Friday, October 7, 2011

Patutkah Walt Disney Saman Adolph Hiter??


Cuba korang perhatikan lukisan dwarf Snow White dengan Pinocchio kat atas tu, adakah korang rasa ianya benar-benar kerja tangan kartunis tersohor Walt Disney sendiri?. Sekali imbas, memang sebijik macam Walt Disney yang punyer tapi bila pandang untuk kali kedua nampak lain pulak kan. Lagi-lagi tang warna tu agak berbeza dari lukisan yang original. Kalau yang sebenar guna poster color tapi yang ini cair sikit. Aku pun tak sure brand apa yang dipakai oleh Walt Disney. I'm not so sure about it. Kat Germany banyak jenama bahan  -bahan lukisan. Faber Castell mungkin ataupun Staedtler (ingat Luna yang feymes sejak kita sekolah dulu, pen dia boleh aku cakap terbaiklah macam Triplus)

Kalau korang nak tau sapa yang lukis tu. Jeng-jeng-jeng, haha. Sapa lagi kalau bukan Fuhrer agung Adolph Hitler. Sapa sangka jugak kan diktator terzalim kat dunia ni ada bakat melukis walaupun nampak macam ditekap atau disalin jer daripada lukisan Walt Disney.  Memang aku ada dengar ura-ura yang mengatakan Hitler ni dulu pelukis hiasan surat dan itu tak dinafikan lagi. Cerita pasal penemuan ni dah lama dah 3 tahun dulu tapi diwar-warkan semula sebab ada yang berminat nak beli.

Pewaris Walt Disney tak nak tuntut sikit ker hasil lelongan tu?, Hitler sedap-sedap pi cilok idea pelukis tersohor abad ke 20 tu.

Shacklesmith : Pernah berangan nak jadi pelukis..

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget