Tuesday, January 10, 2012
Anwar Akhirnya 'Dibebaskan' (Dia Memang Sudah Bebas Dari Awal Lagi)
Malam semalam tak senang tidur aku dibuatnya mengenangkan apa yang bakal berlaku pada 9 Januari 2012. Pada pukul 2.00 pagi aku telah melahap 2 pinggan Maggi goreng sebab tak makan nasik waktu Isyak sebelumnya kemudian barulah aku masuk tidur itupun hanya tiga jam saja sebelum berkumandangnya azan subuh.
Hati aku jadi tak senang dan gundah gulana bukan sebab pasal Anwar nak disumbatkan ke dalam penjara (aku bukan penjilat bontot Anwar macam Adam Adli and the gang). Aku sebenarnya risau apa yang bakal terjadi di Kuala Lumpur tanah tumpahnya darah aku ni jikalau Anwar dipenjarakan atas tuduhan kesalahan meliwat beliau itu. Difahamkan, puak-puak Anwaristas dan Serbanistas akan melakukan apa saja termasuk memecahkan tembok penjara jikalau Anwar dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun.
Tak terbayang dalam benak pemikiran aku kemungkinan besar Kuala Lumpur akan terbakar dan hancur berderai seumpama kaca bak rusuhan kota London pada Ogos lalu. Segala mimpi ngeri tersebut tidak mustahil akan berlaku kerana Anwar memiliki penyokong fanatik maha taksub menggila babi sampai babi pun boleh jadi gila!. Mana taknya taksub gila bagai nak mampus kalau Ustaz Badrul Amin sendiri pun boleh nobatkan dia sebagai Imam Mahdi.
Mak aku sendiri sudah remind aku awal-awal lagi dari semalam kalau boleh jangan turun ke Kuala Lumpur pada hari ni nanti tak pasal-pasal pulak bermalam dalam lokap ataupun balik dalam bodybag. Namun begitu, syukur ke hadrat Illahi. Huru-hara yang diuarkan akhirnya tidak terjadi jugak. Alhamdullillah.
Pada jam 10 pagi tadi aku dikejutkan oleh perbualan kedua orang tua ku. Walaupun ketika itu aku masih mengelamun di atas katil memikirkan hendak buat apa pada hari ini (dalam hati masih risau, risau dan risau). Aku dikejutkan dengan khabar bahawa Anwar Ibrahim telahpun dibebaskan oleh mahkamah atas tuduhan liwat beliau. Sungguh tak kusangka, keputusan ini adalah diluar dugaan ku. Beliau dibebaskan!. Ternyata, anggapan kemungkinan besar beliau dipenjarakan meleset sama sekali. Ini sungguh memeranjatkan.
Sesungguhnya Allah SWT itu maha kaya, segala perancangan dan akibat ditentukan-Nya. Aku bersyukur kerana setelah sekian lama menanti, kes ini akhirnya selesai jugak. Aku berasa lega. Lagipun kalau nak diikutkan memang sepatutnya si Anwar tu dipenjarakan setimpal dengan kesalahannya. Cuma sayangnya bukti 'tak cukup' maka akhirnya beliau dibebaskan. Persoalannya, adakah Anwar benar-benar dibebaskan?. Bagi aku, Anwar sejak dari tahun 2004 lagi memang sudah bebas. Bebas menipu, bebas bersandiwara dan bebas ber'ehem-ehem' ke sana ke mari siap boleh pergi ke luar negara lagi meskipun ada court case yang dia siap main tangguh-tangguh macam mahkamah tu Tok Wan Berahim Permatang Pauh yang punya!
Jadi siapa kata Anwar tidak bebas?. Atau mungkin sudah bebas dari tuduhan liwat sahaja?. Memetik kata blogger Kickdefella bahawa bebasnya Anwar tak bererti Saiful membuat tuduhan palsu dan tidak juga membuktikan perbuatan yang didakwa itu tidak berlaku. Mungkin Anwar boleh di mahkamah duniawi akan tetapi bila di akhirat kelak Yang Maha Esa jugak akan tetap menghukum jua dosa besar yang dilakukannya itu.
Sungguh ironiknya, mahkamah kita yang si Anwar selalu tuduh kononnya tak adil, korup dan dikawal kerajaan pusat inilah telah menyelamatkan bontotnya. Sepatutnya aku rasa orang tua ni patut bersyukur. Mahkamah kangaroo telah melaksanakan tugas dengan sebaiknya sehingga karier politiknya berjaya diselamatkan. Namun begitu, walaupun Anwar sudah dibebaskan aku pulak berasa kesian dengan pengikutnya siang tadi.
Kenapa aku kesian? sebab dengan terlepasnya pemimpin anugerah Tuhan mereka ini maka GAGALLAH RANCANGAN KEGANASAN KACAU BILAU yang mereka pre plan kan terlebih awal dahulu itu. Hasrat mereka untuk membawa Malaysia ke kancah huru-hara nampak gayanya tak menjadi, Anwar dapat balik sambil minum teh tarik seperti biasa tanpa perlu risau akan kes perbicaraan lagi. Cuma perlu risau takut kalau identiti pemain China dollnya aja yang terbongkar.
Agaknyalah kalau Anwar masuk penjara, akan sunyilah pentas politik Melayu tanpa sandiwara dan lakonan pemegang Ijazah Sastera ini. Tidak dinafikan, negara lebih aman tanpa beliau akan tetapi dunia politik pula lesu tanpa drama murahannya.
Ikuti pandangan Tukang Dok Peghati serta blog Pak Mi APA di SINI dan SINI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment