Sunday, January 15, 2012

Ugut Bom Chopper Najib! (Nak Bergurau Pun Agak-agakla Macha)

Sejak dari sekolah lagi, mungkin ramai di antara kita sudah terbiasa dengan peribahasa Melayu lama yang berbunyi;"Akibat pulut santan binasa, Akibat mulut badan binasa".


Pepatah itulah yang bermain di fikiran aku selepas terbaca entry yang dikeluarkan oleh sorang sahabat blogger dari USM mengenai keceluparan mulut sorang college mate-nya di SINI




Ianya bermula apabila dia mendengar khabar akan kedatangan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak ke kampus USM. Maka bermulalah episod drama yang pada awalnya disangka hanya satu sketsa komedi tapi akhirnya berakhir dengan drama tragis di Balai Polis pulak. Semuanya gara-gara mulut celuparnya mengeposkan status Facebook berbunyi "najib is coming to our campus.....Lets bomb his helicopter.". Aisehman macha, kalau mau just kidding pun sendiri mau ingatlah.


Rasa nak tergelak jugak aku mengenangkan apalah nasibnya kelak jikalau terkantoi gara-gara kebengongannya mengeposkan status tersebut di Facebook. Ternyata sangkaan aku tak meleset, memang benar beliau ditangkap hari ni.




Seriuslah beb, aku teringat pasal sorang budak ASWARA yang dengan bangganya mendabik dada kononnya beliaulah 'bertanggungjawab' membaling bom petrol ke arah sebuah gereja ketika hangatnya kes bakar gereja gara-gara keputusan mahkamah berhubung isu nama Allah SWT untuk digunakan oleh pihak gereja pada tahun 2010 dulu. Korang nak tau pe jadi kat mamat yang belajar kat ASWARA tu?. Kena tangkap polis kot beb, lagilah laju sebab dia budak Melayu. Semuanya sebab gara-gara dia bergurau dengan kengkawannya dalam Facebook.


Bila aku tengok balik kes sebegini, alahai kalau diikutkan dalam bab mengusik, bergurau dan ber-prankster. Budak-budak kita tak kira bangsa ni memang tak kalah, aku rasa juara di antara Top 3 satu ASEAN dalam bab mengenakan orang nih. Aku pun dulu begini jugak, suka mengenakan orang dan orang kenakan aku balik tapi la ni dah bertaubat tak nak buat lagi dah. Dulu masa aku kat sekolah dan baru masuk satu dua sem di kolej ni kerja men-trolling nilah hobi past time aku bila bukak Youtube. Akulah budak Malaysia yang suka bikin rakyat Indonesia dan Filipina panas bontot!. Cuma, aku ni setakat trollers amature jer. Tidak ler se pro geng-geng trolls terkemuka di dunia maya nie beb.


Dalam real life ni aku suka gak mengusik, sekali sekala aku dok mengusik budak-budak perempuan (ehem-ehem, guna kata-kata jer tau). Itupun usik-usik ringan jer tapi takdelah sampai menghina bagai. Berbalik kepada cerita macha yang nak bom helikopter Najib tu, aku nak habaq sikit kat hangpa. Korang nak tau dalam sebulan dua mesti sekali sekala Najib akan datang melawat bondanya Tun Rahah yang tinggal berdekatan kawasan rumah aku jugak di Bukit Damansara. Biasanya, beliau sebagai VVVIP mestilah kena dua tiga kereta termasuk peronda PDRM datang bersama escort. Tambahan pulak, beliau biasanya harus sampai di perkarangan rumah bondanya tepat sebelum Maghrib dan bertolak semula ke pejabat di Putrajaya selepas Isyak. Biasalah kalau jadi Perdana Menteri ni konfem masa bersama keluarga limited gila. Apa lagi kalau nak berjumpa bonda tersayang.


Kalau nak diikutkan, aku jugak boleh gunakan poin di atas ni untuk mengeposkan status Facebook dan Twitter berbaur 'ugutan' dengan menyeru seluruh kengkawan di yang tinggal di Bukit Damansara untuk melakukan sekatan jalan di sekitar pintu masuk utama ke Jalan Beringin untuk mengutip 'tol' RM250 sekepala daripada Najib atas dasar 'sedekah ikhlas kepada rakyat'. Tapi konfemlah aku takkan buat benda tu sebab ianya tampak memperbodohkan diri aku sendiri. Begitu jugak dengan niat memasang booby trap kereta di jalan-jalan untuk buat naya pada Najib. Disamping itu, bukan setakat Najib jer beb. Ramai lagi VVVIP yang tinggal berdekatan kawasan perumahan aku ni termasuk geng-geng kroni PKR Anwar yang boleh aku jadikan 'mangsa' jika aku mahu.


Cuma aku tak nak buat semua itu kerana pepatah berbunyi..


"Akibat pulut santan binasa, Akibat mulut badan binasa"

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget