Friday, May 27, 2011

Waduh!! Sama Tapi Tak Serupa

        Banyak benda yang kita lihat di dunia nampak serupa tapi hakikat tidak pun. Apa tak nya, setakat luaran jer yang nampak sama tapi dalaman lain-lain. Memang sama tapi tak serupa langsung kan. Kadang-kadang persamaan tu terjadi secara kebetulan dan kadangkalanya mungkin disengajakan. Walaubagaimanapun semua nya bergantung pada niat 'orang' yang melakukannya. Ingat, Shacklesmith bukan bercakap pasal kejadian alam semua tapi pasal video klip yang aku jumpa kat Youtube ni. Diminta anda semua yang bertandang di blog ini menonton dan menilainya. Dua buah lagu yang wajib dinyanyikan tatkala berkaraoke bersama orang tersayang :)


       Aku sedar kewujudan lagu tu masa menemankan member berkaraoke di sebuah premis di Taman Maluri selepas makan tengah seminggu sebelum peperiksaan akhir lebih sebulan yang lalu. Masa tu boleh dikirakan gua first time la melalak kat dalam tu walaupun dengan suara yang tak seberapa merdu nih. Berbalik pasal lagu ni pulak berkisar mengenai kebosanan dan kegersangan tidak dilayan kekasih tersayang. Waduh! kok bete ngapain gak cari aja yang lain  dong?. Haha, bukankah tabiat cewek disana suka bertukar-tukar pacar gitu kan. Cara nyanyian dalam klip video tu pun aku tengok menggoda habis. Cair sapa-sapa jantan yang menengok nie. Konfem pakcik-pakcik dato-dato semua tempah bilik kat Pulau Batam 7 hari 7 malam semata-mata nak 'bermesra-mesraan' bersama cewek-cewek ini. KAH KAH KAH KAH KAH!!! Yang ini lagi satu klip video gua taruk, lagu sama jugak tapi dinyanyikan dengan loghat yang berbeza. 


        Video ni aku dah ketahui kewujudannya lama jugak lah. Ketika sibuk orang dok pertikai betul ke negeri tu betul-betul mengamalkan gaya pemerintahan 'Isle'. Nak dijadikan cerita klip video ini dijadikan penilai apakah kebenaran tersebut. Lenggok suara Mek-mek yang menyanyi dalam lagu dangdut ni memang menggoda tapi dalam bab tarian 'meme serupo menate beruk!'. Kalau Tok Guru tengok mau tak tercabutlah serban dan kopiah dia termasuklah macai-macai awe-awe pengampu yang tutup muka lepas tu bukak sekejap sebab nak tengok peha ayam KFC yang gebu-gebu tu. Sumpah gila kelakar lah beb, aku tengok video klip ini berkali-kali pun udah tak tertahanlah nak tergelak sampai berguling-guling dibuatnya. Kalau korang tengok komen-komen video ni kat Youtube memang mengundang kutukan yang pedas-pedas. Yelah, udahlah menyakitkan mata orang yang memandang. Yang tak sedapnya, betulkah mereka ini menumpang nama Dikir Barat?. Aduyai, come on lah. Apa kena mengena Dikir Barat dengan menari tertonggeng ni?. Jangan rosakkan budaya lah. Ni memang sah-sah Dangdung dan bukan Dikir Barat. Cuma penyanyinya aje yang ada background Dikir Barat. Tapi walau apapun jangan kaitkan si gemuk yang memakai baju ketat menari terkinja-kinja ni  dengan Dikir Barat!. Jauh langit dengan bumi. Kalau betul demo ni asal Siam nak mencari glamer kat M'sia. Lagi bagus suruh SB tembak celako ni sekor-sekor. Molek gitu doh!! Huhuhu :D

Shacklesmith : Jangan bosan-bosan wahai cik adik

2 comments:

Hamka2 @ AMAKZ said...

ni mesti karaoke dengan KULI ni kan hahahaha

Shacklesmith said...

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

takdela bro.. aq berkaraoke dgn si zul antum redha tu..

kebetulan lgu dangdut kelantan tu pulak aq tau dari mastika ^^

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget