Fenomena yang bermula semenjak kebangkitan Myspace dan Friendster pada tahun 2003 lalu telah banyak mengubah cara kita berkomunikasi dan mencari rakan-rakan baru. Yang paling terkesan den gan revolusi komunikasi dalam talian ini adalah kaum hawa yang saban hari tak sah kalau tak bukak Facebook dalam sehari.
Ada saja yang digosipkan dalam laman tersebut bersama rakan-rakan taulan. Belum campur lagi meluahkan rasa cinta yang teramat sangat pada kekasih hati. Perempuan yang belum kahwin ke dah kahwin pun sama ajer. Dua-dua gila Facebook. Ini fakta, jangan marah ye wahai akak-akak dan cik adik semua.
Tu baru kaum perempuan, bagaimana pulak dengan kaum lelaki?. Shacklesmith pun masih tertanya-tanya apa signifikannya laman ruangan sosial ini semua. Maklumlah, untuk pengetahuan Shacklesmith pun baru berjinak dengan semua semenjak mula belajar di kolej pada tahun 2008 dulu. Itupun kengkawan yang mengajar, katanya senang nak cari kawan. Teman pun tak tau ler bagaimana. Dulu masa zaman sekolah bukan tak reti nak bukak akaun, cuma tak berminat. Sebab yelah kan, Shacklesmith ni budak Damansara. Bukak pun meluat sampai terloya tengok perangai Melayu-melayu yang perasan bajet macam orang putih. Maklumlah, kawasan situ elites area. Melayu dari luar pun tahu tak utara selatan dan pantai timur barat pun tahu bagaimana perangai Melayu Damansara.
Shacklesmith tak boleh nak nafikan betapa ruangan sosial begini boleh mengurangkan rasa malu seseorang lelaki untuk berdepan dan berkawan dengan perempuan tambahan lagi jikalau lelaki itu seorang jejaka pemalu. Shacklesmith sendiri mengaku bahawa lebih senang nak dapat kawan perempuan dari kaedah social networking berbanding real life. Yelah, Shacklesmith ni jejaka pemalu jugak orangnya. Tak dinafikan ramai yang bertemu jodoh melalui cara ini di serata dunia. Shacklesmith pun tak tau cara mana jodoh nak datang pun tak tahu. Walahualam,
Baiklah, Shacklesmith nak bagaimana cara lelaki-lelaki ini menegur perempuan dalam ruangan rangkaian sosial. Anda akan lihat bagaimana reaksi perempuan-perempuan ini terhadap lelaki-lelaki yang mereka kenali di ruang itu. Tak dinafikan walaupun tidak bersua muka, perasaan malu tetap muncul di benak hati lelaki dalam menegur si gadis manis yang mereka idamkan. Ada yang segan, miang dan terdesak pun ada jugak. Sama-sama kita lihat paparan printscreen tersebut.
Tak paham campur terpinga-pinga dan kadangkala lucu jugak tengok si brader yang takde profile tu komen kat wall si gadis berambut panjang itu. Entah apalah mesej yang cuba disampaikannya. Bahasa skema giler habis mungkin sebab nak nampak bahawa bahasanya 'puitis' sampai aku yang baca ni pun jadi tak paham. Mamat tu mungkin memperkatakan tentang kemanisan si gadis bernama Ayu tersebut, tapi aku pelik jugak dalam wall termasuk profile picture takde pun gambar yang menunjukkan senyuman. Aku jadi tertanya-tanya, saudara Marhaen Kacak mungkin ada jawapannya.
Yang ni paling cliche, takde keroje lain asyik nak mengorat je kejenyer anak si Mamat nih. Udahler anakku si Cik Nin pun dihendapnyer sama kata Pak Jabit. Gatai bebenor, kite bako jer kata si Usop Wilcha.
Hak nih paling terdesak bagai nak mampus. Sangap ke apa?, kalau nak gian sangat main bukankah kita disarankan berpuasa?. Sesungguh itu menjauhkan dari zina!. Buat malu kaum lelaki jer sesapa yang suka amek kesempatan nih.
Ini paling TERBAIK sekali. Tulah, asyik nak mengorat awek ajer sampai solat jumaat pun terlupa. Bagus tu ye si cik adik bertudung putih. Tolong kasi remind solat fardhu sekali ye. Mana tau kot-kot dapat calon suami yang beriman :).
Shacklesmith : Hah, begitulah apa aku lihat sepanjang berjinak dengan dunia social networking ini. Macam-macam onar dan duri. Benda ni semua sedikit sebanyak da mengubah aku, macam-macam ragam manusia yang aku kenal. Disamping boleh membezakan perangai awek mengikut keturunan dan negeri asalnya sekali (penting tu, jangan tersilap mencari jodoh. silap haribulan merana).
No comments:
Post a Comment