Atas kesibukan menyelesaikan projek akhir membina laman web buat semester yang terakhir ini, Shacklesmith tidak dapat memberikan posting terbaru buat tatapan para pembaca semua disebabkan kekurangan masa ini. Oleh itu, Shacklesmith nak maklumkan bahawa blog ini akan kembali aktif seperti biasa pada minggu hadapan. Pelbagai topik akan dikupas oleh aku dan segalanya adalah berdasarkan pandangan peribadi sendiri.
Antara yang bakal dikupas pada posting hadapan;
- Hal berkaitan politik (sebagai pemerhati, tak kira pembangkang dan kerajaan semua aku akan hentam)
- Sejarah (menyampai pengetahuan aku sendiri yang cedok berdasarkan sumber-sumber yang bukan dari buku teks sekolah dan seperti biasa, theory counter-attack terhadap hasil kupasan sejarah profesor kangkung ultra-kiasu) PERINGATAN : HANYA PANDANGAN AKU SENDIRI DAN JANGAN JADIKAN RUJUKAN ILMIAH, ANDA DINASIHATKAN RUJUK PADA PAKAR SEJARAWAN MELAYU DI UNIVERSITI TEMPATAN
- Hal berkaitan ketenteraan dan keselamatan negara dan juga teori konspirasi (minat aku sendiri dan seperti biasa ultra-kiasu akan diserang balas jika mengeluarkan andaian palsu!)
- Jurnal peribadi yang boleh dikongsi bersama (macam biasalah identiti aku takkan aku nak dedahkan macam blogger perempuan yang jadikan blogger ini semacam big-sized twitter ataupun paling senang diari mereka)
- Komplen, komplen itu ini tapi beretika dan tidak emosi keterlaluan
Okeylah, begitulah topik-topik yang akan aku kupaskan pada minggu hadapan. Diharapkan pada sesiapa yang menunggu harap bersabar. Pada yang tidak, lantak koranglah. Aku tak pressure hangpa pun suruh baca blog aku yang tak seberapa nih. Sekian
Assalamualaikum,
Adios~~
No comments:
Post a Comment