Annyeong Haseyo!! (안녕하세요!!)
Korang semua minat K-Pop tak? Tak kisahlah minat biasa-biasa je ke ataupun taksub menggila babi bagai nak rak. Tapi bukan aku nak katalah, semenjak fenomena filem drama Winter Sonata tahun 2002 tu segala bentuk hiburan dari negara yang terpecah dua tu diterima dengan seadannya oleh warga Malaysia khasnya golongan muda. Masa tu takdelah fanatik sangat budak-budak kita menelan bulat-bulat fenomena kegilaan budaya kuning tulen dari semenanjung Asia Timur tu beb. Tapi apa yang aku tengok semenjak 2 tahun ni dah makin menjadi-jadi. Tulah, dari drama Boy's Before Flower, Boy's Over Flower dan mungkin jugak Boy's After Flower sampai kepada band boy's dan band girl seperti Beast, SHINee, 2AM, 2PM, 8Eight dan semestinya untuk tatapan jejaka-jejaka pria idaman Malaya sekalian seperti WonderGirl's, SNSD (Girl's Generation), 4minute dan banyak lagi.
Jejaka-jejaka yang menjadi idaman hati kalbu gadis Malaya |
Sopan sungguh gadis idaman pria malaya ini memakai hanbok |
Nama saya Rain!! Tiada lagi kelemumur |
Hah, yang atas ni korang sedia maklumlah, barang-barang elektroniknya disebarkan dengan secara meluas dekat Malaysia ni semenjak tahun 1990an lagi (betulkan saya kalau tersilap). Sebut ajelah apa produk yang depa keluarkan macam TV (PLASMA, LCD, LED), DVD player, radio hi-fi, peti ais dan macam-macam lagilah. Dan la ni, barangan elektronik seperti Smartphone-nya pula jadi rebutan rakyat berpendapatan tinggi. Kat rumah aku pun guna TV dan radio buatan LG jugak. Anyway, korang mesti ingat peti ais yang ade TV LCD tu kan?. Who's great idea is that? Nampak gayanya bolehlah orang gaji Indon kita curi tulang melayan sinetron kat dapur kan.
Kalau korang perhatikan betul-betul di jalan raya. Memang bersepah kereta buatan Korea ni beb. Macam-macam jenis ade samada dari Sedan, 4WD, MPV dan sebagainya. Bukan setakat yang 'ori' jer fellas. Belum campur rebadged lagi. Mana lagi kalau bukan Naza dan Inokom. Terima kasih kepada mereka kerana membawa kereta buatan Korea ke sini. Tapi perlu diingatkan, rebadged tetap rebadged. Takkan sampai ke tahap kereta nasional punya bro.
Yang ni konfem korang budak gila gadget meleleh air tengok punya. Lagi-lagi kalau yang tak berkemampuan nak angkut sebijik bawak balik rumah. Yelah, kalau yang masih belajar tu. Nak harapkan biasiswa nanti makan-minom tak tertanggung, apa lagi kalau gaji kerja part-time (tak taulah kalau korang jenis boros bagai nak mampus). Harap bersabar jelah dulu ya, aku pun belum terbeli lagi semua ni. Tunggu cukup bulan baru aku angkat satu.
Yang ini adelah Samsung Galaxy S, pencabar terdekat iPhone 4 buat masa ni. Powered by Android OS. I heard that this baby will make an iPhone look like a joke. |
Yang ni pulak Samsung Galaxy Ace. Guna Android jugak macam Galaxy S cuma lebih murah lagilah. Spec's nya lebih kurang sama iPhone 3GS. Aku pun pelik macam manalah Galaxy S yang keluar dulu. |
Ini bukan smartphone ye. Ini tablet computer. Step aside iPad. Definitely, i gotta have this baby next summertime!!. |
Our all time favorite babe, Lee Hyori |
Still adorably cute as ever |
Latest shot's for Cosmopolitan!! |
Jejaka idaman Cik Mek Pasir Mas hari tu
Beast spirit!! |
Wow, OMG!! |
Amacam ladies?. Puas hati tak?. kepada brader-brader semua jangan lari lagi.. aku tau korang tak berapa minat K-Pop menggila sangat macam awek korang.. Tapi aku ada cara nak buat korang dapat follow gak jejak bakal bini korang tu nanti. Nah, aku bagi baik punya. Model car show yang paling terkenal dengan favorite shot's dia. Saya perkenalkan..
Park Hyun-Sun!!!
So, amacam? puas hati tak bro semua..? haha, itulah shot yang paling disukai para jurufoto Korea sekalian kalau nak tangkap gambar Park Hyun Sun yang kiut-miut ni. Diharapkan anda yang tak suka jangan 'butthurts' ok :)
Shacklesmith bergurau ajer..
Okey sekian terima kasih
Adios~~
Shacklesmith : Aku ni suke bergurau orangnya. Diharapkan sesiapa yang minat gila pada K-Pop jangan marah saya ye :). Salam
No comments:
Post a Comment