Monday, October 24, 2011

Iktibar Buat Mat Rempit Dari Litar Sepang

Setelah selama 12 tahun Litar Grand Prix Antarabangsa Sepang beroperasi menjadi trek perlumbaan sukan permotoran bertaraf dunia. Kini buat pertama kalinya ianya meragut nyawa seorang pelumba akibat terbabas di trek sukan berprestij itu. Seorang pelumba motosikal GP dari Itali, Marco Simoncelli maut di tempat kejadian sejurus selepas superbikenya terbabas dalam insiden perlanggaran antara superbikenya seorang lagi pelumba bernama Colin Edwards.

Ini kali pertama Shacklesmith dapat tau terdapat nahas mengakibatkan maut di Litar Sepang, selama ini aku ingat jalan raya di Malaysia ajer yang bahaya. Rupanya Litar Sepang yang berprestij tu pun tak kurang hebatnya jugak. Paling malang sekali ianya melibatkan seorang pelumba professional (kalau tak pro takkan jadi pelumba GP beb!).

Diharapkan peristiwa ngeri ini menjadi iktibar buat para mat rempit untuk terus insaf dari melakukan kerja tak bermoral dan terkutuk dorang tuh. Lebih baik maut sebagai pelumba professional yang bermaruah daripada mati di jalan raya akibat melumba secara haram.

Kepada pengarah dan penggiat filem tersohor seperti Ahmad Idham dan Farid Kamil, silalah buat filem bertemakan kehidupan mat rempit banyak-banyak semoga memberi 'kesedaran' pada mereka untuk 'insaf' di waktu kelak. Amin

Shacklesmith : Ada angan-angan nak memiliki Superbike sejak dari zaman sekolah lagi. Insyallah kalau masa kesampaian, poket dah cukup, bini aku bagi lampu hijau asalkan sebelum tu belikan kereta untuk dia dulu baru beli Superbike dan sesiapa saja yang sudi bagi free pada aku. Heee~

2 comments:

cik wanie Lovela (CWL) said...

p sepang kena halau.smua pakat baling sampah mana tau ada org mngal .mngment dia xhabaq.

Shacklesmith said...

yela kot cik wanie.. hihii~
walahualam ;)

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget