Sunday, October 16, 2011

Ada Apa Dengan Drama Melayu? 1

Maaf kepada pembaca aku kerana sudah lebih dua hari tidak mengupdate kandungan blog ini. Aku baru lepas menonton filem The Three Musketeer siang tadi setelah lebih dua minggu tidak menonton filem di wayang. Sejujurnya, mood dan gerak hatiku untuk mengarang hilang secara tiba-tiba meskipun idea tetap datang dengan mencurah-curah. Jangan disalahkan pulak kononnya aku kering idea, cuma tangan aku jer yang malas nak menaip. Di malam yang sunyi ni Alhamdullillah kepada-Nya kerana telah mendetikkan hatiku ini untuk menulis sebuah entry tentang sebuah drama popular kegilaan ramai yang baru saja berakhir.

Aku ni sebenarnya bukanlah kaki menonton drama di televisyen. Seingat aku sudah hampir dua tahun aku tak melayan dah cerita-cerita Melayu yang ditayangkan di televisyen. Kali terakhir aku mengikuti drama pun sewaktu slot SERAM TV3 iaitu Tower 13 lakonan Bront Palarae, itulah drama akhir yang aku ikuti dengan penuh minat sekali. Kalau nak diikutkan selepas itu, slot SERAM pun aku follow endah tak endah jer sebab terlalu sibuk dengan tugasan kolej padahal slot SERAM-lah yang paling aku follow di TV3 semenjak drama Susuk (2007) lakonan Dynas Mokhtar (sampai leka dari mengulangkaji SPM!).


Walaupun aku lebih cenderung kepada drama hantu tapi aku ni bukanlah jenis yang penakut macam sesetengah orang yang cepat tersentap jantung walau hantu tak kelihatan langsung di babak hanya disebabkan bunyi sahaja. Entah mengapa aku bersikap begitu mungkin pengarahnya tak mampu menundukkan aku secara psikologi (bukan drama saja malahan filem pun begitu, sedangkan bikinan Hollywood juga tidak mampu menaklukiku dengan segala kecanggihan teknologi membina mood seram yang menakutkan).

Selain slot SERAM di TV3, drama cerita hantu yang disiarkan di stesyen televisyen lain turut menarik perhatianku iaitu GHOST yang disiarkan di 8TV sekitar awal 2008. Aku ikuti cerita lakonan dua orang pengacara popular Nazruddin Rahman dan Cheryl Samad tu dengan penuh minat, bukan saja minat dengan jalan cerita. Malahan dengan sinematografinya sekali yang begitu alive!. Memang berbeza dari drama tipikal Melayu lain sebab pengarahnya berbangsa Cina jadi korang paham jela tahap kreativiti penggiat seni ni tak sama mengikut bangsa. Drama ni jugak banyak mengetengahkan kehidupan golongan urban (Melayu KL) yang mana aku dah masak sangat. Sejujurnya aku respek drama Melayu hasil karya garapan penerbit dan pengarah berbangsa Cina sebab mereka sedaya-upaya cuba lari daripada perkara cliche drama Melayu tipikal.


Persoalan 'hantu' yang dibawa oleh kedua drama ini (GHOST dan Tower 13) bukanlah bertujuan untuk menakutkan penonton tapi lebih kepada puzzle solving. Aku cukup minat pasal 'mengenalpasti dan menyelesaikan masalah' ni sebab aku ni minat main video games. Kalau korang pernah main Silent Hill ataupun Forbidden Siren mesti penah pecah kepala solving that riddling puzzles tu kan?. Haha, aku tau majoriti yang baca ni tak main video games sangat pun.

Selain drama seram, drama-drama lain juga turut ku minati seperti Sindarela yang memperkenalkan aku kepada Bront Palarae dan Remy Ishak. Drama ni merupakan drama kedua lakonan Sharifah Amani selepas kejayaan Emil Emilda hampir setahun sebelum itu. Aku cukup respek (not fully) dengan watak lakonan Bront sebagai seorang mekanik sederhana yang berasal dari kerabat diraja dan jugak Remy Ishak yang begitu cool dan bersahaja tapi gatal. Aku follow sebelum tunggu result SPM sampailah baru masuk semester pertama kolej. Kengkawan serumah punyalah dok terliur cakap pergh bapak giler best universiti Lim Kok Wing facility fulamak tip top level first class marvelous. Aku cakap balik takpelah, bukan nasib kita lagipun tempat tu tempat anak orang kaya-raya. Melayu yang ada pun mesti high class punya Melayu dan aku dah bosan dengan Melayu high class sebab aku budak Damansara yang dah muak dikelilingi golongan high class! (masa tu serius aku tak tau anak-anak peneroka budak Felda scholarship pun ada belajar kat sana, aku ingat budak Felda semua pergi blaja oversea. maaflah Wawa ngan Leen kalau terbaca erk..heee~)

Bukan setakat Sindarela jugak yang menarik perhatian aku, bahkan juga Suteramaya lakonan Mustapha Kamal (orang lama, gua respek beb sebab tetap macho sampai ke tua!), Erry Boyz R Us (erk, suntik vitamin C?), Fasha Sandha (abang Jejai-no komen), Intan Ladyana (hai abang - blushing Shaheizy Sam dibuatnya!), Ayu Raudhah (bini pemain bola!) dan Faezah (kombinasi terbaik orang Penang + kerja pramugari!, dialog dia paling pedas dalam tu kalah Maria Farida hangpa tau n0!). Bayangkan tiap petang sebelum berbuka puasa aku dah siap tunggu depan TV sebab nak tengok cerita tuh. Aku siap berebut lagi dengan budak serumah sebab dorang nak tengok sinetron Olivia!. Sedangkan apa la best sangat cerita Velove Vexia (Olivia) menyamar jadi Ruben sampai Raffi Ahmad sendiri bahlol bego tolol tak perasan buah limau bali dua bijik tertonggok di dada Velove tu kalau dia pakai jadi lelaki (Ruben) tetap tak boleh cover jugak beb!. Ada masa aku mengalah jugak dan memandangkan drama TV3 yang aku miss masih boleh ditonton di tv3.com.my maka aku pun layan jelah kat cybercafe kawasan Taman Maluri. Ramai yang pelik memandang aku sebab budak lain main Counter Strike dan DOTA sedangkan aku pulak bergelak ketawa tengok drama mengalahkan perempuan.


Aku tak sedar rupenya drama tu hasil karya Kabir Bhatia yang sememangnya punya kelas dan kualiti tersendiri walaupun drama tu tak sepopular Manjalara lakonan mantap Emelda Rosmila. Sejujurnya aku menyesal tak tengok filem Cinta dan Sepi sebab naluri jiwang cinta tak wujud lagi di hati aku!. Aku lelaki keras hati yang tak kenal erti cinta di awal usia dewasa ku. Itulah drama keluarga yang terakhir aku tonton lepas tu consentrate cerita seram pulak..


Hah, panjang bebenor entry yang aku tulis ni kan?, mula nak tulis pasal Tahajjud Cinta sekali ambik kau meleret sampai cerita yang dah bertahun sudah punya. Aku tak tahulah berapa ramai yang larat baca luahan perasaan aku pasal drama Melayu nih. Tapi jangan berhenti setakat ni sajer.. Tunggu!!! Ada sambungan nyer tau.

Shacklesmith : Dengar cerita pramugari ni nampak jer lembut tapi keras jugak. Betul ke? Hehe, akak eden pun bokeh pramugari jugak ehh..

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget