Semalam, dah masuk 37 tahun Kuala Lumpur tanah tumpahnya darah aku ni digelar Wilayah Persekutuan dalam Malaysia ini. Seumur hidup di sinilah tempat tinggal aku, tak pernah aku berpindah rumah keliling Malaysia sebab bapak aku pun pesara tentera. Kalau aku hidup time abang ngan akak aku dulu yela dapat gak aku merasa kehidupan ala nomadic berpindah randah keliling Malaysia menetap dalam kem-kem tentera. Tapi tidak, kalau bab hidup dalam kem tentera ini aku pernah merasa dalam sekali ajer, itupun duduk dalam rumah kuarter's kerajaan yang dibuat masa zaman British di Batu Cantonment Jalan Ipoh. Pada korang yang jenis outgoing ataupun yang asal luar KL tu memang mungkin akan rasa janggal dengar apa yang aku cakap ni sebab serius giler ker aku tak pernah tinggal di tempat lain. Maklumlah, daripada aku belajar tadika, masuk sekolah rendah, pindah sekolah menengah dan akhir sekali masuk kolej tempat aku belajar sekarang disinilah, ibu kota cinta tempat lahir tipu daya inilah gelanggang aku menjalani kehidupan yang serba simple nih. Bukan setakat itu ajer, semenjak aku Darjah 4 lagi aku dah tak beraaya di kampung aku kat Perak ngan Negeri Sembilan tapi aku beraya di Kuala Lumpur jugaklah. There's is no other place besides my home, oh Kuala Lumpur-ku yang indah lagi permai (dengan jalan-jalan dan lorong-lorong yang berbau ekzos kereta, dan bising hon kereta mengalahkan perlawanan gladiator menentang gajah-gajah perang Rom dan manusia pelbagai ragam yang baik kelakunya umpama ahli sufi yang zuhud dan jahat bagaikan musang berjanggung yang menyamar jadi Nek Jah nak memerangkap adik Tipah yang nak bawak ubat untuk neneknya itu). Bukannya niat Shacklesmith nak berbangga tahap dewa sebagai anak Kuala Lumpur tapi kat sinilah tempat aku tinggal dan takde tempat lain lagi dah untuk aku. Biarlah KLCC dan KL Tower tumbang menyembah bumi sekalipun, aku takkan berganjak malahan aku tetap bertahan!!!
Masa Sabtu lepas tengah teman dok leka menaip entry yang lepas tu. Tetiba pulak aku dikejutkan dengan satu phone call yang datang dari member aku yang belajar kat Egypt. Aku pun terkejut beruk bercampur hairan jugaklah sebab awal bebenor mamat nih balik Malaysia. Yela, takkan lah boleh call Malaysia pakai line Celcom kot. Mahal tu bai, dah jawab tu aku pun bertanyalah 'ko kat mane sekarang?'. Dia cakap baru balik Malaysia jumaat lepas, baru aku terpikir dia balik sebab riot tempoh hari. Tak sangka aku, rusuhan tu dah escalate sampai ke tahap student Malaysia 'terhalau' balik ke Malaysia. Aku ingat rusuhan tu berlaku sekejap ajer lepas tu dua-tiga hari boleh reda macam mangkuk anti-ISA tu buat masa 2009 dulu, sekejap ajer pastu diam. Tapi yang kat Egypt ni memang tahap gorilla overdose dope dan pil kuda betullah. Nasib baik member aku sorang ni dah cabut awal-awal, kalau tak mau jadi macam budak-budak lain yang masih terkandas kat sana. Dengar cerita ada budak perempuan kita kena rogol kat sana tapi tak taulah sejauh mana kesahihan berita nya. Aku pun kurang percaya sangat dengan rumor's macam ni. Tapi tak tahulah, walahualam. Budak-budak kita kat sana harus dibawa balik secepat mungkin!. Dalam kekalutan gomen nak handle ribuan pelajar Malaysia supaya balik dengan selamat ke Malaysia. Ada pulak mangkuk hayun nak politikkan kes ini. Kononnya pelajar kita tak diperdulikanlah, hanya pelajar biasiswa kerajaan ajer yang diberi keistimewaan dan macam-macam lagilah fitnah dan adu domba yang dorang nak sebarkan kepada massa umum. Bayangkan, 11, 000 pelajar macam mana nak handle??. Cubalah fikirkan wahai saudara, dengan petugas kedutaan yang jauh lebih kurang tu bukan senang nak uruskan pelajar yang sebanyak itu. Belum campur pelancong dari negara kita yang berziarah ke sana lagi. Kalut siot!. Kadang-kadang aku terfikir sejenak, mengikut apa yang member aku ni bagitau. Subversive element khasnya dari pembangkang (PAS) memang kuat di sana. Yang menghairankan, masa keadaan tenteram bukan main berkobar-kobar bertempiak menentang kerajaan tapi bila sampai tahap getir macam ni pandai pulak mintak tolong kerajaan bertindak?. Tak ke ironiknya kan. Hmm. Bagi akulah, kerajaan kalau nak menolong tak perlu ambil kira sentimen parti politik. Budak-budak kita pun dihantar ke sana bukan sebab consent dorang pun. Mintak-mintaklah puak-puak yang tak sedar diri ni diberi kesedaran oleh-Nya.
Bersyukurlah dengan keamanan yang kita kecapi selama ini.
No comments:
Post a Comment