Friday, October 21, 2011

Review filem Klip 3GP - Ganas, Menggerunkan dan Mengghairahkan!

Assalamualaikum kepada pembaca Kerambit Assassin's sekalian!, Amacam pekabor semua?, hai dah lama kan Shacklesmith tak buat review pasal filem. Kali terakhir pun masa cerita Transformer : Dark of the Moon masa bulan Julai lalu yang menyaksikan gambar panas Rosie Huntington-Whitley menjadi bahan santapan mata gatal, hamsap dan miang lelaki yang membaca blog nih!. Sebenarnya lepas tu bukan Shacklesmith tak tengok lagi dah wayang langsung lagi dah lepas tu. Cuma takde masa ajer nak buat review filem. Kalau nak diikutkan bulan puasa sudah dah TIGA KALI Shacklesmith tengok wayang bertemankan member yang baru balik belajar oversea!. Semua cerita Hollywood mari punya beb, belum campur lagi dua filem bulan sudah. Filem Bini-biniku Gangster lah filem buatan Malaysia pertama yang aku tonton untuk suku akhir tahun ini (Apelah ko Shacklesmith tak buat review pasal filem ni jugak! < member aku) diikuti dengan Johnny English Reborn dan yang terakhir The Three Musketeer.


Sudah hampir dua bulan aku menyedari kewujudan trailer filem Klip 3GP ni iaitu hampir seminggu sebelum Aidilfitri lagi cuma Shacklesmith malas nak buat review sebab ape ke jadahnya nak mengulas kalau cerita tu tak keluar panggung lagi bukan?, ini mengingatkan aku saban tahun selepas berakhirnya E3 setiap Jun di Los Angeles. Kepada kipas susah mati permainan video macam aku memang biasa benar follow ekspo melalui perkembangan di internet (yelah mana la aku ada duit nak pergi L.A. sana nun, belum ada rezeki lagilah beb. Insyallah next time). Kadang-kadang yang aku nak tergelaknya selepas berakhirnya ekspo ada jer segelintir blogger's dan beberapa portal komuniti gamer's sebagai contoh IGN yang gatal-gatal tangan buat review pasal game yang dipersembahkan dalam ekspo kepada orang ramai. Sebagai contoh permainan video Assassin's Creed : Revelation yang akan dikeluarkan di pasaran November ini. Sekali tiba-tiba ada blogger gatal keluarkan 'review' hanya berdasarkan kepada demo-nya di E3 sahaja. What the frog?, main dulu sampai habis baru  buat review okay. Jadi dalam kes review filem Klip 3GP ni Shacklesmith bertindak tepat pada masanya.

Apa yang korang tau pasal klip video 3GP?, ya ianya suatu klip video yang dirakam menggunakan telefon bimbit pintar. Benda ni bukan perkara baru tapi dah lama dah, sejak Shacklesmith sekolah lagi. Tak silap aku Mastika pernah cover pasal story ni masa isu bulan Disember 2005 melalui tajuk 'Wajah-wajah yang memalukan bangsa kita'. Hangpa ingat lagi 'Kenangan Lubuk Tupah'?, orang Kedah konfem tak boleh lupa punya babak stim dapat klip 3GP tu. Enough said, memang satu trend dan hobi bagi para golongan belia itu untuk mengumpulkan klip-klip 3GP lucah dalam handphone mereka apa ianya mudah kerana boleh disebarkan melalui kaedah 'bluetooth', kecuali aku sebab aku takde smartphone berkeupayaan 3G. Aku pakai basic phone jer beb. Teringat aku masa mula-mula duduk hostel (rumah bujang) dengan senior ketika baru masuk kolej tiga tahun dulu (pertengahan 2008), awal-awal lagi aku diberitahu bahawa aktiviti malam dorang adelah menonton 'blue'. Aku pun pikir ape lagilah, memang sah-sah da agak penghuni sebuah unit flat Manor Taman Maluri ni memang jenis kurang beriman. Aku pun apa kurangnya jugak, masa muda-muda zaman sekolah dulu bukanlah jenis kuat sembahyang pun.

Waktu malam adalah saat yang paling dinanti-nantikan, bagi teman serumah aku yang memiliki laptop kami gunakan kesempatan ini untuk 'wifi' di restoran yang menyediakan perkhidmatan internet. Saat keemasan itulah kami gunakan untuk mendownload lagu-lagu mp3, video muzik Youtube, dan klip-klip 3gp secara haram tanpa pengetahuan pemilik asal tanpa was-was kerana ianya percuma tanpa dicaj pemilik restoran. Selepas puas mendownload dan menjamu selera maka pulanglah kami lalu klip 3gp lucah tersebut ditonton beramai-ramai, memang tak ingat dunialah. Sungguh lucu sekali masa tu sudahlah aku paling muda dalam rumah tu, ada pula suara yang mengatakan 'budak bawah umur 18 tahun dilarang menonton'. Ahh, aku peduli apa?, almaklumlah klip 3gp lucah ni punyalah senang sangat nak dapat malahan ianya disebarkan melalui kaedah P2P (Peer to Peer) dalam internet. Cari ajer semua ada!, nak tengok aksi 'pramugari', 'jururawat' ataupun 'pembantu rumah' mahupun 'aksi pelatih PLKN'! ianya mudah saja. You name it, you got it!.


Ianya berlaku sekitar Mei hingga Jun tahun 2008, seingat aku masa tu aku rapat dengan housemate aku budak Sabah dan pada masa itu jugak MimiFLY One Nation Emcees pelakon utama Klip 3GP pun baru nak naik (masa tu dia baru audition Gangstarz lagi). Aku pun tak sangka dia boleh jadi pelakon, memang sah-sah ikut jejak langkah Fergie Black Eyed Peas yang terlebih dahulu dikenali sebagai pelakon sebelum jadi penyanyi. Baiklah, daripada tadi aku asyik berbincang benda off topic tapi berkaitan jugak dan review langsung tak sentuh pulak dari tadi. Korang nak review jugak, okey aku bagi.

Memandangkan klip-klip lucah rakaman dari telefon bimbit semakin disebarkan secara meluas melalui kaedah file sharing dan bluetooth, ada yang menimbulkan kontroversi panas sehinggu menjadi bahan perselisihan di antara ahli keluarga mahupun rakan-rakan dan masyarakat. Maka oleh itu syarikat penerbitan filem ternama tanah air iaitu Grand Brilliance telah menerbitkan sebuah filem yang diinspirasikan dari isu-isu gejala negatif sosial ini. Shacklesmith secara terus-terang cakaplah, masa tengok trailer dekat Youtube tu pun bulu tengkuk aku dah tegak meremang. Apa lagi belum tengok kat wayang pun, memang SERAM TAK BERHANTU!. Hah, kalah cerita Dua Alam yang digembar-gemburkan 'Doktor' terpoyo 1Malaysia tu. Macam nilah nak buat Dr Rozmey oi, kata seram tak berhantu tapi scene ganas haram satu pun tak bubuh. Setakat taruk scene mandi ngan kuburkan jenazah  majalah Mastika pun boleh buat. Tampilkan mood dalam penceritaan bertulis pun jer dah cukup untuk menginsafkan orang.


Filem ni mengingatkan aku dengan filem Gangster dan Akhirat yang menggabungkan 3-4 cerita dalam satu filem. Aku pun tak berapa pasti kalau ada lagi filem tempatan buat konsep sebegitu tapi apa yang pasti kesemua filem tersebut bergenre thriller. Sebelum filem ini dikeluarkan lagi, hampir tercetus satu kontroversi melibatkan pelakon utamanya iaitu MimiFLY yang dikatakan melakonkan babak panas hubungan seks dalam filem tersebut, walaubagaimanapun ianya disangkal oleh beliau dengan mengatakan bahawa babak tersebut dilakonkan menggunakan body double. Akan tetapi, apa alasan yang diberikan ianya tetap memberi kesan dimana kontroversi ini hampir merenggangkan hubungan Mimi dan Jojo. Adegan itu diperlukan untuk menampakkan filem tersebut sebagai realistik memandangkan filem tersebut mempunyai mesej yang tersendiri iaitu pengajaran tentang bahayanya teknologi ini. (Aku malas nak tulis sinopsis, baca jelah kat SINI)


Cuma yang buat aku terfikir, bukankah zaman sekarang ni hampir kesemua smartphone boleh menggunakan format MP4 yang lebih bagus kualitinya berbanding 3GP yang agak kureng kejelasan imejnya. Kalau sekarang dah canggih, kenapa perlu ke belakang?. Aku tak hairanlah kalau filem ini diterbitkan pada tahun 2007/2008 but now it's 2011 for God sake!. Sepatutnya diberi nama Klip MP4 supaya ianya lebih appropriate!. Lagi satu, filem ini diterbitkan bertujuan untuk memberikan pengajaran kepada golongan muda supaya tidak tercebak ke dalam kancah sosial seperti seks bebas, salah guna internet dan sebagainya. Akan tetapi, akan adakah flip sided effect pula?, filem ini secara tidak langsung seolah-olah menggalakkan lagi aktiviti seks bebas di kalangan generasi muda. Bagaimana pulak tu?, aku paham la beb nak buat filem memang kena buat biar nampak realistik. Lainlah kalau buat cerita kartun. Tiga hari sudah sebelum menulis entry ini, aku bertanyakan kepada member aku tentang apa pandangannya mengenai filem Klip 3GP. Kebetulan beberapa minit sebelum tayangan filem Bini-biniku Gangster yang kami tonton hampir sebulan lalu, kami sempat menonton trailer filem Klip 3GP tersebut, lantas beliau menjawab FILEM YANG MEROSAKKAN DAN MEMALUKAN BANGSA!!.


Sungguh mudah dan jelas komen yang diberikan oleh kawan aku tu, begitu mendalam maksudnya. Aku tak pasti apa review penonton selepas hampir dua minggu filem ni ditayangkan. Setakat ni belum komen negatif dalam surat khabar. Filem ini turut menampilkan pelakon Zahiril Adzim yang mula dikenali melalui drama Juvana meskipun terlebih dahulu muncul dalam filem Gadoh, drama ni mengingatkan aku dengan drama Prison Break dan dokumentri Guilty Or Innocent yang disiarkan di Discovery Channel. Aku harap janganlah dia terpalit sama kalau berlaku kontroversi gara-gara komen negatif sebahagian besar rakyat negara ini.

So, that's all for today folk's!. Even though it takes more than a day for me to finished this up!. Haha, kepada anda semua jangan marahlah kalau dapat tahu bahawa Shacklesmith sebenarnya tak tengok langsung cerita Klip 3GP tapi tangan gatal sangat nak buat 'review'!. Seribu maaf ku pohon kalau ada yang terasa hati kena permain kow-kow oleh aku. Bukan niat aku hendak menipu cuma saja nak berkongsi pengalaman mengenai video rakaman 3GP sepanjang hidup aku.

Salam sejahtera dari Shacklesmith
- Damansara, Kuala Lumpur

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

KhairulZamanKhobin said...

: movie mistakes filem KLIP 3GP

haha.. betul tu.. it should be KLIP MP4.. tapi selalunya video lucah dalam bentuk 3gp rite...

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget