Monday, October 31, 2011

Ngeri! Kemalangan Keretapi dan Lori Tangki Minyak Di Sabah!!

Dah lama bebenor gua tak online beb, sepatutnya ada entry yang dah keluar semalam tapi entah mengapa jari ni letih pulak nak menaip entry berkenaan. Baiklah aku rasa semua tau pasal kejadian kebakaran yang berlaku di Sabah petang tadi melalui berita yang disiarkan kat TV tadi. Agak ngeri jugaklah, mana taknya kalau dah 19 orang tercedera. Aku tak pastilah kalau ada yang maut ke tidak tapi itu memang tak mustahil akan berlaku. Takziah kepada sesiapa yang terlibat dalam tragedi ini.



Menurut sumber tidak rasmi:-

-Kemalangan berlaku sekitar jam 5:30 petang, 31 Oktober 2011 berhampiran Kota Kinabalu International Airport (KKIA) yang melibatkan kereta api penumpang, sebuah lori tangki minyak dan stesen minyak Shell.

-Lori melanggar kereta api lalu terbakar dan merebak ke stesen minyak tadi. Letupan kuat terjadi sehingga gegarannya dirasai di seluruh kawasan KKIA.

-18 orang dikatakan terkorban.

-Api serba sedikit terkawal kerana hujan turun di kawasan kejadian.

-Dikatakan kejadian pertama seumpamanya yang berlaku di Sabah dan yang terburuk.

Update 10:58pm - 31/10/2011
-Kereta api yang melanggar lori

-Tiada kematian dilaporkan setakat ini. Hanya cedera teruk dan ringan. Pemandu lori telah dibawa ke balai polis untuk siasatan.



(sumber  SAMIZUL.NET)

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget