Tuesday, May 1, 2012

BERSIH Ker? Hakikatnya KOTOR Adalah!! Part 2

Nak tergelak sampai tergolek-golek pun ada bila aku baca kenyataan akhbar Anwar Bapak Reformasi ni.. So funny dude, seorang pemimpin kuku besi yang tak boleh langsung ditegur keluarkan kenyataan paling kelakar ni beb..

Anwar Dakwa BN Bertindak Seperti Hitler, Stalin

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengikut jejak langkah diktator Perang Dunia Kedua, Adolf Hitler and Joseph Stalin kerana ‘menyalahkan’ orang ramai yang tidak bersalah dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada Sabtu lalu.
Pemimpin pembangkang itu merujuk kepada kenyataan oleh para pemimpin BN dan liputan oleh media yang dikaitkan kepada parti pemerintah, khususnya merujuk kepada tajuk utama muka depan New Sunday Times semalam – ‘A day of shame’ (Hari yang memalukan).
“Kami tidak akan gentar dengan penipuan berterusan yang direka oleh kerajaan dan media yang dikawal oleh UMNO. Ini ialah respon klasik oleh rejim autoritarian. Orang ramai yang tidak bersalah, mangsa penindasan, kini dianggap sebagai penjenayah.
“Sama seperti masa Hitler, Stalin dan pemerintahan diktator di Myanmar sebelum ini, orang yang membantah adalah penjenayah, penindas pula ‘bersih’ daripada sebarang tuduhan,” kata pemimpin de facto PKR dalam sidang akhbarnya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, cara Umno-BN memberikan reaksi kepada 300,000 orang yang berhimpun itu sangat mengecewakan.
” Tarikh 28 April 2012 seharusnya tercatat dalam sejarah negara ini sebagai Hari Merdeka Rakyat, kemerdekaan rakyat.
” Mesej mereka tidak boleh disalah anggap. Sebuah negara bebas tidak boleh diperhambakan lagi,” tambahnya. 
Sumber (mynewshub)
Dalam sedap-sedap menuduh orang lain berlagak Hitler dan Stalin dia tak sedar kah tindakan menginstigasi sentimen para pendemo BERSIH jugak sudah menyamai lagak seorang diktator seperti dua ikon politikus sejarah yang beliau maksudkan itu!


Dan inilah terjadi akibatnya atas arahan bahlul diktator tua tak sedar diri kepada adik kesayangan nombor wahidnya, Azmin Ali tu!



Korang sendiri perlu ingat, segala ini sebelum pukul 4.00pm. Peristiwa berdarah pergaduhan pendemo dan polis termasuk baling objek keras sampai kereta polis terbabas semuanya berlaku selepas perlanggaran sekatan jalan atas arahan Anwar ini. Dialah bapak segala kekecohan!. Selepas ni masih nak persalahkan polis lagi?. Hahaha, think again dudes..


Lucu jugak beb, dua ekor munafik iaitu Anwar dan Azmin masih lagi nak konar 360 darjah mengelentong dalam sidang akhbar!. Lihat bagaimana mereka dikantoikan di SINI


Spin jangan tak spin! Kang aku baham bini hang lagi baru tau!
Baca pulak apa keterangan Harakah yang menarik perhatian hasil kupasan blogger RBF. Jujur sungguh lidah rasmi ini menyiarkan putarbelit kedua pemimpin PKR ini. Kelakar memang kelakar. Sah-sah dua ekor ni political clown terhebat dalam sejarah Nusantara. 

Kata Anwar
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu seterusnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberi arahan kepada peserta himpunan agar merempuh kawat berduri yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka.

Beliau sebaliknya menjelaskan, arahan dikeluarkan agar peserta bergerak ke kanan iaitu ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), bukan ke Dataran Merdeka seperti yang ditulis dalam blog-blog pro Umno.

"Saya sebut dan merayu kepada peserta, tolong bergerak ke kanan, kanan makna ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Tapi saya tidak menyalahkan peserta yang bergerak ke arah Dataran Merdeka kerana mereka datang bukan kerana Anwar, bukan kerana (Datuk S) Ambiga tapi kerana menuntut pilihan raya yang bersih dan mahu berhimpun secara aman di Dataran.

"Nak kata kita hilang kawalan, memang tidak benar," katanya yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.
Kata Azmin pula
Azmin pula menjelaskan, isyarat tangan kepada Anwar bukan bermaksud beliau mahu peserta merempuh Dataran Merdeka sebaliknya menunjukkan bahawa beliau mahu berunding dengan polis.

"Saya bertemu dengan polis di hadapan halangan polis. Saya memberi isyarat kepada Anwar bahawa saya berbincang dengan polis dan bukannya menghasut penyokong untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka.

"Namun, seorang anggota polis memberitahu saya bahawa dia belum mendapat sebarang arahan. Selepas itu, saya arahkan semua penyokong supaya duduk dan bertenang," jelasnya.
RBF bubuh balik kow-kow mendedahkan pembohongan paling bingai dua pemimpin besar PKR ini berdasarkan petikan laporan Harakah tu. Hahaha, kelakar siot!

Anwar kata isyarat tangan dia dengan Azmin minta perusuh bergerak ke Dataran Merdeka.... 
Azmin pula kata isyarat tangan dia menunjuk dia mahu berunding dengan polis dan arahkan perusuh duduk dan bertenang. 
Kan dah nampak pembohongan itu ?  
Cerita tak sama dan tak selari..... 
Dalam masa yang sama dan dalam sidang media yang sama pun mereka masih lagi nak kelentong. Langsung mereka tak takut atau bimbang. Semuanya kerana pembohongan sudah menjadi makanan harian mereka. Jadi apa yang mereka nak takut dengan bohong. 

This is one of the most EPIC press conference I've ever seen involving him!. Bapak Nuar kena sound kow-kow baik punya oleh peserta BERSIH 3.0 depan berpuluh-puluh reporter siang tadi. Kecewa sungguh apek tu dengan dia beb.



Shacklesmith : Kalau dia masuk penjara 901 sudah, sunyi pentas politik kita beb dengan 'lawak' tak berkesudahannya. Itu baru jadi pemimpin pembangkang, kalau jadi PM nanti entah macam manalah sandiwara dia kepada rakyat Malaysia.

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget