Sunday, October 16, 2011

Epit (Vokal) Budak Sekolej Dengan Shacklesmith??

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian, untuk pengetahuan korang aku ni bukanlah peminat tegar program realiti sebagaimana ramai rakyat Malaysia (walaupun taklah seramai lima tahun dulu di zaman kegemilangan AF). Bahkan program nyanyian ni bukanlah program yang aku gemari (aku ni terus teranglah memang jarang tengok TV sejak 'bercinta' dengan laptop aku ni). Walaubagaimanapun, aku rasa cukup bersemangat pulak malam ni!



Sebenarnya aku terpanggil disini untuk menulis artikel secara suka rela demi 'berkempen' mengaut sokongan terhadap kawan sekolej aku sendiri iaitu Epit yang kini menjadi peserta kepada rancangan realiti TV terbaru terbitan TV3 iaitu Vokal - Bukan Sekadar Rupa yang memulakan konsert pertama pada malam ini!. Aku baru sebenarnya tau yang dia juga peserta masa bukak Facebook tadi, ada sorang budak Sarawak yang kebetulan member rapat dia sampaikan kepada kami kengkawan satu badge intake tahun 2008.

Secara peribadinya, aku bukanlah kawan rapat pun dengan dia dan kami jugak jarang terserempak di kolej almaklumlah kami belajar di bidang yang berbeza. Dia belajar Diploma Hotel Katering sementara aku pulak menuntut Diploma Teknologi Maklumat. Aku kenal dia pun melalui MySpace sebab aku kenal sorang dua budak kelas dia. Kami belajar di sebuah kolej swasta di Taman Maluri dan akan konvo dua bulan lagi. Insyallah. Epit ni berasal daripada Perak (Oghang Taiping yeop!)

Tak sangka jugak aku ada kawan sekolej yang punya bakat nak jadi penyanyi terkenal suatu hari nanti. Dulu masa di sekolah aku yang menyinar adalah Aliff Satar dan Dafi. Epit ni merupakan budak koir dalam kolej aku dan mengikut kata kengkawan sekolej aku, dia kalau menyanyi lagu rock kapak suara memang power lah.

Shacklesmith : Artikel ditulis sebelum Epit membuat persembahan dan disiapkan selepas beliau tersingkir. Mengikut kata awek nurse yang aku borak bersama dalam Facebook. Dia tersingkir awal-awal lagi gara-gara pitching yang banyak lari. Aku rasa dia tak boleh dipersalahkan pasal hal suara ni sebab sekarang pun korang paham-paham jela sekarang ni musim flu dan sakit tekak.


Adoyai, bukan rezeki ko la malam ni bro~~

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget