Nampak gayanya ada pihak tidak senang dengan usaha ini lalu menimbulkan keraguan sebagaimana anda lihat beberapa hari lalu apabila mereka mempersoalkan mengapa lauk dibeli oleh si pembuat cerita pengadu boleh berharga RM6.00 sedangkan lauk yang 'sama' dibayar PM pulak berharga RM4.00. Bagaimana boleh berlaku kontradiksi harga begini?. Cuba lihat betul-betul gambar di bawah.
Baru-baru ni Shacklesmith dapat berita bahawa konsep sama yang dipelopori oleh PM jugak telah diciplak oleh pihak pembangkang iaitu DAP dengan jenama baru iaitu 'Menu Rakyat' atau lebih tepat sekali Menu Rakyat Malaysian Malaysia!. Ianya diperkenalkan oleh Ahli-Ahli Parlimen DAP yang mewakili kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diketuai oleh Teresa Kok bagi menandingi Menu Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan oleh PM. (untuk maklumat lanjut sila baca keratan akhbar di SINI)
Premis yang mereka pilih untuk menjayakan projek mereka ni adalah sebuah restoran berasaskan makanan vegetarian yang terletak di Jalan Ipoh, Segambut. Antara isu yang mereka canangkan ialah tak habis-habis dengan isu makanan yang dibayar oleh Najib itu. Yelah beb, apalah nak bandingkan makanan vegetarian dengan makanan yang ada IKAN, DAGING dan AYAM. Tentulah tak sama sebab sayur lagi MURAH. Persoalan yang pertama muncul dalam kepala Shacklesmith adalah, cukupkah bagi non-vegan semua untuk makan sayur-sayuran saja?. Aku bukan nak memperlekehkan semua kaum vegetarian tapi aku nak bertanya pada yang bukan vegetarian, bolehkan korang hidup tanpa daging?.
Aku nak cerita pengalaman aku dulu masa belajar, pernah gara-gara semata nak berjimat aku makan nasi di warung berlaukkan SAMBAL TEMPE GORENG sajer sebab nak save bajet ketika tinggal di rumah sewa di Taman Maluri. Malahan, selepas 'dihalau' keluar dari rumah sewa gara-gara krisis antara Jabatan Hal Ehwal Pelajar kolej aku dengan tuan rumah sehingga menyebabkan aku terpaksa berulang-alik dari Damansara ke Taman Maluri menaiki LRT pun aku tetap menjamah lauk yang sama sebab BAJET punya pasal (walaupun kadangkala lapar punya pasal gua bedal jer NASI GORENG PATAYYA dan NASI GORENG AYAM).
Sungguhpun begitu balik rumah tetap jugak aku pelahap apa yang mak aku masak, seperti AYAM dan DAGING jugak yang aku cari. Jadi ianya menimbulkan tanda-tanya, apakah Menu Rakyat Malaysian Malaysia ini benar-benar menepati citarasa sebilangan besar rakyat Malaysia?. Bukan semua rakyat Malaysia ni vegetarian. Takkanlah nak makan sayur jer tiap-tiap hari beb, ini akan mengakibatkan semakin ramai rakyat Malaysia mengalami gejala obesiti dan kencing manis gara-gara pengambilan makanan ringan seperti snek dan mee segera yang kita tahu ianya menghasilkan lemak tepu demi menangani situasi lapar tatkala bekerja ini.
Lagi satu berkenaan dengan status halal premis makanan tersebut ianya menimbulkan keraguan. Cukup berani sungguh wartawan Mynewshub bertanya kepada pemilik restoran berkenaan. Tembelang sudah pecah, pemilik restoran berkenaan langsung takde pun memohon sijil halal daripada JAKIM!. Apakah menu masakan restoran ini selamat dimakan oleh umat Islam?. Yang melucukan boleh pulak Teresa Kok dan pemilik tu cakap semua makanan di situ 'halal' untuk umat Islam makan walaupun tak mendapat pengiktirafan Jakim.
Aiya nyonya!, lu ingat itu makanan takde babi maknanya orang Islam boleh makan ke hah?. Kebersihan dah satu hal, lagi satu kena tengok tukang masak jugak. Apakah jikalau tukang masak tak cebok orang Islam boleh makan suka-suka ke hah?. Nak tanya sikit, minyak masak pakai minyak apa?, adakah minyak itu dapat pengiktirafan halal oleh JAKIM?, kalau produk yang digunakan sendiri belum diiktiraf mana boleh suka-suka cakap halal. Sedangkan produk butter cookies dan minyak zaitun daripada Europe pun perlu diperiksa kandungan oleh JAKIM inikan pulak bahan makanan dari restoran vegetarian.
Korang sendiri mesti peristiwa Teresa Kok menghina makanan yang dihidangkan pihak polis ketika di tahan bawah ISA tiga tahun dulu dimana nasi berlaukkan dua bijik telur potong beserta dengan timun dan berkuahkan sup lemak itu dikatakan sebagai MAKANAN ANJING. Kini MAKANAN ANJING itulah yang dihidangkan kepada rakyat Malaysia dengan penjenamaan semula sebgai MENU RAKYAT MALAYSIAN MALAYSIA dan dijual dengan harga RM2 bagi menutup hakikat bahawa ianya hanyalah makanan anjing di mata Teresa Kok.
Murah sungguh martabat rakyat Malaysia kerana dijamu 'makanan anjing' oleh Teresa dan kuncu-kuncunya sedangkan anjing-anjing di kawasan Damansara milik golongan kaya kaum tertentu yang sering bergaul dengan politikus DAP pun diberi makan makanan anjing import yang mahal seperti yang kita lihat di pasaraya TMC Bangsar itu dimana harganya lebih dari RM50 ke atas.
Namun apa yang pasti, restoran ini akan tetap mendapat cap Halal jugak suatu hari nanti meskipun tanpa diiktiraf secara rasmi oleh JAKIM. Ianya akan ditandakan 'Halal' oleh PAS dan segala lembu-lembu pencacainya tanpa sebarang inspection rapi di dapur-dapur seperti yang biasa dilakukan JAKIM. Caranya senang saja, apa kata kita cadangkan bawak sekali Tok Guru Nik Aziz makan di situ lepas tu tangkap gambar post dalam wall seperti yang korang selalu buat di Facebook. Amacam, ada berani?.
Shacklesmith : Aduhai, dunia oh dunia. Kalau dulu orang Islam sendiri boleh tetapkan hukum agama tanpa peruntukan syarak ikut kepala kaki lutut sendiri. Kini orang kafir pun boleh suka-suka buat seolah agama kita ni datok nenek depa yang punya jugak!. Melayu oh Melayu, sampai bila nak buat tak sedar-sedar lagi hah??!!
No comments:
Post a Comment