Saturday, May 7, 2011

Perlukah Nak Naikkan Nama Dengan Cara Begini??

Macam-macam cara dipergunakan oleh penggiat filem tanah air untuk meningkatkan publisiti filem yang bakal mereka keluarkan. Pelbagai caralah nak pakai sama ada mempromosikan filem-filem tersebut melalui suratkabar dan majalah walaupun filem tu tak siap lagi dan belum lulus syarat wajib tayang ataupun menjual nama pelakonnya yang tak seberapa popular malahan tak popular langsung ke merata-rata  media terbitan Utusan, NSTP, Karangkraf dan sebagainya. Usah cakap Dr Rozmey lah, ramai jugak yang begitu tapi setakat suam-suam kuku ajer.

Baru-baru ni aku terbaca dekat laman blog abang Nara dan mak aih punyelah terkejut berok sampai nak tercabut keluar bijik mata aku tengok pendedahan paling berani tahap gaban sebuah produksi filem untuk mempromosikan filem yang bakal mereka keluarkan. Caranya, eksploitasi susuk tubuh badan  heroin filem keluaran mereka. Sesuatu perkara yang cliche dibuat oleh produksi filem luar negara tapi agak melampau buat standard kita yang berpemikiran moden tapi konservatif.


Tuan punya tubuh badan yang dieksploitasikan untuk tujuan promosi filem Suatu Malam Kubur Berasap adalah Nurul Ain Nordin seorang pelakon baru yang belum cukup dikenali oleh rata-rata penonton di tanah air. Merupakan seorang model sambilan sebelum terjun ke dunia pengacaraan dan pernah menjadi finalis Dewi Remaja 2008/2009 (patutlah, kebanyakan produk keluaran pertandingan ini memang majoriti meletup tahap gunung berapi dengan kontroversi baik sebelum kahwin sampai dah kahwin).  Pernah berlakon beberapa television series jugak sebelum ini. Aku perhatikan gambar lain dia aku dapat merasakan orangnya rendah dan kecil-kecil molek jer tubuh badannya walaupun dia lebih tua setahun dari aku. Sila rujuk SINI, SINI dan SINI untuk memastikan kebenarannya.

Kalau diikutkan kes Miera Liyana memang boleh dikatakan ianya tidak disengajakan sebab adik Mira ni mungkin tak perasan payudaranya sebesar itu. Tapi kalau korang tengok ini nampak bebenor ianya disengajakan. Apa tidaknya, kalau nak katakan ianya ditangkap secara kandid sewaktu shooting filem kenapa background warna putih?. Foto pun semacam ditangkap oleh jurugambar yang pro. Kalau korang amati betul-betul gambar ini jelas kelihatan yang pelakon ni hanya memakai kain batik untuk menutup payudaranya saja dan mendedahkan sebahagian besar belakangnya. Namun begitu, bukan setakat bahagian atas belakangnya saja yang kelihatan malahan bahagian pinggangnya juga kelihatan. Ini menimbulkan tanda tanya apakah pelakon filem yang bakal ini tidak memakai panties?. Agak berani juga beliau mendedahkan punggungnya kepada jurugambar sebab mungkin tukang tangkap gambar ini mungkin seorang perempuan jadi rasa malu menjadi kurang.  Jurugambar itu juga seorang yang bijak untuk menyembunyikan alur punggung pelakon tersebut dari jelas kelihatan dalam gambar ini. Boleh jadi jugak panties atau alur punggung tersebut dihilangkan menggunakan teknik penyuntingan imej Adobe Photoshop. Aku bukan nak cakap apalah, sedangkan FHM Malaysia, NewMan atau Men's Health sekalipun tak pernah buat gambar sebegini. Tak silap aku ini kali kedua selepas filem Mantera yang membabitkan gambar 'kemban terlucut' seperti ini juga.

Tapi ingat, apa yang perjelaskan tadi tu hanyalah spekulasi dan bukan tuduhan. Sebab kalau ye pun bermakna aku fitnah tapi aku tak suruh saudara sekalian percaya pun. Itu hanya pendapat peribadi, yelah 'A picture worth a thousand word's'. Memang akan menimbulkan 1001 persoalan buat para penilainya. Cuma, aku tertanya jugak. Kenapa semata-mata nakkan publisiti filem yang bakal dikeluarkan itu maka trick ini dipergunakan. Apakah pelakon tersebut sedar akan implikasinya, kalau hal artis tu free hair mungkin kebanyakan orang boleh tolerate lagi tapi ini sampai yang tak sepatutnya didedahkan pun ditunjuknya. Perkara aurat jadi mainan, penggiat seni jadi acuh tak acuh dan endah tak endah.

Lagi gambar Nurul Ain Nordin di SINI

Shacklesmith : Apa nak jadilah weh, kapitalis ni segala benda nak dikomersialkan sampai tubuh badan wanita jadi sandaran!!. Aku kesian tengok pelakon perempuan diperlakukan begini sampai jadi takde maruah.. Memang bukan hak kita untuk menentukan dosa dan pahala seseorang tapi. Tapi kita kena berhati masa nak melakukan sesuatu agar tidak dipergunakan oleh orang yang berkepentingan sendiri.


3 comments:

Dinkyrara :) said...

setuju dgn pendapat penulis :)

Shacklesmith said...

thnx 4 komen dik ^^

Unknown said...

nak glaomour punya pasal..apa2 saja pon sanggup.kesian aku kat budak2 sekarang..mmm :(

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget