dia dapat menerusi laman Twitter. Cuma ramai yang tak berkenan, sebab beliau ni ikut standard Meleis adalah bersikap 'poyo'. That's typical Budak Damansara punya trait beb, kalau tak poyo bukan budak Damansara sejati namanya bai.

Ditambah pulak menggelarkan diri sebagai 'Prince of Damansara' lagilah bertambah poyo beb. Aku sepanjang lebih 10 tahun bergelumang dok kat kawasan elit terulung di Lembah Klang sudah masak giler dengan perangai budak-budak Damansara nie, eksyen lebih speaking London 24/7 sampai aku pun naik meluat. Mana taknya, bila ditanya BM dijawab dengan English!. Ptuih! aku tak payah panggil panglima ludah Armand pun sebab aku sendiri sudah kahak-kahakkan budak Damansara poyo neh. Bawak keter takde lesen pun bukannya menjadi masalah besar bagi mereka sebab kalau terkantoi ngan polis trafik pun bapak boleh bail-out kan. Almaklumlah, anak Datuk dan Tan Sri la katakan. Apa lagi kalau kerabat berdarah biru, lagilah naik Sheikh nya beb.

Sebagai public figure mereka berdua patut tahu nak menggunakan Twitter sebaik mungkin. Ya, as a celebrity many people loved us very much but we may have our haters as well. Aku pun sendiri pernah serang jugak Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Twitter tapi haram dia buat tak kisah pun (belum sampai tahap dia nak block aku lagi macam yang lain. Sincerely, he's not as lenient as Najib towards dealing with criticism). Mungkin sebab aku ni nobody sebab tulah DSAI pandang sebelah mata ajer sebab kalau ada sejuta haters membencinya. Beliau masih lagi ada sejuta lagi juak pengampu & pencacai setia yang sanggup termakan janji palsunya. Tapi dalam kes ni TMJ adalah sorang public figure jadi sudah tentu ler orang akan ambik pot dan Caprice especially kena deal with it rather than ignoring sebab ianya berkaitan dengan maruah yang dicabar.

Ofcozlah, selain mengundang pelbagai persepsi dikalangan umum pasal public figure berkenaan ditambah pulak dengan menggunakan laman sosial seperti Twitter. Sudah tentu ia akan mengundang individu atau cyber bullies yang tak bertanggungjawab a.k.a Trolls. Hmm, awatlah YTM TMJ ni dok main retweet jer tweets-tweets sebegini. Such as this~





Ye, aku tau mamat @hazeeqrazie tu tak berniat langsung nak mengebom Damansara aku yang tercinta nie tapi nilah akibatnya kalau 'public figure' berperang di Twitter. Dozens of other followers will join the frays pouring fuel over the burning flames just like what happened to Azwan Ali and Rita Rudaini several month ago.

Nak menangkan tindakkan tak wajar TMJ pun biar beragaklah, awat si Joe Flizzow pun enter frame mengaku orang Johor bashing budak-budak KL padahal dulu zaman Too Phat bukan main bangga lagi dengan Subang-nya. 

Alahai ya ampun, berdosakah kami orang Damansara hingga nak dibom gara-gara sorang malaun punya pasal?. Sebelum menuduh warga Johor yang menetap di Damansara ni sampah baik korang siasat sapa 'sampah-sampah' yang korang maksud tu. Soalan cepumas aku nak bagi sebijik, adakah para menteri-menteri dan ahli politik kelahiran Johor yang tinggal di Damansara sebagai contoh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri (Menteri Amaran Kerisman) adalah sampah? Kalau korang tanya orang PAS konfemlah dorang mengangguk sebab menteri-menteri dari Johor yang dok Damansara ni orang UMNO! Tapi ingatlah bukan semua Johorean yang menetap di Damansara ni orang politik.

Aku bagi contoh, dulu masa aku kecik-kecik dalam awal tahun 1990an selalu gak nampak penyanyi Man Bai berjoging lalu depan rumah aku. So, adakah beliau 'sampah'? Najwa Mahiaddin pun duduk Damansara, dia pun 'sampah' jugak?. Jiran aku Zahariz bekas pensyarah yang bawak basikal daripada China ke Russia pun korang anggap 'sampah'. Kengkawan sekolah aku pun ada gak yang keluarga dorang dari Johor tapi dah lama menetap kat sini so 'adakah' dorang jugak sampah?!. Bukan saja orang Johor, tapi ramai orang Melayu-Melayu elit & middle class daripada negeri-negeri lain termasuk aku pun tinggal di sini. Tu pun excessive sampah jugak ke?. Takpelah, sampah-sampah kitorang pun berguna jugak. At least, sampah boleh recycle! Nothing is wasted in this world man.

Seriously dowh, walaupun aku dah meluat dengan Melayu-Melayu songkok tinggi (maksud Melayu kaya-raya Damansara) bagai nak mampus tapi takdela aku nak berdendam gitu skali. Zaman sekolah dulu biasalah bergaduh tapi bila memikirkan balik tatkala usia sudah matang tak guna jugak gaduh-gaduh.

Walaupun aku berketurunan Melayu Banjar Hitam Kuning & Putih (Perak), AKU TETAP BUDAK DAMANSARA SAMPAI KE MATI. IT WILL NEVER DIES..

THOUGH OUR PARENTS MAY SPEAK WITH DIFFERENT ACCENT FROM THEIR STATE OF ORIGIN, YET WE REGARDLESS OF OUR FAMILY BACKGROUND ARE STILL 'BUDAK DAMANSARA'.

NAMUN BEGITU KAMI TETAP TAK MELUPAKAN NEGERI ASAL USUL MAK BAPAK KAMI!

Suatu cerita menarik untuk dikongsikan bersama korang..

budak damansara

lokasi : set pengambaran sebuah filem yang akan
menemui anda mungkin tahun ini mungkin tahun depan

"korang ni duduk mana? pj?"

"damansara bang"

"ooh damansara. clubbing, dancing, party, arak, ecstasy?"

"tidak bang"

"oh boring. ketamin, dadah, itu baru kehidupan"

"bukan kehidupan saya, bang"



Shacklesmith : Home sweet home :)

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget