Thursday, February 3, 2011

Tahun Apa??


Salam kepada pembaca semua. Sedar tak sedar, perasan tak perasan Lunar New Year kini menjelma lagi. Maaflah kalau Shacklesmith terlambat post entries hari ni sebab aku bukannya ada masa sangat untuk berblogging ni. It's just for my therapy only. Itupun nasib baik jugak aku sempat post untuk malam ni kalau tidak berserawanglah blog aku yang tak seberapa ni. Ok, berbalik kepada asal iaitu tajuk entries ini iaitu 'Tahun Apa??'. Kalau korang blur sangat konfemlah korang cakap tahun 2011. Alahai, mangkuknyer orang yang jawab tu. Nasib baiklah korang belum jawab lagi, kalau tak memang sah mangkuk!!. Hahaha :D

Shacklesmith pulak yang mangkuk?? Haha, jangan cepat tuduh melulu. Aku tak cakap pun yang aku ni mangkuk. Sebab aku ni manusia macam korang jugak dan bukannya mangkuk. Actually, in real life aku jarang dan kadang-kadang tak pernah langsung (betul ke?) menggunakan perkataan 'mangkuk' untuk merujuk kepada orang yang lambat pickup. Coz, aku tak tau lah apa relevannya orang yang lampi itu digelar mangkuk. Tulah, 'sebodoh-bodoh' mangkuk berjasa jugak untuk kita bila nak makan mee sup, laksa, bakso, rojak dan sebagainya. Panggillah dengan gelaran yang lebih tepat sikit barulah ada 'makna' yang mendalam penuh tersurat dan tersirat. Ini tak, guna ayat. Aii, dah meleret pulak aku nih sampai masuk bab Dewan Bahasa dan Pustaka-lah pulop (cakap ganu).

Beberapa hari sebelum cuti midterm Shacklesmith ada melawat ke gedung barangan elektronik tersohor di Kuala Lumpur, Plaza Low Yat. Tujuan aku ke sana sebab nak mengusha sticker laptop yang Shacklesmith nak belikan untuk someone. Nak dijadikan cerita, tengah leka membelek sticker kat dalam kedai tu aku disapa oleh pekedai tersebut. Macam biasalah, bila kita berpaling tengok muka dia akan jawab 'Yes, may i help you'. Shacklesmith ni pulak bila ditegur macam biasalah dengan old antique sifat pemalunya akan jawab rasa rendah diri 'hehe, no thanks.. just coming by and have a look'. Nak buat macam mana kan. Kalau dah pemalu tu bahasa pun lintang pukang disebabkan darah gemuruh. Lagipun la ni pekedai dianggap bos, kita sebagai tetamu yang nak melanggan pun kena bagi respeklah bro. Takkan masuk kedai dengan sikap arrogant bajet bos la pulak kan. Dia pun tanyalah aku nak pilih sticker saiz apa? Termasuklah jugak dengan style arts and motif dia sekali sama ada grafik awan larat ataupun corak gambar kereta, fighter jet ataupun binatang. Aku yang tengah kepala bingung tak tau nak pilih yang mana satu ni pun mulalah menukar topik dengan bertanyakan CNY tahun ni binatang apa. Serta merta dia menjawab tahun ARNAB.


"Next CNY ah?? Ooo, itu taun rabbit mah". Jawab taukeh berkenaan dengan penuh keyakinan sekali. Belum sempat aku bertanyakan soalan lagi sekali terus dia tanya aku "You mau cari itu corak rabbit ka?. Aiyoh, sorrylah tak da stock lah. Tapi itu logo perempuan bogel-bogel punya magazine (he's referring to Playboy for sure. Haha) ada maa. Banyak color choice lagi ooo". Bukan apa, tujuan aku bertanyakan pasal    CNY tu sebab aku nak tau ada promotion ke tak. Mana tau kan public holiday boleh dapat murah-murah lagi kan. Setelah dia habis explained barulah aku dapat mencelah dan bertanyakan ada promotional discount ke tak. Dia pun cakaplah "Aiyah, ini price sudah cukup murah la. Lain tempat tak bole cari ooo". Aku pun selepas itu meminta dirilah tanpa membeli apa-apa pun. Bukan niat aku nak kedekut cuma aku nak berjimat ajer. Maklumlah, kalau aku datang drive itu tak menjadi masalah tapi aku naik public transport. So, korang pun agak-agaklah betapa seksanya macam aku balik naik teksi nih. Mesti kalau jalan jem petang tu charges konfem up punyalah beb. 

Tengok rabbit yang perempuan mat salih ni pegang. Besar kan? haha
Bercakap pasal arnab. Tak boleh dinafikan, ia sememangnya binatang paling comel aku pernah tengok seumur hidup. Bandingkanlah dengan 1000 ekor anak kucing pun tak boleh lawan kecomelannya berbanding dengan arnab jugak. Pertama kali aku dapat merasa memegang arnab ni masa aku Tingkatan 3 ketika melawat Rabbit Park Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang tahun 2005 dulu. I felt like wow it's so wonderful to grab and ramas this cute chubby little fur ball. Pergh, usahkan aku yang geram. Anak buah aku yang paling sulung ketika itu baru berumur 6 bulan pun geram sekali tengok arnab tu. Haha, cuba bayangkan. Baby pun suka rabbit yang kiut-miut tu. Arnab ni ada macam-macam saiz, ada yang kecik sikit dari kucing bahkan ada jugak yang sebesar anjing macam korang tengok kat gambar atas tuh. Sebesar atau sekecik mana pun, takde binatang yang boleh melawan kecomelannya. Kalau diberi pilihan antara Candice Swanepoel dan rabbit pun, aku akan tetap pilih rabbit jugak sebab ianya comel dan boleh diramas-ramas tanpa nafsu syahwat!! hahaha :D :D :D

Hah!! kalau korang macam mana pulak? nak rabbit ke Candice Swanepoel..? Muahaha
Nasib baik aku tak upload gambar dia yang seksi-seksi kalau tak habislah aku dengan member sekolah dan kolej tak pasal-pasal kena label 'hamsap' nanti. Apa pun, bercakap pasal zodiak pulak sapa yang lahir tahun Arnab?. Dalam family aku yang lahir tahun arnab adalah kakak ipar aku, dia lahir tahun 1975. Sedangkan aku dilahirkan masa tahun kuda. Yupz, tahun kuda. Ramai tokoh-tokoh terhebat di dunia dilahirkan pada tahun kuda. Tak kiralah pemimpin ke, artis ke mahupun athlete. Lelaki-lelaki yang dilahirkan pada tahun kuda memang menonjol. Hehe, bukan aku nak bangga ea. Tapi ini fakta! (macam la betul sangat). Selain aku, abang ipar yang bekerja sebagai juruterbang berpangkat captain jugak merupakan seorang tokoh kaum 'kuda'. Pasal pendapat astrologi ni aku tak mau ulas banyak-banyak sebab aku ni bukannya pakar sangat pun dalam bidang feng-shui ni. Kena tanya Lilian Too lah jawabnya korang. Tapi, ikut apa dikeluarkan wikipedia, Malaysia adalah salah satu ruling countries dalam tahun ini termasuk Oman, Iraq, Croatia, Chile, Syria dan Korea Selatan. I dunno what the significance behind this and I'm not really sure what they really mean about Malaysia becoming one of the ruling countries. Oklah, Shacklesmith mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambutnya. 

'Arnab' yang menjadi idaman setiap wanita! (Lelaki nak magazine dia ajer)

That's all folk's

Adios~~

GONG XI FA COI

P/S = Lu Apa Bikin?? Tengok itu gambar Candice Swanepoel ka..? hahahaha







No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget