Sunday, May 20, 2012
Wartawan "Gay" Ditampar Will Smith!
Sekali imbas bagi sesiapa yang menonton video ni mungkin ada yang merasakan bahawa tindakan Will Smith menampar wartawan yang memeluk sambil mencium pipinya adalah wajar. Kecoh satu dunia beb sebab smart nigga yang terkenal dengan imej cool sejak dari zaman Fresh Prince of Bel Air ni sekali tiba-tiba hilang sabar depan kamera. Semuanya berlaku sewaktu sesi kedatangan para selebriti ketika tayangan perdana Men In Black 3 di Moscow, Russia.
Yelah, lelaki mana tak terkejut beb bila seseorang lebih-lebih lagi lelaki yang tak berapa dikenali datang menyapa sambil memeluk dan mencium kita bertubi-tubi. Mesti korang dah rasa lain macam dan geli-geleman. Anyway aku tak nampak pun wartawan tu cuba mencium mulut Will Smith!. Aisehman, WTF kan? Why the hell is this guy kissing me??!! OMG hey Mr. Reporter, seriously are u gay or something??!!. Mungkin itulah kata-kata yang berada dalam benak kepala Will Smith kot.
Cuma, try pikir balik. Do I miss something??. Adakah aku terlepas pandang!! Maksud aku, benda ni bukannya di Hollywood . Sebaliknya ianya berlaku di Russia. Aku pernah terbaca suatu artikel di sebuah majalah hampir 10 tahun dimana adab memeluk dan mencium tetamu adalah sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Eropah serta merupakan salah adat yang patut dihormati orang luar. Bahkan aku sendiri pernah melihat gambar pemimpin Eropah berpeluk dan bercium satu sama lain. Jadi kemungkinannya perlakuan mencium pipi orang-orang kenamaan (politicians & celebrities) ini suatu perkara normal yang tidak sepatutnya disanggah oleh Will Smith!. Beliau tidak sepatutnya bertindak kasar terhadap wartawan tersebut kerana kedatangan beliau di negara bekas Soviet itu adalah atas kapasiti seorang artis dan bukannya orang kebanyakan.
Pada pendapat peribadi aku merasakan artis tempatan kita sepatutnya mengambil perhatian mengenai perihal ini. Pokoknya sebelum sampai ke negeri orang kita seharusnya mempelajari terlebih dahulu asas kebudayaan penduduk di sesebuah negeri tersebut agar tidak berlaku salah faham akibat kecelaruan budaya ini. Ini kerana kebiasaannya apabila sampai di tempat yang asing kita akan mengalami suatu sindrom yang dipanggil kejutan budaya.
Aku tak nafikan jika berada di tempat asing, adalah normal untuk berasa kekok namun begitu segala kelemahan tersebut boleh diatasi dengan mempelajari secara ringkas adat dan kebudayaan tempat yang bakal dilawati itu. Oleh itu, nescayalah tidak akan timbul aksi biadap dan kurang ajar terhadap orang tempatan apatah lagi yang ditampar itu dalah wartawan. Korang sendiri tau betapa hebatnya kuasa wartawan terhadap golongan selebriti. Malang tak berbau silap haribulan Hollywood boleh hilang satu market terbesar yakni Russia. Nanti habis diboikot sampai takdela lagi supermodel mungil seksi beraksi dalam pentas baru tau!.
Mujurlah artis tempatan kita kebanyakannya belum berupaya mengolak langkah ke arah bertaraf antarabangsa lagi, sekiranya ya tidak mustahil perkara yang menimpa Will Smith boleh berlaku pada mereka. Oleh itu fikir-fikirkanlah. Artis kita seharusnya bertindak bijak menangani kes sebegini.
Shacklesmith : Itupun kalau dorang dengar beb.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment