Friday, February 11, 2011

A tale of three burger's

Ahad lepas 6 Februari, entah macam manalah aku tak dapat nak tidor. Ingatkan lepas pukul 2am tu bolehlah lelap sampai subuh. Tapi apakan daya, macam ada jer yang tak kena. Dahla sebelum tu aku keluar dengan kawan aku tujuan nak pergi gym tapi end-up berasap mulut dengan shisha. Aduyai, orang nak sihatkan malam tu tapi aku pulak cari penyakit. Takpela jugak, dapat lepaskan segala tekanan yang menimpa aku. Dah 5 bulan aku tak berasap dada aku dengan that smoky flavored juicy tobacco. Kita orang hisap perisa honeydew, tapi tak dapat habiskan sebab rasanya pekat sangat sampai lalok aku dibuatnya. Apepun pasal tak boleh tidor tu, I got to have that information or else I will lose everything!!. Cehh, 'lose' la sangat. Aku bukak balik laptop pastu google'd semua informasi dan surf  internet dari pukul 3.20 pagi sampai pukul 12.00 tengah hari!!. Pergh, buang karan ajer beb. Satu habuk pun aku tak save dalam Microsoft Word. Tapi, nasib baik aku bookmark semua maklumat yang aku perlukan tu. Takdela aku nak terkial cari lagi selepas nih. Apepun sebab leka gila online sampai aku boleh terlupa nak breakfast!. Tak mengapa, pukul 1.00pm pun sempat lagi nak 'bersarapan'. Sebelum tu mak aku dah ketuk pintu dah, macam biasa aku jawab 'duduk depan komputer'. Well, it's not the first time that i skipped my breakfast. That has happened more of often during my mid term break and semester holiday. Minum air kosong tiap-tiap pagi pun cukuplah bagi aku, lainlah kalau ade kelas sememangnya  a cup of instant coffee is a must!.


Well, macam biaselah kalau aku 'bangun lambat'. Mak aku akan ketuk pintu tanya, "Jang oh jang, tak bangkit minom ko?". Dan aku akan jawab balik, " Lama dah 'Shacklesmith' bangkit ni mak, dari awl subuh td lagi". "Nasi lomak ado apak ekau boli lopeh joging tadi hah, turunlah makan jang oi". Aku macam biasa keluar bilik terus mandi dan turun buat kopi instant 3 in 1 (hehe, my favorite!!). Sebelum tu mak aku dah bagitau yang lepas solat zuhur nanti dia nak pergi makan Burger King dengan ayah aku. Aku pun bergegaslah mandi dan amek wuduk terus solat. Lepas solat aku turun tanya mak aku, bila nak pergi?. Dia pun cakaplah tunggu dulu sebab dorang kenyang lagi dari sarapan pagi tadi. Lagipun aku stand by ajer bila nak gerak, aku tunggu bapak aku. Dia yang bawak kereta kan. Lainlah kalau aku yang drive. Anytime jer bro. Aku pun melantak jela nasik lemak Tanglin yang bapak aku beli lepas balik joging pagi tu. Bukan aku kepingin sangat nak makan burger. Sajer jer tumpang sekaki bapak aku belanja. Sebenarnya aku dengan parents jarang sangat makan fastfood. Kalau aku dalam sebulan dua tiga kali ajer kalau tak sebulan pun haram tak sentuh langsung but my parents lagi la seldom-nya. Jalan keluar shopping pun nasik campur juga yang dicari. Hehe




Tak lama selepas mak dengan bapak aku selesai solat Zuhur aku pun siaplah. Sambil menunggu aku baca surat kabar dekat bawah kejap. Bila dorang dah siap, aku pun bangunlah dari ruang baca surat kabar. Sebelum bergerak tu, bapak aku tanya aku. Pernah pergi Burger King baru kat Hartamas tu tak?. Aku pun cakaplah belum sebab dah lebih setahun aku tak makan Burger King dekat Hartamas tu. Kalau korang perasan kan, sape-sape jela yang duduk kat area situ ataupun pernah sekolah menengah dekat Seri Hartamas. Sebelah kanan stesen minyak petrol besar Shell (dulu dari 2000 sampai 2007 ProJet punya) ada restoran Burger King. Paling best pasal kedai Burger King yang lama ni kan, kalau korang nak beli take over meal ni korang boleh just masuk drive-through ajer. Tak payah susah berasak beratur nak beli kat kaunter dah pun. Aku masih ingat lagi, masa aku form 1 tahun 2003 dulu. Akak aku kalau pickup aku balik tak pernah miss belikan burger untuk aku. Haha, tapi sekarang tu hanya tinggal kenangan. Entah ape kejadahnya depa pindahkan dekat corner lot tak berapa jauh dari sana. Berbalik kepada cerita tadi, bapak aku cakap takpelah. Dia ajak pusing-pusing dalam kawasan Mont Kiara dulu. Aku pun semacam peliklah, mana ada Burger King dalam kawasan tu. McDonald setahu aku adalah, bila sampai sana. Pusing punya pusing, cari punya cari. Satu Burger King pun tak jumpa. Yang aku nampak Coffee Bean dengan Wendy's adalah. Burger King is out of sight. Sampai ke Soho @ Solaris kitorang cari. Aku ni walaupun duduk kat Damansara tapi seriuslah tak pernah jejak langsung kawasan-kawasan dalam Mont Kiara nih. Setakat McDonald kat situ adalah. But never beyond there yet. 




Sebab tak jumpa, patah balik ke Seri Hartamas. Dan voila, akhirnya jumpa Burger King tak lama selepas itu. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki kat 'tempat baru' Burger King yang terletak di corner lot premis kedai Desa Seri Hartamas ni.  Tempatnya, konfemlah tak sebesar tapaknya yang terdahulu sebelah Shell tu yang siap dengan indoor's children play area lagi dilengkapi dengan TV malahan cukup untuk menampung birthday party macam dekat restoran A&W Petaling Jaya tu. Jika tak silap aku sebelum premis baru ini dibuka pernah ada pub kat situ. Dari luar Restoran Agros lah aku dengan member aku ternampak seorang China Doll bagi service baik punya pada pelanggan dia di tingkat atas premis tersebut (macam- macam position ada bro!!). Sesudah masuk tu aku lihat pelanggan macam dah separuh menguasai ruang makan padahal tiga meja ajer yang di claim dari 6 meja. Menampakkan sangat betapa keciknya premis yang baru ni. Aku dengan parent's terus pergi depan ke kaunter sambil tengok menu apa yang nak di-order-kan. Masa tu sorang jer yang jaga kaunternya. Aku lihat krew yang buat kerja bahagian dapur pun dua orang ajer iaitu tukang buat burger dan menyediakan makanan di kaunter. Agaknya kalau weekend memang kurang yang kerja kot. Aku order BBQ Bacon sementara parents aku BK Singles Blackpepper. Selesai meng-order bapak aku suruh aku tunggu depan kaunter. Sebenarnya kalau diikutkan aku malas nak menunggu sebab bukan apa, dorang akan tolong hantarkan kat meja. Disebabkan tak cukup krew aku terpaksa tunggu jela walaupun sampai dekat 15 minit. Mula-mula, aku tunggu dekat bahagian kanan. Last-last akibat dari rasa kurang sabar dan penat tercegat tak buat apa-apa aku terus gerak ke bahagian kiri kaunter tu pulak. Aku tengok yang mamat tukang buat burger tu terkial-kial nak siap burger sebab nak kejar masa dan tak cukup pembantu. Lagi bertambah kelam-kabut apabila dia dan one of the girl's ternampak aku. Cepat-cepat that girl tolong bungkuskan. Bukan apa, yang customer datang untuk take-over meal boleh dapat dulu dari aku takkan tak pelik kot. Aku kadang-kadang boleh rasa panas hati jugaklah macam mana pelanggan yang datang untuk take-over meal boleh didahulukan sedangkan aku yang dah dekat setengah jam ni tak dilayan.

Selepas selesai 'pelanggan luar' tu dilayan barulah aku that girl tergesa-gesa siapkan burger kat tray. Aku yang tengah lapar ni ambik jela apa ditaruk atas dulang tuh sampai terlupa apa yang parent's aku order. Dengan perut yang berkeroncong kelaparan aku terus mengangkat dulang tersebut dan membawanya ke meja tempat kedua ibubapa aku duduk. Tanpa banyak soal aku pun terus bukaklah pembalut burger tersebut dan memeriksa kalau perlu ditabur sos tomato sebelum menjamahnya. Sambil tu aku makan sekali french fries yang dicicah dengan sos tomato. Selepas menjamah burger tersebut, rasa lain macam walaupun lidah dapat perasan aroma turkey bacon itu. Kenapa, burger beef ni rasa macam daging ayam?. Aku silap ambik ker depa yang silap hantar?. Lebih memeranjatkan, BK Singles Black Pepper kepunya parents aku panjang semacam French Chicken!. Adakah disebabkan bekalan beef patty tidak mencukupi sehingga mereka terpaksa gantikan dengan chicken patty?. Mak aku mula perasan sebab dalam burger dia ada smoked turkey bacon. Bapak aku apa lagi, walaupun dah menjamah sedikit dari burger itu mulalah... korang fahamlah  bagaimana antique orang lelaki tua-tua yang 60 tahun ke atas ni kan.. mulalah membebel itu ini.. Sementara, mak aku biasalah dengan sikap sabarnya. hahaha.. malas aku nak cerita lebih-lebih dah pasal tu semua.

Aku terfikir sejenak, apalah motif sebenar pengurusan syarikat restoran ini pindahkan rangkaian mereka di Seri Hartamas ini dari bangunan sendiri yang lebih luas lengkap dengan kemudahan kepada satu lot hujung yang punyalah kecil bagai nak rak dengan wash basin dia pun terletak di luar entrance. Sepanjang aku dalam tu aku perasan yang aku duduk bawah aircond tapi pelik kenapa aku berasa dingin langsung pun. Paneh miang adolah, adakah sebab dorang nak jimat bayar sewa sebab ruang kecil. Itu satu dahlah satu hal, tapi janganlah sampai keselesaan pelanggan pun dikurangkan. Sudahlah, hari pun pekerja tak ramai. Kena fahamlah sikit time weekend lah paling ramai pelanggan bawak keluarga makan sekali. Itu baru golongan warga emas, cuba bayangkan kalau terjadi pada budak-budak? pasti lagi kalut dengan yang kuat meraung tu bro!!. Apa pun, kalau korang nak tau mana nak dapat burger yang terbaik bukanlah di mana-mana franchised fast-food joint outlet. Tapi, ianya ada di rumah sendiri. Kalau malas beli ajelah yang dekat depan 7-Eleven tuh.. Hehehe, nak tau apa dia? ni hah

Hasil tangan aku sendiri, nampak selekeh kan? Dah nama burger lewat malam. Tukang buatnya pun separuh mengantuk.


Maaflah ye kalau aku nampak macam senyap ajer minggu nih. Aku takde masa nak post artikel terbaru sebab sibuk sangat dengan urusan pelajaran. Inipun sepatutnya masa hari Isnin tapi terlewat 4 hari. Okeylah wahai pembaca sekalian..

Adios~~

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget