Monday, February 14, 2011

Warkah buat 'kekasihku' di sana...

Assalamualaikum buat adinda yang setia menanti di sana. 
Kekanda berharap, adinda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera sebab kanda tak lupa berdoa setiap hari setiap malam akan kesejahteraan adinda yang menanti kepulangan kekanda yang sangat merindui ini. 
Walau kita berjauhan, cinta kita tetap utuh walau dilanda ombak hatta tsunami 45 kaki dengan kelajuan 800 mph sekalipun. 
Percayalah adinda, biar badai merempuh tembok cinta kita yang kukuh bak Tembok Besar China ini sekalipun. 
Takkan runtuh mahligai cinta yang kita bina inipun.
 Usahkan ribut, puting beliung pun belum tentu meranapkan istana yang bina berkian lama ini.

Astaghfirullahwalazim, apalah yang Shacklesmith dok merapu meraban dekat atas tu hah. Siap berkanda adinda lagi. Takkanlah tengah kemaruk cinta kot. Entah siapa lah gadis bertuah yang dia dok tergilakan bagai nak rak tuh kan. Pandai ker cik abang Damansara ni bercinta?. Tak pernah pun tengok dia berjalan dengan perempuan pun. Jangankan berjalan bersama, Nak tegur sapa pun haram.

Kalau sapa-sapa lah yang bertanya pada aku, hari apakah yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun. Aku akan jawab tanpa rasa ragu-ragu  "Hari Isninlah"/"Hari Selasa"/ atau apa-apa jer hari yang jatuh pada tarikh tersebut. Iye, mungkin sesiapa yang merasakan diri mereka spesies 'Melayu moden' akan melenting dengan jawapan yang aku bagi itu. Mesti banyak 'label-label' dungu yang aku dapat dari mereka yang mendabik dada sebagai 'Melayu moden' kan. Tapi aku tak kisah pun, sebab buat apa ingat pasal hari yang langsung tak memberi sebarang makna pada kita umat Islam di Nusantara ni  pun. Sekadar hari biasa ajer kot. Bukan public holiday pun. Kalau tak 'sambut' pun tak mengapa. Tak berdosa pun.

Nak diikutkan sepanjang hidup aku. Hari Valentine ini bukanlah sesuatu yang asing bagi aku pun. Walaupun aku sekeluarga tak pernah menyambutnya pun. Tapi aku sebagai anak kelahiran Kuala Lumpur ini memang dah lali sangat penghuni kota ini yang syiok sakan nak menyambutnya dengan kekasih hati masing-masing. Hari yang sinonim dengan riben bersimpul merah pekat dan merah jambu nilah yang dijadikan hari sang teruna membelanjakan si 'dara' makan di restoran mahal dan menonton wayang bersama. Masa aku bersekolah dulu jangan cakaplah, hampir 50 peratus pelajarnya terdiri dari bukan Melayu dan yang Melayu-nya pun berfikiran liberal. Penjualan bunga oleh ahli kelab Interact adalah perkara biasa saban tahun menjelang 14 Februari. Bukan setakat bunga ros sajer, malahan soft toys, coklat dan pelbagai cenderahati lain juga turut dijual. Biasanya, jualannya memang panas dan amat memberangsangkan. Pernah classmates aku seorang pemuda Cina buat surprise pada awek dia seorang gadis India yang jugak classmate aku. Memang happening siot. Satu kelas berkongsi kegembiraan kebahagian depa. 

Masa aku form 4 dulu pun pernah member aku bagitau aku yang dia kata tak sah kalau tak date dengan mana-mana perempuan setiap 14 Februari ini. Bukannya date sampai atas katil tapi sekadar just keluar makan dan tengok wayang sama-sama jela. Pernah jugaklah aku dicabar untuk menekel seorang budak perempuan yang juga tinggal berjiran satu taman perumahan dengan aku. Haish, sedangkan aku memang tak matang dalam selok-belok berkapel ni. Apa lagi, Shacklesmith seorang jejaka pemalu. Bayangkan, umur aku semuda itu dan aku mencari-cari identiti sebenar aku. Nak kenal hati budi perempuan memang payah sebab dunia aku terputus dengan dunia luar sebab aku ni memang kena protect habis dengan parent aku. So, dunia aku hanya berputar sekitar rumah dan sekolah aku ajer. Di sekolahlah tempat aku 'bersosial' dengan teman-teman. Masa tu pun aku bukan reti nak main Friendster dan MySpace (Facebook belum feymes kat M'sia lg) yang tengah hangat ketika itu. Kalau nak berkenalan dengan awek-awek cun tu jangan haraplah. Buka Friendster dan MySpace pun menyampah tengok budak-budak poyo semua. Aduyai

Berbalik pasal hari Valentine ni kebetulan pada masa yang sama. Kebetul sorang bestfriend aku dari Tingkatan 1 sampai sekarang telah berpindah MRSM Muar setelah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Seperti yang sedia maklum korang faham-faham jelah yang kebanyakan student dekat maktab ni memang memiliki semangat Melayu Islam yang tinggi berbanding mana-mana sekolah lain lebih-lebih lagi sekolah aku. Mereka memang tak mudah menerima pengaruh songsang dari luar. Sebab tulah, awal-awal dorang dah masuk sempat ditarbiah oleh senior depa supaya tak terjebak menyambut hari Valentine ini. Disebabkan jumlah pelajar Melayu hampir 100% inilah yang menyebabkan kempen Anti Hari Valentine ini berjaya dijalankan tanpa tentangan golongan bukan Islam. Bayangkan apa yang dihadapi oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi bagaimana payahnya nak menjalankan kempen tersebut meskipun mendapat tentang sekutu partinya iaitu DAP dan PKR. Yang menyedihkan, pemuda UMNO tak keluar turun padang tampil membantu pemuda PAS menjalankan usaha murni ini. Apa kata 'beruk' tu?. Aku yakin yang semua akar umbi pemuda UMNO tu senada dengan ketua pemuda PAS. Kalau berbeza parti pun janganlah menyombong sangat.

Kita tinggalkan bab politik Melayu Islam tanah air, dan kita sentuh semula topik yang kita bincangkan ini. Ramai golongan Melayu liberal tertanya kenapa golongan Melayu konservatif seperti Shacklesmith ni teramatlah alergik dengan perayaan 'hari kekasih'. Kenapa membantah sesuatu perkara yang membawa kepada nilai kasih-sayang?. Bukankah nilai itu dianjurkan dalam Islam?. Sebenarnya begini, bukan niat kami hendak menentang apa yang didakwa sebagai nilai 'kasih sayang'. Sebaliknya, kami mahu mengekang budaya barat ini pun ada sebabnya yang kukuh kerana perayaan Valentine ini ada kaitan dengan agama Kristian jadi jelas ternyata perayaan ini bertentangan dengan ajaran Islam. Disamping itu, ada pendapat yang menyatakan bahawanya ianya berasal dari perayaan pagan kaum Rom kuno. Sungguh apakah kepastiannya, ternyatalah haram.

Bukankah Islam yang menganjurkan kita berkasih sayang sesama insan semuhrim pada setiap hari hari? Wajarkah ianya disambut untuk satu hari ajer. Takkan nak sambut untuk 1 hari ajer. Sedangkan, aku bajet ramai lelaki kita payah nak ingat tarikh lahir isteri masing-masing (masa bercinta, saat pertama kenal semua ingat). Hari kekasih nilah yang dieksploitasikan oleh para kapitalis untuk memajukan jualan mereka. Mungkin itu tidak salah tetapi mempermainkan kejahilan pelanggan. Yang menjadi concern utama adalah akibat dari sambutan 'hari kekasih' inilah punca bercambahnya kelahiran anak-anak haram di Malaysia ini. Kebanyakan bayi tak berbapa ini di-conceived- sewaktu hari inilah. Haruskah kita terlepas pandang?. Shacklesmith pun hairan, kenapa orang kita gian sangat nak menyambutnya. Bukankah lebih baik menyambut Maulidur Rasul?.


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH



No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget