Showing posts with label soccer match. Show all posts
Showing posts with label soccer match. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

WTF! Harimau Boleh Kalah Dengan Garuda Lagi?

Aduhai, korang tak terkejut ker macam mana Harimau gagah perkasa yang telah berjaya menundukkan seekor burung garuda ganas kali ini kalah lagi di tangan garuda juga!




Ye, kali ini bukan Garuda dari Kepulauan Nusantara yang berkongsi darah dan bahasa ya mas tapi ini Garuda bukan sebarang Garuda!. Ini Garuda dari padang pasir tanah Arab! Sekali dia naik Sheikh, sampai terpelanting harimau dibuatnya walaupun bertempur di tanah sendiri.
 
Garuda Nusantara yang udah patah sayapnya gak usah mengklaim kejayaan Garuda padang pasir ini kerana sesungguhnya kemenangan adalah untuk pasukan Syria!. Lebih baik aja duduk dia mengubati luka-luka akibat kekalahan tempoh hari yang lalu. Percayalah bahawa setiap kali Garuda dilanda kesusahan yang menolong adalah Harimau sendiri.


Shacklesmith : Negara sendiri bergolak tapi pasukan Syria masih mampu menundukkan lawan apa lagi bila berada di tempat orang.

Friday, July 29, 2011

Bila Jurulatih Bersuara..


“SAYA harap kami dapat balas keyakinan peminat dengan lebih baik lagi,” kata ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal selepas Harimau Malaya tersingkir pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, malam tadi. 
“Kita harus menang perlawanan ini tetapi beberapa insiden kecederaan pemain Singapura, yang saya tidak pasti tulen atau tidak, mengganggu rentak permainan.
“Saya akui masalah bahagian pertahanan, terutama selepas kehilangan Aidil (Zafuan Abdul Radzak) di pertengahan babak pertama, tetapi secara keseluruhan kita berjaya mengekang asakan Singapura.”
Rajagobal turut memuji aksi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang menafikan beberapa percubaan jarak dekat jentera serangan Singapura. “Fahmi bermain baik apabila diberi peluang malam ini (malam tadi),” katanya. 


Sementara itu, jurulatih Singapura, Radojko Avramovic tidak faham keputusan pengadil. “Mutu pengadilan amat teruk,” kata Avramovic. “Saya tidak faham keputusan pengadil, sayanampak pengadil letak wisel di mulut tetapi tidak mendengar bunyi dan pemain saya berhenti bermain. “Tapi saya gembira Singapura layak ke pusingan ketiga. Malaysia juga hebat dengan sokongan lebih 85,000 penyokong. Ini baik untuk bola sepak.” 
(sumber KL POS)

Komen Aku : Macam mana mutu pengadilan 'tak teruk' kalau Malaysia ada momentum nak score goal tetiba jer player Singapore mengadu sakit bagai. Awat?, sebelum main tak buat medical check-up ke?. Rugi aku tak tengok permainan permata minggu sudah. Maklumlah, 1st match main kat artificial turf. Malam semalam main kat padang rumput pulak. 'Habis' rumput sampai tercabut dorang kerjakan. Hahaha!!


Thursday, July 28, 2011

Harimau Malaya - Biar kalah dengan BERMARUAH!!!


Tahniah diucapkan kepada pasukan Singapura kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014. Walaupun Malaysia kalah secara keseluruhan 4 lawan 6 gol dengan Singapura, tapi kita kalah secara bermaruah kerana tidak dicemari insiden lakonan seperti yang dilakonkan oleh pemain Singapura yang sikit-sikit asyik terjatuh kalau kena gelecek hatta sedikit sekalipun. Syabas kepada pasukan Singapura kerana menjadi pelakon terbaik pada permainan malam ini. Tidak seperti mereka, kita juga tidak bergantung kepada pemain import. Sebaliknya kita lebih menitikberatkan bakat anak watan kita sendiri demi melahirkan pemain negara yang cemerlang baik dari aspek sukan, disiplin dan yang lebih penting lagi JATIDIRI!!! 


ITULAH KEKUATAN SEBENAR HARIMAU MALAYA!!!



Penghargaan harus diberikan kepada dua hero kita pada malam ini iaitu Khairul Fahmee Che Mat (Apex) dan Safee Sali kerana gandingan mereka berdua sebagai penjaga gol dan penyerang adalah begitu mantap sekali. Jika tugas menjaga gol masih diberikan kepada Sharbini, sudah tentu gol pasukan negara mudah dibolosi sebanyak empat kali!. Tahniah diucapkan kepada Apex yang juga penjaga gol untuk pasukan Red Warrior Kelantan kerana menjalankan tugas dengan begitu cermat sekali meskipun gol pada separuh masa kedua telah dibolosi oleh Shi Jiayi (pemain import dari China kepada Singapura-pura). Tidak dilupakan Safee Sali juga yang telah menjaringkan gol tunggal untuk pasukan negara pada malam ini. Sememangnya, posisi beliau sebagai penyerang utama adalah sangat efektif sekali.

