Muammar Gaddafi Dibunuh.
KAHERAH, 21 Okt 2011 – Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.
Dalam rakaman yang disiarkan Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.
Sementara itu, rangkaian televisyen Al Jazeera menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.
Selain itu, Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.
Pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita.
“Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi,” kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.
“Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan,” katanya.
(sumber KLPos)
Satu persoalan menjengah minda aku, 'Apakah Libya akan kembali aman seperti dulu sebelum Perang Saudara ni tercetus?'. Lihat apa sudah jadi Iraq selepas tumbangnya rejim Saddam Hussein yang didalangi oleh puak Syiah dan Amerika meskipun yang matinya puak Syiah jugak. Iraq sampai sekarang tidak aman dan khabarnya kerajaan baru pro Amerika itu jugak bukanlah sempurna sangat pun. Rasuah tetap berleluasa malahan lebih teruk membusuk lagi dari zaman Saddam akibat dari sistem dan budaya baru yang diimport dari Amerika. Begitu jugak dengan Mesir yang menyaksikan pertelingkahan Arab Islam dan Arab Coptic yang berbeza agama.
Sila baca untuk pengetahuan lanjut ;
Aku dah lama tau video ni semenjak sebelum Aidilfitri sudah lagi, tak silap aku selepas pulang dari solat tarawikh untuk menyelongkar update berita dunia. Walaupun aku bukanlah setuju 100% dengan Almarhum kerana beliau disifatkan sebagai 'agak gila' jugaklah semasa hayatnya tapi aku cukup kagum dengan dasar untuk negaranya. Agak-agak cuba korang bayangkan kalau Bank Negara kita bebas dari pengaruh Bank Dunia dan Rothschild, mesti kita takkan mengalami kemelesetan jugak kan?. Renung-renungkan video di bawah.
Shacklesmith : Apa pulak pandangan Datuk Najib dan Datuk Anwar mengenai tragedi ini?, adakah balik-balik nak ulang cakap pemulihan demokrasi dan all sort of democrazy shit or what so ever lagi?. Oh come on, kepada Datuk Najib dan Datuk Anwar. Takkanlah nak bodek NTC lagi kot.
No comments:
Post a Comment