Sunday, January 15, 2012

Ugut Bom Chopper Najib! (Nak Bergurau Pun Agak-agakla Macha)

Sejak dari sekolah lagi, mungkin ramai di antara kita sudah terbiasa dengan peribahasa Melayu lama yang berbunyi;"Akibat pulut santan binasa, Akibat mulut badan binasa".


Pepatah itulah yang bermain di fikiran aku selepas terbaca entry yang dikeluarkan oleh sorang sahabat blogger dari USM mengenai keceluparan mulut sorang college mate-nya di SINI. 




Ianya bermula apabila dia mendengar khabar akan kedatangan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak ke kampus USM. Maka bermulalah episod drama yang pada awalnya disangka hanya satu sketsa komedi tapi akhirnya berakhir dengan drama tragis di Balai Polis pulak. Semuanya gara-gara mulut celuparnya mengeposkan status Facebook berbunyi "najib is coming to our campus.....Lets bomb his helicopter.". Aisehman macha, kalau mau just kidding pun sendiri mau ingatlah.


Rasa nak tergelak jugak aku mengenangkan apalah nasibnya kelak jikalau terkantoi gara-gara kebengongannya mengeposkan status tersebut di Facebook. Ternyata sangkaan aku tak meleset, memang benar beliau ditangkap hari ni.




Seriuslah beb, aku teringat pasal sorang budak ASWARA yang dengan bangganya mendabik dada kononnya beliaulah 'bertanggungjawab' membaling bom petrol ke arah sebuah gereja ketika hangatnya kes bakar gereja gara-gara keputusan mahkamah berhubung isu nama Allah SWT untuk digunakan oleh pihak gereja pada tahun 2010 dulu. Korang nak tau pe jadi kat mamat yang belajar kat ASWARA tu?. Kena tangkap polis kot beb, lagilah laju sebab dia budak Melayu. Semuanya sebab gara-gara dia bergurau dengan kengkawannya dalam Facebook.


Bila aku tengok balik kes sebegini, alahai kalau diikutkan dalam bab mengusik, bergurau dan ber-prankster. Budak-budak kita tak kira bangsa ni memang tak kalah, aku rasa juara di antara Top 3 satu ASEAN dalam bab mengenakan orang nih. Aku pun dulu begini jugak, suka mengenakan orang dan orang kenakan aku balik tapi la ni dah bertaubat tak nak buat lagi dah. Dulu masa aku kat sekolah dan baru masuk satu dua sem di kolej ni kerja men-trolling nilah hobi past time aku bila bukak Youtube. Akulah budak Malaysia yang suka bikin rakyat Indonesia dan Filipina panas bontot!. Cuma, aku ni setakat trollers amature jer. Tidak ler se pro geng-geng trolls terkemuka di dunia maya nie beb.


Dalam real life ni aku suka gak mengusik, sekali sekala aku dok mengusik budak-budak perempuan (ehem-ehem, guna kata-kata jer tau). Itupun usik-usik ringan jer tapi takdelah sampai menghina bagai. Berbalik kepada cerita macha yang nak bom helikopter Najib tu, aku nak habaq sikit kat hangpa. Korang nak tau dalam sebulan dua mesti sekali sekala Najib akan datang melawat bondanya Tun Rahah yang tinggal berdekatan kawasan rumah aku jugak di Bukit Damansara. Biasanya, beliau sebagai VVVIP mestilah kena dua tiga kereta termasuk peronda PDRM datang bersama escort. Tambahan pulak, beliau biasanya harus sampai di perkarangan rumah bondanya tepat sebelum Maghrib dan bertolak semula ke pejabat di Putrajaya selepas Isyak. Biasalah kalau jadi Perdana Menteri ni konfem masa bersama keluarga limited gila. Apa lagi kalau nak berjumpa bonda tersayang.


Kalau nak diikutkan, aku jugak boleh gunakan poin di atas ni untuk mengeposkan status Facebook dan Twitter berbaur 'ugutan' dengan menyeru seluruh kengkawan di yang tinggal di Bukit Damansara untuk melakukan sekatan jalan di sekitar pintu masuk utama ke Jalan Beringin untuk mengutip 'tol' RM250 sekepala daripada Najib atas dasar 'sedekah ikhlas kepada rakyat'. Tapi konfemlah aku takkan buat benda tu sebab ianya tampak memperbodohkan diri aku sendiri. Begitu jugak dengan niat memasang booby trap kereta di jalan-jalan untuk buat naya pada Najib. Disamping itu, bukan setakat Najib jer beb. Ramai lagi VVVIP yang tinggal berdekatan kawasan perumahan aku ni termasuk geng-geng kroni PKR Anwar yang boleh aku jadikan 'mangsa' jika aku mahu.


Cuma aku tak nak buat semua itu kerana pepatah berbunyi..


"Akibat pulut santan binasa, Akibat mulut badan binasa"

Kenapa Perlu Ada Double Standard?

Aku baru dapat berita ni dari Melaka. Inilah al-kisahnya..


'Mr Muscle' di pesta pantai Melaka dibantahMuhamad Aizat Bahrudin12:28PM Dis 17, 2011 
Dewan Pemuda PAS negeri Melaka kesal dengan program Pesta Pantai Melaka yang di lihat tidak sensitif dengan nilai agama dan tidak menggambarkan nilai ketimuran orang Melayu.
Merujuk acara “Mr Muscle Beach” yang menjadi antara aktiviti di Pesta Pantai Melaka yang di adakan pada 9 hingga 12 Disember lepas di Pantai Tanjung Bidara. 
Program ini bertujuan menarik pelancong luar dan tempatan untuk menikmati percutian di pantai Tanjung Bidara ini selain mempromosikan lokasi ini kepada pengunjung.
Dikatakan terdapat 20 acara yang di adakan sepanjang tempoh pesta tersebut di jalankan seperti persembahan silat, pameran sejarah, galeri dari beberapa agensi kerajaan dan swasta dan banyak lagi termasuk acara Mr Muscle Beach.
Apa yang membimbangkan, acara Mr Muscle Beach ini di lihat tidak sesuai di adakan lebih-lebih lagi di khalayak umum yang mana semua golongan masyarakat hadir menyaksikan termasuk kanak-kanak. 
Kelihatan janggal apabila acara seperti ini di adakan di tempat terbuka dan di kawasan majoriti masyarakat Melayu-Islam.
Tidakkah suatu yang agak memalukan dengan persembahan dan tayangan bentuk badan tanpa seurat benang, hanya seluar dalam yang menutup tubuh?
Ia juga jauh dari nilai dan adab budaya Melayu yang menjadikan batas agama sebagai pelindung selain menjadikan sifat malu itu sebagai asas dalam ajaran Islam. Sedangkan Islam sendiri membataskan aurat agar tidak di tayang di khalayak ramai.
Tidak di nafikan ada acara-acara lain yang memberi manfaat kepada pengunjung tetapi alangkah baik ia tidak di cemari dengan acara yang di luar batas dan adab agama dan Melayu seperti ini.
Seharusnya peranan kerajaan negeri sebagai pendidik rakyat harus menerapkan budaya sopan santun dan adab sopan yang di amalkan dalam agama dan budaya Melayu melalui program-program yang diadakan.
Bila agama melarang sesuatu, sebagai contoh membuka aurat sudah pasti ia ada keburukannya kerana sifat malu yang seharusnya menjadi pendiding untuk tidak melakukan maksiat telah dibuang. Seperti mana keruntuhan akhlak dan moral remaja yang berlaku hari ini kerana hilangnya sifat malu dan tidak takut pada dosa.
Sudahlah pengaruh Barat telah masuk ke setiap rumah melalui televisyen, kini kerajaan negeri pula memperkenalkan lagi acara yang di lihat mempromosikan lagi budaya Barat melalui acara tayangan bina badan di khalayak ramai ini.- Penulis merupakan ketua penerangan Pemuda PAS Melaka.

Err, rasa-rasa korang bagaimana pulak dengan ini ya?.



Adakah pemuda PAS terlepas pandang atau buat-buat tak nampak?. Almaklumlah, mereka ni kan handal bab menyentuh perkara-perkara melibatkan hukum-hakam  halal haram sesuatu benda tu.


Shacklesmith : Gambar Tok Guru kat belakang tu cop halal ke hah?. Aduyai~

Thursday, January 12, 2012

Selebriti Dan Headphones (Untuk Yang Berjiwa Stereo)

Sejak kebelakangan ini, ramai di kalangan penggiat muzik Amerika Syarikat khasnya para rappers mengeluarkan headphones berjenama tersendiri khusus buat para peminat mereka sebagai tanda sokongan atas perjuangan mereka dalam bidang seni ini.


Apa lagi pada masa sekarang kalau korang pergi mana-mana saja di bilik kuliah, tren LRT, bas RapidKL ataupun kata mana saja pun kita mesti akan terserempak dengan sesiapa tak kira lelaki atau perempuan yang mendengar muzik menggunakan pemain MP5 (PSP & iPod Touch) ataupun smartphones (iPhones, Blackberry, & Android). Jadi pada hemat aku, mereka juga mungkin sasaran market selebriti ini.


Bagi sesiapa yang menggemari genre muzik gangsta rap Niggaz, korang sendiri mungkin ingat pada awal tahun 2011 dulu rapper 50cent hampir bergaduh besar dengan mahaguru tertingginya dalam record label Aftermath, rapper otai Dr. Dre gara-gara kedua-dua mereka juga turut mengeluarkan headphones designer brand masing-masing. Tapi takpela, pak-pak itam ni kalau bajet bergaduh pun setakat men'dissing' each other jer dalam lagu macam 50cent buat dengan Ja-Rule dulu beb. Kalau Melayu konfem udah berbomoh santau menyantau satu sama lain biar kasi bangkrap (dosa tanggung ler sendiri).


Berikut adalah para selebriti barat bersama Headphone jenama keluaran mereka


Nicole 'Snooki' Polizzi

Curtis '50cent' Jackson

Chris 'Ludacris' Bridges

Xzibit

Bob Marley (dalam gambar tu anak dia)

Aku ni sebagai peminat rapper 50cent sejak dari zaman sekolah lagi sebenarnya ada gak menyimpan minat nak beli sebijik designer headphone dia. Tapi aku tak sure mana nak cari kat Malaysia nie. Kalau ada jual pun konfem mahal gila kot bergantung dengan pendapatan aku yang tak seberapa ni nak beli barang mewah-mewah. Lainlah kalau aku ni pak hitam scammers, mesti mampu punyalah.

sumber : SINI


Shacklesmith : Artis Malaysia bila nak keluarkan headphone jenama tersendiri? SimplySiti headphones anyone? Hehehe

Tuesday, January 10, 2012

Anwar Akhirnya 'Dibebaskan' (Dia Memang Sudah Bebas Dari Awal Lagi)



Malam semalam tak senang tidur aku dibuatnya mengenangkan apa yang bakal berlaku pada 9 Januari 2012. Pada pukul 2.00 pagi aku telah melahap 2 pinggan Maggi goreng sebab tak makan nasik waktu Isyak sebelumnya kemudian barulah aku masuk tidur itupun hanya tiga jam saja sebelum berkumandangnya azan subuh.


Hati aku jadi tak senang dan gundah gulana bukan sebab pasal Anwar nak disumbatkan  ke dalam penjara (aku bukan penjilat bontot Anwar macam Adam Adli and the gang). Aku sebenarnya risau apa yang bakal terjadi di Kuala Lumpur tanah tumpahnya darah aku ni jikalau Anwar dipenjarakan atas tuduhan kesalahan meliwat beliau itu. Difahamkan, puak-puak Anwaristas dan Serbanistas akan melakukan apa saja termasuk memecahkan tembok penjara jikalau Anwar dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun.


Tak terbayang dalam benak pemikiran aku kemungkinan besar Kuala Lumpur akan terbakar dan hancur berderai seumpama kaca bak rusuhan kota London pada Ogos lalu. Segala mimpi ngeri tersebut tidak mustahil akan berlaku kerana Anwar memiliki penyokong fanatik maha taksub menggila babi sampai babi pun boleh jadi gila!. Mana taknya taksub gila bagai nak mampus kalau Ustaz Badrul Amin sendiri pun boleh nobatkan dia sebagai Imam Mahdi.


Mak aku sendiri sudah remind aku awal-awal lagi dari semalam kalau boleh jangan turun ke Kuala Lumpur pada hari ni nanti tak pasal-pasal pulak bermalam dalam lokap ataupun balik dalam bodybag. Namun begitu, syukur ke hadrat Illahi. Huru-hara yang diuarkan akhirnya tidak terjadi jugak. Alhamdullillah.


Pada jam 10 pagi tadi aku dikejutkan oleh perbualan kedua orang tua ku. Walaupun ketika itu aku masih mengelamun di atas katil memikirkan hendak buat apa pada hari ini (dalam hati masih risau, risau dan risau). Aku dikejutkan dengan khabar bahawa Anwar Ibrahim telahpun dibebaskan oleh mahkamah atas tuduhan liwat beliau. Sungguh tak kusangka, keputusan ini adalah diluar dugaan ku. Beliau dibebaskan!. Ternyata, anggapan kemungkinan besar beliau dipenjarakan meleset sama sekali. Ini sungguh memeranjatkan.


Sesungguhnya Allah SWT itu maha kaya, segala perancangan dan akibat ditentukan-Nya. Aku bersyukur kerana setelah sekian lama menanti, kes ini akhirnya selesai jugak. Aku berasa lega. Lagipun kalau nak diikutkan memang sepatutnya si Anwar tu dipenjarakan setimpal dengan kesalahannya. Cuma sayangnya bukti 'tak cukup' maka akhirnya beliau dibebaskan. Persoalannya, adakah Anwar benar-benar dibebaskan?. Bagi aku, Anwar sejak dari tahun 2004 lagi memang sudah bebas. Bebas menipu, bebas bersandiwara dan bebas ber'ehem-ehem' ke sana ke mari siap boleh pergi ke luar negara lagi meskipun ada court case yang dia siap main tangguh-tangguh macam mahkamah tu Tok Wan Berahim Permatang Pauh yang punya! 


Jadi siapa kata Anwar tidak bebas?. Atau mungkin sudah bebas dari tuduhan liwat sahaja?. Memetik kata blogger Kickdefella bahawa bebasnya Anwar tak bererti Saiful membuat tuduhan palsu dan tidak juga membuktikan perbuatan yang didakwa itu tidak berlaku. Mungkin Anwar boleh di mahkamah duniawi akan tetapi bila di akhirat kelak Yang Maha Esa jugak akan tetap menghukum jua dosa besar yang dilakukannya itu.


Sungguh ironiknya, mahkamah kita yang si Anwar selalu tuduh kononnya tak adil, korup dan dikawal kerajaan pusat inilah telah menyelamatkan bontotnya. Sepatutnya aku rasa orang tua ni patut bersyukur. Mahkamah kangaroo telah melaksanakan tugas dengan sebaiknya sehingga karier politiknya berjaya diselamatkan. Namun begitu, walaupun Anwar sudah dibebaskan aku pulak berasa kesian dengan pengikutnya siang tadi.


Kenapa aku kesian? sebab dengan terlepasnya pemimpin anugerah Tuhan mereka ini maka GAGALLAH RANCANGAN KEGANASAN KACAU BILAU yang mereka pre plan kan terlebih awal dahulu itu. Hasrat mereka untuk membawa Malaysia ke kancah huru-hara nampak gayanya tak menjadi, Anwar dapat balik sambil minum teh tarik seperti biasa tanpa perlu risau akan kes perbicaraan lagi. Cuma perlu risau takut kalau identiti pemain China dollnya aja yang terbongkar.


Agaknyalah kalau Anwar masuk penjara, akan sunyilah pentas politik Melayu tanpa sandiwara dan lakonan pemegang Ijazah Sastera ini. Tidak dinafikan, negara lebih aman tanpa beliau akan tetapi dunia politik pula lesu tanpa drama murahannya.


Ikuti pandangan Tukang Dok Peghati serta blog Pak Mi APA di SINI dan SINI.

Sunday, January 8, 2012

USM 'Tung Shin' Warrior 2.0



Masih ingatkah lagi korang dengan 11 orang doktor yang menjadi saksi tanpa melihat dengan mata sendiri tindakan polis menggempur Hospital Tung Shin ketika perhimpunan haram Bershitsih 2.0 Julai lalu. Mereka mendakwa menjadi saksi pristiwa berkenaan walhal mereka langsung tidak berada di tempat kejadian. Apa bukti yang mereka tampilkan hanyalah pendapat yang berat sebelah (bias) tanpa sebarang pemerhatian yang teliti atau lebih mudah sekali, sekadar pakai hentam saja.


Begitulah yang turut berlaku pada malam 5 Januari di mana 10 pelajar berbangsa Cina berkumpul dalam satu perjumpaan discussion yang diadakan di gelanggang bola keranjang di USM. Sungguh menghairankan perjumpaan kecil itu mendapat liputan meluas sehingga wartawan dari portal pembangkang pun turut hadir. Walaupun waktu peperiksaan semakin hampir dan sudah dijalankan di kebanyakan IPT, para pelajar tersebut tetap meluangkan juga sedikit masa pada malam itu.


Bagi aku tidak salah untuk para siswa untuk duduk berbincang dalam keadaan tertutup, isu yang dibincangkan biarlah relevan dan membina. Sepatutnya isu pokok yang harus diperbincangkan adalah kewajaran AUKU. Tapi disebabkan penyertaan termasuk hasutan dari  wartawan pembangkang, isu lain pulak dibincangkan. Ditambahkan pulak kebanyakan pelajar-pelajar Cina ni percaya bulat-bulat penipuan dan fitnah Dajjal yang dibuat oleh geng-geng Safwan Anang ketika kekecohan malam tahun baru itu. Ini membuatkan perkumpulan mereka pada malam itu tampak seperti 'mancacainisme' Adam Adli pulak dah.


Sebelum korang tengok sendiri bagaimana Dr Novandri (MiM) mematahkan hujah-hujah dan tuduhan semberono tindakan 'brutal' polis oleh wartawan portal pro pembangkang pada malam tersebut.




Si wartawan tu punyalah butthurts dengan Dr MiM sampaikan dia ada menulis artikel istimewa lagi buat Dr MiM. Ikuti komen Dr MiM mengenai wartawan tersebut di SINI.


One thing is yang menariknya adalah ketika sorang amoi yang berterabur Bahasa Malaysia-nya mencelah. Itu akan dijadikan poin utama entry aku pada kali ini. Inilah yang aku maksudkan sebagai USM Tung Shin Warrior. Amoi dan gengnya yang berada di situ seolah-olah bertindak seperti saksi di tempat kejadian padahal mereka langsung tak berada di sana pada malam itu.


Agak menghairankan bagaimana mereka para mahasiswa pahlawan 'Tung Shin' ini berlagak sebagai saksi hanya dengan berbekalkan penipuan dan fitnah belaka pendemo yang dipercayai bulat-bulat oleh mereka sendiri.




Korang faham tak apa ke bendanya yang mereka cuba sampaikan? Kalau tak faham tu harap maaflah. Ini bukan masalah sound system beb. Aiyah, itu sound system talak rosak ooo!. Itu remote control button (I-II) yang bikin tu problem maa!!!..


Dan lihat sendiri bagaimana mereka divert hujah-hujah yang dikemukakan oleh mamat pro Aspirasi tu.




Erm alahai, lain yang ditanya tapi lain pulak yang dijawab mereka. Banyak hujah-hujah yang mereka tak dapat patahkan. Tak habis-habis keluarkan statement 'polis belasah!, polis belasah!' and whatsoever sort of shit yang berkaitan juga dengan pendapat 'polis belasah!'. Aku sendiri ada tengok video tu dan aku tak nampak langsung polis membelasah. Kalau setakat memberkas tu biasalah beb, lain aku ada nampak adalah aksi menggelupur atas jalan masa polis nak tangkap tu ajelah termasuk dengan adegan Safwan Anang selaku 'battering ram' memecahkan pintu klinik selepas gagal memecahkan pagar UPSI.


Begitulah persamaan di antara sekumpulan mahasiswa (mahasewel) USM ni dengan doktor Tung Shin. Berlagak menegakkan benang yang basah padahal kelibat diri sendiri pun takde di tempat kejadian. Yang membezakan mereka adalah kerjaya saja.


Maka layaklah untuk kita gelar para pelajar ini sebagai TONG SHIT WARRIOR..


Shacklesmith : Ingat Ah Soh dalam video KL POS hari tu? Cakap macam seolah-olah kat tempat kejadian. She's just another Tong Shit Warrior as well.. Btw, ehem-ehem 9 Januari puak yang sama akan buat demo sekali lagi.. dulu Bersih la ni Bershit la pulak kot.. Hahahaha!

Thursday, January 5, 2012

Jom Beralih Kepada Fibox!

Rentetan daripada penamatan khidmat shoutbox secara percuma daripada Shoutmix bermula 1 Januari lalu maka ramailah pengguna-pengguna dari kalangan blogger terpaksa mencari alternatif lain. Aku tak nafikan, bukan semua pun bloggers sebelum ni menggunakan perkhidmatan dari Shoutmix. Ada yang menggunakan cbox.ws dan free-shoutbox.net sejak dari sebelum ni lagi oleh itu mereka tak terkesan langsung lantaran tamatnya perkhidmatan gratis dari Shoutmix itu. Tidak menghairankan langsung, cbox.ws dan free-shoutbox.net ni pun   sudah famous sejak dari zaman kegemilangan xanga.com lagi (sewaktu blogger.com hanya dikenali di kalangan orang dewasa berumur 30 tahun ke atas).


Okaylah, kali ni aku nak memperkenalkan satu lagi servis shoutbox percuma kepada korang semua yang mana aku sendiri pun menggunakannya. Memperkenalkan fibox.ws!. Sekali aku pandang memang boleh tahan cool jugak. Apa yang bestnya kalau korang nak tengok sama ada menerima shouts terbaru dari pelawat korang tak perlu tekan refresh button lagi sebab ianya menggunakan sistem real time chat seperti mana messenger yang kita selalu guna tu.




Untuk pengetahuan korang semua Fibox ni masih dalam fasa BETA di mana penambahbaikan sedang giat dijalankan oleh pihak adminnya sendiri. Let hope lebih banyak cool features akan ditambah hendaknya. Apa yang lebih membanggakan adalah ianya dibangunkan sendiri oleh anak tempatan. Hendak seribu daya, jangan seribu dalih. Jom register


Sekiranya anda berminat hendak register, jom follow these simple steps. Senang ajer nak register, tak banyak hassle sangat pun. Jangan segan-segan, jangan malu-malu pulak erk. 


(Kredit kepada blogger Tutorial Untuk Blog)


1. Buka www.fibox.ws, kemudian klik pada Sign Up 


2. Masukkan email address dan password. Tick pada term of service kemudian klik continue

3. Notification mengatakan activation email dihantar kepada emial yang anda daftar.

4. Buka email dan klik pada link yang diberi.


5. Pengesahan bahawa akaun anda telah diaktifkan.


6. Login akaun anda, dan untuk kali pertama anda login anda akan diminta untuk create nama untuk shoutbox anda.


7. Daripada dashboard, anda boleh tetapkan setting yang anda kehendaki



8. Copy code yang diberi dan paste ke dalam ruangan HTML/javascript blog anda.
(tidak faham.?)

9. Save dan lihat hasilnya.:)


PERHATIAN : Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk register menggunakan email, anda boleh mendaftar terus menggunakan akaun Facebook anda. Caranya lebih mudah dan pantas. 


Apa tunggu lagi, selamat mencuba semua!







Wednesday, January 4, 2012

Apa Yang Tersirat Disebalik Demo Haram Depan UPSI

Hari Selasa semalam punyalah tekun gua menelaah blog-blog di internet yang menceritakan kisah di sebalik demonstrasi haram depan UPSI sampaikan boleh terlupa nak update sendiri beb!. Kalau nak ikutkan, cerita pasal Amalina bekas pelajar cemerlang yang dilaporkan hanyut gara-gara belajar di negeri mat salih tu pun aku nak tumpang sekali cover tapi entah mengapa cam malaslah eden disebabkan cerita demo depan pagar UPSI tu lagi hangat diperkatakan. Lagipun kes ni lagi dekat di depan mata kita bai.


Ni video gambaran sebenar kejadian yang blogger Papagomo post kan semalam. Korang tengoklah sendiri kepala-kepala taik robot Anwar ni yang cari pasal dulu provoke polis walaupun pihak berkuasa berkenaan mulanya berlembut nak menyuraikan depa semua.




Untuk pengetahuan korang, si kepala taik yang dok terjerit memekik tengah malam buta sampai mengganggu tidur dan revision budak-budak UPSI adalah budak ni hah. Namanya Khalid Ismath. Budak Law 1st year UiTM (baru 1st year je kot beb, tapi sudah macam kaduk naik junjung) dan giat menyebarkan fahaman Syiah kepada para pelajar UiTM. Habiskan belajar dulu la yeop!




Sudahlah buat palat tengah malam waktu orang tengah tenang beribadat, belajar dan diulit mimpi lepas tu polis leraikan dibalas ngan perangai kurang ajar pulak tu memaki hamun polis yang menjalankan tugas!. Memang patut dihambat oleh polis pun sebab mereka sendiri yang memulakan taik. Maka taiklah yang patut dibalas buat-buat mereka apatah lagi datang mengacau ke tempat orang.

Tengoklah, budak-budak LUAR je yang melebih padahal bebudak UPSI takde ape je kot. Kelmarin gara-gara kes ni tak pasal-pasal awek sorang ni jadi famous. Hahaha! MPP tu beb, she's doing the right job!. Lagi-lagi menjawab fitnah si budak yang kononnya mengaku 'Muslimah' tapi tak sebarapa pun hanya bersandarkan pada nama profile Facebook sajer.





Seperti biasalah beb, kalau sapa masih ingat peristiwa BERSHITSIH 2.0 dulu akan tetap ada jer sandiwara dan lakonan drama yang dilakukan oleh para demonstran kaki mencapab nih. Ingat lagi lakonan tidur nazak atas jalan depan Pudu Station hari tu kononnya pakcik tu nak kiok padahal bukan dia yang mati sebaliknya sorang demonstran lain yang mati gara-gara kena serangan jantung masa tengah lari dari serbuan polis.

Aku bukan nak kata apa beb, kalau ye si mamat Safwan Anang tu patah tulang rusuk agak mustahil dia boleh gerakkan tangan sampai ke atas. Anyway, macam kenal jer macha jambu berkemeja biru tu.


Oh ya, kata mereka BEBAS dari pengaruh parti politik. Habis tu apakejadahnya si pencacai Anwar nombor wahid N.Surendran tu boleh datang melawat. Atas kapasiti sebagai individu semata-mata ataupun arahan daripada bos tertinggi? Can you guess it?


Ni pun satu lagi, katanya dibelasah dan diterajang dengan teruk oleh polis. Apa yang mengelirukan jikalau dia ditumbuk kemana kesannya lebamnya?. Jelas kelihatan hanyalah luka kesan terkena benda tajam. Adakah polis bawak pisau mengapa-apakan para demonstran?




Hakikatnya, inilah punca sebenar kecedaraan si Safwan Anang dan Amar Rasyidi.



Korang tengok sendiri betul-betul pintu klinik tu, sudah jelas sekali menunjukkan klinik tu hanya dibuka selama 20 jam dalam sehari. Maknanya ketika kejadian merempuh pintu kaca kebetulan masa klinik ditutup dan pintunya dikunci. So no wonderlah bebudak bedebah tu pergi rempuh macam battering ram. Cit!, Yeleh pocik.

Shacklesmith : And the morons lunacy continues.. 9th January is the showcase finale..

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget