Friday, February 4, 2011

Sebuah hasil seni : Pensil lawannya kamera

Hasil sentuhan kreatif seorang artis grafik yang berasal dari Belgium, Ben Heine yang memadankan lakaran pensil dengan foto nyata dalam menghasilkan karya seni yang bernama 'Pencil Vs Camera'. Nampak mudah, tapi korang tak seberapa expert dalam bidang grafik ni nak tau jugak cara nak buatnya kan?.Asyik dengan Adobe Photoshop ngan Lightroom je kan. Sekali sekala buat benda lain sekali. Jom ikut bagaimana otai kita buat benda ni.

Ben menjelaskan terdapat 4 cara mudah untuk menghasilkan karya sebegini. Cara tradisional adalah dengan melakar gambar pada keratan kertas dan kemudian memadankannya dengan latar belakang persekitaran di belakang keratan tersebut. Dengan cara ini anda akan mendapati terdapat jurang perbezaan di antara imaginasi dan gambaran foto tersebut. Manakala cara kedua pula adalah berbeza sekali dimana beliau mencetak sebuah gambar yang besar dan menyandarkannya pada dinding. Kemudian, beliau memadankan lakaran beliau pada gambar tersebut.



Cara ketiga yang dilakukan Ben Heine pula adalah dengan mengambil gambar tangan beliau sendiri yang memegang keratan kertas lakaran tersebut dan kemudian memadankannya dengan persekitaran menggunakan kaedah digital. Manakala yang terakhir pula adalah dengan mencipta gambaran menggunakan teknik komputer dan kemudian sekali memadan lakaran kertas pada persekitaran menggunakan kaedah digital juga.




Amacam?. Pada yang memiliki software graphic editing dan kamera DSLR tu. Let's just give it a try
Selamat Mencuba..

More picture's > Ben Heine
                        >  The Telegraph

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget