Monday, May 30, 2011

MELAMPAU!!! Ini Malaysia-lah Brader..


Agak keterlaluan. Mentang-mentanglah Youtube takde censorship untuk video panas sebegini, sedap jer pengarah video ni dok postkan kat situ. Apa dia ingat ni Thailand ke Philippine sampai boleh buat music video panas macam gini. Memanglah aku rasakan video takkan terlepas masuk siaran RTM, Media Prima dan Astro punya tapi fikirkanlah kita ni negara majoriti Islam yang mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan. Nak jadi macam Indonesia, Lubnan dan Mesir ke yang ditimpa bala sebab menerbitkan bahan-bahan sebegini??!!. Ni video nya dan anda semua renung-renungkanlah dan jangan tengok dengan nafsu.

Tajuk music video tersebut adalah 'Marilah' nyanyian seorang penyanyi yang kurang dikenali iaitu Prema Yin (Juara Who Will Win ntv7 2004). Video ni ade 2 kat Youtube yang menampilkan dua versi bahasa yang berbeza iaitu lagu 'Addicted' yang berbahasa Inggeris. Kedua-dua video tersebut sudah berlegar di Youtube sejak 26 Mei lagi. Yang paling hangat ditonton adalah music video lagu 'Marilah' yang mana jumlah penontonnya mencecah sebanyak 68,436!!!. Walaupun ianya bukan music video yang dinyanyikan oleh penyanyi Melayu dan beragama Islam. Tapi tak perlulah sampai keterlaluan begini. Ini tahap panas melampau beb. Anda semua nak tahu siapa pengarah dia. Ini dia.




Gambit Saifullah. Sungguh tak ku sangka, selama ni aku hanya mengenali dia sebagai seorang pelakon. Tak tahu pulak yang dia ni juga ada bakat sebagai seorang pengarah. Baguslah begitu, alangkah eloknya setiap penggiat seni memiliki kebolehan multi-tasking. Namun alangkah buruknya jikalau bakat itu digunakan untuk benda yang tidak senonoh!. Lagi-lagi benda bukan budaya kita. Bakat tu bakat jugalah bro tapi fikirkanlah sensitiviti orang lain. Selain tukang mengarah, tukang lakon pun lagilah sama menanggungnya. Siapa lagi kalau bukan Shah Jaszle. Pelakon baru yang hangat tu. Bertambah hangat sebab video ni. Aku tengok macam ada pengalaman ajer masa nak memeluk Prema atas sofa tu. Maklumlah dah namanya pelakon kan. Neelofa ada apa komen?. Takkan nak biar ajer. Apa pun tu biarlah Melodi yang uruskan nanti minggu depan. Kalau dia wat derk jugak nak buat macam mana juga kan. 


Shacklesmith : Abang Bob Lokman nak tolong tarbiah kan ke?. Kata dah masuk 'dakwah'. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH (dakwah ke politik bro).



No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget