Ini merupakan kali pertama aku keluar menonton wayang semenjak habis belajar sebulan lalu, sebenarnya bukan tidak mahu keluar menonton sebelum ini. Banyak filem-filem menarik yang dah keluar panggung sebelum ini bukan? Cuma tiada masa dan teman sahaja. Tapi bagi Shacklesmith itu semua tak mengapa, biar terlepas dari panggung janji DVD kan ada! Hahaha. Kalau nak diikutkan memang aku nak pergi menonton pada hari Rabu tu jugak tapi mengenangkan tiket pun tak ditempah jadi postpone jela hari Khamis. Padahal, masa pergi semalam pun langsung tak ditempah tiketnya. Kah Kah Kah. Tapi tak mengapalah, bukan hari hujung minggu bukan?. So, apa nak dikisahkan pun.
Sesampai saja di depan GSC Mid Valley, memang mengejutkan aku. Sungguh tak disangka, pada hari kerja macam Khamis pun orang terlalu ramai hendak menonton wayang dengan penonton yang beratur punyalah ramai mak aih. Nak kata cuti sekolah pun tidak, tapi bukan nak kata apalah. Kalah hujung minggu aku rasa. Agaknya ramai yang ambik cuti semata-mata nak menonton filem Transformer's tu kot!. Tulah pasalkan, sebab nak tengok Transformer's punya pasal. Beratur punyalah panjang sampai aku sendiri pun risau tengok kat schedule display screen habis segala senarai jualan tiket sudah bertanda kuning (selling fast). Mulanya aku merancang nak tengok jam 2.15pm tapi itupun dah SOLD OUT!!!. Pergh, aduyai. Apa boleh buat bro. Nampak gayanya terpaksalah aku menonton tayangan jam 5.30pm.
Selesai jam jer aku beli tiket terus aku tengok jam. Diam tak diam baru pukul 1.45pm, aku ape lagi turunlah ke surau yang terletak dekat ngan food court tu (tempat makan paling bajet sebab takde aircond dan makanan murah-murah giler). Lepas jer aku bersolat zuhur masa nak pakai kasut tetiba jer berlaku sesuatu yang menarik perhatian aku iaitu lima sekeluarga pelancong Turki yang semuanya lelaki. Tak silap aku lengkap tiga generasi dari atuk, bapak dan cucunya sekalinya. Sampai ajer dekat depan surau tu terus jer pergi ke hujung (rak kasut depan surau perempuan!!!). Aku tertanya jugaklah, diorang ni tak reti baca ker yang tu surau perempuan sampai yang paling muda sekali among them (rasa-rasa umur 7 tahun) pun boleh bukak pintu dan masuk ke surau perempuan jugak!!!. Entah apa dia buat aku tak taulah, keluar masuk pergi jenguk-jenguk. Yang aku hairannya, ada seorang awek keluar dari surau tu boleh buat derk ajer budak Turki tu pergi mengintai-intai orang perempuan sembahyang!. Lepas atuknya dah 'jumpa' surau lelaki barulah kesemua ahli keluarga tersebut ikut sama. Bagi aku baguslah, datang melancong negeri orang pun masih ingat solat lagi. Aku teringat cerita emak aku masa dia pergi haji sama dengan ayah aku kat Mekah dulu. Dikatakan jemaah dari Turki ni pelik sikit, suami isteri sembahyang sebelah menyebelah. Itulah agaknya budak Turki tu keliru kot, lain bebenor orang kita kan. Kita pun pelik dengan adat depa jugak, sampai jadi misteri yang tak terungkap sejak dari zaman khalifah Uthmaniah lagi selain dari tarian sufi yang pusing-pusing tu.
Lepas jer aku solat zuhur perut aku pun terasa lapar, ingatkan nak mentekedarah sandwich kat Restoran Subway tapi jalan punya jalan tak jumpa jugak. Nak makan Popeye's Chicken?? macam takde beza jer ngan KFC aku tengok. Ke aku nak jadi ketagih macam Nicky anak setan tu kalau aku makan? Hahaha. Tiba-tiba jer terdetik hati aku nak makan Kenny Roger's. Yelah, dah lama tak makan kan?. Hehe, aku pun pergi lah usha-usha menu kat depan pintu tu. Tengah mengusha menu ada awek pekerja situ datang berdiri depan aku, aku yang tak yakin dengan bajet yang aku ade ni pun curi-curi la usha wallet aku kat bawah meja menu tu (aku rasa dia perasan kot) almaklumlah makanan kat situ kan mahal-mahal. Aku teringin nak makan bukan apa, sebab kali terakhir aku makan kat Kenny Roger's bersama bekas secret admire aku dulu. Tapi kitorang makan kat Times Square. Masa bulan Oktober dulu tak silap aku. Biarlah segalanya tinggal kenangan kan. Hmm, dijadikan cerita masa nak order punyalah aku nervous gila sebab dalam poket aku hanya ada RM28.00 ajer sedangkan makanan yang aku nak order (Quarter Meal) berharga RM16.90 sen tak masuk air minomnya lagi!. Untuk membajetkan lagi kos maka aku orderlah air botol kosong sebab aku taknak minom air manis pulak nanti takut rasa nak terkucil dalam panggung nanti.
Habis makan ajer dan lepas bayar teruslah aku blah untuk men'top-up' duit balik aku yang sudah kekurangan tu. Ambik ko bil yang aku dapat adalah RM22.50!! Tu baru aku minom air kosong kalau air hot chocolate camner pulak ek?? Haha, lepas makan tu aku lepaklah di MPH dan naik balik usha-usha game kat sebelah food court atas tu (yang tu bukan bajet punya okay!). Diam tak diam dah pukul 5.00pm aku pun turunlah bersolat Asar and then barulah aku naik balik setengah jam kemudian. Sepanjang menonton cerita ni boleh tahan jugaklah macam yang sebelumnya ini jugak. Macam biasa kalau Optimus Prime berlawan mesti dia hampir kalah pastu tak pasal-pasal menang pulak jadinya (adatlah kalau hero kan? hehehe). Part yang paling menarik perhatian aku adalah penggunaan wingsuit oleh pasukan special forces Amerika. Memang terbaiklah free diving tu seumpama sugar glider di dalam hutan-hutan yang meluncur di angkasa raya. Aku pun teringin jugaklah nak terjun pakai wingsuit dari atas KLCC, dapat jugak merasa terbang di langit tanpa bantuan enjin dan minyak diesel kan? Hahaha, apa pun memang bestlah cerita walaupun aku tertinggal beberapa scene selama 5 minit akibat rasa tak tahan sangat nak buang ayor. Aduyai, memang selalu buat hal lah bladder aku nih. Time best-best pulak tuh.. Ciss!! Apa pun, berkenaan dengan filem ni aku bagi 4/5 sebab sepanjang tiga siri Transformer's memang tak menghampakan. Grafik CGI dia pun da semakin realistik, tak macam dulu dah.
Tidak menghampakan, walaupun Megan Fox yang seksi giler b@bi sampai b@bi pun boleh jadi giler tu dah takder. Tapi tempatnya sudah diambil-alih oleh Rosie Huntington-Whitley yang tidak kurang seksinya juga (pada standard aku biasa ajer :P,, supermodel lah katekan,, hehehe). Hah, merasakan Shia LaBeuf dalam pelukan hotbabes lagi kan? What a nice chick he got there dude!!
Shacklesmith : Aii brader.. dua gambar je ker?? :D :D D:
No comments:
Post a Comment