Walaupun Shacklesmith merasa sedikit kecewa dengan mutu pemain negara di bahagian defender kerana tidak mempamerkan gaya permainan yang unggul akibat kesilapan mengatur strategi pertahanan oleh jurulatih. Aku secara jujurnya lebih meluat dengan pasukan lawan iaitu Singapura yang terlalu banyak drama dan lakonan seperti jatuh dibuat-buat kononnya cedera sangat padahal kalau mati terus atas padang pun okay jugak (sekadar bergurau). Disamping itu dengan tindakan penjaga gol mereka yang membuang masa menyepak bola ke luar padang seperti dibuat-buat dengan alasan kononnya 'pening'. Tambah meluat sampai terloya lagi adalah barisan pemainnya yang terdiri dari pemain import. Shacklesmith tertanya-tanya, agak murah sungguh kerakyatan 'dijual' demi gol dan meningkatkan 'mutu' pemain negara sendiri. Apa punya 'singa', paham-paham sajelah mereka itu. Di hutan mereka mana ada singa betul tak?.

Shacklesmith : Mungkin belum lagi rezeki kita nak melayakkan diri ke piala dunia kelak. Tapi, walau aku kecewa aku tetap berbangga! 

Thursday, July 21, 2011

Kontroversi Gol Jaringan Drogba!!!

Walaupun aku hanya sempat menonton secara penuh konsentrasi separuh masa kedua permainan jer akibat leka bermain PSP. Aku dapat rasakan bahawa sememangnya match malam adalah sengit tapi hambar walaupun dibarisi pemain handalan seperti Fernando Torres, John Terry, Frank Lampard dan Didier Drogba tapi tak mampu melawan asakan pemain Olimpik Negara bawah 23 tahun. Sememangnya, permain malam ini adalah sengit disebabkan asakan dari pasukan tuan rumah. Tahniahlah aku ucapkan kepada penjaga gol negara Farizal Marlias, mungkin kalau beliau dikekalkan ke separuh masa kedua jangan haraplah Drogba dapat gol tu.

Cuba korang lihat kembali adakah ianya boleh diperkatakan gol yang cemerlang?. Terus-terang aku cakap, aku sendiri tak nampak jaring gol tu bergoyang sebab kena bola. Siap dapat diambil oleh keeper lagi tu. Secara peribadi aku tak anggap itu gol sebenar. Hanya gol nasib jer tu aku boleh katakan.


Chelsea patut malu sebab tak dapat berpesta gol lagi-lagi team EPL lain macam Arsenal pun mampu menundukkan Malaysia 4-0. Liverpool pun apa kurangnya, sampai tiga kali bocor tapi boleh menjaringkan 6 gol pada malam Ahad lalu. Alahai, Chelsea oh Chelsea. Dengan team reserve Malaysia pun tak boleh nak mengasak balik. Apa dah jadi ni bro?.

Bagi pendapat akulah, jangan nak mimpilah nak gugat team-team power lain macam Manchester United. Mintak maaflah, nak lawan team reserve nipun tercungap-cungap ada hati mau rampas tempat juara liga musim depan. In your dreams. Kepada pasukan Negara, well done boy's. Good job

Shacklesmith : Kepada kengkawan aku yang sokong Chelsea, jangan marah ya. KAH KAH KAH KAH KAH. 

Wednesday, July 20, 2011

My Wordless Wednesday..

This is my 1st time ever 'Wordless Wednesday' ever since I started blogging on this blogger since November 2010 (this isn't my first blog, I have actually started blogging since 2007 in Wordpress). As the name suggest, most blogger's are most likely to post only picture's for their entries. But for me, I would love to save a few or more space of my scribbles but only for question's for you guy's to wonder about am I thinking during this lovely Wednesday. (So can this be called Wordless Wednesday?, I believe this is a special one created only by Shacklesmith).


Can human thought be arithmetically programmed like a computer one day in the future?. Who know's what could happen in the tomorrow's world. Human brain are like a storage hard disk, whereas our heart is equal to the Central Processing Unit (or CPU) with the exception that human only have one heart but the computer CPU's can be divided into two (Intel Core-2 Duo) and Tri-Core (a powerful processor needed to generate high definition quality images and sound effects for X-Box 360 games).

In the game Assassin's Creed, an advanced computer operating system known as the Animus were use to the ancestral memories of it's subject in a virtual reality simulation. The all time favorite Japanese anime, Ghost In Shell the story was about a malicious computer programmed that evolved on the internet infecting human. In the epic trilogy of the Matrix franchise which the producer himself said it was inspired by the Japanese anime itself, the human body could enter the virtual reality world known as the Matrix. We probably have heard of Astral Projection which was done in a spiritual manner especially by the Muslim Sufi's practitioner and Buddhist monk's with the exception that is not performed in order to get into the virtual world rather than getting in touch with God Himself.  Subhanallah

Another research in progress by the several scientific communities is the usage of computer hardware that was attached internally inside the human body. Some of us have quite known of the high tech prosthetic arms and legs that was  fitted with advance computer technology. Now, they are planning to plant this advance state of the art device into the human body by exploiting the current advancement of nanotechnology. Decades ago, deaf person is cured with this earlier type of machine and now on. The scientist are planning to wired-up the brain so that blind people could see without their eyes open. In 20 year's or less ahead of our time, our boy's in green would probably be armed in advanced state of the art nanosuit that gave them a bulletproof or invisibility like we have seen in the game Crysis.

Next, what's up in my mind?



The Clash of the Titan's!!!

THE RISING TIGER WILL GO ON HEAD TO HEAD ENGAGEMENT AGAINST THE BLUE LION!!!

ALL HAIL FOR OUR NATIONAL TEAM!!!


SHACKLESMITH : THAT's ALL FOR MY SO CALLED 'WORDLESS WEDNESDAY'!!! HOPE YOU ENJOY READING IT AS I'M WRITING IT WITH MY SIMPLEST FORM ENGLISH. MY APOLOGY IF IT WAS BAD. I HAVEN'T BLOGGED IN ENGLISH SINCE 2009.

Saturday, July 16, 2011

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Malaysia Vs Liverpool

MALAYSIA 3 - 6 LIVERPOOL

Aku bukanlah peminat setia bola sepak negara baik liga perdana English sekalipun tapi aku disini ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan negara kerana berjaya menjaringkan 3 gol terhadap pasukan lawan Liverpool. Beribu-ribu tahniah diucapkan kepada pemain negara iaitu Safiq Rahim (wah dekat nama aku tu beb!)dan Safee Sali yang telah menjaringkan gol buat pasukan negara. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada hero negara ini!!.

Walaupun kalah 4-0 kepada Arsenal tempoh hari (mungkin kerana badi tahun 1999 dulu) tapi harimau kita mampu bangkit semula dengan lebih bermaruah.

LONG LIVE THE ROARING MALAYSIAN TIGER!!!

Akibat Taksub Punya Pasal, Inilah Jadinya..

Semakin hari semakin aku menyampah melihat mentaliti jelik orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya yang terlalu kuat emosi. Lihatlah, akibat taksub menggila pada pasukan bola kegemaran seorang budak lelaki hampir dibogelkan gara-gara memakai jersi Manchester United dikalangan para penyokong Liverpool ketika latihan perlawanan persahabatan tempoh hari.

Bagi aku kalau setakat nak mengusik dan bergurau tak mengapalah. Lagipun apa salahnya kan? dua-dua pun pakai jersi merah jugak. Pernah jugak aku tengok penyokong Red Warrior Kelantan pakai baju MU ngan Liverpool masa match liga Malaysia tapi takdela sampai kena itu macam bro.

Ada yang mengatakan bahawa budak India tu sengaja datang nak provoke sebab tulah pakai baju MU tapi aku tak rasa begitu sebab tengok reaksi wajah macam frust giler jer kena bukak baju MU dia. Yang rasa kena provoke tu adalah penyokong Liverpool pasal gila meroyan tak tentu pasal dengan budak tu.



Shacklesmith : Inilah perangai orang kita, taksub gila babi tahap tonyok tak tentu pasal dengan sesuatu pasukan, parti dan organisasi. Semua nak berlandaskan emosi semata-mata, lagi MEMALUKAN dan menampakkan KEBANGANGAN tahap BEBAL mereka adalah menyokong pasukan luar yang menentang pasukan NEGARA!!!... Bodoh betul peminat bola ni, taksub punya pasal. Patriotisme tolak ke tepi.. Apa sudah jadi dengan generasi muda kita?.. HAPRAKKAH mereka semata-mata..

Sunday, June 12, 2011

Sungguh Aku Tak Sangka!! Red Warrior boleh kalah?

        Semalam aku berjalanlah ke Kuala Lumpur seorang diri. Tujuan aku hendak ke Times Square, apa yang aku buat kat sana rasanya tak perlulah aku bagitau ye. Hehe, tak penting pun. Selepas aku turun dari kereta Avanza akak aku kat stesen LRT Bandaraya dekat belakang Sogo tu, dari bawah tangga nak naik stesyen tu. Aku terlihat segerombolan budak-budak pantai timur tengah nak turun ke bawah tangga. Aku tertanya jugaklah, bukan main lagi demo berjalan. Ada apa di KL? takkan nak melepak saja kot.

Aku perasan kebanyakan dari memakai baju serba hitam putih siap dengan cap Ganu Soccer lagi. Barulah aku teringat, rupanya malam tu ada perlawanan bola sepak final piala FA antara Kelantan Vs. Terengganu. Patutlah ramai orang Terengganu datang ke Kuala Lumpur. Disebabkan rasa nak melepaskan hajat maka aku pun pergilah masuk ke Sogo dulu. Dalam Sogo termasuk dalam tandas tu fuhh, ramai sungguh budak-budak Terengganu. Lama aku jugaklah aku beratur dalam tandas tu sampai rasa keluar pergi cari tandas lain pun ada, tapi apakan daya. Aku dah terbayar 30sen kat makcik depan tu. hahaha

Selesai jer aku melepaskan hajat aku, terus aku berangkat menuju ke stesyen LRT. Budak-budak penyokong T-team lagi sampai aku pelik mana perginya penyokong-penyokong Red Warrior? Takkan berkubang dalam swimming pool kat hotel kot. Maklumlah cuaca kan panas terik gila tengah hari tu. Sorang pun tak nampak kat Sogo tu. Nasib baiklah aku terserempak dengan sekeluarga yang memakai baju merah. Rupanya ada lagi penyokong Red Warrior, ingatkan ghaib tak muncul-muncul hari tu. Apa pun semasa atas platform menunggu nasib baiklah aku jumpa ramai lagi penyokong Red Warrior. Yeah, demo tetap ado. Gomo Kelate Gomo!! Tak jadi langsung aku nak post dalam Twitter pasal mana perginya penyokong Red Warrior di Kuala Lumpur.

Sewaktu tren aku nak bergerak, aku terpasang satu pasangan yang paling unik sekali. Seorang brader yang berusia dalam lingkungan awal 30an bersama isterinya. Si brader pakai baju merah sementara si akak yang bini brader tu pakai baju hitam putih. Pergh, sempoi gila siot abang ngan akak tu. Walaupun sebagai sepasang suami isteri tapi mereka menyokong pasukan yang berbeza. Boleh jadi jugak mereka berasal dari dua negeri berkenaan. Sepanjang perjalanan melintasi stesyen Masjid Jamek, Plaza Rakyat sampailah ke Hang Tuah memang dipenuhi oleh kedua penyokong pasukan dari dua negeri pantai timur tersebut. Betapa bersemangatnya mereka berkampung di Kuala Lumpur dari tengah hari lagi. Kalau aku konfem aku akan lepak-lepak dalam hotel dulu ataupun menumpang di rumah dan kawan. Lihat betapa passionate nye mereka. Yeah, Semangat semangat!!

Dalam Times Square toksah cakaplah, dalam tu pun ramai jugak penyokong-penyokong pasukan bola sepak datang berkampung sementara menunggu match di malam hari. Aku singgah sekejap di Wendy's untuk menikmati juadah tengah hari. Dari dalam aku tengok memang ramai penyokong-penyokong Red Warrior's yang terdiri dari golongan muda. Masa nak bersolat zohor pula dalam surau penuh dengan mat-mat ganu. Aku beratur punyalah panjang beb. Ketika aku nak balik di luar stesyen Hang Tuah pun aku terdengar mat-mat kelate bertempik sesama mereka. Fuyoh, 'racing' belum start lagi sudah bakar ekzos ke brader. Relak-relak.

Turun di Masjid Jamek pun aku nampak lagi kelibat-kelibat penyokong Red Warrior dan T-Team sampai dalam terowong Putra LRT pun ader beb. Sampailah aku turun di Bangsar untuk menaiki teksi balik rumah aku. Pak cik teksi tu tanya awal-awal lagi ramai tak budak pantai timur kat Kuala Lumpur tadi, aku pun angguklah sebab memang betul pun. Malam tu aku ni bukanlah kaki layan bola sangat sebab aku sebok install driver untuk laptop aku yang baru diformat ini. Selepas segalanya selesai aku bukalah Facebook. Dari situ aku dapat tau yang Terengganu menang piala FA malam tu. Sungguh aku tak sangka. Yelah, risau jugak aku dibuatnya, kalau akibat kegagalan Khairul Fahmi menjaga gol Kelantan dari dibolosi pasukan Terengganu. Takut terkesan kena team kebangsaan pulak. Sudahlah dia penjaga gol national team. Apa pun aku harap kegagalan beliau ketika permainan malam tadi tak memberi apa-apa kesan terhadap prestasinya sebagai pemain negara. Selamat berjuang di Doha, Qatar Khairul Fahmi!.

Shacklesmith : Majulah sukan untuk negara!!!

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget