Jika anda lihat semenjak dua tahun sudah iaitu pada lewat tahun 2009, telah bermulanya kecendungan oleh penggiat drama tanah air untuk menerbitkan drama bercorak 'Islamik'. Ini boleh dilihat dengan kejayaan drama 'Nur Kasih' yang berjaya mendapat rating tertinggi selama lebih dua bulan di stesen TV3. Drama inilah yang telah melonjakkan nama Tiz Zaqyah sehingga menjadi antara pelakon wanita yang disegani dan juga menghangatkan gosip cinta antara Remy Ishak dan Ummi Nazeera
Syabas diucapkan kepada pengarah tersohor Khabir Bhatia yang begitu aku kagumi dengan kreativitinya mengarah cerita arahannya sehingga menjadi cult classic ke tahap epic proportion. Terus teranglah gua cakap beb, dulu masa awal kemunculan dia dengan filem Cinta aku tak terima kerana judul yang begitu simplistik dan menceritakan perkara cliche (cinta berlaku di mana-mana sahaja kerana sifat semulajadi manusia) akan tetapi selepas buah tangannya yang selepas itu iaitu filem Sepi (mungkin akibat faktor 'Afdlin Shauki' yang merupakan idola aku) aku mula faham akan apa mesej yang cuba beliau sampaikan (sebab baru nak kenal apa erti cinta sebenar almaklumlah umur pun naik 18 tahun ketika itu).
Sebenarnya drama bercorak Islamik ini bukanlah fenomena baru dalam industri drama tanah air, ini kerana sebelum kemunculan drama Nur Kasih. Drama-drama bertema keagamaan telah dipelopori terlebih dahulu oleh RTM dalam siaran TV1 dan TV2 sejak tahun 1990an lagi. Akan tetapi, biasalah pada masa itu RTM kan sapa tengok sangat dengan kualiti siaran yang tak ubah seperti siaran televisyen zaman Ron Burgundy tahun 1970an masih lagi pakai analog lagi. Lagipun yang tengok RTM ni orang-orang di luar bandar yang masih belum punya akses kepada TV3, Mega TV dan Astro (ingat, aku sebut masa tahun 1990an okay).
Kemunculan drama Nur Kasih telah sedikit mencetuskan satu fenomena luar biasa yang menarik sebilangan ramai golongan muda terutamanya anak-anak gadis yang biasanya kita lihat bertudung tak kira dari dalam mahupun luar bandar. Watak yang dipegang oleh Tiz Zaqyah menjadi contoh sebilangan besar anak-anak gadis yang baru meningkat dewasa kerana kepetahannya menasihati dan berbicara soal agama dan akidah. Disamping itu, watak yang dibawa oleh Tiz Zaqyah dan Ummi Nazeera sungguh menyejukkan mata memandang kerana imej mereka yang bertudung meskipun realitinya mereka tiada bezanya dengan gadis-gadis tipikal KL middle class dan pelakon wanita yang lain.
Bukan niat aku nak mengaibkan mereka kerana bagi aku Tiz Zaqyah dan Ummi Nazeera tetap awek yang sweet di mata aku. Tapi inilah realiti kehidupan, so terima jela dengan bulat-bulat dan telanlah semahu-mahunya meskipun bukan kehendak perut hati mahu ianya jadi begitu. Apa pun aku tetap respek mereka kerana berjaya menipu korang semua dengan watak-watak yang korang pikir secara realitinya turut melambangkan kehidupan sebenar mereka. Inilah hakikat yang patut korang terima daripada pelakon bai. Kalau tak kerana ni maka apa sebab Allahyarham Seniman Ahmad June pernah diludah di luar panggung oleh penonton gara-gara watak jahat yang selalu dilakonkannya padahal hakikatnya beliau tidaklah begitu di luar. Ini kerana sehingga ke akhir hayatnya beliau adalah seorang yang warak dan rajin melakukan amal ibadat serta menjadi guru mengaji kepada anak-anak setempatnya.
Kesinambungan tercetusnya fenomena drama Islamik yang dibawa oleh Nur Kasih maka bermulalah trend-trend oleh syarikat penerbitan untuk menerbitkan drama-drama bercorak sedemikian. Kita boleh lihat yang terbaru usaha inisiatif yang dibawa oleh pengarah yang juga bekas pelakon Erma Fatima (yang suatu ketika mencetuskan kontroversi filem Embun arahannya yang menyaksikan Allahyarham Izi Yahya 'merogol' Umie Aida dalam keadaan 'panas') untuk turut menerbitkan drama bercorak Islamik iaitu Tahajjud Cinta yang telah melabuhkan tirai baru-baru ini.
Shacklesmith sebenarnya malas nak mengulas lanjut mengenai drama lakonan Fazura dan Neelofa yang telah menemui penonton sejak 8 Julai lalu. Tak usah disebut lagi kontroversi yang pernah aku ceritakan hampir tiga bulan lalu. Bagi aku kalau bab pelakon perempuannya sama saja di dalam set ajer bertudung tapi kat luar jangan cakaplah bak kata slogan kedai Seng Heng 'Beza memang berbeza'. Cuma aku nak mengulas email yang telah diterima oleh Abang Nara dari seorang peminat yang tidak puas hati dengan ending drama tersebut kerana merasakan ianya mengecewakan peminat.
assalamualaikum, saya tulis sekadar nak meluahkan rasa tak puas hati dengan pengakhiran cerita Tahajjud Cinta di TV3. Tak kan cerita permulaan yang sangat hebat berakhir macam itu sahaja. Saya percaya ramai yang tidak berpuashati dengan ending cerita tersebut dan saya rasa tak patut erma fatima buat ia tergantung. Pasti penonton mahu tahu apa yang terjadi pada Ustaz Shauki (yang serius saya rasa mencabar emosi penonton dengan hadis2 dan ayat quran dalam setiap kata2nya). Juga isteri2nya, anaknya solah, pada Seri. Hm, entahlah. Mungkin Erma Fatima puas hati dengan hasil kerjanya. Tetapi hati penonton? Harap2lah lepas ni jangan ada cerita hebat yang tergantung macam tu je. Kita yang stress.. Apa pendapat abang Nara?
Aku cukup setuju dengan pendapat yang diutarakan oleh abang Nara yang menyatakan bahawa drama ini adalah refleksi kepada realiti kehidupan kita zaman sekarang yang terlalu taksub kepada sesuatu pemimpin sehingga pemimpin buat salah pun tidak berani nak tegur. Tidak dinafikan juga ramai yang berlagak alim semata-mata nak menunjuk-nunjuk dengan orang lain betapa hebatnya diri mereka itu. Sementara bagi mereka yang taksub maka dipujalah sipolan itu bagai nak ke langit seumpama dewata kayangan. Seperti kes yang pernah aku hadapi dari seorang Mek Kelate pelajar UKM ni hah, semua gara-gara akibat taksub menggila pada Tok Guru-nya itu. Walhal, entah berapa banyaklah wang rakyat Kelantan disapunya sepanjang memegang tampuk pemerintahan selama lebih 20 tahun. Tak mahulah sebut pasal politik tapi apa yang pasti “kerana wanita, sehebat mana pun lelaki pun boleh jatuh tewas“. Hatta, ustaz sekalipun tetap tewas jua.
Sekian,
Terima Kasih Kerana Membaca
Shacklesmith : Tak terdetik hati nak giat menonton drama seperti dulu.
No comments:
Post a Comment