Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Apeks Putus Cinta Lagi!! Siapa Leuniey Natasha??



Nampaknya kontroversi melanda lagi buat penjaga gol Harimau Malaya dan Red Warrior serba macho, Khairul Fahmi Che Mat. Dari tahun lalu semenjak kes beliau putus tunang dengan Elia Jejari Runcing dan gosip BBM panas bersama gadis bernama Shida. Badai kontroversi tidak putus-putus menimpa beliau. Baru-baru ni beliau dilaporkan telah putus cinta dengan kekasihnya, Dahlia Teck dan kini pula pula menjalinkan hubungan dengan seorang gadis Kelantan yang bernama Leuniey Natasha.


Pada pendapat peribadi aku perkara sebegini mungkin biasa untuk didengari kerana putus cinta itu sudah jadi ketentuan hukum karma dan qada' & qadar. Akan tetapi lebih memanaskan keadaan menurut blog gosip hiburan yang lain, dikatakan bahawa kekasih baru Apeks tersebut baru memutuskan tali pertunangan pada 14 Januari yang baru terjalin semenjak 29 Disember lalu gara-gara tergilakan Khairul Fahmi Che Mat.




Malahan dakwaan putus cinta Apeks dan Dahlia Teck turut diperkuatkan dengan ketiadaan mereka bertwit semenjak pertengahan bulan lalu. Lebih menghangatkan lagi keadaan, seseorang yang tidak dikenali dari Kelantan telah mencipta satu akaun baru Twitter untuk menghebahkan kepada umum mengenai khabar ini. Sila lihat di SINI @MahsiH2

SIAPA LEUNIEY NATASHA

Mengikut hasil penggeledahan yang aku jalankan melalui Google aku mendapati 'pacar baru' Khairul Fahmi ini merupakan seorang make-up artist. Menurut twitter MahsiH2 lagi, beliau ni ada sejarah merampas kekasih Dahlia Teck sebelum ini lagi (Entah betul ke tak, harap-harap tidaklah) . Berikut adalah gambar-gambar beliau yang aku perolehi sepanjang pencarian ini. 

Aku cedok dari SINI

Ini pulak gambar sewaktu majlis pertunangan beliau dulu. Sudah macam majlis bersanding jer aku tengok beb.



Kalau nak tengok lagi gambar beliau silalah ke laman Tweeter milik saudara/saudari @MahsiH2. Aku berjanji akan padam gambar ni jika ada empat atau lebih pihak yang tidak senang dengan tindakan aku ni. Harap maaf kepada sesiapa yang terasa.

Aku secara peribadinya tidak yakin dan mempercayai 100% akan kesahihan khabar ini kerana masak benar akan segala kontroversi yang menimpa Khairul Fahmi Che Mat. Kadangkalanya perkara kecil berkaitanya sengaja diperbesarkan walhal bendanya pun remeh-temeh. Macam kes BBM hari tu heboh keluar gambar Apeks dengan awek bernama Shida last-last takde apa jadi pun. Apeks tetap lagi setia bersama Dahlia. Kali ni heboh pasal kekasih terbaru tapi mana gambar mereka berdua pulak beb? 


Shacklesmith : Mengharapkan ini semua adalah khabar angin. Buat kami sebagai penyokong setia pasukan Harimau Malaya. Kami mahu KFCM/Apeks terus kekal bersama Harimau Malaya untuk 10 tahun lagi!.





Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya - Biar kalah dengan BERMARUAH!!!


Tahniah diucapkan kepada pasukan Singapura kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014. Walaupun Malaysia kalah secara keseluruhan 4 lawan 6 gol dengan Singapura, tapi kita kalah secara bermaruah kerana tidak dicemari insiden lakonan seperti yang dilakonkan oleh pemain Singapura yang sikit-sikit asyik terjatuh kalau kena gelecek hatta sedikit sekalipun. Syabas kepada pasukan Singapura kerana menjadi pelakon terbaik pada permainan malam ini. Tidak seperti mereka, kita juga tidak bergantung kepada pemain import. Sebaliknya kita lebih menitikberatkan bakat anak watan kita sendiri demi melahirkan pemain negara yang cemerlang baik dari aspek sukan, disiplin dan yang lebih penting lagi JATIDIRI!!! 


ITULAH KEKUATAN SEBENAR HARIMAU MALAYA!!!



Penghargaan harus diberikan kepada dua hero kita pada malam ini iaitu Khairul Fahmee Che Mat (Apex) dan Safee Sali kerana gandingan mereka berdua sebagai penjaga gol dan penyerang adalah begitu mantap sekali. Jika tugas menjaga gol masih diberikan kepada Sharbini, sudah tentu gol pasukan negara mudah dibolosi sebanyak empat kali!. Tahniah diucapkan kepada Apex yang juga penjaga gol untuk pasukan Red Warrior Kelantan kerana menjalankan tugas dengan begitu cermat sekali meskipun gol pada separuh masa kedua telah dibolosi oleh Shi Jiayi (pemain import dari China kepada Singapura-pura). Tidak dilupakan Safee Sali juga yang telah menjaringkan gol tunggal untuk pasukan negara pada malam ini. Sememangnya, posisi beliau sebagai penyerang utama adalah sangat efektif sekali.

Walaupun Shacklesmith merasa sedikit kecewa dengan mutu pemain negara di bahagian defender kerana tidak mempamerkan gaya permainan yang unggul akibat kesilapan mengatur strategi pertahanan oleh jurulatih. Aku secara jujurnya lebih meluat dengan pasukan lawan iaitu Singapura yang terlalu banyak drama dan lakonan seperti jatuh dibuat-buat kononnya cedera sangat padahal kalau mati terus atas padang pun okay jugak (sekadar bergurau). Disamping itu dengan tindakan penjaga gol mereka yang membuang masa menyepak bola ke luar padang seperti dibuat-buat dengan alasan kononnya 'pening'. Tambah meluat sampai terloya lagi adalah barisan pemainnya yang terdiri dari pemain import. Shacklesmith tertanya-tanya, agak murah sungguh kerakyatan 'dijual' demi gol dan meningkatkan 'mutu' pemain negara sendiri. Apa punya 'singa', paham-paham sajelah mereka itu. Di hutan mereka mana ada singa betul tak?.

Shacklesmith : Mungkin belum lagi rezeki kita nak melayakkan diri ke piala dunia kelak. Tapi, walau aku kecewa aku tetap berbangga! 

Thursday, July 21, 2011

Kontroversi Gol Jaringan Drogba!!!

Walaupun aku hanya sempat menonton secara penuh konsentrasi separuh masa kedua permainan jer akibat leka bermain PSP. Aku dapat rasakan bahawa sememangnya match malam adalah sengit tapi hambar walaupun dibarisi pemain handalan seperti Fernando Torres, John Terry, Frank Lampard dan Didier Drogba tapi tak mampu melawan asakan pemain Olimpik Negara bawah 23 tahun. Sememangnya, permain malam ini adalah sengit disebabkan asakan dari pasukan tuan rumah. Tahniahlah aku ucapkan kepada penjaga gol negara Farizal Marlias, mungkin kalau beliau dikekalkan ke separuh masa kedua jangan haraplah Drogba dapat gol tu.

Cuba korang lihat kembali adakah ianya boleh diperkatakan gol yang cemerlang?. Terus-terang aku cakap, aku sendiri tak nampak jaring gol tu bergoyang sebab kena bola. Siap dapat diambil oleh keeper lagi tu. Secara peribadi aku tak anggap itu gol sebenar. Hanya gol nasib jer tu aku boleh katakan.


Chelsea patut malu sebab tak dapat berpesta gol lagi-lagi team EPL lain macam Arsenal pun mampu menundukkan Malaysia 4-0. Liverpool pun apa kurangnya, sampai tiga kali bocor tapi boleh menjaringkan 6 gol pada malam Ahad lalu. Alahai, Chelsea oh Chelsea. Dengan team reserve Malaysia pun tak boleh nak mengasak balik. Apa dah jadi ni bro?.

Bagi pendapat akulah, jangan nak mimpilah nak gugat team-team power lain macam Manchester United. Mintak maaflah, nak lawan team reserve nipun tercungap-cungap ada hati mau rampas tempat juara liga musim depan. In your dreams. Kepada pasukan Negara, well done boy's. Good job

Shacklesmith : Kepada kengkawan aku yang sokong Chelsea, jangan marah ya. KAH KAH KAH KAH KAH. 

Saturday, July 16, 2011

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Malaysia Vs Liverpool

MALAYSIA 3 - 6 LIVERPOOL

Aku bukanlah peminat setia bola sepak negara baik liga perdana English sekalipun tapi aku disini ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan negara kerana berjaya menjaringkan 3 gol terhadap pasukan lawan Liverpool. Beribu-ribu tahniah diucapkan kepada pemain negara iaitu Safiq Rahim (wah dekat nama aku tu beb!)dan Safee Sali yang telah menjaringkan gol buat pasukan negara. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada hero negara ini!!.

Walaupun kalah 4-0 kepada Arsenal tempoh hari (mungkin kerana badi tahun 1999 dulu) tapi harimau kita mampu bangkit semula dengan lebih bermaruah.

LONG LIVE THE ROARING MALAYSIAN TIGER!!!

Sunday, June 12, 2011

Sungguh Aku Tak Sangka!! Red Warrior boleh kalah?

        Semalam aku berjalanlah ke Kuala Lumpur seorang diri. Tujuan aku hendak ke Times Square, apa yang aku buat kat sana rasanya tak perlulah aku bagitau ye. Hehe, tak penting pun. Selepas aku turun dari kereta Avanza akak aku kat stesen LRT Bandaraya dekat belakang Sogo tu, dari bawah tangga nak naik stesyen tu. Aku terlihat segerombolan budak-budak pantai timur tengah nak turun ke bawah tangga. Aku tertanya jugaklah, bukan main lagi demo berjalan. Ada apa di KL? takkan nak melepak saja kot.

Aku perasan kebanyakan dari memakai baju serba hitam putih siap dengan cap Ganu Soccer lagi. Barulah aku teringat, rupanya malam tu ada perlawanan bola sepak final piala FA antara Kelantan Vs. Terengganu. Patutlah ramai orang Terengganu datang ke Kuala Lumpur. Disebabkan rasa nak melepaskan hajat maka aku pun pergilah masuk ke Sogo dulu. Dalam Sogo termasuk dalam tandas tu fuhh, ramai sungguh budak-budak Terengganu. Lama aku jugaklah aku beratur dalam tandas tu sampai rasa keluar pergi cari tandas lain pun ada, tapi apakan daya. Aku dah terbayar 30sen kat makcik depan tu. hahaha

Selesai jer aku melepaskan hajat aku, terus aku berangkat menuju ke stesyen LRT. Budak-budak penyokong T-team lagi sampai aku pelik mana perginya penyokong-penyokong Red Warrior? Takkan berkubang dalam swimming pool kat hotel kot. Maklumlah cuaca kan panas terik gila tengah hari tu. Sorang pun tak nampak kat Sogo tu. Nasib baiklah aku terserempak dengan sekeluarga yang memakai baju merah. Rupanya ada lagi penyokong Red Warrior, ingatkan ghaib tak muncul-muncul hari tu. Apa pun semasa atas platform menunggu nasib baiklah aku jumpa ramai lagi penyokong Red Warrior. Yeah, demo tetap ado. Gomo Kelate Gomo!! Tak jadi langsung aku nak post dalam Twitter pasal mana perginya penyokong Red Warrior di Kuala Lumpur.

Sewaktu tren aku nak bergerak, aku terpasang satu pasangan yang paling unik sekali. Seorang brader yang berusia dalam lingkungan awal 30an bersama isterinya. Si brader pakai baju merah sementara si akak yang bini brader tu pakai baju hitam putih. Pergh, sempoi gila siot abang ngan akak tu. Walaupun sebagai sepasang suami isteri tapi mereka menyokong pasukan yang berbeza. Boleh jadi jugak mereka berasal dari dua negeri berkenaan. Sepanjang perjalanan melintasi stesyen Masjid Jamek, Plaza Rakyat sampailah ke Hang Tuah memang dipenuhi oleh kedua penyokong pasukan dari dua negeri pantai timur tersebut. Betapa bersemangatnya mereka berkampung di Kuala Lumpur dari tengah hari lagi. Kalau aku konfem aku akan lepak-lepak dalam hotel dulu ataupun menumpang di rumah dan kawan. Lihat betapa passionate nye mereka. Yeah, Semangat semangat!!

Dalam Times Square toksah cakaplah, dalam tu pun ramai jugak penyokong-penyokong pasukan bola sepak datang berkampung sementara menunggu match di malam hari. Aku singgah sekejap di Wendy's untuk menikmati juadah tengah hari. Dari dalam aku tengok memang ramai penyokong-penyokong Red Warrior's yang terdiri dari golongan muda. Masa nak bersolat zohor pula dalam surau penuh dengan mat-mat ganu. Aku beratur punyalah panjang beb. Ketika aku nak balik di luar stesyen Hang Tuah pun aku terdengar mat-mat kelate bertempik sesama mereka. Fuyoh, 'racing' belum start lagi sudah bakar ekzos ke brader. Relak-relak.

Turun di Masjid Jamek pun aku nampak lagi kelibat-kelibat penyokong Red Warrior dan T-Team sampai dalam terowong Putra LRT pun ader beb. Sampailah aku turun di Bangsar untuk menaiki teksi balik rumah aku. Pak cik teksi tu tanya awal-awal lagi ramai tak budak pantai timur kat Kuala Lumpur tadi, aku pun angguklah sebab memang betul pun. Malam tu aku ni bukanlah kaki layan bola sangat sebab aku sebok install driver untuk laptop aku yang baru diformat ini. Selepas segalanya selesai aku bukalah Facebook. Dari situ aku dapat tau yang Terengganu menang piala FA malam tu. Sungguh aku tak sangka. Yelah, risau jugak aku dibuatnya, kalau akibat kegagalan Khairul Fahmi menjaga gol Kelantan dari dibolosi pasukan Terengganu. Takut terkesan kena team kebangsaan pulak. Sudahlah dia penjaga gol national team. Apa pun aku harap kegagalan beliau ketika permainan malam tadi tak memberi apa-apa kesan terhadap prestasinya sebagai pemain negara. Selamat berjuang di Doha, Qatar Khairul Fahmi!.

Shacklesmith : Majulah sukan untuk negara!!!

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget