Monday, October 3, 2011

Lebih Baik Mengemis Dari Jual Body

Bagi sebilangan besar warga kota khasnya Kuala Lumpur, mungkin adalah satu perkara biasa sekiranya jika terserempak atau disapa oleh pengemis-pengemis warga tua yang berasal dari tanah besar China ketika makan di medan selera. Pengemis-pengemis ini biasanya 'diupah' oleh sindiket haram untuk mengaut keuntungan dengan cara yang paling kotor iaitu mempermainkan psikologi rakyat Malaysia yang dikatakan paling prihatin di rantau Asia Tenggara dengan modal air muka warga emas. Biasanya sasaran mereka adalah premis-premis makanan seperti medan selera berdekatan pejabat dan kolej.

Shacklesmith sendiri mempunyai pengalaman berdepan dengan pengemis-pengemis palsu ini ketika menjamu selera di medan makan Taman Maluri. Biasanya, aku malas nak layan dorang ni sebab buat apa sedekah pengemis palsu. Alih-alih duit tu masuk poket towkay dia jugak. Jadi tak berbaloi pun aku sokong pengemis palsu ni sebab bukan dapat pahala gamaknya. Duit tu akan disalurkan towkaynya yang merangkap bapak ayam bagi makan ayam-ayamnya yang bersepah di rumah urut dan hotel bajet.

Itu barucerita pengemis tua yang 'diupah' mengemis, di Tanah Besar China tempat asal mereka lain pula ceritanya.



CHINA – Siapa sangka gadis yang dianugerahkan Tuhan dengan rupa paras yang cantik menawan sanggup menjadi pengemis jalanan di sebuah ibu kota besar China, yang padat dengan penduduk.
Tindakan gadis cantik yang mengemis di jalanan itu telah menarik minat seorang individu yang hanya dikenali sebagai ‘Shinzokasuka’ yang merakam dan memuat turun kejadian itu di laman web, Youtube.com,  yang kemudiannya menjadi perbualan hangat di forum-forum serata dunia khususnya di China.
Sehingga kini, dianggarkan lebih dari 35,000 orang dari seluruh dunia telah menonton video tersebut di laman web berkenaan dan insiden tersebut telah menjadi perbualan hangat di beberapa forum terkenal seperti, Chinapage.org dan Forum.Vivanews.com.
Video tersebut memaparkan seorang gadis mengemis di sebatang jalan yang sibuk tanpa mempedulikan orang ramai yang memberi perhatian padanya.
Gadis itu hanya mampu tertunduk malu ketika dia dirakam mengemis dan ketika disapa orang ramai yang cuba bertanyakan sesuatu, dia hanya membisu  seribu bahasa.
Salah seorang penonton video tersebut menterjemah apa yang dikatakan oleh individu yang merakamkan video tersebut.
“Kami terkejut dalam menemui seorang gadis cantik yang menjadi pengemis di tepi jalan.
“Dia menulis di atas jalan, ‘tolong…perlukan duit untuk makan dan tambang bas, terima kasih,” kata perterjemah video tersebut yang menggunakan nama samaran ‘Cwenhan’.
Tambahnya lagi, orang ramai yang melalui jalan tersebut turut bersimpati dan memberikannya beberapa keping syiling kepadanya.
“Apa yang membuatkan seorang gadis cantik meminta duit sebegitu rupa?” katanya mempersoalkan tindakan gadis tersebut.
Rakaman video tersebut mencetus pelbagai spekulasi dari penonton-penonton yang berpendapat bahawa gadis tersebut terdesak mencari wang untuk membayar yuran persekolahan adiknya, namun ada pula yang menyatakan ia hanya helah untuk mencari wang secara mudah.
Laman web thdonline.wordpress.com berpendapat bahawa gadis tersebut mungkin cuba mempedaya orang ramai memandangkan adalah aneh bagi seorang gadis yang cantik untuk mengemis di jalanan dan memalukan dirinya.
Malah menurut laman web itu, meskipun budaya mengemis menjadi satu kebiasaan di negara Tembok Besar itu, namun ia menimbulkan pelbagai tandatanya di seluruh dunia mengenai keperluan gadis tersebut sehingga terpaksa meminta sedekah.
Ekoran itu, pelbagai tanggapan buruk telah dilontarkan kepada gadis tersebut.
“Ramai orang di dalam forum mengatakan sesuatu yang buruk terhadap gadis tersebut, kata mereka ia sepatutnya menjadi pelacur dari meminta sedekah di tepi jalan,
“hmm, saya rasa saya menggunakan pendapat yang ‘baik’ itu kerana perkara ini diperbincangkan di semua tempat di internet, bukan hanya di dalam Forum-forum di China.” katanya.
Shacklesmith pun tak tahulah apa nasib ah moi tu sekarang sebab video tu dah berlegar di Youtube dekat 3 tahun sudah.  Tapi apa yang pasti, setebal muka dia jadi pengemis. Dia tetap tak sanggup jadi pelacur seperti teman-teman sebayanya yang banyak dieksport ke negara luar untuk 'berbagi lendir' dengan lelaki asing. Bayangkan di negara kita saja sudah ramai lelaki Melayu, Cina dan lain-lain termasuk juga pelancong mat salih yang miang sudah diulit dan bergesel dengan China Doll di premis rumah-rumah urut dan hotel murah. Bukan sebarang lelaki, khabarnya orang kenamaan termasuk bekas menteri (bukti video sudah ada) yang memegang jawatan penting di negara ini pun turut terlibat sama!. Apa nak jadi dengan wanita malang dari Tanah Besar China ini?. Sudah negara China kekurangan kaum wanita untuk dijadikan isteri para lelakinya. Tak pasal-pasal akibat tekanan ekonomi wanita pun dijadikan bahan eksport dagangan.
Pada hemat, Shacklesmith lebih baiklah jadi pengemis dari jadi pelacur. Sekurang-kurangnya tak tergadai maruah. Tapi dari jadi pengemis, lebih baik jadi model Moko.cc ataupun MetCN pun ok jugak kn? KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!!!!!!!!!

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget