Semalam aku berjalanlah ke Kuala Lumpur seorang diri. Tujuan aku hendak ke Times Square, apa yang aku buat kat sana rasanya tak perlulah aku bagitau ye. Hehe, tak penting pun. Selepas aku turun dari kereta Avanza akak aku kat stesen LRT Bandaraya dekat belakang Sogo tu, dari bawah tangga nak naik stesyen tu. Aku terlihat segerombolan budak-budak pantai timur tengah nak turun ke bawah tangga. Aku tertanya jugaklah, bukan main lagi demo berjalan. Ada apa di KL? takkan nak melepak saja kot.
Aku perasan kebanyakan dari memakai baju serba hitam putih siap dengan cap Ganu Soccer lagi. Barulah aku teringat, rupanya malam tu ada perlawanan bola sepak final piala FA antara Kelantan Vs. Terengganu. Patutlah ramai orang Terengganu datang ke Kuala Lumpur. Disebabkan rasa nak melepaskan hajat maka aku pun pergilah masuk ke Sogo dulu. Dalam Sogo termasuk dalam tandas tu fuhh, ramai sungguh budak-budak Terengganu. Lama aku jugaklah aku beratur dalam tandas tu sampai rasa keluar pergi cari tandas lain pun ada, tapi apakan daya. Aku dah terbayar 30sen kat makcik depan tu. hahaha
Selesai jer aku melepaskan hajat aku, terus aku berangkat menuju ke stesyen LRT. Budak-budak penyokong T-team lagi sampai aku pelik mana perginya penyokong-penyokong Red Warrior? Takkan berkubang dalam swimming pool kat hotel kot. Maklumlah cuaca kan panas terik gila tengah hari tu. Sorang pun tak nampak kat Sogo tu. Nasib baiklah aku terserempak dengan sekeluarga yang memakai baju merah. Rupanya ada lagi penyokong Red Warrior, ingatkan ghaib tak muncul-muncul hari tu. Apa pun semasa atas platform menunggu nasib baiklah aku jumpa ramai lagi penyokong Red Warrior. Yeah, demo tetap ado. Gomo Kelate Gomo!! Tak jadi langsung aku nak post dalam Twitter pasal mana perginya penyokong Red Warrior di Kuala Lumpur.
Sewaktu tren aku nak bergerak, aku terpasang satu pasangan yang paling unik sekali. Seorang brader yang berusia dalam lingkungan awal 30an bersama isterinya. Si brader pakai baju merah sementara si akak yang bini brader tu pakai baju hitam putih. Pergh, sempoi gila siot abang ngan akak tu. Walaupun sebagai sepasang suami isteri tapi mereka menyokong pasukan yang berbeza. Boleh jadi jugak mereka berasal dari dua negeri berkenaan. Sepanjang perjalanan melintasi stesyen Masjid Jamek, Plaza Rakyat sampailah ke Hang Tuah memang dipenuhi oleh kedua penyokong pasukan dari dua negeri pantai timur tersebut. Betapa bersemangatnya mereka berkampung di Kuala Lumpur dari tengah hari lagi. Kalau aku konfem aku akan lepak-lepak dalam hotel dulu ataupun menumpang di rumah dan kawan. Lihat betapa passionate nye mereka. Yeah, Semangat semangat!!
Dalam Times Square toksah cakaplah, dalam tu pun ramai jugak penyokong-penyokong pasukan bola sepak datang berkampung sementara menunggu match di malam hari. Aku singgah sekejap di Wendy's untuk menikmati juadah tengah hari. Dari dalam aku tengok memang ramai penyokong-penyokong Red Warrior's yang terdiri dari golongan muda. Masa nak bersolat zohor pula dalam surau penuh dengan mat-mat ganu. Aku beratur punyalah panjang beb. Ketika aku nak balik di luar stesyen Hang Tuah pun aku terdengar mat-mat kelate bertempik sesama mereka. Fuyoh, 'racing' belum start lagi sudah bakar ekzos ke brader. Relak-relak.
Turun di Masjid Jamek pun aku nampak lagi kelibat-kelibat penyokong Red Warrior dan T-Team sampai dalam terowong Putra LRT pun ader beb. Sampailah aku turun di Bangsar untuk menaiki teksi balik rumah aku. Pak cik teksi tu tanya awal-awal lagi ramai tak budak pantai timur kat Kuala Lumpur tadi, aku pun angguklah sebab memang betul pun. Malam tu aku ni bukanlah kaki layan bola sangat sebab aku sebok install driver untuk laptop aku yang baru diformat ini. Selepas segalanya selesai aku bukalah Facebook. Dari situ aku dapat tau yang Terengganu menang piala FA malam tu. Sungguh aku tak sangka. Yelah, risau jugak aku dibuatnya, kalau akibat kegagalan Khairul Fahmi menjaga gol Kelantan dari dibolosi pasukan Terengganu. Takut terkesan kena team kebangsaan pulak. Sudahlah dia penjaga gol national team. Apa pun aku harap kegagalan beliau ketika permainan malam tadi tak memberi apa-apa kesan terhadap prestasinya sebagai pemain negara. Selamat berjuang di Doha, Qatar Khairul Fahmi!.
Shacklesmith : Majulah sukan untuk negara!!!
2 comments:
orang kelantan selalu lalu tempat aku kalau ikut jalan gua musang. masa dorang pergi kl hari tu megah je dorang kibar bendera..ni bila dah kalah masing masing balik terus simpan bendera hehehehe.
yg tak boleh blahnye dekat dlm subway putra lrt pun deme kibar bendera.. haha, padehal budak ganu relak ajer..
dlm fesbuk pun mmber2 kelantan aq xkecoh mcm final dlu.. nila padahnyer ngejek2 dak ganu penyu.. last2, bila penyu naik ke darat.. kijang menyorok dlm semak.. hahahah
Post a Comment