Thursday, May 3, 2012

Rasuah Punca Utama Industri Hiburan Kita Masih Berada Di Takuk Lama


Rasuah, kronisme, pecah amanah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Tidak kira apa jua perkataan yang diberikan, kesemuanya merujuk kepada satu perkara yang sama iaitu korupsi. Ianya sudah dikenalpasti semenjak dari awal ketamadunan manusia sebagai salah satu penyakit kronik yang sudah membengkak sejak sekian lama pada umat manusia. Gejala negatif ini menyerang tidak kira usia, jantina dan status masyarakat. Pokoknya hanya satu, siapa tak mahu hidup senang beb? Semua orang nak duit maa.


Kita seringkali mendengar di ruangan media alternatif khususnya milik pembangkang sering menguar-uarkan bahawa kerajaan pusat yang memerintah sekarang adalah penghidap kronik tahap serius korupsi melampau-lampau. Akan tetapi apakah pihak yang menuduh yakni pihak pembangkang itu benar-benar BEBAS DARI RASUAH?. Jika kita membaca blog-blog pro kerajaan pusat dan anti pembangkang di ruangan maya acap kali ada sahaja kes salahlaku, penyelewengan dan rasuah yang dibongkarkan berlaku di kalangan negeri-negeri pimpinan pakatan pembangkang. Cuma yang membezakan di antara kedua pihak (kerajaan dan pembangkang) hanyalah tempoh berapa lama mereka memegang tampuk pemerintahan saja. Pokok utamanya, rasuah TIDAK MENGENAL PARTI ATAU MANA-MANA PERTUBUHAN SIASAH.


Korupsi tidak mengenal institusi baik pentadbiran politik mahupun agama, malahan sekiranya seorang pemimpin agama terlibat dalam pentadbiran sesebuah institusi pentadbiran politik. Kebarangkalian pemimpin tersebut untuk terjebak ke dalam kancah tidak bermoral dan berintegriti ini adalah tinggi. Pada lewat kurun ke 15 dan awal kurun 16 masihi di Itali, seorang Paus bernama Rodrigo Borgia dianggap oleh tokoh sejarawan barat sebagai Paus yang paling korup dalam sejarah. Bagi peminat permainan video Assassin's Creed nama Paus Rodrigo ini tidak asing lagi diperkatakan malahan beliaulah watak antagonis utama dalam siri ke 2 dan Brotherhood. Disini kita sudah menilai, jawatan sebagai seorang alim ulamak bukan penentu utama baik buruk seseorang apatah lagi bebas dari korupsi.


Baiklah, cukuplah aku sentuh bab politik tadi sebab blog aku ni pun sudah semacam blog politik kerana telah dipautkan dengan beberapa blog politik semenjak setahun lalu. Aku hendak menyentuh DUNIA HIBURAN. Pokok pangkal, mengapa aku sebutkan industri ini kerana RASUAH JUGA TETAP MENJANGKITI INDUSTRI INI. Amat malang sekali bagi industri hiburan kita yang seolah nampak baru menapak ke hadapan setelah jauh ditinggalkan berbatu-batu di belakang oleh industri hiburan negara jiran. Kualiti output juga masih tidak berubah berada di takuk lama dan mutunya masih tidak memuaskan penonton dan pendengar.


Saban hari kita disogokkan oleh media arus perdana dengan program-program hiburan yang tidak memberi sebarang kesan terhadap perkembangan bangsa kita. Balik-balik cerita hantu, balik-balik cerita cinta jiwang karat dan balik-balik juga cerita komedi yang menjengkelkan budaya dengan unsur-unsur bodoh memalukan bangsa kita sendiri. Cukuplah sekadar menempek filem-filem dan drama-drama bercorak Islamiah menampilkan pelakon-pelakon hipokrit dan juga filem-filem dan drama-drama bercorak sejarah yang dibuat tanpa penyedikan teliti fakta sejarah dan ikut suka sajer. Sebab utamanya, media dan penerbit hanya fikir UNTUNG UNTUNG UNTUNG. Biarlah bangsa diperbodohkan sebabnya nanti akan menanggung bebannya bukan mereka sebaliknya adalah kerajaan yang memerintah. 


Aku teringat 4 tahun lalu ketika selepas aku menamatkan pengajian Tingkatan dan mendapat keputusan SPM ku yang tidak seberapa cemerlang dulu. Aku pernah menyuarakan hasrat kepada ibuku akan cita-cita aku untuk menjadi seorang pembikin filem (penerbit, pengarah dan screenwriter). Malang sekali hasrat jujur ku ini dibantah secara mentah-mentah sekali olehnya dan aku terpaksa menyambung pengajian di dibidang IT YANG BUKAN SEBENARNYA PASSION AKU SAMA SEKALI!. Aku seringkali melihat dunia di sekelilingku demi mencari sumber inspirasi untuk filemku kelak dan aku tidak mahu anugerah yang diberikan Allah SWT dibazirkan dengan begitu sajer!. Mungkin beliau sendiri tahu betapa risiko yang akan aku hadapi bila menjadi seorang anak seni apatahlagi berdepan dengan koruptor-koruptor yang hanya tahu memikirkan keuntungan sajer.


Sedangkan niat aku adalah MURNI DAN JUJUR mahu membina semula kekuatan agama dan bangsa melalui filem sebagaimana telah dilakukan oleh Hollywood dalam menyebarkan propaganda mereka!. Aku tak sanggup lagi melihat anak bangsa aku menelan buta-buta sampah yang ditayangkan pawagam saban hari dimana pembikinnya sendiri adalah dari kalangan umat seagama dan sebangsa kita!. Industri hiburan bukanlah omong kosong sebaliknya ianya ejen pemangkin pemikiran masyarakat dalam membentuk sahsiah dan keperibadian masyarakat. Setiap mesej yang disampaikan adalah berbentuk subliminal menyerap ke dalam sanubari penonton.


Amat malang sekali kreativiti seseorang karyawan itu tidak dapat diperkembangkan dengan sepatutnya akibat kekurangan dana disebabkan oleh para golongan atasan hanya TERLALU KORUP!. Bagaimana industri hiburan kita hendak meningkat sekira masih adanya parasit-parasit sebegini membelenggu industri ini dengan rakusnya? 


Ikuti pandangan blogger elit otai KICKDEFELLA tentang permasalahan ini. (FYI, he gave me the kick starter to write this entry.)


To date, FILEM INI KEKAL SEBAGAI TAMPARAN HEBAT YANG MEMALUKAN INDUSTRI PERFILEMAN TEMPATAN DI ATAS KEJAHILAN PENGGIAT SENI DAN KARYAWAN KITA.



BAYANGKAN APABILA SEJARAH BANGSA KITA 'DICURI' OLEH NEGARA JIRAN YANG BUKAN SERUMPUN DENGAN KITA..

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget