Thursday, January 5, 2012

Jom Beralih Kepada Fibox!

Rentetan daripada penamatan khidmat shoutbox secara percuma daripada Shoutmix bermula 1 Januari lalu maka ramailah pengguna-pengguna dari kalangan blogger terpaksa mencari alternatif lain. Aku tak nafikan, bukan semua pun bloggers sebelum ni menggunakan perkhidmatan dari Shoutmix. Ada yang menggunakan cbox.ws dan free-shoutbox.net sejak dari sebelum ni lagi oleh itu mereka tak terkesan langsung lantaran tamatnya perkhidmatan gratis dari Shoutmix itu. Tidak menghairankan langsung, cbox.ws dan free-shoutbox.net ni pun   sudah famous sejak dari zaman kegemilangan xanga.com lagi (sewaktu blogger.com hanya dikenali di kalangan orang dewasa berumur 30 tahun ke atas).


Okaylah, kali ni aku nak memperkenalkan satu lagi servis shoutbox percuma kepada korang semua yang mana aku sendiri pun menggunakannya. Memperkenalkan fibox.ws!. Sekali aku pandang memang boleh tahan cool jugak. Apa yang bestnya kalau korang nak tengok sama ada menerima shouts terbaru dari pelawat korang tak perlu tekan refresh button lagi sebab ianya menggunakan sistem real time chat seperti mana messenger yang kita selalu guna tu.




Untuk pengetahuan korang semua Fibox ni masih dalam fasa BETA di mana penambahbaikan sedang giat dijalankan oleh pihak adminnya sendiri. Let hope lebih banyak cool features akan ditambah hendaknya. Apa yang lebih membanggakan adalah ianya dibangunkan sendiri oleh anak tempatan. Hendak seribu daya, jangan seribu dalih. Jom register


Sekiranya anda berminat hendak register, jom follow these simple steps. Senang ajer nak register, tak banyak hassle sangat pun. Jangan segan-segan, jangan malu-malu pulak erk. 


(Kredit kepada blogger Tutorial Untuk Blog)


1. Buka www.fibox.ws, kemudian klik pada Sign Up 


2. Masukkan email address dan password. Tick pada term of service kemudian klik continue

3. Notification mengatakan activation email dihantar kepada emial yang anda daftar.

4. Buka email dan klik pada link yang diberi.


5. Pengesahan bahawa akaun anda telah diaktifkan.


6. Login akaun anda, dan untuk kali pertama anda login anda akan diminta untuk create nama untuk shoutbox anda.


7. Daripada dashboard, anda boleh tetapkan setting yang anda kehendaki



8. Copy code yang diberi dan paste ke dalam ruangan HTML/javascript blog anda.
(tidak faham.?)

9. Save dan lihat hasilnya.:)


PERHATIAN : Sekiranya anda mengalami kesukaran untuk register menggunakan email, anda boleh mendaftar terus menggunakan akaun Facebook anda. Caranya lebih mudah dan pantas. 


Apa tunggu lagi, selamat mencuba semua!







No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget