BAB 1 : Apa silapnya?
Apakah yang dimaksudkan dengan sejarah?. Sejarah berasal dari istilah Arab iaitu 'syajarah' yang bermaksud asal-usul atau pokok pangkal. Dalam istilah Inggeris, ianya berasal dari gabungan perkataan his dan story yang juga bermaksud 'cerita dia'. Saudara sekalian, apa yang kita baca tadi mengingatkan kita dengan Bab 1 matapelajaran Sejarah KBSM Tingkatan 1 yang kita pernah pelajari dahulu. Bagi yang pernah melaluinya pasti akan menganggap topik yang saya perbincangkan ini sebagai membosankan. Akan tetapi renungkanlah saudara dikasihi sekalian Istilah sejarah memiliki maksud yang begitu meluas sekali dan tidak terhad kepada sesuatu perkara sahaja. Jika kita membaca mengenai riwayat hidup Rasullullah S.A.W adalah mempelajari sejarah, malahan jika kita menghayati cerita detik-detik perkenalan kita dengan cinta yang kita dikasihi pun dianggap sebagai mengkaji sejarah!. Lihatlah betapa luasnya pengaruh sejarah dalam kehidupan manusia kerana apa yang pernah berlalu suatu ketika dahulu walau tak dicatatkan sekalipun tetap diingati sebagai kenangan dan peristiwa liku-liku kehidupan. Barangkalinya, tanpa sejarah dunia tak berkembang kerana sejarahlah yang mempengaruhi masa hadapan. Umumnya sejarah terbahagi kepada beberapa cabang pengetahuan tetapi tak perlulah saya perjelaskan satu per satu kerana topik yang saya bincangkan kali adalah spesifik kepada orang Melayu secara amnya.
Kenapa saya namakan entry ini sebagai 'Melayu Buta Sejarah'. Adakah saya merujuk kepada kata yang pernah diungkapkan mantan Perdana Menteri kita yang keempat, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu 'Melayu Mudah Lupa'?. Mungkin ada sedikit persamaan akan tetapi apa dirujuk olehnya hanya kepada perbuatan atau peristiwa yang berlaku dalam jangka masa yang pendek. Tapi apa yang saya ingin perkatakan ini merujuk kepada perkara yang telah berlaku lebih ratusan malahan menjangkau ribuan tahun lamanya. Disebabkan topik yang saya ingin perbincangkan ini juga, saya tidak bermaksud untuk 'mengolah semula' apa yang kita pernah pelajari ketika di sekolah dahulu kerana umumnya anda sendiri mengetahui bahawa subjek sejarah MEMANG MEMBOSANKAN kerana anda sendiri ketahui apa sebabnya bukan?. Boleh saya beri sebab kenapa anda tidak meminati malahan mungkin membenci sejarah kerana apa? Biar saya senaraikan satu per satu.
- Malas nak ingat tarikh sesuatu kejadian
- Malas nak ingat mengenai sesuatu peristiwa penting yang berlaku dalam lipatan sejarah
- Malas nak ingat nama-nama tokoh yang berpengaruh dalam sesuatu peristiwa
- Malas nak menyenaraikan kronologi peristiwa berkaitan sesuatu kejadian sama ada kebangkitan atau kejatuhan sesuatu tamadun atau peradaban manusia
- Dan yang paling penting sekali, MALAS NAK MEMBACA SEBAB LAGI SUKA BUAT KIRA-KIRA SAMBIL LAYAN LAGU KUAT-KUAT.
Itu adalah punca utama mengapa saya mengatakan bahawa silibus matapelajaran sejarah untuk sekolah menengah (KBSM) begitu membosankan meskipun saya seringkali mendapat KEPUJIAN untuk subjek tersebut. Saya mempunyai cara tersendiri bagaimana untuk menangani rasa 'bosan' tersebut kerana sikap saya yang amat gemar membaca. Untuk memudahkan saya memahami subjek tersebut, saya sering mengambil buku lain sebagai rujukan dan buku tersebut adalah buku teks sejarah silibus lama milik abang dan kakak saya yang diterbitkan sekitar lewat tahun 1980an dan awal tahun 1990an. Disamping itu, saya juga turut mengambil buku rujukan yang digunakan oleh pelajar IPT yang dibeli di kedai buku kerana merasakan kandungannya lebih lengkap. Terus terang sajalah memang saya tak berminat langsung dengan isi kandungan buku teks yang ada pada zaman sekarang ini kerana terlalu simple tapi tak seberapa mudah dihadam sebab tak 'sedap' langsung untuk 'dimakan'. Dulu masa saya study untuk PMR, saya boleh menghabiskan ketiga-tiga buku teks sejarah dalam masa TIGA JAM sahaja. Sungguhpun, usaha saya mencari bahan luar sebagai rujukan ini dianggap lari dari silibus tetapi ianya amat membuahkan hasil. Setidaknya saya lulus jugak.
Berbalik kepada apa yang saya perkatakan ini kenapa 'Melayu Buta Sejarah'?. Satu sindrom kronik yang dihidapi oleh rata-rata generasi muda Melayu khasnya di Malaysia tercinta ini. Lima sebab utama yang saya senaraikan di atas boleh diambil kira tapi sebab saya sendiri pula, agak mustahil kerana kebanyakan anak Melayu tidak mempunyai minat membaca bahan-bahan berkaitan sejarah. Saya tak merujuk kesemuanya sekali tapi kebanyakannya memang begitu. Mudah sekali diperkatakan tak minat pada sejarahlah. Jika dilihat matlamat pendidikan kita di sekolah pun hanyalah satu 'UNTUK LULUS PEPERIKSAAN'. Jadi cara terbaik untuk menjayakan matlamat ini adalah dengan menyediakan silibus matapelajaran dimana kesemua digalakkan untuk 'MENGHAFAL' segala apa yang mereka pelajari untuk lulus peperiksaan am. Jikalau setakat matapelajaran yang menggunakan kekuatan otak kiri seperti Matematik dan Perakaunan mungkin tidak memerlukan masalah kerana proses penghafalan bukan kriteria utama dalam menguasai matapelajaran tersebut. Akan tetapi agak malang buat subjek seperti Sejarah dan Pendidikan Islam. Bayangkan saudara sekalian, sesungguh matapelajaran Pendidikan Islam yang kita sedia maklum bertujuan untuk mendidik kita mengenal Allah SWT pun 'terpaksa' dipelajari semata-mata untuk lulus exam (amat menyedihkan), inikan pulak mata pelajaran Sejarah yang tak seberapa ini. Patutlah berlaku kes rogol, seks bebas dan bermacam lagi perkara mungkar di sekolah agama kerana mereka diajar hanya untuk lulus peperiksaan saja manakala selebihnya tidak seberapa. Yang buta sejarah ini pulak kecelaruan identiti, punca utamanya sebab tak tau asal-usul keturunan dan budaya mereka. Semakin ramai 'mat salih' celup di kawasan bandar. Yang si anak pak lebai pulak, mengalahkan Arab lagi walaupun pakai purdah tapi batang hidung tak nampak sebab pesek sangat macam muka totok Melayu tipikal. Sungguh lucu sekali
Sudah terang lagi bersuluh. Disebabkan sistem pendidikan yang berpaksikan peperiksaan dan silibus hanya untuk dibuat hafalan inilah yang menyebabkan mata pelajaran Sejarah semakin hilang signifikansinya di kalangan pelajar Melayu ketika ini. Ditambah pula dengan asal-usul Melayu dan kaum Nusantara umumnya pun tak seberapa detail, sehingga menyebabkan ramai anak-anak Melayu mengalami perasaan inferiority complex. Ini kerana, cerita mengenai kerajaan Melayu awal sebelum Islam tidak diceritakan dengan jelas sebaliknya hanya Kesultanan Melayu Melaka sahaja ditekankan. Apakah sebabnya jadi begini?. Sejarah Melayu tidak bermula dengan Parameswara semata-mata. Oleh itu, penubuhan Kesultanan Melayu Melaka tidak boleh diambil kira sebagai permulaan ketamadunan Melayu kerana terdapat banyak lagi kerajaan awal yang tertubuh lebih 1000 sebelumnya. Jangan kerana sentimen agama kononnya kerajaan Melayu Hindu-Buddha tidak boleh diambil tahu sebab mereka bukan Islam. Kalau begitulah pandangan anda, nescaya anda adalah golongan Melayu yang memiliki pemikiran paling sempit sekali. Apa tidaknya, antara yang terawal mempelopori penyelidikan arkeologi ketamadunan Mesopotamia dan Mesir Purba adalah Khilafah Bani Umayah dan Bani Abbasiah. Mereka adalah perintis golongan yang mengkaji tamadun purba berkenaan. Tahukah anda bahawa kebanyakan para ilmuan mereka adalah terdiri dari golongan ulama yang cerdik pandai serta mahir dalam pelbagai bidang ilmu dan tidak terhad kepada fardhu ain semata-mata bukan seperti ulama terompah kita yang hanya mahir dalam ilmu agama tapi memperlekehkan fardhu kifayah. Hasil kajian para ulama dan ilmuan Islam terdahulu inilah yang menjadi rujukan para golongan scholar's di negara barat atau Eropah misalnya untuk mempertajamkan pengetahuan.

Kesan sistem pendidikan dan silibus mata pelajaran kita ini sesungguhnya meninggalkan kesan yang begitu mendalam sekali ke dalam pemikiran golongan muda Melayu pada kebelakangan ini. Apa tidaknya, kalau yang minat nak jadi peguam tu dalam kepalanya hanya berlegar pasal undang-undang dan perlembagaan saja begitu juga kepada mereka yang minat perihal medik, dalam kotak pemikiran mereka hanya berlegar perihal anatomi dan penyakit tubuh badan manusia saja. Bukan saja kepada dua cabang ilmu berkenaan tetapi termasuk juga anak-anak Melayu yang mempelajari course pengajian yang lain. Tidak dinafikan lagi punca sistem pendidikan dan silibus kitalah yang menyebabkan ramai anak Melayu tidak berupaya untuk multi-tasking. Penulis masih ingat lagi pada suatu malam ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya untuk menikmati suasana malam di sana bersama seorang sahabat baik. Sewaktu dalam kereta kami berbual, selalunya topik yang kami bincangkan bukan berkisar tentang hal ehwal kehidupan kami semata-mata seperti anak muda yang lain. Terselit juga hal ehwal dunia yang berlaku di sekeliling kita juga. Dalam perbualan tersebut, sahabat baik penulis memberitahu ketika Tingkatan 5 dahulu beliau pernah mengeluh kepada ibunya tentang apa pentingnya beliau mempelajari sejarah sedangkan beliau adalah seorang pelajar jurusan Medik. Jauh terkesan ke dalam isi hati saya bahawa inilah kesannya sistem pembelajaran kita yang mana mata pelajaran Sejarah adalah untuk dijadikan iktibar dan menguatkan jatidiri seorang anak bangsa itu sendiri dan bukan untuk hafalan semata-mata. Inilah kepincangan ke dalam sistem pendidikan kita sendiri akibat dari orientasi yang lebih mementingkan untuk lulus ujian peperiksaan saja.
Umum mengetahui bahawa dalam sejarah silibus sekolah kita pun. Kita diajar sesempit ruangan sempadan kita dari Perlis hingga ke Sabah saja dan bukannya dalam ruangan Alam Melayu iaitu Nusantara. Sehingga menyebabkan jika belajar sejarah Champa dianggap mempelajari sejarah Indo-China, mempelajari sejarah Srivijaya dan Majapahit dianggap mempelajari sejarah Indonesia dan begitu juga Langkasuka yang dianggap mempelajari sejarah Thailand. Apakah sejarah kita sesempit ruangan sempadan yang dilakar penjajah?. Tidak sama sekali. Bahkan istilah Malaysia dan Indonesia diciptakan oleh penjajah inikan pula sejarah kita sendiri yang lebih tua usianya. Disebabkan kecelaruan inilah yang dipergunakan oleh golongan ultra-kiasu dari kalangan kaum pendatang luar Nusantara untuk menyerang kedudukan orang Melayu sebagai peribumi alam ini dengan mengatakan orang Melayu adalah 'pendatang' seperti juga mereka. Akibatnya, ramai dari kalangan orang Melayu terasa goyah akibat statement yang mereka keluarkan itu. Umum mengetahui semenjak dari azalinya lagi, kaum pendatang yang berasal dari balik 'Laut Champa' itu memang pandai membuat isu dan memutarbelit cerita sehingga si Melayu yang mendengarnya pun menjadi pening tak tahu macam mana nak layan. Semuanya berpunca dari kerana apa, 'Melayu Buta Sejarah'-lah apa lagi. Akan tetapi di kebelakangan muncul banyak blog-blog yang menceritakan mengenai sejarah Melayu sendiri seperti yang paling popular Mistisfiles yang terkenal dengan Alter Terahsia Bangsa Melayu-nya sendiri dan begitu juga blog-blog sejarah Melayu yang lain. Diharapkan ianya mencetuskan suatu kebangkitan di kalangan anak Melayu tentang betapa pentingnya sejarah buat semua anak Melayu di Malaysia ini.
Sekian,
Shacklesmith : Tamatlah sudah Bab 1, ini baru pandangan dari perspektif sosial. Next time, aku akan sentuh dari pandangan politik pula.

2 comments:
banyak betul penulis sejarah melayu sekarang ni.
ikut sedap korang je menulis ek,yg sedap tu semua letak tp bangsa haprak jugak, duk buang anak, merempit
kalau betul pun sejarah tu, buat malu orang melayu je dengan keadaan orang melayu sekarang sbb tak reflek langsung sejarah dulu.
tak payahla duk curi sejarah thai,khmer,moon, jawa,etc.
tah pape la korang ni.
buat otto, ape salahnyer org nk tulis sejarah.. kalau kau nak benci ilmu sejarah tu hak engkau.. aku tak pakse sape2 pun digest ilmu sejarah nie..
aq xtau ko ni melayu ke x.. mgkn ko bangse kafir yg tak senang dudok tgk owg melayu kat negara nie
tujuan aq nk bercerita psl sejarah bertujuan bkn mcm blog2 merong merapu maha merapek yg tulis sejarahnagaraharamjadah depa tu.. tujuan aq hanyelah yg menempelak golongan buta sejarah yg tak sedar diuntung idop bahagia di dunia atas dasar pengorbanan owg yg terdahulu
hey brader, smua bangsa ade sikap baik ngan burok jela.. even bangsa orang puteh yg mungkin ko puja2 bagai nak rak tu pun hancur jgk dari segi akhlak dan akidah smuar.. dan itu tak bole dinafikan..
melayu curi sejarah thai, khmer, mon, jawa etc?? mane buktinyer yg ko cari?? mistisfiles?? cube ko baca balek btol2 stiap entry yg srikandi tu sampaikan..
yg betulnyer adelah thai yg curi sejarah melayu.. buktinyer orang thai hanya dtg ke asia tenggara pada kurun ke-11 masihi.. sdgkan owg melayu dah lame bertapak kat asia tenggara.. melayu tak curi sejarah khmer ngn mon la bro.. sejarah melayu dan khmer runs in straight parallel lines, so takde istilah curi mencuri selama ni.. hanya hubungkait dan kena mengena antara satu sama lain..
melayu pun tak curi sejarah jawa sebab melayu dan jawa adalah bersaudara.. jadi setiap perjalanan sejarah ada kena mengena.. raja2 jawa pun bkn pure wong jowo.. sbg contoh raja majapahit ade campuran melayu jgk..
kalau ko bkn melayu ko adelah golongan yg tak sedar dek untung dpt dudok bahagia kat m'sia atas baik budi owg melayu.. tapi kalo ko tu melayu jgk ko mmg spesis "Melayu Buta Sejarah" yg tak sedar diri dan mengalami gangguan pemikiran malay inferiority complex..
Post a Comment