Wednesday, June 29, 2011

Pelajar Malaysia Adalah Pasif??


Melihat kepada peningkatan pencapaian peratusan pelajar yang cemerlang dalam ujian SPM dan betapa petahnya mereka berbicara dalam bahasa Inggeris membuatkan aku tertanya-tanya, adakah para pelajar Malaysia setanding dengan pelajar antarabangsa?. Aku bukan nak membandingkan pelajar-pelajar kita dengan Mark Zuckerberg yang teramatlah terer sampai buat website hebat macam Facebook tu untuk menghubungkan manusia di serata. Aku mengaku, aku sendiri pelajar IT tapi belum berkemampuan membina laman web sehebat tu yang mampu memberi kesan terhadap kehidupan manusia sejagat. Blog aku ni pun macam berterabur jer susun aturnya aku tengok belum cukup ciri-ciri interaktif yang memudahkan pengguna. Hanya segelintir ajer yang mampu untuk catch-up tahap Mark Zuckerberg tapi tak seberapa mana. Aku bagi contohlah, hanya satu jer yang boleh bagi kat anda semua iaitu Ezran Baharum yang merupakan graduan Lim Kok Wing yang juga pengasas laman web 1malaysia.com (tapi last-last jadi suam-suam kuku macam myfriends2u.com).

Itu baru aku bagi satu contoh jer, tapi adakah kebanyakan pelajar-pelajar kita memiliki kreativiti tinggi seperti saudara Ezran Baharum tu. Tak usah dipersoalkan mana tempat dia belajar, semua orang tau IPTS tu adalah antara yang terbaik di Malaysia bahkan di dunia. Serba-serbi diajar sampaikan kawan aku (anak peneroka yang menerima biasiswa Felda) dari selatan tanah air yang belajar course Tourism Management pun sempat belajar C++ dengan web building lagi. Cuba anda bayangkan, penting sangatkah pelajar jurusan tersebut menimba ilmu bidang IT. Tepuk dada tanyalah iman. Bagi pendapat Shacklesmith lah, seorang pelajar tu seharusnya menimba ilmu yang bukan bidang dia kerana mana tahu suatu hari mungkin kita amat memerlukannya. Aku bagi contohlah, kawan serumah yang juga bestfriend aku yang berasal dari Negeri Di Bawah Bayu. Beliau merupakan pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan tetapi beliau mempunyai ilmu dalam bab selok-belok komputer seperti perisian apakah yang bagus untuk komputer dan juga teknik Adobe Photoshop. Malahan, aku tak nafikan beliau juga lebih bagus dari aku walaupun aku sendiri adalah pelajar IT. Sesungguhnya, itulah dinamakan kreativiti bertempat dan bermanfaat. Amat sesuai dengan keadaan. Bukan setakat tu ajer, kalau anda rajin pergi usha awek-awek pelajar Nursing tak kiralah yang belajar kat Masterskill, SEGi atau mana-mana ajer kolej perubatan kat dalam Tagged dan Facebook. Anda sendiri akan lihat mereka mempunyai bakat meng'edit'kan gambar-gambar peribadi mereka dengan begitu kreatif sekali. Hebat sungguh, sedangkan aku yang punya sedikit kemahiran ni pun takde masa nak sunting gambar aku semua.

Aku terbaca entry yang ditulis oleh blogger Zakhir (Big Dog) mengenai lawatan Datuk Ahiruddin Atan (Rocky Bru) ke Malaysian Multimedia College untuk sambutan Hari Kesedaran Kemanusiaan 2011 di sana. Sewaktu menyampaikan ucapan sebagai blogger jemputan, Datuk Rocky sempat bertanya kepada 80 pelajar-pelajar yang hadir pada tengah hari itu "Adakah kalian semua menyertai perhimpunan Bersih pada 9 Julai?". Tiada sebarang jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar tersebut dan kemudian Datuk Rocky menyambung lagi "Baguslah, kalau peserta Bersih tu turun ke bandar membersihkan segala sampah sarap dan menolong mencuci kereta warga kota demi kebajikan saya sendiri pun akan join, Ambiga harus belajar dari kalian semua!" tambah Datuk Rocky yang menyindir niat jahat Datuk Ambiga menganjurkan perhimpunan haram tersebut. Berdasarkan tiada sebarang jawapan yang diberikan oleh para pelajar tersebut ketika Datuk Rocky bertanyakan soalan kepada mereka menimbulkan satu tanda tanya. Adakah mereka bersetuju atau tidak perhimpunan itu dijalankan?. Tepuk dada tanyalah iman.

Saya masih ingat tiga bulan lalu ketika bersama-sama dengan rakan sekuliah aku melawat kampus teknologi Universiti Putra Malaysia di Serdang, Selangor. Kami merupakan pelajar tahun akhir fakulti pengajian Sains Komputer dan Kejuruteraan dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat. Memandangkan kolej kami (IPTS) menjalankan program usahasama dengan UPM, jadi selepas kami graduasi nanti maka kami akan disambungkan terus menyambung ijazah di UPM jika diberi pilihan kalau kami mahu. Selepas diberi briefing oleh fellow fakulti tersebut kami diberikan ruang untuk bertanya kepada fellow-fellow tersebut apakah yang ingin diketahui lagi mengenai kelebihan fakulti sains dan kejuruteraan komputer UPM. Malangnya, tiada sebarang pertanyaan yang keluar dari mulut teman sekuliah kami akan tetapi yang sibuk bertanya itu ini adalah pensyarah kami sendiri yang turut serta dalam lawatan tersebut!. Di sini, anda boleh melihat betapa pasifnya pelajar-pelajar kita dalam menghadiri sebarang taklimat, forum, seminar dan kemungkinan besar kuliah mereka sendiri. Mereka tidak akan bertanya selagi tidak disuruh dan disediakan soalan untuk mereka, apa yang mereka tahu adalah DENGAR, DENGAR, DENGAR dan FAHAM (Entah boleh betul faham ke tidak mereka ini?). Mereka hanya aktif di ruang siber saja dan ianya hanya merangkumi perbualan kosong sahaja dan jarang sekali melibatkan perkara ilmiah. Menyedihkan.

Dimanakah silapnya sehingga pelajar-pelajar kita menjadi seumpama burung kakaktua yang hanya mampu mengangguk dan menggeleng sahaja?. Adakah ianya berpunca dari sistem pendidikan kita sendiri yang hanya mementingkan aspek menghafal dan mementingkan untuk lulus ujian penilaian?. Shacklesmith tidak menolak kemungkinan besar tersebut kerana bukti-bukti sudah ada di sekeliling kita. Cuba anda bayangkan sedangkan nak menuntut ilmu agama pun (matapelajaran Pendidikan Islam) pun dipelajari semata-mata nak lulus peperiksaan walhal matlamat sebenar ianya dipelajari adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Patutlah ada yang hadir dalam dewan peperiksaan matapelajaran tersebut tidak bertudung sebab hanya nak lulus paper tu ajer. Begitu jugak dengan matapelajaran Sejarah yang sepatutnya dipergunakan untuk memperkuatkan jatidiri bangsa dan menyedihkan itupun dipelajari oleh pelajar kita hanya untuk lulus peperiksaan. Tidak hairanlah, ada dikalangan pelajar bidang perubatan kedoktoran boleh mempersoalkan apa perlu mereka belajar subjek sejarah sedangkan itu bukan ada kena mengena dengan bidang yang mereka pelajari. Empat tahun lalu, cikgu tusyen aku yang mengusahakan pusat tusyen persendiriannya sendiri mengeluh akan kesukarannya memperoleh guru-guru baru kerana tiadanya karisma dalam diri mereka sebagai pendidik sungguhpun mereka adalah dari kalangan graduan lepasan institusi pengajian tinggi.

Di sini anda semua boleh lihat bahawa dengan sistem yang berteraskan konsep penghafalan dan menitikberatkan soal peperiksaan saja hanya menjadikan sekolah-sekolah kita sebagai kilang menghasilkan  copy and paste graduate yang begitu pasif dalam menangani keadaan sekeliling mereka. Tak guna berderet-deret A dalam SPM tapi kosong dan habuk pun tarak. How many A's you get doesn't guarantees that you are a truly smart person. Apa gunanya kalau lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan tetapi sistem pendidikan kita sendiri gagal untuk mengolah segala kreativiti dan potensi sebenar yang ada dalam pelajar-pelajar kita. Jika tidak diperbaiki ianya akan memberi kesan kepada beberapa generasi akan datang dan kesan-kesannya pun boleh dilihat kini. Kes gejala sosial, maksiat dan buang anak semua berpunca dari didikan agama yang silap sebab mereka hanya belajar agama semata-mata nak lulus peperiksaan sahaja. Kepada kerajaan beringatlah, punca para golongan muda menyokong pembangkang adalah berpunca dari sistem pendidikan sebegini. Bukan disebabkan mereka menentang sistem pendidikan yang sedia ada ini tapi mereka mudah diperbodohkan oleh pemimpin dajal oportunis seperti Anwar Ibrahim yang mengambil kesempatan atas kebebalan mereka yang hasil dari sistem pendidikan yang mereka pelajari dahulu. Minda mereka mudah diprogramkan dan apa yang mereka mampu buat adalah 'angguk-angguk dan geleng-geleng' saja seumpama burung kakaktua dan mungkin sekali lembu dicucuk hidung.

TRANSFORMASI!! berubahlah, kami bukan mahu reformasi kerana yang akan mengambil alih nanti belum tentu perfect lagi berdasarkan muka-muka penyamun yang ada dalam kepimpinan pakatan mereka. Kami tidak mahu anak-anak kami menanggung beban ini lagi dan menjadi bodoh seperti generasi mereka yang sebelumnya. Kami mahukan sistem pendidikan yang lebih berkualiti agar kami berupaya berfikir di luar kotak pemikiran. Dengan adanya sistem pendidikan yang berasaskan aspek kualiti dan creative thinking, lebih ramai graduan berkualiti bakal lahir dan muncul para genius yang mampu sampai ke tahap Leonardo Da Vinci yang mahir dalam bidang sains dan seni.

Shacklesmith : We are mankind, not computer's who can be controlled by other's.

1 comment:

Snuze said...

Well said, dude. Aku masih ingat waktu pergi ceramah Prof. Ungku Aziz, aku sorang jer tanya soalan. Dan pasal ceramah tu optional, tak sorang pun budak lelaki yang datang.

Menyedihkan. :p

W/camna pun, sekurang2nya, kau ada kesedaran tentang kepincangan ini. Menyedari adalah langkah pertama. Kalau tak dapat nak ajak yang lain untuk berubah ke arah positif, pastikan langkahmu kekal untuk kekar bermaya, tak seperti lalang2 yang perlu jawapan di belakang buku teks.

Well done, sir!

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget