Berbalik kepada poin yang aku nak cakapkan kat korang semua. Pasal politiklah atau lebih tepat siasah golongan belia, dan jugak pemikiran generasi Y yang akan mencorak masa depan politik negara akan datang. Seperti kita sedia maklum, golongan muda adalah berdarah panas dan bersikap pemberontak. Apa saja akan dibangkang, sampai mak bapak pun sanggup dilawannya sebab tak sependapat. Boleh dikatakan golongan mudalah penggerak utama gerakan anti establishment. Tidak dinafikan belia atau lebih tepat sekali golongan muda adalah ejen yang paling mudah digunakan dalam menjalan agenda dan propaganda politik. Sejarah dah membuktikan dah, tengok saja bagaimana Vladimir Lenin kepala bapak komunis termasyhur sedunia mempergunakan golongan muda untuk menjatuhkan Maharaja Russia. Antara kata keramat beliau yang masih dipegang oleh golongan sosialis muda sehingga ke hari ini adalah "Give me just one generation of youth, and I'll transform the whole world". Begitu besar sungguh jasa golongan muda dalam menggerakkan agenda politik sesebuah organisasi.
Perkara yang sama juga dilakukan oleh Mao Tze-Dong yang telah mengeksploitasi darah panas yang membuak-buak golongan muda ketika Revolusi Budaya China ketika tahun 1960an dulu. Atas nama 'revolusi budaya', habis segala warisan tinggalan datuk nenek diranapkan sampai ke tahap kritikal boleh lupa asal-usul dibuatnya. Dahsyat bukan darah panas anak muda?. Semua sanggup dilakukan kerana ideologi. Apa-apa saja adalah mungkin demi memperjuangkan ideologi. Kalau bertentangan dengan ideologi, hapuskan saja sehingga lumat dan hancur lebur dari muka bumi!. Fahaman komunisme memang merupakan satu fahaman yang berpegang teguh kepada ideologi akibat ketiadaan sikap keimanan terhadap Tuhan. Akibat tiada Tuhan untuk disembah, maka dibuatlah patung pemimpin mereka besar-sebesarnya depan plaza untuk 'disembah' rakyat jelata. Ideologi berpunca dari pegangan agama, kalau kuat pegangan agama. Maka kuatlah ideologi beragamanya. Tapi kalau kuat pegangan ateisme tu, kuatlah ideologi ateismenya.
Itu baru kat luar negeri, bagaimana pula kat negara kita pulak?. Dekat seberang, anak bangsa mereka tak kira muda hingga tua gayut sekalipun amat kuat berpegang dengan ideologi Pancasila mereka sehingga sanggup membunuh saudara seagama dan serumpun iaitu kita sendiri. Ingat peristiwa tarian pundek bali dan rasa sayang hey dulu, akibat terlalu taksub menggila dengan Sang Saka Merah Putih. Kita yang sedarah dengan mereka pun dibenci ke tahap selesema babi. Tapi bagaimana pulak dengan kita?, apakah kelebihan kita sebagai anak dalam ideologi berpolitik?. Adakah bersifat konstruktif atau destruktif. Jom kita lihat senario politik yang melanda golongan muda di negara Malaysia. Patriotikkah mereka dalam berpolitik?.
Kalau nak dibandingkan golongan belia kita dengan yang dari luar memanglah bagai langit dengan bumi. Mana tidaknya, golongan muda kat Malaysia ni lebih suka mengangkat bendera parti politik dari bendera negara sendiri. Tak ke menjengkel kan ke tu?. Yang mana satu maruah depa, bendera parti ke negara?. Apa kalau parti politik yang mereka sokong tu menang, oleh itu bendera kebangsaan akan digantikan dengan bendera parti politik dorang tu lah?. Wah, ini semacam Hitler ajer dengan bendera Nazi-nya. Aku bagi contohlah, bendera Bulan punyalah dijulang lagi tinggi dari Jalur Gemilang. Entah apa sebabnya aku pun tak tahu, sedangkan PRU pun punyalah lambat lagi. Itu bab politik, kalau bab sukan pulak bendera pasukan pula yang dijulang dengan memakai T-shirt pasukan kegemaran tu. Dalam pada masa yang sama, ada jugak bersikap 'patriotik'. Iaitu mereka-mereka yang membawa bendera merah dan bersorak 'Red Warrior' dengan girang dan penuh bangga. Tapi Shacklesmith tengok, patriotisme mereka adalah bersikap lokal dan kenegerian. Bukannya satu negara punya patriotisme pun. Kalo hok nie tak po jugok!
Berbalik kepada bab politik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemerintah dan pembangkang. Mengikut pandangan mereka yang pro kepada pembangkang. Situasi masa kini memperlihatkan bahawa golongan muda lebih terarah kepada pro pembangkang. Benarkah begitu?, adakah golongan muda di negara ini menjadi penentang tegar kerajaan. Shacklesmith akan ulas nanti, jangan risau.

No comments:
Post a Comment