Monday, February 28, 2011

Siri Bercakap Dengan Pencacai (Episod Whateverlah)

Petang Jumaat lepas, sebaik saja pulang ke rumah dari menunaikan solat jumaat di masjid kawasan rumahku. Aku menelaah iPad milik akak aku, seperti biasa aku melayan Facebook. Dalam tengah syok melayan tu aku terperasan satu friend request dari seorang budak perempuan Kelantan yang juga sebaya aku. Aku amati secara teliti dengan betul-betul siapakah gerangan si Che Mek Kelate dari Pasir Mas, Kelantan ini. Tengok-tengok satu mutual friend pun dia takder ngan aku padahal bukan sorang member Kelantan yang aku ader dalam Facebook tuh. Camner dia dapat profile aku? Aku pun tak tau lah.

Keesokan harinya, aku ke kolej untuk membawa hasil projek akhirku yang belum siap sepenuhnya untuk dinilai pensyarah. Selepas dinilai, aku dengan member aku berangkatlah untuk online di sebuah restoran mamak yang tidak berapa jauh dari situ. Selepas makan dan sambil membincangkan mengenai tugasan akhir kerja bersama rakan aku itu, terdetik di hati aku nak meng-approve-kan si Mek Kelate tu. Mana tau kan, dia boleh jadi pengganti atau cinta baru buat member aku yang berasal dari Kelantan. Itupun kalau si Mek tu masih single. Kalau tak, member aku terpaksa cari yang lainlah. Perasaan ingin tahu menyelubungi aku dengan begitu mendalam sekali didorong dengan rasa curiousity yang meluap-luap dalam benak kepala otak aku.

Selepas meng-approve-kan si Mek Kelate tersebut tersebut aku pun mengusha lah profile dia. Bukan apa, nak jugak tau siapakah sebenarnya dia nie. Kalau stok fake profile memang aku reject awal-awal, maklumlah I dont want trolling spammer's shitting around my FB. Apa yang aku dapati adalah dia ni seorang pelajar UKM yang menuntut dalam bidang sains bioperubatan (fuyoh pandai jugak dia nie erk, huhu). Dalam cadangan nak tolong suggest kan kepada member sayang sungguh dia sudah berpunya. Tapi takpela, aku nak tau niat sebenar dia add aku sebagai 'kawan' dalam FB tuh. Maklumlah, aku ajer yang selalu tambah kawan tapi aku jarang di tambah orang. Nak approve pun seminggu baru OK-kan. Pada masa yang sama, aku memberanikan diri untuk bertegur dengan dia dalam chatbox FB. Ikuti apa yang aku paparkan di bawah.


Memula aku pun terkejut jugak sebenarnya tetiba ajer dia tuduh aku mengutuk Tok Guru kesayangan dia tu. Sebabnya aku tak silap sebelum ini pun setakat mengkritik ajer sikap Tok Guru tu pun menggunakan bahasa yang lembut dan tidak kasar seperti orang lain. Kritikan aku hanya membina dan tidak berdasarkan emosi melampau. Berbalik kepada si Mek Fariha ini, aku terpaksa cool ajer melayan memandangkan dia seorang perempuan dan aku kenalah berlembut dengan dia. Takkanlah nak memaki hamun pulak macam ahlul politikus yang lain. Lelaki kena bijak mengatur keadaan dan tidak seharusnya membangkitkan kemarahan tanpa fikiran yang waras. Ini adalah petua yang aku belajar sejak dari meningkat dewasa dahulu.



Sepanjang pemerhatian aku terhadap totok-totok kipas susah mati pencacai PAS ini aku mendapati bahawa depa memang terlalu obses dengan tokoh tuan paling besar tampuk pemerintahan PAS Kelantan ini. Usahkan dijentik, nak cuit sikit pun tak boleh. Aku tak bolehkan nafikan, selama lebih 20 tahun memerintah walau dilanda keuzuran sekalipun. Tok Guru tetap berusaha memacakkan tongkat di bumi untuk terus memimpin Kelantan. Cuma aku tak berkenan adalah sikap lidah biawaknya itu yang dulu pernah mengatakan bahawa syaitan dan DAP sama sahaja tapi sekarang siap boleh pulak berkawan dengan DAP?. Bukan setakat berkawan, malah jadi kuda tunggangan a.k.a. anjing paling setia buat DAP lagi. Almaklumlah, beliau sendiri berkata suatu ketika dahulu. Usahkan sahaja DAP boleh membantu PAS menubuhkan negara 'Isle', kalau SYAITAN nak tolong pun takpe. Dalam banyak yang aku tak berapa berkenan mengenai beliau secara amnya, adalah ketika beliau menyelar pendapat Ustaz Harussani mengenai perpaduan Islam. Punyalah teruk sampai Mufti Perak tu kena sampai difitnah dengan dahsyat sekali.


Dulu sewaktu PAS (kuda tunggangan paling setia) memerintah Perak sebagai boneka DAP, bukan main hebat lagi puak-puak pencacai menyokong pengharaman konsert JomHeboh di Perak pada masa itu dan juga berkenaan sumpah mubahalah Anwar Ibrahim mengenai isu liwat keduanya. Tapi sekarang bukan main dahsyat lagi puak-puak yang sama ni menyalak dengan lolongan serigala malam yang memecahkan gegendang telinga sesiapa yang mendengarnya membelasah Ustaz Harussani sebagai boneka UMNO. Puncanya, adalah disebabkan berikut, 

1.  Islam hanyalah atas nama PAS, selain daripada PAS Islam mereka boleh dipertikaikan.

2. Sesiapa yang menyokong PAS, walaupun jelas bercanggah dengan kehendak atau ayat al-Quran, itu tidak mengapa, hal ini adalah kerana PAS mempunyai tafsiran mereka tersendiri.

3. Kata-kata Tuan Guru Mursyidul PAS selalunya tidak boleh dibantah, walaupun banyak kenyataan beliau bercanggah dengan ajaran Islam. Sehingga kini, sama sekali tidak kedengaran dalam kalangan ulama-ulama PAS yang sanggup menegur atau mengkritik Nik Aziz. Seolah-olah segala kenyataan Nik Aziz benar berlaka selama ini.

4. Islam yang betul, hanyalah Islam yang dibawa oleh PAS, Islam orang lain, semuanya salah. Jika mahu memperjuangkan Islam, kena masuk PAS dahulu barulah dikira sebagai pejuang Islam.

5. Kebanyakan penyokong PAS percaya bahawa Islam itu adalah dengan mengikut tafsiran PAS, dan tafsiran orang lain, semuanya hampir salah. Jika sesuatu tafsiran itu (al-Quran/Hadis) menyokong pegangan PAS, maka itu betul, tetapi jika tafsiran tersebut seolah-olah merugikan PAS, maka tafsiran tersebut adalah mungkar dan tertolak sama sekali, walaupun ayat al-Quran sudah terang maksudnya.

Salahkah Ustaz Harussani mencadangkan agar mewujudkan kerajaan perpaduan kerana itu akan menyatupadukan umat Islam di negara ini?. UMNO juga ada kelebihan tersendiri begitu dengan PAS yang dikatakan kononnya mahir dalam bab-bab agama itu. Lagipun bukankah itu tugas sebenar seorang mufti yang merangkap seorang ulama untuk berperanan menyatukan umat Islam. Bukan seperti jalan Nik Aziz yang suka memecahbelahkan dengan pendapat yang mengelirukan. Berbalik kepada perbincangan aku dengan budak Kelantan itu, sungguh sedap mulut dikatanya mufti Perak tu ulama UMNO sedangkan Ustaz Harussani adalah mufti yang dilantik DYMM Sultan Perak. Beliau takde keahlian UMNO bukan macam Nik Aziz pegang keahlian PAS sampai ke tahap mursyidul am yang lebih berkuasa dari Presiden sendiri (itu pemerhatian saya kerana beliau lebih menonjol dari TG Dato Seri Haji Hadi). Aku suruh dia kemukakan bukti di mana aku mengutuk Nik Aziz dengan begitu teruk sekali tapi dia kata tak ingat. Macam tu kah nak menegakkan kebenaran?. Itulah pasalnya akibat ketaksuban yang begitu mendalam sangat terhadap tokoh yang dipuja sampaikan digantung potretnya wajahnya merata-rata. Adakah Islam mengajar umatnya untuk menjadi terlalu taksub sebegitu?. Ini bukan akidah kita tapi akidah golongan sosialis komunis ateis yang tiada Tuhan tapi terpaksa bertuhankan tokoh pemimpin mereka yang dibina patungnya merata-rata segenap ceruk negara.


Lepas tak puas hati tak dapat mengemukakan bukti dimana aku mengutuk Tok Guru Nik Aziz dengan begitu teruk sekali dia pergi pusingkan cerita bagaimana keperibadian Nik Aziz yang dikatakan begitu zuhud dan menolak kemewahan sampai dibandingkan dengan Menteri UMNO yang lain kononnya bagai langit dan bumi. Nik Aziz tak tinggal di rumah besar dan mendermakan 'segala' gajinya.  Lepas dibawa cerita kononnya Najib sebagai PM mungkin telah 'mencuri duit rakyat'. Benarkah begitu?, dulu berlegar cerita mengenai blogger Syed Azidi a.k.a. Kickdefella yang mendapat upah lebih RM 4 juta dari kerajaan Kelantan untuk memburukkan Pak Lelah dulu. Dari mana datang duit sebanyak itu?, mesti duit rakyat jugak kan. Kenapa tak gunakan duit sebanyak tu untuk menaik taraf masjid dan kebersihan bandar Kota Bharu?. Usah dipusingkan cerita kalau dikata duit itu datang dari hasil perniagaan kaum kerabat dan kroni Tok Guru sendiri. Dakyah pembangkang yang mengatakan kononnya ahli politik UMNO kaya raya sebab makan duit rakyat memang kadangkala tak masuk akal dan menampakkan kejumudan fikiran mereka sendiri. Difahamkan mereka banyak duit sebab pegangan saham mereka dengan syarikat swasta ditambah lagi dengan kemudahan akses kabel dengan rakan-rakan kongsi mereka sendiri yang mempunyai jaringan yang luas dikalangan golongan ahli perniagaan. Senario ini bukan setakat berlaku di negara ini ajer malahan di negara luar jugak. Seorang ahli politik yang nak naik perlu merapatkan diri dengan golongan korporat supaya mendapat pegangan saham dan financial backing. Semua ahli politik buat benda ini. PAS pun tak terlepas sekali. Cuma mereka tak lebih menonjol sebab takde media coverage. Maklumlah, media massa kan putar belit. Begitu jugak Harakah. Ingat Nik Aziz nak masuk politik sebab nak kaya?. Apasal tipikal sangat kepala otak kau wahai Mek Fariha. Dia masuk politik sebab nak kuasa lah. Apa lagi.

Kau attack lah Najib sekalipun aku tak kisah. Aku peduli apa, aku bukan pengtaksub tegar pemimpin politik macam puak kau. Kau dah sampai mendewakan sangat wali kau tu macam maksum sangat. Manusia bukannya perfect macam Rasullullah S.A.W pun. Takkan aku tak boleh nak kritik langsung. Aku dah kritik Najib banyak kali dah sebagai anonymous dalam ruang blog. Aku ada hak bersuara, lagipun bukan juak-juak pakatan kau yang lantang sangat nak kebebasan bersuara. Manusia kalau diampu bagai nak rak, boleh naik ke tahap Dajjal. Kuasa dan nafsu memang tak boleh dipisahkan, hatta seorang yang kononnya bergelar ulamak sekalipun. Lepas tu kau suruh aku nasihatkan Rosmah tu pakai tudung. Bagi aku takpelah, tunggulah dia mendapat hidayah nanti. Kita hanya mampu berdoa ajer. Kalau korang nak buat petisyen. Go on, biar orang Melayu semua sokong nanti. Tapi ingat, jangan lupa pergi tarbiahkan semua pelacur kat Kota Bharu tu sekali. Ingat sikit, udahler depa tu bertudung tapi burit semua dah rabak kena tonyoh batang peliaq bermacam-macam jantan jongos!. Aku walaupun bukan satu negeri dengan kau sungguh berasa malu kerana aku umat Islam. Dahlah Kota Bharu tu diisytiharkan sebagai Bandaraya Islam oleh Tok Guru kau yang kononnya ulamak tersohor tu. Tapi ada ramai pelacur yang bersepah macam ayam jatuh dari kontena lori, apa cerita beb?. Kata Serambi Mekah tapi macam Serambi Bermukah adalah. Yang dedahkan ini semua pun blogger Kickdefella, orang yang paling dipercayai Tok Guru engkau untuk menyebarkan propaganda dia. Aku walaupun bukan lagi penyokong atau pencacai pembangkang sekalipun tapi aku masih layan lagi cerita dia.



Takkan kau nak bandingkan pemimpin kau dengan Perdana Menteri yang duduk di Putrajaya tu. Kalau macam tu aku cadangkan kalau si Anwar tu memerintah biar dia robohkan saja Seri Perdana tu dan bina rumah kayu. Amacam cantik tak Mek?, boleh buat dengan sekecik-kecik-keciknya sekali. Lebih kecil dari jamban rumah kau lagi cantik. Siap lengkap dengan tempat tidur, berak, dan mentekedarahnya sekali. Boleh jimat kos kan?. Nak jimat lagi sampai tak mencuri duit rakyat?. Apa kata tumpang saja rumah Tok Guru kau saja. Lebih afdhal gitu. Kau mintak aku ambik poin kau, tapi kau ada ambik poin aku tak?. Takdekan, kau silap orang. Dengan budak sekolah yang jahil sejarah politik bolehlah kau kencingkan puas-puas pasal politik pembangkang kau tu. Tapi bukan aku ye, aku ada pendirian aku sendiri. Sedangkan pendirian kau aku hormat inikan pulak kau perlu menghormati pendirian aku. Maaflah kalau aku tak dapat nak further chat dengan kau sebab WiFi mamak tu buat masalah pulak. Aku tau, tak guna nak berdebat pasal politik nih. Pasal politik lah, ukhwah persaudaraan terjejas. Adik beradik boleh bergaduh, satu kampung boleh berperang dan organisasi sampai berpecah-belah. Nasib baik kau tukar profile picture dengan gambar kartun anjing, kalau tak aku tupun akan sensorkan sekali. Haha :D :D

Begitulah cerita perbualan aku dengan si Mek Fariha nih, tak silap aku pun dia ada blog jugak nama super scientist entah apa kebendanya. Bukan niat aku nak tikam dia dengan kerambit (orang Kelantan panggil lawi ayam) pusaka aku nih, tapi sekadar sebagai catatan hidup aku yang belajar mengenai selok belok politik ini. Tak dinafikan politik itu memang kotor, dikalangan totok pembangkang Dato Seri Najib digelar 'Najis' dan begitu juga dikalangan totok kerajaan Tok Guru Nik Aziz digelar 'N.ajis'.  Bagi aku kedua-dua tokoh ini sedang bergelumang ke dalam lubang najis yang kita biasa kenali sebagai politik. Kenapa aku kata mereka bergelumang dalam najis?. Sebab politik moden ini memang kotor lebih-lebih politik di kalangan kaum Melayu Islam di negara ini sememangnya tak membina langsung. Jatuh sana, jatuh sini yang puak PAS pulak kalau nak jatuhkan pemimpin UMNO sampai hal tepi kain suami isteri pun depa selak sekali. Aduh, memalukan sungguh. Kalau DAP!G boleh bersatu hati dengan parti sekaum mereka kenapa tidak UMNO dan PAS. Asyik nak berkelahi ajer, aku harap biarlah Dewan Rakyat kita macam Parlimen Taiwan. Nak jugak tengok MP kita bergusti. Haha :D. Dah, malas aku nak selak bab politiking nih. Semoga Allah SWT memberkati para pemimpin kita dengan segala kesihatan untuk mereka meneruskan tugas bebanan memimpin kita. Amin

P/S : Daku bukan pejuang demokrasi..











Friday, February 25, 2011

Akan Kembali

Atas kesibukan menyelesaikan projek akhir membina laman web buat semester yang terakhir ini, Shacklesmith tidak dapat memberikan posting terbaru buat tatapan para pembaca semua disebabkan kekurangan masa ini. Oleh itu, Shacklesmith nak maklumkan bahawa blog ini akan kembali aktif seperti biasa pada minggu hadapan. Pelbagai topik akan dikupas oleh aku dan segalanya adalah berdasarkan pandangan peribadi sendiri.

Antara yang bakal dikupas pada posting hadapan;
  • Hal berkaitan politik (sebagai pemerhati, tak kira pembangkang dan kerajaan semua aku akan hentam)
  • Sejarah (menyampai pengetahuan aku sendiri yang cedok berdasarkan sumber-sumber yang bukan dari buku teks sekolah dan seperti biasa, theory counter-attack terhadap hasil kupasan sejarah profesor kangkung ultra-kiasu) PERINGATAN : HANYA PANDANGAN AKU SENDIRI DAN JANGAN JADIKAN RUJUKAN ILMIAH, ANDA DINASIHATKAN RUJUK PADA PAKAR SEJARAWAN MELAYU DI UNIVERSITI TEMPATAN
  • Hal berkaitan ketenteraan dan keselamatan negara dan juga teori konspirasi (minat aku sendiri dan seperti biasa ultra-kiasu akan diserang balas jika mengeluarkan andaian palsu!)
  • Jurnal peribadi yang boleh dikongsi bersama (macam biasalah identiti aku takkan aku nak  dedahkan macam blogger perempuan yang jadikan blogger ini semacam big-sized twitter ataupun paling senang diari mereka)
  • Komplen, komplen itu ini tapi beretika dan tidak emosi keterlaluan
Okeylah, begitulah topik-topik yang akan aku kupaskan pada minggu hadapan. Diharapkan pada sesiapa yang menunggu harap bersabar. Pada yang tidak, lantak koranglah. Aku tak pressure hangpa pun suruh baca blog aku yang tak seberapa nih. Sekian

Assalamualaikum,
Adios~~

Friday, February 18, 2011

Malaysia Dituduh 'Maling' Lagi!!!

Salam muhibah dan silaturahim buat semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian khasnya rakyat Malaysia. Di hari Jumaat yang indah ini, Shacklesmith nak menyampaikan satu cerita yang panas diperkatakan di ruang forum terhangat CARI. Dulu semenjak 3-4 tahun sudah heboh diperkatakan Malaysia 'mencuri' budaya dari Indonesia dan mempromosikannya sebagai budaya Malaysia. Walhal, Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun dan, jadi persamaan sesuatu adat resam, makanan dan tarian tidak menjadi masalah kerana faktor geografi yang berdekatan dan persamaan genetik memungkinkan transmisi budaya ini. Dulu semua adalah Nusantara, mana ada Malaysia dan Indonesia?. 

Kita ambil contoh mudah, baju bodo di Selangor dan tarian barong di Johor. Sedia maklum kita mengetahui bahawa di kedua-dua negeri yang maju dengan perindustrian ini memiliki ramai orang Melayu berketurunan Bugis dan Jawa. Mereka telah menetap di sana lama berdekad dan berkurun sebelum merdeka. Jadi tidak salah untuk suku kaum ini mempraktikkan kebudayaan nenek moyang mereka  sebagaimana kaum Scottish dan Irish di Amerika Syarikat dan Australia bermain bagpipe pada setiap upacara dan menyambut hari Saint Patrick dengan mabuk-semabuknya. Budaya ini telah dibawa lama dahulu sebelum wujudnya entiti politik bernama Malaysia dan Indonesia. Bukannya dibawa oleh Pak Daeng dan Wak Parjo pada tahun 1960an!.  Nak tahu, 'Maling' dalam istilah kaum Banjar dan Jawa bermaksud pencuri. Kalau nak kepastian, tanyalah orang-orang tua di Kuala Selangor dan Bagan Datoh, Perak.

Berbalik kepada tajuk yang diperbincangkan ini, sebelum ini asyik Malaysia dituduhkan sebagai 'Maling'. Nah, kita tengok apa yang di-'maling'-kan oleh Indonesia pada masa ini. Jom kita lihat, sebuah sinetron yang bodoh lagi membodohkan. Sudah terang lagi bersuluh, kostum heroin untuk sinetron Supergirl terbitan Soraya Intercine Film amat mirip banget sama dengan kostum Spider-Woman terbitan gergasi komik dunia Marvel Production! Perbezaan antara keduanya memang tidak ketara langsung. Kadangkala Shacklesmith terfikir, susah sangat kah nak design kostum sendiri? Macamlah Indonesia takde pereka fesyen handalan dari 200 juta penduduknya itu kan.

Sinetron ini dah keluar TV semenjak 13 Februari sudah. Tapi apa yang menjelikkan, pihak penerbitnya langsung tidak memohon sebarang lesen pembikinan dan adaptasi karya keluaran Marvel berkenaan. Semua patut tahu bahawa karyawan dari Amerika Syarikat memang tegas mempertahan hasil ciptaan itu dari diplagiat tangan-tangan tak bertanggungjawab. 'Kayu suci' itu memang semacam tak boleh disentuh langsung apa lagi di-'maling'. Lepas ni konfem mengamuklah atuk Stan Lee tu hasil kerjanya kena curi beb!

Hoi!! Sapa berani 'maling' hasil masterpiece aku hah?!
Kalau sesiapa pernah terbaca blog Rotikaya dan OhBulan semestinya korang dah tau apa persamaanya. Buat yang belum mari tengok sini! Jom perhatikan persamaan disebalik heroin Amerika Syarikat dan bunga-bunga terbaru Indonesia ini.

Yang asli terbitan gergasi komik dunia Marvel

Palsu!! Nampak sangat 'maling'-nya
Langsung tiada beza bukan?. Jelaslah sudah siapa bilang Indonesia tidak pandai 'maling' dong. Malahan, bijak dan cekap sekali sampai tak reti menutupin-nya. Shacklesmith tidak merujuk kepada seluruh warganya tetapi warga kerja produksi Soraya Intercine Film. Kalau nak berkarya pun janganlah sampai jadi begini. Ini sudah kira kes berat melibatkan produksi antarabangsa dari Amerika Syarikat. Shacklesmith tak dapat bayangkan betapa besar saman yang akan dituntut oleh Marvel Comics Production ke atas kesilapan ini. Tak terbayar langsung kot dengan rupiah yang tak ternilai harganya itu.

Dalam kekalutan ini pasti korang tertanya-tanya siapakah empunya tubuh montok nan gebu yang mengangkat kereta pacuan 4 roda Jeep itu bukan?. Siapa lagi kalau tidak bukan si Manohara Odelia Pinot yang pernah hangat diperkatakan oleh media kedua negara hampir 2 tahun dulu akibat krisisnya dengan suaminya seorang putera Sultan Kelantan. Perkahwinan yang dibina sejak Ogos 2008 dulu tidak bertahan lama kerana kononnya dia diperlakukan dengan kejam oleh Tengku Fakhry  sehingga membawanya melarikan diri sewaktu melawat ayahanda mertuanya di Singapura. Entah benar atau tidak walahualam. Tapi apa yang pasti, dari Kelantan balik ke Jakarta terus jadi superheroin! Menarik bukan?. Shacklesmith tak tertahan ketawa dibuatnya.
Heroin terbaru kebanggaan Indonesia!!
Tidak seperti di Malaysia di mana setiap keluaran yang tak menepati citarasa penonton akan menerima kutukan pedas sepedasnya sampai nak mampus macam kes Dr Rozmey itu. Di Indonesia, akibat sikap patriotik terlampau dan bangga akan hasil karya sendiri mengakibatkan sinetron ini juga tidak terlepas dari sebarang kritikan (pujian) yang membina. Bravo 

kalo bisa ditayangin 2 jam aja napa...nanggung amet sih kalo 1 1/2 jam. eh iya ngobrol2 ,tuh keluarga geblek jgn di tongolin aja bikin sebel bgt,mendingan kisah pertualangannya aja yg di tongolin. biar manteb.Afdhal
2011-02-15 20:47:39

ini yg ane demen ceritanya nga bikin bete,tapi malah bikin penasaran,cuma kok supergirlnya terbangnya masih nabrak2x sih...btw sip manteb nih sinetron...LANJUTKAN.Gettheidea.co.id
2011-02-15 11:33:46

Lucu film nya, manohara nya.. goodluck lah, semoga awet ^^munat
2011-02-14 12:28:55

asyik ada tontonan superhero lagi...kangen nih ane sama yg beginian...sekali Soraya..tetep supergirl...hidup manohara.Shurricanger

2011-02-14 09:25:55

Superb....!!! Aktingnya mantap! Plotnya hebat!, Ceritanya bagus!, Kostumnya original! Efeknya luar biasa! Saya sampai negfans banget... Manohara..., aku padamu deh!!! Jempol buat PT Soraya bisa bikin serial bermutu begini dibanding sinetron2 sampah lain yang isinya rebutan warisan, pendzoliman kepada anak2 yatim piatu oleh tantenya sendiri, rebutan pacar dengan sepupu... rudi

2011-02-09 12:07:37

salut dah buat tim soraya, btw gitu dong bikin film buat keluarga yg ada superheronya...bosen sama drama2 yg ada di stasiun laen. oke mudah2an kedepannya lebih bnyk lagi sinetron kaya supergirl.joe

2011-02-08 12:41:40

waduh ditayang tgl 13 yah...oke deh aye tunggu premiernya ah.manuk gede

2011-02-07 16:19:06

wah...cantik nih si mano... muachhera 

2011-02-04 20:59:30

ngeliat trailernya di tv sih kayaknya oke...ya mudah2an oke juga deh sinetronnya.Agus
2011-02-04 20:57:19

Setuju gw kalo dibikin jd season. 

Tengoklah, kebanyakan komen yang kita lihat itu adalah seperti menyokong. Adalah tidak menghairankan bagi segelintir warga mereka, semua hasil karya yang dikeluarkan adalah asli kepunyaan mereka belaka dan bukan hasil plagiat. Segalanya berputar keliling mereka. Takde apa yang nak dihairankan pun. Kalau mereka tiru game Call of Duty dan taruk nama Kopassus pun mereka akan bilang hasil karya yang ori dong. Jangan terasa hati yuk. Mintak-mintak janganlah Astro dan Media Prima (TV3) beli sinetron sampah nih. Kalau tak, habislah semua amah-amah kita mencuri tulang menonton sinetron ini tatkala masa terluang! Akan banyaklah kerja yang tak dibereskan nanti beb. Sebelum beransur jom tengok sedutan dari sinetron ini!





P/S : 'Gimana cara melepaskan baju inih?'<< Waduh, gak tahan pengen ketawa!! hihihihii :D :D :D

Sekian,
Assalamualaikum..

Adios~~

Monday, February 14, 2011

Warkah buat 'kekasihku' di sana...

Assalamualaikum buat adinda yang setia menanti di sana. 
Kekanda berharap, adinda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera sebab kanda tak lupa berdoa setiap hari setiap malam akan kesejahteraan adinda yang menanti kepulangan kekanda yang sangat merindui ini. 
Walau kita berjauhan, cinta kita tetap utuh walau dilanda ombak hatta tsunami 45 kaki dengan kelajuan 800 mph sekalipun. 
Percayalah adinda, biar badai merempuh tembok cinta kita yang kukuh bak Tembok Besar China ini sekalipun. 
Takkan runtuh mahligai cinta yang kita bina inipun.
 Usahkan ribut, puting beliung pun belum tentu meranapkan istana yang bina berkian lama ini.

Astaghfirullahwalazim, apalah yang Shacklesmith dok merapu meraban dekat atas tu hah. Siap berkanda adinda lagi. Takkanlah tengah kemaruk cinta kot. Entah siapa lah gadis bertuah yang dia dok tergilakan bagai nak rak tuh kan. Pandai ker cik abang Damansara ni bercinta?. Tak pernah pun tengok dia berjalan dengan perempuan pun. Jangankan berjalan bersama, Nak tegur sapa pun haram.

Kalau sapa-sapa lah yang bertanya pada aku, hari apakah yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun. Aku akan jawab tanpa rasa ragu-ragu  "Hari Isninlah"/"Hari Selasa"/ atau apa-apa jer hari yang jatuh pada tarikh tersebut. Iye, mungkin sesiapa yang merasakan diri mereka spesies 'Melayu moden' akan melenting dengan jawapan yang aku bagi itu. Mesti banyak 'label-label' dungu yang aku dapat dari mereka yang mendabik dada sebagai 'Melayu moden' kan. Tapi aku tak kisah pun, sebab buat apa ingat pasal hari yang langsung tak memberi sebarang makna pada kita umat Islam di Nusantara ni  pun. Sekadar hari biasa ajer kot. Bukan public holiday pun. Kalau tak 'sambut' pun tak mengapa. Tak berdosa pun.

Nak diikutkan sepanjang hidup aku. Hari Valentine ini bukanlah sesuatu yang asing bagi aku pun. Walaupun aku sekeluarga tak pernah menyambutnya pun. Tapi aku sebagai anak kelahiran Kuala Lumpur ini memang dah lali sangat penghuni kota ini yang syiok sakan nak menyambutnya dengan kekasih hati masing-masing. Hari yang sinonim dengan riben bersimpul merah pekat dan merah jambu nilah yang dijadikan hari sang teruna membelanjakan si 'dara' makan di restoran mahal dan menonton wayang bersama. Masa aku bersekolah dulu jangan cakaplah, hampir 50 peratus pelajarnya terdiri dari bukan Melayu dan yang Melayu-nya pun berfikiran liberal. Penjualan bunga oleh ahli kelab Interact adalah perkara biasa saban tahun menjelang 14 Februari. Bukan setakat bunga ros sajer, malahan soft toys, coklat dan pelbagai cenderahati lain juga turut dijual. Biasanya, jualannya memang panas dan amat memberangsangkan. Pernah classmates aku seorang pemuda Cina buat surprise pada awek dia seorang gadis India yang jugak classmate aku. Memang happening siot. Satu kelas berkongsi kegembiraan kebahagian depa. 

Masa aku form 4 dulu pun pernah member aku bagitau aku yang dia kata tak sah kalau tak date dengan mana-mana perempuan setiap 14 Februari ini. Bukannya date sampai atas katil tapi sekadar just keluar makan dan tengok wayang sama-sama jela. Pernah jugaklah aku dicabar untuk menekel seorang budak perempuan yang juga tinggal berjiran satu taman perumahan dengan aku. Haish, sedangkan aku memang tak matang dalam selok-belok berkapel ni. Apa lagi, Shacklesmith seorang jejaka pemalu. Bayangkan, umur aku semuda itu dan aku mencari-cari identiti sebenar aku. Nak kenal hati budi perempuan memang payah sebab dunia aku terputus dengan dunia luar sebab aku ni memang kena protect habis dengan parent aku. So, dunia aku hanya berputar sekitar rumah dan sekolah aku ajer. Di sekolahlah tempat aku 'bersosial' dengan teman-teman. Masa tu pun aku bukan reti nak main Friendster dan MySpace (Facebook belum feymes kat M'sia lg) yang tengah hangat ketika itu. Kalau nak berkenalan dengan awek-awek cun tu jangan haraplah. Buka Friendster dan MySpace pun menyampah tengok budak-budak poyo semua. Aduyai

Berbalik pasal hari Valentine ni kebetulan pada masa yang sama. Kebetul sorang bestfriend aku dari Tingkatan 1 sampai sekarang telah berpindah MRSM Muar setelah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Seperti yang sedia maklum korang faham-faham jelah yang kebanyakan student dekat maktab ni memang memiliki semangat Melayu Islam yang tinggi berbanding mana-mana sekolah lain lebih-lebih lagi sekolah aku. Mereka memang tak mudah menerima pengaruh songsang dari luar. Sebab tulah, awal-awal dorang dah masuk sempat ditarbiah oleh senior depa supaya tak terjebak menyambut hari Valentine ini. Disebabkan jumlah pelajar Melayu hampir 100% inilah yang menyebabkan kempen Anti Hari Valentine ini berjaya dijalankan tanpa tentangan golongan bukan Islam. Bayangkan apa yang dihadapi oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi bagaimana payahnya nak menjalankan kempen tersebut meskipun mendapat tentang sekutu partinya iaitu DAP dan PKR. Yang menyedihkan, pemuda UMNO tak keluar turun padang tampil membantu pemuda PAS menjalankan usaha murni ini. Apa kata 'beruk' tu?. Aku yakin yang semua akar umbi pemuda UMNO tu senada dengan ketua pemuda PAS. Kalau berbeza parti pun janganlah menyombong sangat.

Kita tinggalkan bab politik Melayu Islam tanah air, dan kita sentuh semula topik yang kita bincangkan ini. Ramai golongan Melayu liberal tertanya kenapa golongan Melayu konservatif seperti Shacklesmith ni teramatlah alergik dengan perayaan 'hari kekasih'. Kenapa membantah sesuatu perkara yang membawa kepada nilai kasih-sayang?. Bukankah nilai itu dianjurkan dalam Islam?. Sebenarnya begini, bukan niat kami hendak menentang apa yang didakwa sebagai nilai 'kasih sayang'. Sebaliknya, kami mahu mengekang budaya barat ini pun ada sebabnya yang kukuh kerana perayaan Valentine ini ada kaitan dengan agama Kristian jadi jelas ternyata perayaan ini bertentangan dengan ajaran Islam. Disamping itu, ada pendapat yang menyatakan bahawanya ianya berasal dari perayaan pagan kaum Rom kuno. Sungguh apakah kepastiannya, ternyatalah haram.

Bukankah Islam yang menganjurkan kita berkasih sayang sesama insan semuhrim pada setiap hari hari? Wajarkah ianya disambut untuk satu hari ajer. Takkan nak sambut untuk 1 hari ajer. Sedangkan, aku bajet ramai lelaki kita payah nak ingat tarikh lahir isteri masing-masing (masa bercinta, saat pertama kenal semua ingat). Hari kekasih nilah yang dieksploitasikan oleh para kapitalis untuk memajukan jualan mereka. Mungkin itu tidak salah tetapi mempermainkan kejahilan pelanggan. Yang menjadi concern utama adalah akibat dari sambutan 'hari kekasih' inilah punca bercambahnya kelahiran anak-anak haram di Malaysia ini. Kebanyakan bayi tak berbapa ini di-conceived- sewaktu hari inilah. Haruskah kita terlepas pandang?. Shacklesmith pun hairan, kenapa orang kita gian sangat nak menyambutnya. Bukankah lebih baik menyambut Maulidur Rasul?.


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH



Friday, February 11, 2011

A tale of three burger's

Ahad lepas 6 Februari, entah macam manalah aku tak dapat nak tidor. Ingatkan lepas pukul 2am tu bolehlah lelap sampai subuh. Tapi apakan daya, macam ada jer yang tak kena. Dahla sebelum tu aku keluar dengan kawan aku tujuan nak pergi gym tapi end-up berasap mulut dengan shisha. Aduyai, orang nak sihatkan malam tu tapi aku pulak cari penyakit. Takpela jugak, dapat lepaskan segala tekanan yang menimpa aku. Dah 5 bulan aku tak berasap dada aku dengan that smoky flavored juicy tobacco. Kita orang hisap perisa honeydew, tapi tak dapat habiskan sebab rasanya pekat sangat sampai lalok aku dibuatnya. Apepun pasal tak boleh tidor tu, I got to have that information or else I will lose everything!!. Cehh, 'lose' la sangat. Aku bukak balik laptop pastu google'd semua informasi dan surf  internet dari pukul 3.20 pagi sampai pukul 12.00 tengah hari!!. Pergh, buang karan ajer beb. Satu habuk pun aku tak save dalam Microsoft Word. Tapi, nasib baik aku bookmark semua maklumat yang aku perlukan tu. Takdela aku nak terkial cari lagi selepas nih. Apepun sebab leka gila online sampai aku boleh terlupa nak breakfast!. Tak mengapa, pukul 1.00pm pun sempat lagi nak 'bersarapan'. Sebelum tu mak aku dah ketuk pintu dah, macam biasa aku jawab 'duduk depan komputer'. Well, it's not the first time that i skipped my breakfast. That has happened more of often during my mid term break and semester holiday. Minum air kosong tiap-tiap pagi pun cukuplah bagi aku, lainlah kalau ade kelas sememangnya  a cup of instant coffee is a must!.


Well, macam biaselah kalau aku 'bangun lambat'. Mak aku akan ketuk pintu tanya, "Jang oh jang, tak bangkit minom ko?". Dan aku akan jawab balik, " Lama dah 'Shacklesmith' bangkit ni mak, dari awl subuh td lagi". "Nasi lomak ado apak ekau boli lopeh joging tadi hah, turunlah makan jang oi". Aku macam biasa keluar bilik terus mandi dan turun buat kopi instant 3 in 1 (hehe, my favorite!!). Sebelum tu mak aku dah bagitau yang lepas solat zuhur nanti dia nak pergi makan Burger King dengan ayah aku. Aku pun bergegaslah mandi dan amek wuduk terus solat. Lepas solat aku turun tanya mak aku, bila nak pergi?. Dia pun cakaplah tunggu dulu sebab dorang kenyang lagi dari sarapan pagi tadi. Lagipun aku stand by ajer bila nak gerak, aku tunggu bapak aku. Dia yang bawak kereta kan. Lainlah kalau aku yang drive. Anytime jer bro. Aku pun melantak jela nasik lemak Tanglin yang bapak aku beli lepas balik joging pagi tu. Bukan aku kepingin sangat nak makan burger. Sajer jer tumpang sekaki bapak aku belanja. Sebenarnya aku dengan parents jarang sangat makan fastfood. Kalau aku dalam sebulan dua tiga kali ajer kalau tak sebulan pun haram tak sentuh langsung but my parents lagi la seldom-nya. Jalan keluar shopping pun nasik campur juga yang dicari. Hehe




Tak lama selepas mak dengan bapak aku selesai solat Zuhur aku pun siaplah. Sambil menunggu aku baca surat kabar dekat bawah kejap. Bila dorang dah siap, aku pun bangunlah dari ruang baca surat kabar. Sebelum bergerak tu, bapak aku tanya aku. Pernah pergi Burger King baru kat Hartamas tu tak?. Aku pun cakaplah belum sebab dah lebih setahun aku tak makan Burger King dekat Hartamas tu. Kalau korang perasan kan, sape-sape jela yang duduk kat area situ ataupun pernah sekolah menengah dekat Seri Hartamas. Sebelah kanan stesen minyak petrol besar Shell (dulu dari 2000 sampai 2007 ProJet punya) ada restoran Burger King. Paling best pasal kedai Burger King yang lama ni kan, kalau korang nak beli take over meal ni korang boleh just masuk drive-through ajer. Tak payah susah berasak beratur nak beli kat kaunter dah pun. Aku masih ingat lagi, masa aku form 1 tahun 2003 dulu. Akak aku kalau pickup aku balik tak pernah miss belikan burger untuk aku. Haha, tapi sekarang tu hanya tinggal kenangan. Entah ape kejadahnya depa pindahkan dekat corner lot tak berapa jauh dari sana. Berbalik kepada cerita tadi, bapak aku cakap takpelah. Dia ajak pusing-pusing dalam kawasan Mont Kiara dulu. Aku pun semacam peliklah, mana ada Burger King dalam kawasan tu. McDonald setahu aku adalah, bila sampai sana. Pusing punya pusing, cari punya cari. Satu Burger King pun tak jumpa. Yang aku nampak Coffee Bean dengan Wendy's adalah. Burger King is out of sight. Sampai ke Soho @ Solaris kitorang cari. Aku ni walaupun duduk kat Damansara tapi seriuslah tak pernah jejak langsung kawasan-kawasan dalam Mont Kiara nih. Setakat McDonald kat situ adalah. But never beyond there yet. 




Sebab tak jumpa, patah balik ke Seri Hartamas. Dan voila, akhirnya jumpa Burger King tak lama selepas itu. Itulah kali pertama aku menjejakkan kaki kat 'tempat baru' Burger King yang terletak di corner lot premis kedai Desa Seri Hartamas ni.  Tempatnya, konfemlah tak sebesar tapaknya yang terdahulu sebelah Shell tu yang siap dengan indoor's children play area lagi dilengkapi dengan TV malahan cukup untuk menampung birthday party macam dekat restoran A&W Petaling Jaya tu. Jika tak silap aku sebelum premis baru ini dibuka pernah ada pub kat situ. Dari luar Restoran Agros lah aku dengan member aku ternampak seorang China Doll bagi service baik punya pada pelanggan dia di tingkat atas premis tersebut (macam- macam position ada bro!!). Sesudah masuk tu aku lihat pelanggan macam dah separuh menguasai ruang makan padahal tiga meja ajer yang di claim dari 6 meja. Menampakkan sangat betapa keciknya premis yang baru ni. Aku dengan parent's terus pergi depan ke kaunter sambil tengok menu apa yang nak di-order-kan. Masa tu sorang jer yang jaga kaunternya. Aku lihat krew yang buat kerja bahagian dapur pun dua orang ajer iaitu tukang buat burger dan menyediakan makanan di kaunter. Agaknya kalau weekend memang kurang yang kerja kot. Aku order BBQ Bacon sementara parents aku BK Singles Blackpepper. Selesai meng-order bapak aku suruh aku tunggu depan kaunter. Sebenarnya kalau diikutkan aku malas nak menunggu sebab bukan apa, dorang akan tolong hantarkan kat meja. Disebabkan tak cukup krew aku terpaksa tunggu jela walaupun sampai dekat 15 minit. Mula-mula, aku tunggu dekat bahagian kanan. Last-last akibat dari rasa kurang sabar dan penat tercegat tak buat apa-apa aku terus gerak ke bahagian kiri kaunter tu pulak. Aku tengok yang mamat tukang buat burger tu terkial-kial nak siap burger sebab nak kejar masa dan tak cukup pembantu. Lagi bertambah kelam-kabut apabila dia dan one of the girl's ternampak aku. Cepat-cepat that girl tolong bungkuskan. Bukan apa, yang customer datang untuk take-over meal boleh dapat dulu dari aku takkan tak pelik kot. Aku kadang-kadang boleh rasa panas hati jugaklah macam mana pelanggan yang datang untuk take-over meal boleh didahulukan sedangkan aku yang dah dekat setengah jam ni tak dilayan.

Selepas selesai 'pelanggan luar' tu dilayan barulah aku that girl tergesa-gesa siapkan burger kat tray. Aku yang tengah lapar ni ambik jela apa ditaruk atas dulang tuh sampai terlupa apa yang parent's aku order. Dengan perut yang berkeroncong kelaparan aku terus mengangkat dulang tersebut dan membawanya ke meja tempat kedua ibubapa aku duduk. Tanpa banyak soal aku pun terus bukaklah pembalut burger tersebut dan memeriksa kalau perlu ditabur sos tomato sebelum menjamahnya. Sambil tu aku makan sekali french fries yang dicicah dengan sos tomato. Selepas menjamah burger tersebut, rasa lain macam walaupun lidah dapat perasan aroma turkey bacon itu. Kenapa, burger beef ni rasa macam daging ayam?. Aku silap ambik ker depa yang silap hantar?. Lebih memeranjatkan, BK Singles Black Pepper kepunya parents aku panjang semacam French Chicken!. Adakah disebabkan bekalan beef patty tidak mencukupi sehingga mereka terpaksa gantikan dengan chicken patty?. Mak aku mula perasan sebab dalam burger dia ada smoked turkey bacon. Bapak aku apa lagi, walaupun dah menjamah sedikit dari burger itu mulalah... korang fahamlah  bagaimana antique orang lelaki tua-tua yang 60 tahun ke atas ni kan.. mulalah membebel itu ini.. Sementara, mak aku biasalah dengan sikap sabarnya. hahaha.. malas aku nak cerita lebih-lebih dah pasal tu semua.

Aku terfikir sejenak, apalah motif sebenar pengurusan syarikat restoran ini pindahkan rangkaian mereka di Seri Hartamas ini dari bangunan sendiri yang lebih luas lengkap dengan kemudahan kepada satu lot hujung yang punyalah kecil bagai nak rak dengan wash basin dia pun terletak di luar entrance. Sepanjang aku dalam tu aku perasan yang aku duduk bawah aircond tapi pelik kenapa aku berasa dingin langsung pun. Paneh miang adolah, adakah sebab dorang nak jimat bayar sewa sebab ruang kecil. Itu satu dahlah satu hal, tapi janganlah sampai keselesaan pelanggan pun dikurangkan. Sudahlah, hari pun pekerja tak ramai. Kena fahamlah sikit time weekend lah paling ramai pelanggan bawak keluarga makan sekali. Itu baru golongan warga emas, cuba bayangkan kalau terjadi pada budak-budak? pasti lagi kalut dengan yang kuat meraung tu bro!!. Apa pun, kalau korang nak tau mana nak dapat burger yang terbaik bukanlah di mana-mana franchised fast-food joint outlet. Tapi, ianya ada di rumah sendiri. Kalau malas beli ajelah yang dekat depan 7-Eleven tuh.. Hehehe, nak tau apa dia? ni hah

Hasil tangan aku sendiri, nampak selekeh kan? Dah nama burger lewat malam. Tukang buatnya pun separuh mengantuk.


Maaflah ye kalau aku nampak macam senyap ajer minggu nih. Aku takde masa nak post artikel terbaru sebab sibuk sangat dengan urusan pelajaran. Inipun sepatutnya masa hari Isnin tapi terlewat 4 hari. Okeylah wahai pembaca sekalian..

Adios~~

Friday, February 4, 2011

Sebuah hasil seni : Pensil lawannya kamera

Hasil sentuhan kreatif seorang artis grafik yang berasal dari Belgium, Ben Heine yang memadankan lakaran pensil dengan foto nyata dalam menghasilkan karya seni yang bernama 'Pencil Vs Camera'. Nampak mudah, tapi korang tak seberapa expert dalam bidang grafik ni nak tau jugak cara nak buatnya kan?.Asyik dengan Adobe Photoshop ngan Lightroom je kan. Sekali sekala buat benda lain sekali. Jom ikut bagaimana otai kita buat benda ni.

Ben menjelaskan terdapat 4 cara mudah untuk menghasilkan karya sebegini. Cara tradisional adalah dengan melakar gambar pada keratan kertas dan kemudian memadankannya dengan latar belakang persekitaran di belakang keratan tersebut. Dengan cara ini anda akan mendapati terdapat jurang perbezaan di antara imaginasi dan gambaran foto tersebut. Manakala cara kedua pula adalah berbeza sekali dimana beliau mencetak sebuah gambar yang besar dan menyandarkannya pada dinding. Kemudian, beliau memadankan lakaran beliau pada gambar tersebut.



Cara ketiga yang dilakukan Ben Heine pula adalah dengan mengambil gambar tangan beliau sendiri yang memegang keratan kertas lakaran tersebut dan kemudian memadankannya dengan persekitaran menggunakan kaedah digital. Manakala yang terakhir pula adalah dengan mencipta gambaran menggunakan teknik komputer dan kemudian sekali memadan lakaran kertas pada persekitaran menggunakan kaedah digital juga.




Amacam?. Pada yang memiliki software graphic editing dan kamera DSLR tu. Let's just give it a try
Selamat Mencuba..

More picture's > Ben Heine
                        >  The Telegraph

Thursday, February 3, 2011

Tahun Apa??


Salam kepada pembaca semua. Sedar tak sedar, perasan tak perasan Lunar New Year kini menjelma lagi. Maaflah kalau Shacklesmith terlambat post entries hari ni sebab aku bukannya ada masa sangat untuk berblogging ni. It's just for my therapy only. Itupun nasib baik jugak aku sempat post untuk malam ni kalau tidak berserawanglah blog aku yang tak seberapa ni. Ok, berbalik kepada asal iaitu tajuk entries ini iaitu 'Tahun Apa??'. Kalau korang blur sangat konfemlah korang cakap tahun 2011. Alahai, mangkuknyer orang yang jawab tu. Nasib baiklah korang belum jawab lagi, kalau tak memang sah mangkuk!!. Hahaha :D

Shacklesmith pulak yang mangkuk?? Haha, jangan cepat tuduh melulu. Aku tak cakap pun yang aku ni mangkuk. Sebab aku ni manusia macam korang jugak dan bukannya mangkuk. Actually, in real life aku jarang dan kadang-kadang tak pernah langsung (betul ke?) menggunakan perkataan 'mangkuk' untuk merujuk kepada orang yang lambat pickup. Coz, aku tak tau lah apa relevannya orang yang lampi itu digelar mangkuk. Tulah, 'sebodoh-bodoh' mangkuk berjasa jugak untuk kita bila nak makan mee sup, laksa, bakso, rojak dan sebagainya. Panggillah dengan gelaran yang lebih tepat sikit barulah ada 'makna' yang mendalam penuh tersurat dan tersirat. Ini tak, guna ayat. Aii, dah meleret pulak aku nih sampai masuk bab Dewan Bahasa dan Pustaka-lah pulop (cakap ganu).

Beberapa hari sebelum cuti midterm Shacklesmith ada melawat ke gedung barangan elektronik tersohor di Kuala Lumpur, Plaza Low Yat. Tujuan aku ke sana sebab nak mengusha sticker laptop yang Shacklesmith nak belikan untuk someone. Nak dijadikan cerita, tengah leka membelek sticker kat dalam kedai tu aku disapa oleh pekedai tersebut. Macam biasalah, bila kita berpaling tengok muka dia akan jawab 'Yes, may i help you'. Shacklesmith ni pulak bila ditegur macam biasalah dengan old antique sifat pemalunya akan jawab rasa rendah diri 'hehe, no thanks.. just coming by and have a look'. Nak buat macam mana kan. Kalau dah pemalu tu bahasa pun lintang pukang disebabkan darah gemuruh. Lagipun la ni pekedai dianggap bos, kita sebagai tetamu yang nak melanggan pun kena bagi respeklah bro. Takkan masuk kedai dengan sikap arrogant bajet bos la pulak kan. Dia pun tanyalah aku nak pilih sticker saiz apa? Termasuklah jugak dengan style arts and motif dia sekali sama ada grafik awan larat ataupun corak gambar kereta, fighter jet ataupun binatang. Aku yang tengah kepala bingung tak tau nak pilih yang mana satu ni pun mulalah menukar topik dengan bertanyakan CNY tahun ni binatang apa. Serta merta dia menjawab tahun ARNAB.


"Next CNY ah?? Ooo, itu taun rabbit mah". Jawab taukeh berkenaan dengan penuh keyakinan sekali. Belum sempat aku bertanyakan soalan lagi sekali terus dia tanya aku "You mau cari itu corak rabbit ka?. Aiyoh, sorrylah tak da stock lah. Tapi itu logo perempuan bogel-bogel punya magazine (he's referring to Playboy for sure. Haha) ada maa. Banyak color choice lagi ooo". Bukan apa, tujuan aku bertanyakan pasal    CNY tu sebab aku nak tau ada promotion ke tak. Mana tau kan public holiday boleh dapat murah-murah lagi kan. Setelah dia habis explained barulah aku dapat mencelah dan bertanyakan ada promotional discount ke tak. Dia pun cakaplah "Aiyah, ini price sudah cukup murah la. Lain tempat tak bole cari ooo". Aku pun selepas itu meminta dirilah tanpa membeli apa-apa pun. Bukan niat aku nak kedekut cuma aku nak berjimat ajer. Maklumlah, kalau aku datang drive itu tak menjadi masalah tapi aku naik public transport. So, korang pun agak-agaklah betapa seksanya macam aku balik naik teksi nih. Mesti kalau jalan jem petang tu charges konfem up punyalah beb. 

Tengok rabbit yang perempuan mat salih ni pegang. Besar kan? haha
Bercakap pasal arnab. Tak boleh dinafikan, ia sememangnya binatang paling comel aku pernah tengok seumur hidup. Bandingkanlah dengan 1000 ekor anak kucing pun tak boleh lawan kecomelannya berbanding dengan arnab jugak. Pertama kali aku dapat merasa memegang arnab ni masa aku Tingkatan 3 ketika melawat Rabbit Park Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang tahun 2005 dulu. I felt like wow it's so wonderful to grab and ramas this cute chubby little fur ball. Pergh, usahkan aku yang geram. Anak buah aku yang paling sulung ketika itu baru berumur 6 bulan pun geram sekali tengok arnab tu. Haha, cuba bayangkan. Baby pun suka rabbit yang kiut-miut tu. Arnab ni ada macam-macam saiz, ada yang kecik sikit dari kucing bahkan ada jugak yang sebesar anjing macam korang tengok kat gambar atas tuh. Sebesar atau sekecik mana pun, takde binatang yang boleh melawan kecomelannya. Kalau diberi pilihan antara Candice Swanepoel dan rabbit pun, aku akan tetap pilih rabbit jugak sebab ianya comel dan boleh diramas-ramas tanpa nafsu syahwat!! hahaha :D :D :D

Hah!! kalau korang macam mana pulak? nak rabbit ke Candice Swanepoel..? Muahaha
Nasib baik aku tak upload gambar dia yang seksi-seksi kalau tak habislah aku dengan member sekolah dan kolej tak pasal-pasal kena label 'hamsap' nanti. Apa pun, bercakap pasal zodiak pulak sapa yang lahir tahun Arnab?. Dalam family aku yang lahir tahun arnab adalah kakak ipar aku, dia lahir tahun 1975. Sedangkan aku dilahirkan masa tahun kuda. Yupz, tahun kuda. Ramai tokoh-tokoh terhebat di dunia dilahirkan pada tahun kuda. Tak kiralah pemimpin ke, artis ke mahupun athlete. Lelaki-lelaki yang dilahirkan pada tahun kuda memang menonjol. Hehe, bukan aku nak bangga ea. Tapi ini fakta! (macam la betul sangat). Selain aku, abang ipar yang bekerja sebagai juruterbang berpangkat captain jugak merupakan seorang tokoh kaum 'kuda'. Pasal pendapat astrologi ni aku tak mau ulas banyak-banyak sebab aku ni bukannya pakar sangat pun dalam bidang feng-shui ni. Kena tanya Lilian Too lah jawabnya korang. Tapi, ikut apa dikeluarkan wikipedia, Malaysia adalah salah satu ruling countries dalam tahun ini termasuk Oman, Iraq, Croatia, Chile, Syria dan Korea Selatan. I dunno what the significance behind this and I'm not really sure what they really mean about Malaysia becoming one of the ruling countries. Oklah, Shacklesmith mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambutnya. 

'Arnab' yang menjadi idaman setiap wanita! (Lelaki nak magazine dia ajer)

That's all folk's

Adios~~

GONG XI FA COI

P/S = Lu Apa Bikin?? Tengok itu gambar Candice Swanepoel ka..? hahahaha







If Airliner's has a VTOL capabilities.. They could land in the desert of Giza with ease

Egypt: Air Traffic Congestion Hampers Early Evacuations Of Students (read Bernama)


Ramai orang melenting kenapa pelajar kita kat sana tak dikeluarkan secepat mungkin. As usual kerajaan akan di-bombarded with lot's of accusation of this and that. Macam biasa kerajaan kita yang sedikit (ataupun agak) lembik tu will be on denial factor jela. Mungkin tak nak mengaku kelemahan dalam menyelesaikan masalah berat sebegini. Tapi cuba korang bayangkan berapa banyak pelajar dari negara kita compare ngan negara lain. Kerajaan konfem menggelabah punyer.



Kalau nak dibandingkan dengan negara-negara yang disenaraikan kat atas tu. Masih lagi tahap ciput jika nak dibandingkan dengan jumlah pelajar kita kat sana. Cuba bayangkanlah Turki jiran terdekat Egypt pun rakyat dia pun sebanyak 1,548 inikan nak dibandingkan jumlah pelajar kita yang sebanyak 11, 000!!!.  Baru tadi aku dengar jumlah kasar sebanyak 14, 000 pulak (biar betiq!!). Dah la aku dapat tau petugas embassy pun setakat 20 orang jer termasuk dengan tukang cleaner sekali (is this serious!!?? i hope these report were wrong). Macam manalah nak handle student sebanyak tu kan. Lainlah kalau our national carrier airlines sanggup 'sedekahkan' 4-5 bijik 747 jumbo jet untuk airforce kita supaya senang sikit dia orang nak jalankan evacuation operation. Tapi, mestilah tak punya kan dengan masalah birokrasi lagi ditambah pulak kalau nak buat service macam ni takkan dia orang nak free of charges punya. Deal dengan gomen pulak tu. Bayar mesti mau jugak kan.

Kadang-kadang aku terpikir jugak alangkah baiknya jikalau..


Memiliki keupayaan seperti..


ini..

P/S : Senang sikit nak buat kerja bai!!.. 



Wednesday, February 2, 2011

Bulan baru, Fasa Perjuangan Yang Baru.. Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada

Semalam, dah masuk 37 tahun Kuala Lumpur tanah tumpahnya darah aku ni digelar Wilayah Persekutuan dalam Malaysia ini. Seumur hidup di sinilah tempat tinggal aku, tak pernah aku berpindah rumah keliling Malaysia sebab bapak aku pun pesara tentera. Kalau aku hidup time abang ngan akak aku dulu yela dapat gak aku merasa kehidupan ala nomadic berpindah randah keliling Malaysia menetap dalam kem-kem tentera. Tapi tidak, kalau bab hidup dalam kem tentera ini aku pernah merasa dalam sekali ajer, itupun duduk dalam rumah kuarter's kerajaan yang dibuat masa zaman British di Batu Cantonment Jalan Ipoh. Pada korang yang jenis outgoing ataupun yang asal luar KL tu memang mungkin akan rasa janggal dengar apa yang aku cakap ni sebab serius giler ker aku tak pernah tinggal di tempat lain. Maklumlah, daripada aku belajar tadika, masuk sekolah rendah, pindah sekolah menengah dan akhir sekali masuk kolej tempat aku belajar sekarang disinilah, ibu kota cinta tempat lahir tipu daya inilah gelanggang aku menjalani kehidupan yang serba simple nih. Bukan setakat itu ajer, semenjak aku Darjah 4 lagi aku dah tak beraaya di kampung aku kat Perak ngan Negeri Sembilan tapi aku beraya di Kuala Lumpur jugaklah. There's is no other place besides my home, oh Kuala Lumpur-ku yang indah lagi permai (dengan jalan-jalan dan lorong-lorong yang berbau ekzos kereta, dan bising hon kereta mengalahkan perlawanan gladiator menentang gajah-gajah perang Rom dan manusia pelbagai ragam yang baik kelakunya umpama ahli sufi yang zuhud dan jahat bagaikan musang berjanggung yang menyamar jadi Nek Jah nak memerangkap adik Tipah yang nak bawak ubat untuk neneknya itu). Bukannya niat Shacklesmith nak berbangga tahap dewa sebagai anak Kuala Lumpur tapi kat sinilah tempat aku tinggal dan takde tempat lain lagi dah untuk aku. Biarlah KLCC dan KL Tower tumbang menyembah bumi sekalipun, aku takkan berganjak malahan aku tetap bertahan!!!



Masa Sabtu lepas tengah teman dok leka menaip entry yang lepas tu. Tetiba pulak aku dikejutkan dengan satu phone call yang datang dari member aku yang belajar kat Egypt. Aku pun terkejut beruk bercampur hairan jugaklah sebab awal bebenor mamat nih balik Malaysia. Yela, takkan lah boleh call Malaysia pakai line Celcom kot. Mahal tu bai, dah jawab tu aku pun bertanyalah 'ko kat mane sekarang?'. Dia cakap baru balik Malaysia jumaat lepas, baru aku terpikir dia balik sebab riot tempoh hari. Tak sangka aku, rusuhan tu dah escalate sampai  ke tahap student Malaysia 'terhalau' balik ke Malaysia. Aku ingat rusuhan tu berlaku sekejap ajer lepas tu dua-tiga hari boleh reda macam mangkuk anti-ISA tu buat masa 2009 dulu, sekejap ajer pastu diam. Tapi yang kat Egypt ni memang tahap gorilla overdose dope dan pil kuda betullah.  Nasib baik member aku sorang ni dah cabut awal-awal, kalau tak mau jadi macam budak-budak lain yang masih terkandas kat sana. Dengar cerita ada budak perempuan kita kena rogol kat sana tapi tak taulah sejauh mana kesahihan berita nya. Aku pun kurang percaya sangat dengan rumor's macam ni. Tapi tak tahulah, walahualam. Budak-budak kita kat sana harus dibawa balik secepat mungkin!. Dalam kekalutan gomen nak handle ribuan pelajar Malaysia supaya balik dengan selamat ke Malaysia. Ada pulak mangkuk hayun nak politikkan kes ini. Kononnya pelajar kita tak diperdulikanlah, hanya pelajar biasiswa kerajaan ajer yang diberi keistimewaan dan macam-macam lagilah fitnah dan adu domba yang dorang nak sebarkan kepada massa umum. Bayangkan, 11, 000 pelajar macam mana nak handle??. Cubalah fikirkan wahai saudara, dengan petugas kedutaan yang jauh lebih kurang tu bukan senang nak uruskan pelajar yang sebanyak itu. Belum campur pelancong dari negara kita yang berziarah ke sana lagi. Kalut siot!. Kadang-kadang aku terfikir sejenak, mengikut apa yang member aku ni bagitau. Subversive element khasnya dari pembangkang (PAS) memang kuat di sana. Yang menghairankan, masa keadaan tenteram bukan main berkobar-kobar bertempiak menentang kerajaan tapi bila sampai tahap getir macam ni pandai pulak mintak tolong kerajaan bertindak?. Tak ke ironiknya kan. Hmm. Bagi akulah, kerajaan kalau nak menolong tak perlu ambil kira sentimen parti politik. Budak-budak kita pun dihantar ke sana bukan sebab consent dorang pun. Mintak-mintaklah puak-puak yang tak sedar diri ni diberi kesedaran oleh-Nya.



Bersyukurlah dengan keamanan yang kita kecapi selama ini.




Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget