Saturday, March 5, 2011

Regnum Minancabonum



Petikan dari blog Ujang Kutik
"Saya adalah orang Negeri Sembilan. Ketika menonton sebuah drama tempatan mengenai sebuah keluarga keturunan Minangkabau warga negara Malaysia yang menziarahi keluarga asalnya di Tanah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, nuansa emosi saya sangat terusik dan seperti saya adalah sebahagian daripada ahli keluarga tersebut. Saya adalah orang Negeri Sembilan. Ketika menonton sebuah drama tempatan mengenai sebuah keluarga keturunan Minangkabau warga negara Malaysia yang menziarahi keluarga asalnya di Tanah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, nuansa emosi saya sangat terusik dan seperti saya adalah sebahagian daripada ahli keluarga tersebut. "


Assalamualaikum kepada pembaca laman Shacklesmith sekalian. Entry aku pada hari ini adalah berkisar dengan bab mengenai darah keturunan. Apa yang dimaksudkan dengan Melayu sebenarnya?. Aku tak merujuk kepada Melayu yang dijustifikasikan mengikut perlembagaan persekutuan tetapi point adalah lebih kepada darah Melayu itu sendiri. Seperti yang kita sedia maklum, bangsa Melayu di Malaysia ini terbahagi dari pelbagai suku dan keturunan. Melayu itu bukanlah terhad kepada sesiapa yang bertutur dalam bahasa Melayu yang standard sahaja sebaliknya memiliki kepelbagaian dialek dan bahasa yang tersendiri. Meskipun adakalanya dialek sesuatu suku rumpun Melayu itu boleh difahami oleh suku rumpun Melayu yang lain. Kadangkalanya, ianya tidak difahami langsung. Contoh terbaik adalah dialek Melayu Pantai Timur yang agak sukar difahami oleh mereka yang jarang mendengarnya. Senang nak cakaplah, Melayu yang berlainan negeri agak berbeza di antara satu sama lain. Adakah Melayu di Pantai Timur itu sama dengan Melayu di Pantai Barat. Tidak sama sekali.

Baiklah, kali ini aku nak lebih spesifik sikit mengenai suku kaum. Sebab dalam artikel ini berdasarkan tajuk dan petikan yang berwarna merah di atas tu. Kenapa apa aku bagi title tu dalam bahasa Latin?. Nanti aku perjelaskan. Okay, kita teruskan cerita kita mengenai salah sebuah suku kaum dalam rumpun Melayu yang paling terkenal di Malaysia iaitu suku Minangkabau. Umum mendapati, negeri yang paling dikaitkan dengan suku ini adalah Negeri Sembilan. Ini kerana pengaruh Adat Perpatih yang diamalkan dan seni kebudayaan yang dipraktikkan di negeri tersebut. Boleh dikatakan, majoriti orang Melayu di negeri itu adalah berketurunan Minangkabau termasuklah aku sendiri dari belah emak aku. Kalau nak diikutkan dalam suku Minangkabau ini terdapat banyak clan yang mana kesemuanya ahli kerabatnya berkongsi induk yang sama. Perlu diingatkan bahawa suku ini memang kuat pegangannya terhadap sistem matrilinialisme yang mana mementingkan pegangan kekerabatan di antara ahli saudara yang seibu, se-nenek dan se-moyangnya. Namun begitu, mengikut nasab nama tetap dibinkan dengan nama bapa juga. Antara salah satu signifikansi pentingnya kekerabatan matrilinialisme ini adalah saudara lelaki tidak boleh berkahwin dengan saudara perempuan dari clan yang sama. Itu adalah satu pesan mak aku kalau nak cari bini, jangan cari yang sama suku. Sememangnya dari segi genetik pun manusia tidak digalakkan memilih pasangan yang berkongsi kromosom X dengan kita kerana dikhuatiri akan menimbulkan komplikasi terhadap anak yang bakal dilahirkan nanti. Selain itu, harta juga diwariskan kepada anak perempuan. Sementara urusan agama dan politik pula dijalankan oleh kaum lelaki. 


Meskipun suku Minangkabau kuat berpegang kepada adat, namun begitu pengaruh agama Islam tetap kuat dalam jiwa mereka. Ini boleh dikenali melalui pepatah mereka yang berbunyi "Adat basandi Syara', Syara' basandi Kitabullah" yang bermaksud adat Minangkabau bersendikan hukum Islam dan hukum Islam bersendikan Al-Quran. Suku Minangkabau tidak hanya terhad di Negeri Sembilan saja. Malahan juga terdapat di negeri lain di Semenanjung Malaysia khasnya di kawasan pantai barat. Sejak dari kemerdekaan dan pembangunan di negeri lain. Kebanyakan mereka telah berhijrah dan menetap di kawasan itu. Ada juga kaum Minangkabau di Malaysia yang tidak mempunyai perkaitan dengan Negeri Sembilan. Sebagai contoh bagi mereka yang tinggal di kawasan Semenyih, Kajang dan beberapa tempat lain di negeri Selangor walaupun daerah tersebut pernah dikuasai oleh orang Minangkabau sebelum kebangkitan Bugis pada kurun ke-18. Ini kerana kebanyakan dari mereka berhijrah dari Ranah Minang selepas Perang Padri dan ada juga di antara mereka datang sebagai pedagang kemudiannya. Sementara itu, orang Minangkabau di Negeri Sembilan telah ada di sana sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka tertubuh lagi. Disamping itu, terdapat perbezaan di antara Minangkabau Nogori dengan Minangkabau yang datang kemudian. Perbezaannya adalah dari segi bahasa, loghat dan darah. Untuk melihat perbezaannya, kali ini aku nak mengajak anda semua berfikir di luar kotak pemikiran. Nah, sama-sama jom kita lihat dua gambar yang saya masukkan ini. Marilah berfikir sejenak.






















Cuba perhatikan kedua gambar di atas dan perhatikan perbezaannya. Kalau rajin buka laman web lain dan semak menu masakkan yang dijual oleh kedua restoran berkenaan. Lebih rajin lagi kaji asal usulnya sekali. Okeylah, nak diringkaskan cerita keduanya memiliki asal usul yang sama iaitu suku French yang berasal dari Perancis. Ini boleh dilihat dengan lebih jelas pada restoran Delifrance yang terang-terang sekali memaparkan bendera Perancis sebagai logo utamanya. Tapi bagaimana pula dengan restoran TGI Friday's?, adakah ianya berasal dari Perancis juga sebagaimana Delifrance. Panjang ceritanya untuk diperjelaskan secara lebih mendalam. Untuk makluman anda, restoran TGI Friday's menyajikan menu makanan dari kawasan selatan Amerika Syarikat khasnya dari negeri Louisiana ( Ingat New Orlean, bandar yang dilanda Taufan Katrina suatu ketika dahulu?). Restoran ini menyajikan masakan khas dari suku Acadien (Cajun) yang berasal dari keturunan Perancis dahulu. Sungguhpun berketurunan Perancis, suku Cajun telah mengalami evolusi budaya yang tersendiri sehingga mengalami banyak perbezaan dengan keturunan Perancis khasnya French-American yang tinggal di utara khasnya bersempadan dengan Canada. Akan tetapi, jika dilihat dari segi nama keluarga iaitu surname. Mereka masih lagi memiliki nama yang sama dengan orang Perancis walaupun dialek bahasanya sudah berbeza antara satu sama lain. Mereka memiliki budaya tersendiri yang unik.


Hal yang sama berlaku di kalangan kaum Minangkabau di Negeri Sembilan yang terpisah dengan saudara mereka  di Ranah Minang, Sumatera Barat selama ratusan tahun lebih lama dari kaum Perancis dan suku Cajun sendiri. Pemisahan geografi inilah menyebabkan suku Minang di Negeri Sembilan mewujudkan ciri-ciri distinctive yang tersendiri. Loghat Negeri Sembilan adalah berbeza dari 'bahaso Minang' meskipun berakar dari bahasa Melayu Kuno zaman kerajaan Sriwijaya. Justeru, Sumatera Barat dan Negeri Sembilan memiliki keunikan dan sejarah yang tersendiri. Walau berbeza sekalipun masih berlegar di Alam Nusantara yang sama. Tidak timbul persoalan 'maling' yang dibisingkan oleh bapak Jawa Indonan kerana mereka adalah serumpun dan dari induk yang sama iaitu Minangkabau. Tidak timbul juga soal mereka ini adalah pendatang oleh apek ultra kiasu perkauman anti Melayu yang buta sejarah kerana sempadan politik Malaysia dan Indonesia hanya dilukis penjajah British dan Belanda hanya pada kurun ke-19 dan tidak sebelumnya. Bukannya mereka yang datang dari luar nusantara. Ingatlah pesan aku, jangan lupa sejarah. Sila entry sebelum ini.


Pavilion Malaysia yang bercirikan Rumah Gadang di Shanghai, China

المملكة المينانجكاباو


Shacklesmith : Terdetik nak buat entry ini selepas dengar lagu Biso Bonar oleh Hattan dan tengok drama Keris Hitam Bersepuh Emas lakonan Ebby Yus. Bukan sambungan kepada 'Melayu Buta Sejarah'.





No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget