Ikutkan aku dah lama nak buat posting ni semenjak awal bulan, tapi disebabkan tekanan final project yang melarat bagai nak gila tahap gaban sebab buat itu ini tapi tak menjadi. Mujurlah classmate aku pi tolong aku siapkan, kalau tak. Meranalah aku kena repeat satu semester lagi. La ni, tinggal nak siapkan report ajer. Aduhai, hidup aku memang livin la vida loca, korang pun begitu jugak kan?. Hmm, Tak tahulah. Walahualam.
Ni cheq nak habaq mai kat hangpa, awal bulan ni gempak dengan kemunculan kumpulan yang membawa genre K-Pop. Kalau depa dari Korea memang gua tak heran beb. Tapi, orang kita jugak bai. Kata bawak irama K-Pop, but aku musykil bukan ke genre K-pop tu bermaksud muzik R n B, dance, bubble gum pop dan hip-hop dari Korea??. Hmm, pelik gak. Apa deme semua ni nyanyi dalam bahasa Korea ke..? Sama-sama kita terjah.
Seperti aku cakapkan masa posting yang lalu, ramai anak-anak gadis di Malaysia mengalami demam K-Pop tahap gaban. Sebut ajer kumpulan macam SHInee, Beast, 2PM dan macam-macam lagilah, mesti naik gila deme semua dibuatnyer. Tapi aku tak nafikan bukan setakat budak perempuan jer yang minat, budak lelaki pun 2 x 5. Nak tengok buktinya, nah. Buat group boy-band pun ambik konsep K-Pop jugak.
Mak aihh, ramai giler member's bai!, lagu yang dipasang mesti lama giler kan sebab nak kasi sorang-sorang nyanyi. Mungkin sorang jer yang nyanyi and then yang lelain tu jadi backing vocalist ajer. Tapi berkenaan dengan style's, memang akan invite kutukan dari orang yang menyampah. Gila berani sungguh deme ni bab!!
Ini petikan dari Suterabloggers, "Bagi diorang muka apa yang diorang pakai ni nampak stylo sebab tu diorang takde rasa malu tapi bagi saya yang berjiwa ganas ni gaya diorang ni dah rupa macam bapok Jalan Chow Kitt. Apa rumah diorang dah takde cermin ke sampai nak memalukan diri sendiri macam ni. Saya rasa photographer ni pun lepas amik gambar muntah dua hari beb." Pedas kan beb?, tulah kita kena cari identiti sendiri. Tak payah nak ikut sangat yang dari luar tu.
Ini satu lagi kutukan yang pedas dari blog terbangtinggitinggi, sampai gambarnya pun diedit dengan penuh rasa meluat. Aduyai, dah macam blog politik pun ada. Melayu oh Melayu, kalau bab mengutuk, mengeji ngan mencaci memang bab nombor satu!. Udahler kalau bukak page KBSB ngan APC tu penuh dengan kutukan, tu belum campur lagi yang bab artis lagi.
Tengok sampai ke tahap gitu sekali, memang berani mati betul lah depa ni sampai sanggup tayang body. Aku bukan nak kata apalah beb, kalau jantan Korea tu memanglah panas sebab rata-rata body jambu tak berbulu, yang kita ni lelaki Melayu tak payahlah dok heboh pi ikut deme. Memang tak pasal-pasal lah jadi cam gini. Tak tahulah pe nak jadi, gerenti panas jadi bahan gosip kat dalam Melodi satu hari nanti!. Kita tunggu jer, zaassss!!!
Shacklesmith : Perasan kat sebelah kanan pic yang last tu aku teringat budak satu rumah aku, si Wan dari Langkawi, Kedah. Memang sejibik muka dia lah. Lama tak kontek dia bai semenjak dia berhenti kolej dua tahun sudah. Cayalah hang malas nak belajaq, jadi penyanyi pulak hang n0. :D :D :D
No comments:
Post a Comment