Tuesday, October 25, 2011

GEMPAR!! Hantu Kendong Anak Masuk CCTV Di Terengganu

Walawey, biar betul beb!, aku rasa tahun 2011 ni memang tahun CCTV lah. Popular betul perkara berkaitan CCTV ni sampai rumah yang takde CCTV pun nak dipasang CCTV dijadinya (kecuali di tandas dan tempat beradu suami isteri). Aku rasa CCTV nilah adalah gadget yang paling popular tahun ni mengalahkan X-Box 360 Special Edition dan Astro B.yond IPTV meskipun tidak mampu menandingi iPhone 4S dan Blackberry Bold/Torch. Mana tidaknya, Mac lalu keluar video babak panas bekas Timbalan Perdana Menteri yang sekarang jadi ketua pembangkang main dengan gundik import China mari pun melibatkan penggunaan CCTV. Jadi cayalah kepada ciptaan manusia bernama CCTV kerana sekian lama berjasa kerana berjaya membantu mengenalpasti siapa kepala pecah rumah, pecah amanah dan pecah kepala sebagainya disamping menjadi medium mencetuskan gosip panas selain handphone 3GP!


Kali ni bukan berkaitan aksi panas babak kelucahan tahap melampau seperti yang dipaparkan pada Mac lalu dan filem Klip 3GP tapi yang ni masuk pasal hantu pulak dah!. Ya, kali ni pulak insiden rakaman misteri CCTV melibatkan hantu di sebuah premis kedai serbaneka 7-11 di Paka, Terengganu.


Mula-mula aku ingat tempat 7-11 ni kat Masjid Jamek, KL bersebelahan Burger King, bersetentangan dengan McDonald dan farmasi Guardian menghala ke Pudu Raya, Maybank, dan Kota Raya tapi rupanya di Terengganu lah pulop.

Nah, jom kita usha rakaman nie dan nilaikan apakah benarnya itu hantu?. Sesungguhnya ia satu persoalan di antara logik dan delusi minda.


Benarkah video ni tulen atau hanya sekadar lakonan?. Lagipun mana mungkin CCTV boleh buat kesan khas kan (special effect)?

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget