Inilah akibatnya kalau sesuatu perhimpunan di-hijack oleh ahli politikus. Perhimpunan HARAM BERSIH yang sepatutnya dikepalai oleh Ambiga dan Pak Samad namun akan tetapi akhirnya dieksploitasi secara membabi buta oleh dua ahli politik desperado iaitu Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Apabila sesuatu perhimpunan jalanan yang sepatutnya aman itu diambil alih oleh golongan yang mempunyai agenda peribadi tersendiri maka huru-haralah jadinya dek kerana mereka-mereka (sang politikus desperado) ini mengapi-apikan semangat dan emosi peserta demonstrasi jalanan berkenaan. Ikuti pandangan blogger non-partisan dan aktivis sosial Dr Rafick Khan mengenai pandangan peribadi beliau mengenai demonstrasi kelmarin.
The day BERSIH becomes dirty!
Since BERSIH 3.0 took place I have been talking to so many people and watch countless materials on YouTube. I felt I must state my position on the subject matter. This would include whether the event should take place and the happening of the event and the aftermath. One thing that is clear is that BERSIH has led a large trail of rubbish and destruction.
Should BERSIH 3.0 take place? As part of any peaceful gathering, I think it should have been allowed. The authorities approach in the initial days has been disappointing. They should have approved it and recommended several sites immediately and not at the 11thhour. Despite that, both parties should have exhausted all effort to ensure that a good outing takes place and both parties failed to do just that. It is the arrogance of both parties that led to such a simple thing being made complicated. With 48 hours to go, the Stadium board and the authorities has offered Stadium Merdeka to be used. BERSIH rejection on the basis of inadequate time to inform the people is simply not acceptable. We lived in the era of mobile phones, tweeter, Internet, radio and television. It is never too late to ensure a peaceful gathering. If it has been agreed, than that all parties should have promoted the event at the stadium using all available channels.
Stadium Merdeka is an important historical landmark. It should have been used for such a historical event. Merdeka was first shouted in the Stadium by Tunku and not at the Dataran. The Union Jack flag was lowered at the Banda Hilir field in Melaka the night before. The Union Jack was lowered for the final time and the Malayan flag hoisted for the first time at midnight on August 31, 1957. The field use to be owned by a private club and the Sultan Abdul Samad building was the remnant of the British administration office.
A good event turns disastrous mainly because the political parties were involved. They should have been excluded. The following video showed how Anwar and Azmin had orchestrated the invasion of Dataran.I was appalled by what I saw. Despite his age, he has not shown maturity. Both are guilty. The authorities must make them accountable. BERSIH committee must take accountability of their action. They wanted the freedom to gathers; therefore they must face the consequences. They must do the right thing. BERSIH must apologies to the nation.The authorities must take action against people who attacked the police and damaged police and public properties. The police officers that had used excessive force should also face the music. Anwar and Azmin can deny as much as they want but the video speaks volume.
Shacklesmith : Secara peribadinya aku bersetuju dengan point-point yang dikemukakan beliau. Bagi anda pula, terpulanglah pada diri sendiri bagaimana hendak menilainya.
Semalam aku menghabiskan hampir separuh hari duduk terperap dalam bilik aku menghadap laptop menelaah blog-blog dan laman sesawang media sosial untuk mengetahui perkembangan terkini demonstrasi BERSIH 3.0 di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Kecoh bebenor teman dengor yeop. Kawan aku budak Perak yang sepatutnya balik Sungkai semalam entah sampai ke tidak aku tak taulah.
Aku pun sebenarnya cukup tertarik jugak dengan cogan kata demonstrasi kali ketiga tajaan golongan Neo-Con (NED, NDI dan OPTOR) ini iaitu "Duduk Bantah" yang dengar cerita menarik perhatian para DAPster, Hipster Liberal dan Serbanista untuk turun berhimpun duduk sambil membantah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sepatutnya mereka berdemo di tempat yang ditawarkan iaitu Stadium Merdeka seperti dikehendaki Ambiga Sreenevasan ketika BERSIH 2.0 dulu, akan tetapi mereka tetap berkeras jugak nak berkumpul di Dataran Merdeka.
Expected turn-out untuk protes kali ini boleh tahan jugak banyaknyer beb iaitu 500k, walaupun hakikatnya yang hadir pun koman-koman dalam 30k sampai 50k jer. Biasalah, kita ni kalau nak buat anggaran macam kenduri kahwin, birthday party ataupun majlis akikah anak baru lahir mestilah bajet jumlah kedatangan tetamu hebat-hebat ramainya padahal pinggan pun tak cukup nak dorang semua makan. Fikirkanlah pulak BERSIH 3.0 ni, agak la sangat boleh capai 500k kalau orang yang dah muak berdemo pun dah tak sanggup kena perguna dek penganjur supaya buat kecoh ramai-ramai dan berdepan tear gas. Tambahan pulak, orang KL pun dah malas nak layan. Orang belah dari luar jer yang dok sibuk nak 'berjihad' atas arahan Tok Guru Holier Than Thou depa tu semata-mata nak masuk syurga Pulau Melaka-nya. Ahaks. (Mengikut fatwa terbarunya, BERSIH adalah wajib umpama berjihad!)
Yang hadirnya pun hanyalah syok sendiri kunun-kununya 'seluruh rakyat bersama mereka' sedangkan brader-brader dan mak cik-pak cik yang dok meniaga kat Jalan TAR semua mencebik muka menyampah sebab bisnes depa kena sabotaj kow-kow pada hari tu. Dalam hati mereka berkata-kata "TAK GUNA PUNYA MELAYU IMPORT LUAR KL!!! KORANG TABUR PASIR KAT RICE COOKER KITORANG!!!". Ini true story beb, masa bulan puasa sudah aku sempat bertanya ngan peniaga-peniaga kat Jalan TAR dan Masjid India. Sebelum BERSIH 2.0 lagi aku sudah diajak sign petisyen oleh mereka sebab tak bisnes terganggu masa hari Sabtu tu. Puak-puak penjalang BERSHIT ni macam biasalah beb, dok salahkan polis jugak habistu kalau takde permit mestilah polis buat sekatan. Human Right orang lain macam peniaga-peniaga tu pun kena jaga jugak bukan korang jer langau kuning!.
Sambil-sambil berfikir betapa 'aman'-nya perhimpunan yang bersih ini mari sejenak kita tonton semula video ini. Benarkah polis melanggar tiga orang awek sampai jurukamera Malaysiakini (I assumed as) memaki-maki mencarut macam bohsia umur 20 tahun kena tutuh batang budak form 3 tak baligh lagi.
Cuba tengok yang ini pulak, tak nampak pun ada orang ditarik dari bawah kereta polis tu.
Persoalannya, kalau polis langgar pun adakah ianya secara sengaja?. Dengan berdepan crowd dekat tengah jalan lagi ditambah pulak habis dibaling kereta polis tu macam-macam dari segala botol air, batu-bata dan sebagainya mana taknya kereta polis tu tak EKSIDEN!!! Ni bukti jelas macam mana kereta polis tu boleh terbabas kat depan Secret Recipe Sogo tu.
Mengikut sumber blog yang aku baca sebelum kejadian tu, kawasan Sogo tu adalah port melepak pendemo dari Kelantan (Siapa Yang Taja?). Mengenangkan kembali kes apek kena tumbuk di KFC dua bulan lalu kita sudah nampak babi beruk mana menjadi dalang tindakan keganasan penuh kezaliman ini. Aku dari dulu sudah perhatikan puak pentaksub PAS dari Kedah dan Kelantan memang bersikap agresif dan itu tidak boleh dinafikan. Everywhere they go, there is always troubles. Puak inilah ABOMINATION yang tidak patut diberi muka. Maaf kepadao orang Kelantan dan Kedah lah yang terbaca sebab aku direct pada segelintir ajer terutama pentaksud PAS. Sapa makan cili dialah terasa pedas beb.
Tiga hari lalu (24 April), berlegar di ruangan maya sebuah video adegan berahi para demonstran anti-PTPTN dan Occupy Dataran yang dimuatnaikkan di Youtube oleh blogger Badutrakyat. Melihat pada keadaan tapak perkhemahan haram para pendemo di Dataran Merdeka tempoh, maka benarlah laporan Harakah dan Tranungkite akan BETAPA MELUATNYA UNIT AMAL TERHADAP MAKSIAT DAN KEMUNGKARAN YANG BERLELUASA sepanjang 'penaklukan' selama seminggu di dataran bersejarah ibu kota kita ini.
Frankly speaking, I don't see anything strange about this video because I had seen dozens of this scene before in my college days. Biasalah beb, budak-budak Hipster macam nilah kerja dorang. Pantang bersama dengan makwe dan pakwe mesti berkepit jelah, kalau boleh 24 jam nak melekat. Jangan nak disalahkan budak KL jer beb, bebudak kampung dari ceruk Kelantan pun lagi terer-terer belaka dalam bab ni lebih-lebih lagi dalam bab berkapel. Kadangkala aku pun tak paham jugak, macam mana puak-puak Serbanista GAMIS ngan PMI yang kononnya pejuang Islam totok ni boleh terlepas pandang perkara mungkar yang dilakukan oleh comrade mereka di depan mata sendiri?. Sudah dibutakan mata dan hati oleh Anwar dan Ambiga ke atau dihalalkan oleh Tok Guru parti cap bulan mengambang pujaan hati nurani mereka?.
Aku dah cakap sejak dari entry sebelum ni lagi bahawa perikatan haram antara SERBANISTA bersama HIPSTER LIBERAL SOSIALIS hanya ampuh buat seketika ajer sewaktu BARISAN NASIONAL masih memegang tampuk pemerintahan negara. Ini kerana pada masa ini, kedua kumpulan ini hanya berkongsi SATU MATLAMAT iaitu menumbangkan BARISAN NASIONAL dan membawa fahaman anti-establishment yang menjurus kepada penentangan terhadap segala usaha dan dasar kerajaan. AKAN TETAPI, WALAUPUN BERKONGSI MATLAMAT YANG SATU NAMUN MEREKA BERBEZA PENDAPAT DAN IDEOLOGI.
Sebab apa aku katakan begitu kerana puak SERBANISTA lebih cenderung membawa ideologi ekstrem teologi untuk menegakkan negara berpemerintahan ALA TALIBAN manakala puak HIPSTER pulak berkecenderungan untuk menegakkan negara sekular yang berfahaman LIBERAL DAN SOSIALIS seperti negara barat. JADI SUDAH TENTUNYA AKAN BERLAKU KONFLIK DI ANTARA MEREKA APABILA SUDAH BERKUASA KELAK KERANA MASING-MASING NAK MENEGAKKAN FAHAMAN MEREKA SENDIRI. Senario ini telah aku sedari sejak dari perhimpunan BERSIH 2.0 lagi.
Untuk tak melengahkan masa, korang tengok jelah video dan fikir-fikirkan sejenak.
cop.. cop.. wait a second, macam kenal jer mamat ngan awek dia tu..
Siapa lagi kalau bukan si Fahmi Reza bro..
Kalau beginilah gayanya, tak mustahil mereka berdua tinggal dalam satu khemah. Pelik, kenapa perkakas-perkakas Serbanista Taliban boleh diam jer dengan perlakuan sumbang mereka sebegini?.
Jika dilihat trending perjuangan para mahasiswa bajet Islamik di internet, para serbanista ini seringkali menyamakan pergerakan mereka sebagai sebuah gerakan kebangkitan Islam. Namun begitu amat menyedihkan apabila turut bersekongkol dengan golongan sosialis yang pada hakikat memperjuangkan sebuah agenda lain yang amat berbeza sama sekali pegangan dan halatujunya.
Korang lihatlah sendiri pengakuan beliau (Fahmi Reza) terhadap para serbanista yang seringkali menyemak di ruangan komen Facebooknya. Y'all patut tau ler perangai serbanista ni tak habis pot pet berceramah agamal padahal nak jadi ustaz pun belum tentu pass dan berkelayakan lagi.
Boleh rujuk jugak pendedahan yang dibuat oleh blogger Pena Minang terhadap siapa sebenarnya Fahmi Reza ini. SINI
Fikirkanlah para mahasiswa yang bajet Jihadi Wannabe sekalian, orang macam ni korang nak bekerjasama?. Nanti bila memerintah esok lusa boleh ker korang kawtim?. Selonggar-longgar geng UMNO terhadap Islam pun korang boleh gelar kaffir habistu Hipster-Hipster camni bagaimana pulak dowh?.
Shacklesmith : JAWI taknak siasat ker apa dorang wat kat dataran?
Sudah hampir lebih seminggu aku menyentuh isu demonstrasi jalanan oleh golongan mahasiswa sewel yang mahu menuntut penghapusan PTPTN dan pendidikan percuma. Demonstrasi jalanan haram ini dijadualkan akan berlangsung sehingga 28 April ini sempena satu lagi perhimpunan haram iaitu BERSIH 3.0. Akan tetapi, atas menghormati konsert kebudayaan Diraja yang bakal dihadili oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Difahamkan, Adam Adli selaku ketua demonstrasi ini telahpun 'menutup kedai' lebih awal lagi iaitu sejak Jumaat lalu. Alhamdullillah, ringat sudah kerja DBKL. Sebelum tu korang baca dulu BY LAW DI DATARAN MERDEKA yang sudah berkuatkuasa sejak lebih 10 tahun dulu lagi. Aku dapat dari sahabat blogger merangkap mentor kepada aku sendiri. So, sesiapa yang berhajat nak buat perhimpunan haram beragak-agaklah dulu.
By-Law 4. Offences. No person shall, unless approved by the Commissioner in writing, in the Dataran Merdeka- (a) eat any food, drink or smoke any cigarette, cigar or any tobacco; (b) cut, remove, damage, pluck any leaf, branch, flower or seed of any plant or tree; (c) cut, uproot, dig, remove or damage any plant, tree or grass; (d) excavate or remove any earth; (e) climb any tree or structure; (f) dirty, deface, make alteration to, displace or damage any structure; (g) nail, tie, bind, chain, draw, scribble, paint, spray, mark, affix, inscribe, display, place or hang anything on any tree, plant or structure; (h) walk over, step or stand on any planting bed or shrubbery; (i) enter or climb the hundred metre flag pole; (j) ride, drive, pull or push any vehicle whether mechanically propelled or otherwise or slide with a skate; (k) contaminate or pollute the water in any fountain; (l) deface or remove any notice displayed by the Commissioner; (m) spit, urine or defecate; (n) displace, make any alteration to, remove, deface or tamper with anything displayed, exhibit, affixed, hung, placed, constructed or set up by the Commissioner; (o) erect any tent, booth, shed or other structure;(p) drop, throw, deposit, place or leave anything whatsoever; (q) kindle any fire or any fireworks or crackers; (r) lie down or sleep in any part of Dataran Merdeka; or (s) allow any animal which is under his control to enter or remain in any part of Dataran Merdeka.
By-Law 6. No entry at certain hours. No person shall remain in the Dataran Merdeka between 1 a.m. and 6 a.m.
By-Law 8. Prohibition against holding assembly, etc. without permit.No person shall unless exempted, hold any public address, demonstration, assembly, meeting, gathering or any other activity in the Dataran Merdeka without a permit from the Commissioner.
By-Law 10. Application for permit. (1) An application for a permit to hold any public address, demonstration, assembly, meeting, gathering or any other activity shall be made in writing to the Commissioner in such form as may be determined by the Commissioner. (2) Where the application is approved, the Commissioner shall, on payment of a sum as deposit as he may determine, issue to the applicant a permit. (3) The permit holder shall comply with the conditions attached to the permit.
By-Law 14. Power to order out of Dataran Merdeka.Any person who contravenes any of the provisions of these By-laws may be ordered out of the Dataran Merdeka by the Commissioner.
By-Law 15. Penalty. Any person who contravenes any of the provisions of these By-laws shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding two thousand ringgit or a term of imprisonment not exceeding one year or to both.
Alright, understood?. Okay kali aku nak bubuh cukup-cukup pasal PTPTN. Jujur, untuk aku bagitau pada korang. AKU PUN PEMINJAM PTPTN JUGAK. Oleh itu, takde andaian aku cuba memutarbelit kononnya aku rela berhutang dan membayar cash pinjam ni. Bagi aku, mungkin PTPTN sendiri mempunyai kekhilafan dari segi sistem dan pentadbiran. Tapi tidak bermakna aku nak ianya dimansuhkan 100% kerana ia satu cadangan yang kurang relevan. Sebaliknya, aku kelemahannya diperbaiki agar para peminjam tidak lagi dibebani kerenah birokrasi yang membebankan serta merumitkan ini.
Cakap tu senang, nak free education konon. Kalau dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah tu tak mengapa sebab aku pun sokong, ibubapa cuma hanya perlu peruntukkan untuk peralatan dengan buku teks jer. Namun, untuk tertiary education seperti pengajian lanjutan itu harus diperhalusi dengan lebih mendalam lagi kerana kos untuk setiap jenis pengajian adalah berbeza mengikut kursus yang disediakan oleh IPT-IPT terlibat. PERLU DIINGATKAN BAHAWA YANG MEMINJAM BUKAN SEMUA PELAJAR IPTA, TAPI JUGAK IPTS. Sekali lagi aku hendak ingatkan modus operandi institusi pengajian tinggi milik swasta adalah berasaskan KEUNTUNGAN. Jadi adakah kerajaan jugak perlu menanggung 100% institusi milik swasta ini yang kita sedia maklum MEMANG CEKIK DARAH $$$ PARA PELAJAR.
Jika benarlah kerajaan jugak perlu menanggung sama IPTS PENCEKIK DARAH dengan cukai yang dibayar oleh rakyat dan GLC. Oleh itu, terpaksalah IPTS ini diconvertkan kepada syarikat bertaraf GLC supaya segala urusan penanggungan yuran ini dipermudahkan sama sekali. Maka tidak hairanlah nanti sekiranya berlaku situasi IPTS ini mengalami kerugian maksima berjuta-juta ringgit gara-gara hasil pendapatan kurang. Kerajaan pusat melalui kementerian kewangan terpaksa mem-'bail them out'-kan mereka sebagaimana juga yang turut dilakukan terhadap Malaysia Airline System dan Proton. Cuba kalau satu IPTS tak mengapa, bagaimana pulak jika 10 IPTS menanggung kerugian sekaligus!.
Mari kita mulakan dengan sejarah asal PTPTN dan kaji semula kelemahan yang patut diperbaiki. Kredit bekas pemimpin berkenaan kerana berkesempatan mengutarakan pendapat mengenai PTPTN ini.
1. Baru-baru ini saya berjumpa dengan sekumpulan mahasiswa yang begitu terpengaruh dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka yang terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri.
2. Apabila Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN mereka bersorak sakan tanpa melihat asal ususl kemunculan dana ini.
3. Pada awal 1991, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatn tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.
4. Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.
5. Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).
Hipokrasi Anwar Ibrahim
6. Siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.
7. Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini.
8. Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja.
9. Tapi sekali lagi pengenaan caj 4% ini dilakukan di bawah pengawasan Menteri Kewangan mana? Orang yang sama hari ini yang mendakwa pinjaman PTPTN dan caj pengurusan, yang jauh lebih rendah daripada zaman beliau, sebagai zalim dan menindas mahasiswa.
10. Namun kerajaan Barisan Nasional yang prihatin ini kemudiannya menurunkan kepada 3%dan setereusnya menganjurkan skim baru yang hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% sahaja. Dan ingatlah semua ini berlaku bukan lagi pada zaman pemimpin "rakyat" bernama Anwar Ibrahim memegang kuasa.
11. Sungguhpun kita mengetahui sikap hipokrasi pemimpin Pakatan ini, namun kita juga harus menerima hakikat bahawa wajah, struktur dan bentuk PTPTN boleh diberi nafas baru yang menjadikannya lebih mesra rakyat.
PTPTN Perlukan Perubahan Drastik
12. Sehingga tahun lalu seramai 885,564 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membayar balik pembiayaan pendidikan masing-masing yang berjumlah RM5.3 bilion. Pada Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, 114,125 peminjam telah diluluskan penangguhan bayaran balik disebabkan menyambung pelajaran, masih belum bekerja dan dalam proses tawaran yang melibatkan amaun sebanyak RM967.18 juta.
13. Ini bermakna masih ada lagi ruang untuk pelajar yang telah lulus pengajian memohon penangguhan bayaran semula. Namun masih ramai yang tidak berpuas hati kerana PTPTN mewajibkan mereka mula membayar balik enam bulan selepas habis pengajian. Jika tidak mampu membayar maka perlu melakukan rayuan dan bergantung atas budi bicara para pegawai PTPTN. Malahan saya dimaklumkan PTPTN mempunyai budi bicara untuk mengurangkan bayaran bulanan sehingga serendah RM 50 sebulan.
14. Namun masalah yang besar ialah mengenai jumlah yuran pengajian yang begitu tinggi di Institut Pengajian Tinggi Swasta sehingga menyebabkan ada antara pelajar lulusan vokasional dan teknik berhutang dengan PTPTN sehingan RM 45 ribu ke 50 ribu sebaik tamat pengajian.
15. Dalam keadaan inilah kerajaan harus menganggap memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada para pelajar merupakan satu bentuk pelaburan yang kalau tidak lebih penting pun tentulah sama penting dengan pelaburan pembangunan lain.
16. Pada hemat saya PTPTN perlu menggunakan skim pembayaran balik pinjaman MARA yang lebih mesra pelajar dan sangat bertimbang rasa. Ini membolehkan pelajar menikmati pelbagai potongan diskaun selain menggalakkan kerja keras mahsiswa menumpukan kepada pelajaran. Jika pelajar yang mendapat kelulusan baik diberi potongan tertentu, maka lebih ramai yanga akn menumpukan kepada pelajaran berbanding menghabiskan masa berhibur dan berdemontrasi.
17. PTPTN sebagai organisasi yang berkait rapat dengan kerajaan tidak harus menjadi seperti bank yang mengenakan pelbagai caj dan faedah sehingga membebankan mahasiswa.
18. PTPTN mendapat dana permulaan daripada kerajaan. Saya percaya kerajaan boleh menambah dana tersebut jika PTPTN mempunyai strategi yang berkesan untuk menjadi sebuah organisasi yang mapan pada masa akan datang.
19. Justeru PTPTN harus mengambil langkah seperti MARA yang kini khabarnya mempunyai cabang pelaburan sendiri bagi mengumpul dana untuk organisasi dan aktiviti mereka. Atau sekurang-kurangnya PTPTN boleh mencontohi model pengurusan dan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)yang mampu mendapat keuntungan bagi menampung kos operasi dan membayar dividen kepada penyimpannya.
20. PTPTN boleh memohon dana khas kerajaan untuk pelaburan dalam industri tertentu yang tidak berisiko tinggi tetapi mempunyai pulangan sederhana. Kos pengurusan PTPTN dan juga kerugian daripada pemberian diskaun kepada pinjaman pelajar boleh ditampung dari sumber keuntungan pelaburannya, bukan daripada pinjaman pendidikan itu sendiri seperti yang berlaku sekarang.
21. Dengan peruntukan berbilion daripada kerajaan, adalah mustahil untuk PTPTN tidak mampu untuk mencari peluang pelaburan yang mencukupi untuk membiayai pengurusan organisasinya dan juga menampung kekurangan dana pinjaman akibat pelupusan dan juga pengurangan bayaran balik pinjaman.
22. PTPTN juga boleh melakukan pelbagai aktiviti mengutip dana untuk tabung pinjaman ini jika syarikat korporat, dermawan dan rakyat percaya mereka membuat kerja membantu mahasiswa bukannya menindas mahasiswa.
23. Yang utuma dan penting ialah PTPTN tidak seharusnya mengambil jalan senang dengan memberi pinjaman dan mengutip bayaran semata-mata sehingga ia menjadi satu bebanan politik kepada rakyat.
24. Belajarlah daripada agensi lain terutamanya daripada MARA yang bukan sahaja berupaya menaja para pelajar ke luar negara tetapi juga memberi pinjaman yang sangat fleksibel dan mesra mahasiswa. http:SUMBER
Dan sekali lagi aku nak petik sumber dari luar siapa pula yang mencekik darah para peminjam dengan begitu kejam sekali iaitu menggunakan TINDAKAN SAMAN MAHKAMAH kepada para peminjam yang gagal melunaskan hutang pinjama mereka!.
"Untuk makluman pembaca, salah seorang daripadaparasit Anwar(sebelum ini) adalahZaid Ibrahim. Selain daripada dilantik menjadi Menteri ketika zamanPak Lah, Zaid juga melalui firma guamannya Zaid Ibrahim & Co ("ZICO") telah mendapat kontrak jutaan ringgit untuk mewakili PTPTN. Antara tugas firma Zaid adalah menyaman para pelajar yang gagal melunaskan hutang. Dan firma ini juga antara sebab kenapa peminjam PTPTN marah kepada Kerajaan kerana perkhidmatan mereka yang kurang mesra peminjam."
Zaman siapa jadi PM law firm beliau mendapat kontrak mencekik darah ini?
Orang tua ni pun berhutang jugak. Lagi dahsyat hutangnya RM218 juta tak bayar-bayar lagi!.
Siapa beliau sebenarnya, dan dimana kiblat perjuangan penyamun dan pencekik darah peminjam ini..?
Say cheese! Senyum selepas mencekik darah para peminjam. (Tok Guru Nik Aziz takde kena-mengena, sekadar enter frame jer. Haha)
Shacklesmith : I'l rest my case. Fikir-fikirkanlah
Aku dah habaq dari awal lagi dah. Serbanista ngan Hipster ni memang payah nak masuk kepala punya. Akan tetap berlaku jugak pergeseran di antara mereka kerana berlainan pemikiran dan pendapat.
Laman portal PAS, Tranungkite melaporkan bahawa ada di antara Unit Amal PAS menarik diri daripada menjaga kawasan Dataran Merdeka.
Kekesalan Unit Amal PAS jelas dalam ayat terakhir artikel tersebut:
Unit Amal bergerak dengan asas Amal Kerana Allah dan Hormat pada pimpinan. Bagaimana kamu nak mereka bergerak bersama kamu apa bila dua asas itu kamu nafikan??
Fahamilah sejarah demonstrasi PROTES di Stadium Kelana Jaya tiga tahun lepas.
Seperti minyak dan air tak boleh bercampur, begitu juga dengan perkara maksiat dan agama. Walaupun dalam artikel di atas cuba ditutup dengan mengatakan bahawa sebab utama mereka menarik diri kerana kurang kerjasama pendemo, cuba anda lihat gambar di bawah. Adakah Unit Amal PAS nak jaga orang-orang macam ni?
Sumber : MyMassa
Bagi golongan Hipster, mereka akan mempergunakan waktu keemasan di Dataran Merdeka ini dengan melakukan aktiviti 'riadah' seperti bercium, bergomol dan bermanja ringan-ringan bersama kekasih masing-masing. Perkara yang sama jugak akan diiikuti oleh sebilangan mahasiswa SERBANISTA yang lemah pegangan agama mereka.
Sememangnya, aktiviti perkhemahan di Dataran Merdeka tersebut bukanlah bertujuan untuk menuntut pemansuhan PTPTN. Sebaliknya, ianya tidak jauh berbeza dengan parti-parti jalanan golongan hippies dan woodstock di Amerika Syarikat pada lewat tahun 1960an. Akibat dari berleluasanya maksiat sehingga memedihkan mata memandang ketika perkhemahan tepi jalan tersebut, Unit Amal Parti PAS tidak sanggup lagi beramal makruf nahi mungkar bersama mahasiswa yang sewel ini.
Shacklesmith : Bagaikan air dengan minyak mana bisa ia bersatu..
Orait, seperti yang dijanjikan kelmarin. Aku akan menyambung semula entry aku mengenai pendapat aku pasal Demo Anti PTPTN yang berlaku Sabtu lalu. Aku bukannya nak mengulas 100% mengenai demo jauh sekali nak sentuh lebih-lebih pasal apa yang dorang buat sepanjang berada di dataran selama beberapa tempoh hari. Aku nak MENCERITAKAN PERKARA SEBENAR MENGENAI KEWAJARAN PTPTN DAN KELEMAHANNYA YANG HARUS DIPERBAIKI supaya tidak membebankan kita para siswa dan siswazah sekalian.
Seperti kita sedia maklum, demonstrasi yang dianjurkan oleh kumpulan radikal left-wing Pro-Mahasiswa ADALAH GAGAL (EPIC FAIL! TERIMALAH HAKIKATNYA) kerana tidak berjaya mengumpulkan sebanyak 5000 student sebaliknya yang hadir hanya 200 orang sahaja termasuk para pemimpin penyokong pembangkang. Pada aku, jumlah yang hadir pada demonstrasi tu tidak penting asalkan ada jugak orang datang termasuk sorang pak cik yang entah agaknya pernah pinjam duit PTPTN kot tapi tak sempat bayar duit simpanan hangus masa peristiwa 13 Mei.
Orang yang paling lama meminjam PTPTN sejak dari tahun 1960an
Tidak dilupakan dengan memperlekehkan dan mempermainkan adat penganut Hindu iaitu dengan mengalungkan bunga malai kepada gambar PM dan Menteri Pengajian Tinggi siap dengan memanggil mereka mendiang lagi padahal mereka pemimpin ini beragama ISLAM. Turut menyedihkan, kerja bodoh ini turut didalangi oleh SERBANISTA KULTUS PEMUJA DEAR "HOLIER THAN THOU" TOK GURU AL-MAKSUMI yang konon-kononnyelah Islam Tulen dan suka kafir-mengkafirkan orang tapi berkawan jugak dengan kafir harbi. Kemana perginya Panglima Ludah?, tak nak datang meludah di Dataran ke?. Awat, berani setakat Petaling Jaya Utara jer ker bro?. Hahaha.
Salah satu upacara penganut fahaman Serbanista Al-Hipsteria
Seperti yang dijangkakan, jikalau ada saja demonstrasi anjuran golongan pro-opposition. Konfem sangat majoriti hadirin demonstrator ni terdiri dari anak-anak bangsa Melayu yang beragama Islam dan akan disertai sekali dengan seciput sajer demonstrator bangsa lain. Sebab apa, majoriti pelajar Cina khususnya berjaya dapat markah four flat oleh itu pinjaman mereka secara automatiknya bertukar kepada biasiswa yang tak perlu dibayar. Berbeza dengan budak Melayu yang hanya reti pinjam lepas tu duit dibuat joli ke sana ke mari, belajar pun tak serius lepas tu grad pun CGPA cukup-cukup makan maksimum 2.5 jer boleh capai. Bagi yang jenis kaki tak suka enjoy pun tercicir jugak sebab diperguna golongan subversif macam yang kat bawah ni hah. Sebab itulah kepala otak mereka mudah menyerap pahaman Syiah, Wahabi dan Sosialisme dari pelajaran di kampus.
Sebenarnya bukan takde langsung budak bangsa lain yang dok enter frame berdemo dengan budak-budak Melayu kat atas ni hah. Ader sebenarnya beb, siap bersolat sama lagi dengan bebudak Melayu ni bila masuk waktu.
Dan seperti biasa jika kita lihat di ruangan komen video ini, puak-puak serbanista cap bulan mengambang dipagari langit hijau akan berkokok menghalalkan mengampu tindakan anak Cina tersebut bajet seolah-olah macamlah depa kenal sangat dengan anak Cina. Agak pelik jugak bagi aku, apa kelayakan dorang mengeluarkan dalil membenarkan kelakuan anak Cina tersebut?, lulusan first degree Al-Azhar kah?. Aku bajet belajar Diploma kat KUIS pun tak graduate lagi.
Ni aku bubuh sebijik, budak-budak serbanistas aka hijabster ni memang PANTANG DENGAN ISU TUDUNG. Korang boleh tengok sendiri bagaimana isteri PM dan Puteri UMNO free hair dimaki dengan kata-kata nista hanya mereka tidak bertudung. Secara tidak langsung, serbanista inilah yang boleh kita katakan sebagai JUARA TUDUNG KEBANGSAAN dan selayaknya menjadi jurucakap kedai Muaz Tekstile. Bagus jugak usaha dorang beb, jadi juara tuntutan agama disamping memajukan ekonomi industri bumiputra. Aku sokong 500%!. Ni nak habaq mai nih, aku nak tanya awek sapelah nie dressing kemain lagi, bakal menantu Najib ngan Rosmah ke? Hahaha, para serbanista sekalian sila kalau boleh tolong tarbiahkan mengikut bahasa korang yang paling 'sopan' sekali.
Aku ingat ye.. rupenyer awek idola budak-budak kaki demo ni rupanya. Tidak lain tidak bukan, Fahmi Reza ler..
Shacklesmith : Untuk pengetahuan korang, puak-puak student pendemo ni terbahagi kepada dua. Korang boleh kenalpasti sendiri melalui style dressing, percakapan dengan pemikiran kepala otak dorang. Puak yang paling senang sekali kita identified adalah golongan student yang berlagak bajet 'Islamik', mereka ini kebanyakannya pelajar Syariah dan Usuluddin IPTA dan menganggotai pertubuhan seperti GAMIS, PMIUM dan pertubuhan 'Islam' pelajar yang lain. Aspek berpakaian kebiasaanya, bagi lelaki berketayap dan perempuan pula bertudung litup ataupun berpurdah. Mereka lebih cenderung kepada PAS dan korang boleh tengok kat blog dan facebook dorang penuh dengan gambar Tok Guru Holier Than Thou parti tersebut yang pujaan mereka sepanjang masa (paling common, Tok Guru Nik Aziz lah). Istilah paling tepat digunakan untuk merujuk pada mereka adalah SERBANISTA.
Sementara golongan kedua pulak, pelajar yang cenderung kepada fahaman liberal dan sosialis yang didokong oleh Hishammudin Rais or to the lesser extend Fahmi Reza. Education background dorang adalah dari pelbagai aliran tidak kira Science stream mahupun Art Stream. Cara dressing mereka agak urban sikit ala-ala hipster dan terkenal dengan sikap anti-establishment. Dorang ni boleh dikatakan amat menggemari apa-apa sajer yang 'independant' termasuk mendengar lagu indie dan buat apa sajer yang menyalahi undang-undang seperti vandalisme dan kadangkalanya melanggar hukum agama (cakap ala freethinker). Biasanya mereka buat bodoh ajer dengan teguran SERBANISTA dan selalunya jugak atas dasar perjuangan yang satu bebudak SERBANISTA ni buat bodoh ajer dengan perlakuan tak munasabah dorang tu meskipun menyalahi hukum agama. Perkara yang paling pantang dorang dengar kat telinga adalah RAJA-RAJA, KEDUDUKAN AGAMA ISLAMdan HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU . AS A LIBERALS, THEY JUST DONT GIVE A FUCK ABOUT IT OR WHETHER REALLY CARES FOR IT. Bagi dorang semua tu menindas hak asasi manusia sama sekali!. TO THEM, HOMOSEXUALITY IS A HUMAN RIGHT AS WELL. Istilah paling tepat digunakan untuk merujuk pada mereka adalah HIPSTER LIBERAL SOSIALIS.
Akan tetapi, titik pertemuan bagi dua golongan ini adalah 'Anti Establishment', ANWAR IBRAHIM sebagai IDOLA dan semestinya ASALKAN BUKAN UMNO. Mereka amat kritikal terhadap semua dasar kerajaan, boleh dikatakan APA SAJER KERAJAAN BUAT SEMUA TAK BETUL. Sikap radikalisme dan memberontak sajerlah titik persamaan yang ada di antara dua golongan ini.
Masa kerajaan sekarang memerintah bolehlah dorang bersatu, cuba bila Pakatan Rabak pujaan dorang memerintah nanti agak-agak boleh sampai kata sepakat tak?. SERBANISTA NAK PEMERINTAHAN IKUT ACUAN TEOKRASI, HIPSTER LIBERAL SOSIALIS NAK PEMERINTAHAN IKUT ACUAN SEKULARISME, SO MANA SATU MELAYU SEMUA NAK TUJU?. PERCAYALAH, BILA MEREKA MEMERINTAH NANTI LAGILAH KUCAR-KACIR SEBAB MASING-MASING TAKDE PENDIRIAN DAN MATLAMAT ASAS DAN HANYA TIDUR SEBANTAL TAPI MIMPI LAIN-LAIN.
So, PRO-ASPIRASI, AMAN KAMPUS, SOLIDARITI KEAMANAN MAHASISWA, KAUKUS SISWA MELAYU dan GENG KAPAK. Korang sedar ke tak situasi nie?
Kecoh betul petang Sabtu kelmarin di Kuala Lumpur berkenaan dengan demonstrasi yang didalangi geng pro Mahasiswa (SMM, PMIUM, GAMIS, Komunis dan Freemason). Menurut maklumat yang diterima dari kumpulan Blogger Kapak. Para pelajar mula berkumpul di tengah bandar raya Kuala Lumpur tengah hari tadi. Khabarnya budak-budak ni akan berkampung di dataran sehingga 28 April ni in conjunctin with Bersih 3.0, udah macam protes #OccupyMovement la pulak beb.
Jika disebut ajer nama-nama organisasi seperti yang disebut di atas, pasti akan terbayang nama-nama aktivis 'mahasiswa' seperti Fahmi Reza Bintang Tiga, Adam Adli Hero Kampung Kerinchi Penang Mari, dan Safwan Anang 'Battering Ram' Wilcha termasuk serbanista berketayap putih hijau dan berpurdah dari GAMIS. Ye, merekalah muka-muka yang terlibat dalam demonstrasi ini. Personally, I have nothing against them walaupun kami tak sekapal dan sependirian. Berkenaan dengan PTPTN biar aku perjelaskan apa pendapat aku mengenainya.
Untuk pengetahuan korang, aku jugak adalah peminjam skim pinjaman ini semenjak menyambung pelajaran tinggi di sebuah kolej swasta (Cybernetics) pada tahun 2008. Aku dari pertengahan 2008 hinggalah 2011 meminjam wang dari PTPTN untuk menjelaskan yuran pengajian aku di IPTS tersebut. Secara teknikalnya sekarang, aku pun berhutang dengan PTPTN. So, nak dengar apa pandangan aku. Teruskan membaca.
Secara jujurnya aku nak nyatakan bahawa sebelum aku meminjam apatahlagi menyambung pengajian tinggi, aku TAK PERNAH DENGAR dan AMBIK TAHU langsung pasal PTPTN nie apatahlagi terpikir nak meminjamnyer. Dulu lepas aku habis SPM dengan markah tak seberapa, aku hanya berniat nak repeat jer paper untuk tempoh setahun lagi hingga lulus dengan markah cemerlang kerana aku berazam dengan markah yang lebih baik. Aku dapat menyambung pengajian dalam bidang perfileman supaya aku dapat menjadi seorang penerbit, pengarah, dan screenwriter filem seperti idolaku George Lucas, Ingmar Bergman, Ridley Scott, Peter Jackson dan ramai lagi pengarah tersohor dunia filem.
Akan tetapi, niat aku nak repeat paper SPM dibangkang oleh ahli keluargaku atas sebab mereka mahu aku masuk terus jer ke IPT. Bagi itu tidak mengapa kerana aku sendiri sudah muak dan bosan hendak memandang buku teks SPM, akan tetapi niat aku untuk menjadi seorang anak seni juga turut dibangkang sekerasnya oleh mereka kerana tak mahu aku hanyut dalam dunia seni di usia muda. Omak eden atas nasihat abang aku mengesyorkan aku untuk menyambung pengajian dalam bidang IT.
Aku pun mulalah bingung kepala, IPT manalah nak terima aku dengan result SPM yang sedikit kureng dari cukup makan nie. Masa tu kalau korang nak tahu negara baru merasa kehangatan bahang PRU ke 12 yang menyaksikan kerajaan BN dinafikan hampir 2-3 kerusi majorit Parlimen. Jadi aku terfikir kerajaan 'hampeh' (mengikut persepsi aku ketika itu) ni boleh ke nak tolong pelajar seperti aku?. Hmm, aku bukan spesis Melayu bangsat yang mengharapkan segalanya percuma bagi keperluan hidup. Tambahan pulak, rejim Imam Hadhari Pak Lelah Kaki Tido dan anak menantu kaki mencapab tu boleh sangat ke diharapkan nak menolong rakyat?. (mengikut pandangan peribadi aku)
Walaupun aku ni budak Damansara tapi hidup aku ni taklah semewah mana, bapak aku pun kesana kemari bawak kereta Proton Iswara 1994 2nd hand dengan Proton Waja 2001 jer. Bapak aku jugak bukannya berpangkat Datuk ataupun Tan Sri. Beliau cuma bekas pegawai tinggi angkatan tentera jer. Kami seumpama Melayu middle-class ditengah lautan golongan Melayu high-class dan kami walaubagaimanapun tetap bersyukur dengan apa yang ada.
Selama hampir sebulan mencari IPT yang sesuai untuk aku menyambung pengajianku akhirnya aku terjumpa satu IPTS di Kuala Lumpur yang mengadakan usahama dengan UPM dalam pengajian komputer. Aku pun tak lepaskan peluang terus mendaftarlah masuk ke kelas modular selama tiga bulan. Maka, ketika itulah aku pertama kali dalam hidup aku terdengar apa itu PTPTN melalui proses orientasi yang dijalankan oleh Department of Student Affair.
Sebenarnya kalau nak diikutkan di kolej aku ni ada dua pilihan nak membiayai yuran pengajian. Iaitu sama ada melalui PTPTN ataupun MARA. Namun, yang TETAP JADI PILIHAN PARA PEGAWAI DSA INI ADALAH PTPTN!. Aku pun masa tu jahil lagi bab-bab semua ni jadi ikut sajalah apa yang mereka syorkan. Lagipun pada hemat aku, MARA tu duit bantuan untuk golongan miskin khasnya mereka dari luar bandar. Jadi apa kejadahnya aku nak makan duit orang miskin sedangkan aku nipun terlebih makan!. PTPTN pun PTPTN lah.
Mulanya aku sendiri pun tidak tahu apa perbezaan sebenar PTPTN dengan MARA ni kerana aku ingat keduanya lebih kurang dua kali lima sajer. Akan tetapi, sangkaan aku meleset. Ianya memang tak sama 100% langsung!. Untuk pengetahuan korang, aku melalui pinjaman ni dalam satu semester memperbelanjakan hampir RM4000 untuk kos pengajian dan penginapan (RM3000=pengajian & RM1000=penginapan). Bayangkan kami dalam satu semester jika menginap di hostel yang disediakan pihak kolej TAKKAN DAPAT MERASA SATU SEN PUN dari pinjaman kami ini melainkan baki RM100 yang kami dapat itupun tak cukup untuk seminggu apatahlagi satu semester. Jadi apa nak mengeluh lagi jika dada pun dah sesak nafas. Perit gila beb!. Itu belum kira lagi yang duduk di luar hostel. Cuba bayangkan sewa rumah berapa di area Taman Maluri dan Pandan tu?
Malahan, aku pernah dengar dari senior aku sendiri ada di kalangan mereka terpaksa berkongsi SATU PAKET MAGGI UNTUK EMPAT ORANG MEMBER!. Cuba bayangkan betapa melarat dan peritnya kehidupan mereka di Kuala Lumpur ini. Lebih-lebih mereka ni hanya student dan perlukan banyak duit untuk keperluan assignment. Kalau yang ada motor tu bolehlah kerja part-time di restoran fast-food. Namun begitu, beban tetap tak boleh ditanggung 100% jugak. Kemungkinan besar kes apek ditumbuk di KFC dua bulan sudah adalah manifestasi terhadap tekanan yang mereka hadapi sebagai pelajar dan pekerja part timer kerana terpaksa nak juggle antara kedua-duanya sekali dalam satu masa.
Usahkan bekerja di restoran makanan segera. Menurut pensyarah aku, ada yang ditangkap BEKERJA SEBAGAI PENARI TIANG BOGEL di kelab malam yang beroperasi secara haram di Pudu, Kuala Lumpur!. Agak-agak pelajar perempuan tersebut meminjam dari mana?. MARA atau PTPTN?. Untuk pengetahuan korang semua, pelajar yang mengambil pinjaman MARA ni agak beruntung nasib mereka. Tiap-tiap bulan mereka dibayar elaun sara diri sebanyak RM600. Malahan lebih bernasib baik lagi, jikalau mereka lulus pointer CGPA 3.3 ke atas. Itu sudah dikira biasiswa berbanding dengan kami peminjam PTPTN iaitu CGPA 4.0. Hidup pun wa cakap sama lu mewah beb!. Tiap-tiap bulan shopping baju baru dan tukar handphone.
Lagi satu aku nak tekankan, MASIH INGAT LAGI DENGAN ISU LAMBAKKAN SISWAZAH KEJURURAWATAN YANG MENGGANGUR. Yup, mungkin dalam masa 5 tahun lagi kita akan mengalami krisis lambakkan jururawat kerana terlalu banyak kolej menawarkan pengajian dalam bidang ini sekarang. Malahan di kawasan Lembah Kelang ni sendiri sudah berapa banyak IPT yang menawarkan pengajian dalam bidang kejururawatan untuk para anak dara orang lepasan SPM. Masing-masing setiap kolej ni memiliki ribuan pelajar kejururawatan dan korang paham-pahamlah sendiri. Depa belajar dalam course tu bukan free beb. Bayar tau tak!. Dari mana kalau tak bukan lagi PTPTN!
Pada tahun lepas aku berkesempatan berchatting dengan sorang awek Masterskill di YM dan Facebook. Dalam sibuk melayan chatting sambil cucuk-cucuk jarum nak menekel aku pun sempat bertanya sekali mengenai berapa jumlah pinjaman yang dia ambil. Mau aku tak terkejut beruk dengar apa dia cakap, RM60,000 siot!. Pergh, lagi banyak daripada apa yang aku pinjam iaitu RM24,000. Aku tak dapat bayangkan kalau aku jadi suami dia jika ada jodoh maka tak pasal-pasal aku pun terheret sama hendak membayar hutangnya sekali beb. Mana taulah, nasib baik awek aku bukan budak nursing kalau tak nayer aku kena tanggung hutang dia bila berkahwin kelak.
Bukan setakat pinjaman dia jer yang banyak, kehidupan sendirian di Kuala Lumpur pun agak kesulitan. Bayangkan dalam sehari pun dia susah nak makan, kalau disebut fast-food lagilah terliur tapi apakan daya. Duit tak mencukupi nak belanja diri sendiri makan beb. Itu baru masa tengah belajar bai, bayangkan bila tengah bekerja kelak?. Dengar khabar dengan lambakkan jururawat yang bakal berlaku di pasaran pekerjaan tak lama lagi agaknya bagaimana pulak kehidupan mereka selepas graduate kelak?. Mau kerja apa dengan segulung Diploma Kejururawatan yang skopnya hanya tertangkup di dalam ruang hospital dan klinik sahaja?. Hutang PTPTN pun tak bayar lagi!. So, apa langkah yang patut kerajaan lakukan untuk menangani permasalahan ini?.
Begitulah dilema keperitan hidup yang dihadapi oleh pelajar IPTS yang meminjam wang PTPTN untuk melanjutkan pelajaran mereka. Aku yakin yang berdemo kelmarin tu majoriti budak-budak IPTA dimana yuran yang mereka bayar adalah sedikit ciput berbanding dengan kami para penuntut IPTS. Cuma masalah yang bakal dihadapi mereka adalah hendak menjelaskan hutang PTPTN apabila graduate kelak dengan pekerjaan pun masih tak dapat-dapat.
So, siapa sebenarnya yang bersalah dalam isu ini?. KERAJAAN YANG MELULUSKAN PTPTN, MANAGEMENT PTPTN SENDIRI ATAUPUN KOLEJ SWASTA MENCEKIK DARAH PARA PELAJAR DENGANG YURAN-YURAN YANG MELAMPAU?
BERSAMBUNG DI BAHAGIAN DUA
SHACKLESMITH : SEMENTARA AKU MENYIAPKAN SAMBUNGANNYA, KORANG LAYANLAH LAGU NIE.. SUITS THE MOOD KOT. HAHA