Saturday, March 31, 2012

5 Inovasi Terhebat Yang Bakal Merubah Dunia Perkomputeran 2012


1. Eye Control


Pernahkah korang terfikir untuk mengawal komputer korang tanpa sebarang sentuhan tetikus, mahupun sekadar tanpa menyentuh touchpad ataupun touchscreen dengan hanya menggunakan gerak mata?. Sekali dengar mungkin korang anggap ini semua sekadar fantasi fiksi sains tapi percayalah ianya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Sebuah sistem yang baru dibangunkan dan dinamakan Tobii akan membenarkan pengguna komputer menavigasi, scroll, zoom dan memilih item (select) hanya dengan menggunakan isyarat gerak anak mata saja. SINI

2. Gesture Control

Semenjak kemunculan Eye Toy keluaran Sony untuk Playstation 2 yang berasaskan webcam hampir sedekad lalu. Ramai penggiat teknologi menyedari akan potensi sebenar yang bakal diperolehi dari kuasa kawalan isyarat tangan terhadap dunia perkomputeran. Kesinambungan ini diteruskan kepada Playstation Eye untuk Playstation 3 dan Kinect oleh pencabar terdekatnya X-Box 360. Tidak lama lagi teknologi ini bukan lagi terhad dalam dunia permainan video saja. Malahan, ia akan turut diperkenalkan kepada komputer biasa korang. Selain Sony dan Microsoft yang memasarkan teknologi ini untuk sistem konsol permainan video mereka. Syarikat lain juga turut serta dalam mengeksperimentasi kelebihan 'gesture recognition' ini. XTR3D bakal menawarkan sistem kawalan isyarat tangan cross-platform untuk para penggguna. SINI

3. Advanced Touchscreen Control


Meskipun sentuhan merupakan satu kaedah input yang intuitif, namun begitu teknologi touchscreen tidak mampu menawarkan kawalan mudah yang sama seperti komputer tradisional. Ini dapat dibuktikan sebagai contoh kesukaran untuk membuka tab baru  apabila melayari laman web menggunakan iPad, tablet Android dan smartphone bernavigasikan touchscreen. Masalah yang sama juga turut berlaku iaitu kesukaran meng-copy-paste sesuatu perkataan ketika menaip kerana ketiadaan right mouse button seperti tetikus dan touchpad. Oleh kerana dunia perkomputeran arus perdana semakin cenderung kepada kawalan berasaskan touchscreen, Ringbow sejenis peranti menggunakan teknologi tanpa wayar yang dipakai seakan cincin dijari akan membantu sekaligus memudahkan lagi para pengguna peranti touchscreen untuk menangani permasalahan 'ketiadaan butang kanan' ini. SINI

4. Wearable Input Device

Keyglove adalah merupakan sejenis 'tetikus' yang dipakai seakan-akan sarung tangan menggunakan teknologi tanpa wayar dan sebuah peranti bercirikan sumber terbuka (open source) yang menawarkan lebih kemudahan dan fleksibiliti tak terhingga kepada para pengguna untuk semua jenis aplikasi komputer. SINI

5. Speech Control


Akhir sekali, kita lihat pula kaedah penting semulajadi bagi manusia untuk berinteraksi dengan keadaan sekelilingnya menggunakan pancaindera paling utama untuk berkomunikasi yakni suara kita. Pada masa kini, kaedah pengecaman suara semakin mendapat tempat di arus perdana teknologi perkomputeran. Sistem pembantu iPhone 'Siri', Microsoft Kinect dan juga ruang laman pencarian Google akan membuatkan kaedah 'bercakap dengan komputer menjadi semudah menekan butang pada tetikus.

Sumber MASHABLE





Tuesday, March 27, 2012

Fahrin Ahmad Dimalukan Owen Wilson? WTF! Apa Pandangan Aku??



Buat pembaca setia Kerambit Assassin's sekalian, Shacklesmith menyusun 10 jari memohon maaf atas kelewatan untuk mengemaskini kandungan blog ini yang sudah lama tidak diperbarui atas kesibukan aku dengan hal-hal peribadi. Sepatutnya aku boleh mengemaskini blog ini pada hari minggu lalu ketika bercuti di Kuala Kangsar akan tetapi malangnya pulak laptop aku tertinggal di Kuala Lumpur gara-gara sebab nak kurangkan beban punya pasal. Alahai, lebih memeningkan Blackberry aku pulak buat hal tak dapat nak sambung dengan Streamyx kampung akak ipar aku tuh. Aisehman!. Tanpa melengahkan masa jom usha entry terbaru aku. 



Pada pagi Khamis lalu aku sempat meluangkan masa menonton (aku bukan selalu tengok TV pun beb) filem komedi barat berjudul 'Little Fockers' yang ditayangkan di channel HBO. Filem ni merupakan kesinambungan dari filem 'Meet the Parent' dan 'Meet the Fockers' menampilkan gandingan lakonan mantap dan bersahaja nama-nama besar dalam industri perfileman Hollywood seperti Ben Stiller, Robert De Niro dan Dustin Hoffman dimana aksi dan keletah mereka pasti tidak akan membuatkan korang kering gusi melihatnya. Selain mereka bertiga, turut menjayakan filem ini adalah seniwati terkemuka barat Barbra Streisand dan Owen Wilson. Bagi aku okaylah filem ni walaupun tak sebaik prequelnya dulu.


Kalau nak diikutkan, tak apa yang istimewa langsung pun apabila menonton filem tu sebab bukannya aku tengok kat wayang tambahan pulak aku ni DVD pun jarang pasang. Selalunya aku bukak laptop dengan niat nak tengok DVD tapi last-last tersasar melayan Facebook jugak beb. Cuma yang membuatkan ianya sedikit istimewa adalah kebetulan kedatangan pelakon hebat dari Hollywood iaitu Owen Wilson sendiri ke Malaysia pada Khamis lalu kebetulan pada hari yang sama aku menonton filem lakonannyai tu. Dihangatkan pulak dengan kontroversi beliau menolak mentah-mentah pelawaan untuk bergambar bersama pelakon tempatan, Fahrin Ahmad seperti yang kita semua sedia maklum sejak lewat minggu lalu di sebuah majlis gala F1 bertempat di KLCC pada Khamis malam Jumaat (yang menghairankan dengan Marion Counter boleh pulak?).


Aku bukan nak kata apa beb, kesian jugaklah dengan brader Fahrin ni tak pasal pelawaan dia kena tolak mentah-mentah dengan superstar Hollywood. Kalau aku tahu nak jugak aku pergi malam tu beb, ingin sekali aku nak face to face dengan aktor Hollywood ternama tu sungguhpun niat nak bergambar bersama jauh sekali lagi. So, kenapa aku tak ingin bergambar dengan beliau?. Ingin tahu biar aku perjelaskan kepada korang apa pandangan aku terhadap Owen Wilson.


First of all, he wasn't my most favorite'd Hollywood actors compared to big names with the likes of other frat packs which includes Ben Stiller, Jack Black, Vince Voughn and Will Ferrell. Oleh itu, tiada sebab untuk aku menyesal jika tidak dapat bergambar dengannya sungguhpun aku sangat menggemari filem lakonannya seperti Starsky & Hutch, Wedding Crasher dan You, Me & Dupree. Jika dibandingkan dengan Owen Wilson, aku lebih favor nama-nama lain seperti frat pack yang sebutkan tadi. Kalau dia tolak pelawaan kita nak bergambar pun apa nak dihairankan sangat beb dengan artis Hollywood nie, depa kalau berlakon satu filem pun dapat gaji sampai berjuta-juta USD$ boleh pahamlah kenapa dia buat lagu tu sedangkan artis kita yang berlakon dua tiga filem setakat bayar gaji beribu-ribu jer pun boleh berlagak kekwat!. Lu pikirlah sendiri bai!




Aku bukan apa beb, lagipun aku dah banyak sangat dengar komplen peminat terhadap artis tempatan kesayangan mereka semua. Setakat tak balas tweet dengan approve friend request facebook tu aku boleh paham lagi sebab mungkin atas sebab-sebab tertentu sebagai contoh terlalu banyak tweets yang masuk dan Facebook penuh tapi kalau menolak pelawaan bergambar mentah-mentah tu memang sial la weh. Sedarlah sikit artis tempatan semua, korang nothinglah nak dibandingkan dengan superstar Hollywood, Bollywood dan Hong Kong tu yang super-duper glamor lip-lap lip-lap disinari cahaya flashes. Kat Malaysia ni kalau Astro, Media Prima dan mana-mana media bangkrap jangan haraplah korang dapat publisiti lagi. Kalau Utusan Malaysia dan NSTP turut bungkus sama dimana muka korang nak keluar lagi?. Nak harapkan Meloyabikini dengan Melalai Outsider pulak yang tolong promosikan korang?. Haha, jangan nak mimpilah jika tak sertakan sekali campurtangan politik beb!. Sedarlah wahai artis tempatan sekalian, tiadanya peminat maka korang tak kemana beb.


Shacklesmith : Segala yang keluar di artikel ini adalah pandangan peribadi yang aku tujukan khas kepada para peminat fanatik artis-artis tempatan kita yang selalunya dengan muka tak malu mintak bergambar dengan artis pujaan mereka tapi last-last kena reject mentah-mentah. Turut tak dilupakan tembakan dua das kepada para artis tempatan yang menyombong tak tentu pasal bila nama dah naik bukan setakat dengan peminat sendiri, kawan satu sekolah dulu pun tak pandang!


Dengar cerita Anugerah Bintang Popular dah dekat, ramai muka-muka baru tercalon walaupun aku cukup sedih sikitlah sebab dua orang 'awek 1990' tidak berjaya dicalonkan dalam anugerah walaupun lakonan mereka berdua agak baik dan diterima peminat.


Agak-agak artis-artis yang menang nanti kerana apa ya? adakah kerana bakat dan kontroversi? Hehehe, 


Walahualam

Wednesday, March 21, 2012

Wujudkah Tasik Air Bateri?



Tahukah anda bahawa di Jawa Timur, Indonesia terdapat sebuah tasik dimana kadar pH airnya adalah bersamaan dengan asid air bateri kereta!. Tasik ini terletak di atas kawah gunung berapi ini merupakan tasik sulfurik asid terbesar di dunia dan kedudukannya juga menjadi punca mengapa tasik ini memiliki kadar pH sedemikian. Sukatan kadar yang dicatatkan adalah sebanyak 0.5!. Jadi sekiranya anda meletakkan sebarang bahan yang diperbuat dari aluminium ke dalam tasik ini, ianya akan menggelegak sambil membuih dan mengambil masa selama 20 minit sahaja untuk meleburkannya sehingga menjadi senipis tisu. Perhatikan gambar di bawah bagaimana tin aluminium ini dileraikan.




Walaupun keadaan di sana agak membahayakan orang ramai, terdapat juga beberapa orang yang datang di sana untuk mencari sesuap nasi. Ini kerana kawah gunung berapi berkenaan adalah sebuah lombong sulfur (belerang) dimana para pelombong mengaut sebanyak mungkin belerang asli daripada lantai kawah gunung berapi berkenaan.



Seorang pelombong mampu memperoleh pendapatan kasar sebanyak US$10 bersamaan Rp 91,960 sehari untuk bekerja di suasana yang agak membahayakan itu. Asap tebal sulfur dioksida menyelebungi kawasan tersebut dan lombong berkenaan diklasifikasikan sebagai salah satu lombong paling merbahaya di dunia.




Sumber : Stormchaser


Shacklesmith : Takde kerja melombong yang tak membahayakan, boleh dikatakan semuanya ekstrim belaka.

Sunday, March 18, 2012

10 Gambar Paling Top Di Twitter Sepanjang Minggu Lalu

1. SXSW 
2. RIP Notorious BIG 
3. Inovasi iPhone dari tahun 2007 hingga 2012
4. To My Unborn Child 
5. Ghetto Translations 
6. Jangan sesekali!
7. Kebenaran
8. 9 Gag Tweets 
9. Jay-Z Sync Show 
10. #ImtheTypeof BoyfriendWho 
Sumber : Mashable.com

Surat Terbuka Untuk Bank Rakyat



KELUHAN DARI PEMEGANG SAHAM

Assalamualaikum, 
Saya sungguh kecewa dengan dengan pentadbiran Bank Rakyat mengenai saham yang telah kami laburkan.

Biasanya dividen diberi kepada para pemegang saham setiap 12 bulan sekali tetapi Bank Rakyat Rakyat memberinya setiap 14 bulan sekali. Itu tidak menjadi masalah kerana ianya masih tetap diberikan diawal tahun. Kemusykilan timbul apabila sehingga lewat bulan Mac kami tidak mendapat apa-apa khabar berita mengenainya. Ada yang pergi mengemaskini buku akaun dan mendapati ianya masih kosong dan tiada satu sen pun wang masuk. Apabila ditanya biasanya tahun-tahun terdahulu wang sudah masuk, jawapan dari staff 'kali ini luar biasa'. Mereka sendiri tiada jawapan sebenar mengenai permasalahan ini.

Bayangkan kebanyakan kami telah melabur selama bertahun-tahun dan menambahkan pelaburan dengan mengorbanka sejumlah wang dengan harapan mendapat pulangan lebih dari ASB dan pelaburan lain. Kami mengharapkan apabila mendapat balik dividen nanti dapatlah membayar cukai pintu, tanah dan keperluan lain. Kami tidaklah mengharapkan seperti pelaburan ASB apabila cukup tahun kami sudah boleh mengemaskinikan buku akaun. Tetapi memandangkan dividen Bank Rakyat lebih meyakinkan iaitu sebanyak 15% berbanding ASB yang hanya sebanyak 9% sahaja. Kami tidak kisahlah walau dibayar 2 bulan lebih lewat. Kini kami merasakan seperti 'mendengar guruh di langit, air ditempayan kami curahkan'.

Pertimbangkanlah keluhan dari kami yang kebanyakannya, orang-orang yang telah bersara. Sekian Terima Kasih.

Shacklesmith : Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, surat terbuka ini ditulis oleh ibu saya sendiri selaku pemegang saham yang masih menunggu dividen saham Bank Rakyat. Oleh itu, saya sebagai seorang anak diberikan tanggungjawab untuk menyebarkan surat terbuka ini kepada umum sehingga sampai ke bahagian pentadbiran Bank Rakyat dan kerajaan Malaysia sendiri agar ianya dapat dinilai dan diberi perhatian dengan sewajarnya agar permasalahan ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin!. Justeru, saya mohon kepada rakyat Malaysia agar memberikan perhatian sewajarnya terhadap masalah begini kerana Bank Rakyat merupakan sebuah GLC yang bernaung di bawah kerajaan. Jadi sebarang bentuk kelemahan pentadbiran akan dipertanggungkan sewenang-wenangnya pada kerajaan. Oleh itu, saya sangat berharap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin sebelum ianya dieksploitasi kelak oleh pihak lain.

Wednesday, March 14, 2012

Apa Akan Jadi? Korang Semua Tolong Jawabkan


JIKALAU BAPAK KORANG SEORANG ANGGOTA TENTERA MAHUPUN YANG SUDAH BERSARA DARI KHIDMAT ANGKATAN TENTERA ATAU MANA-MANA AHLI KELUARGA YANG JUGA SEORANG TENTERA. 

AKU SARANKAN TOLONGLAH JANGAN TANYA DORANG SEBAB MEMANG SAH-SAH KORANG NAK MENCARI NAHAS MAKAN PENAMPAR, BUKU LIMA ATAU KENA SEPAK TERAJANG ATAS KEGATALAN MULUT KORANG SENDIRI  BERTANYA PADA DORANG. 

JADI AKU SYORKAN, PANDAI-PANDAILAH KORANG GUNA KEPALA OTAK YANG BIJAK TU PERGI JAWAB SOALAN AKU INI. ADA PAHAM?

OK, SILA BACA SOALAN BERGAMBAR INI DAN JAWABLAH MENGGUNAKAN KEPANDAIAN KORANG SENDIRI.

Shacklesmith : Kata Nabil, "Lu pikirlah sendiri"

Monday, March 12, 2012

Rahsia Yang Tersirat Disebalik Penentangan Terhadap Lynas!



Kenapa cina2 DAP kelam kebut sangat ingin menggagalkan projek Lynas?? Jawapannya mereka x nak Malaysia memonopoli pengeluaran Nadir Bumi dari negara China kerana negara China lah pengeluar Nadir Bumi terbesar di dunia..oleh itu, cina2 DAP ni takut Malaysia menjadi pesaing terbesar negara China..


sejak kebelakangan ini dap dan beberapa akhbar berbahasa cina begitu giat dan bermati-matian mahu menghancurkan projek LYNAS kebanggaan rakyat malaysia.

apa yang LYNAS boleh sumbangkan kepada ekonomi negara ?
apa yang LYNAS boleh bantu syarikat automobil negara (proton dan perodua) ?
dan yang lebih penting, apa yang membolehkan malaysia dapat melalui pasaran ini ?



Apakah dia Nadir Bumi?

Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan. Ia terdiri dari 17 unsur - unsur kimia termasuk unsur semulajadi yang membebaskan radiasi

Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya. Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.



Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah :

Prometium – Bateri Nuklear
Scandium – Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa
Yttrium - Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro
Lanthanum – Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera
Cerium – Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic
Praseodymium – Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan
Thulium – Pembuatan mesin X-Ray mudah alih
Ytterbium – Agen pengurangan kimia, laser inframerah
Terbium – Pembuatan lampu kalimantan, laser
Gadolinium – Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI
Neodymium – Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik



Gambaran yang cuba ditanam kepada rakyat Malaysia ialah betapa mudaratnya nadir bumi ini sehinggakan Australia tidak mahu memprosesnya dan Gebeng dijadikan pusat pembuangan sisa toksik yang mengandungi radiasi.


Tetapi perlu ditekankan juga bahawa Amerika Syarikat (AS), iaitu sebuah negara yang mempunyai perundangan perlindungan alam sekitar yang lebih ketat daripada Australia telah memperkenalkan satu rang undang-undang untuk memulihkan industri pemprosesan nadir bumi. Ini kerana pada satu ketika dahulu (1965-2000), AS adalah pengeluar terbesar elemen nadir bumi melalui lombong Mountain Pass, California.


Tetapi dengan kehadiran China memproses nadir bumi pada awal tahun 2000, ia telah memaksa lombong Mountain Pass ditutup kerana China mampu memproses bahan tersebut dengan menggunakan kos yang lebih rendah. AS akur keputusan memberhentikan operasi Mountain Pass telah mengakibatkan China mengawal lebih daripada 96 peratus pengeluaran nadir bumi pada hari ini.(petikan artikel rezeqeen hill).

China menguasai hampir 95% pembekalan nadir bumi.



Berdasarkan maklumat, sekiranya LYNAS ini beroperasi maka MALAYSIA akan menguasai 20% pembekalan nadir bumi di pasaran antarabangsa.

Jelas melalui LYNAS juga malaysia akan mampu bersaing dalam pengeluaran/pemasaran kereta hibrid, fiber optik, wind turbin dll yang secara makronya berlandaskan kepada idea teknologi pembekalan tenaga.



Lihat fakta di bawah. keinginan dan keyakinan luar biasa MALAYSIA mahu menjadikan industri kereta hibrid ini sebagai salah satu perancangan besar ekonomi negara.

PROTON AKAN MEMBEKALKAN KERETA HIBRID KEPADA KERAJAAN.

KEMUDIAN KENYATAAN PROTON MAHU MENGELUARKAN KERETA HIBRID BERSKALA BESAR PADA JAN 2012.

TUN DR MAHATHIR SAHKAN KERETA HIBRID PROTON BAWAH RM100K.




LYNAS sebenarnya akan memecahkan monopoli negara china dalam pembekalan bahan nadir bumi.

Sudah menjadi amalan tradisi perniagaan, orang ca ya nun alif tidak suka perniagaan yang dikuasainya dipecahkan monopoli.

Kerana itulah beberapa akhbar cina dan dap bermati-matian mahu menghancurkan nama LYNAS di mata rakyat.

Aksi mereka tanpa kita sedari, ianya secara terselindung mahu menghapuskan cubaan malaysia (sebut kerajaan melayu) menguasai nadir bumi di pasaran antarabangsa.

Isu kesan penyakit yang dimomokkan oleh gerombolan anti LYNAS adalah retorikal opinion yang kosong.

Fakta itu telah dijawap dengan cukup profesional oleh ahli parlimen pas kuala langat, pakar nuklear yang menafikan operasi LYNAS itu akan memberi kesan sampingan.

Pendapat 3 ribu pendemo anti LYNAS tidak sama sekali dapat mematahkan fakta.

Pendapat DAP yang anti LYNAS tidak sama sekali dapat mematahkan fakta.



Sumber : Anti DAP Club


Shacklesmith : Orang yang jahil ilmu kimia dan sains memang mudah diperdayakan oleh para propagandis jahat dan berfikiran kiasu. Salah satu pendekatan yang diambil oleh puak ultra kiasu dalam menjalan agenda mereka adalah taktik mind control seperti yang mereka lakukan sekarang terhadap para penyokong mereka. Hati-hati apabila mendengar khabar yang datang dari puak ini!

Saturday, March 10, 2012

Cara Paling Mudah Mempelajari Sejarah Dunia



Kalau susah sangat nak digest apa yang korang baca dalam buku ataupun tengok dalam Discovery, Nat Geo ngan History Channel tu maka lain kali korang tak perlu pecahkan kepala lagi nak berfikir panjang-panjang sebab sudah ada cara termudah nak memahami sejarah dunia dan ketamadunan manusia sudah mampu dipelajari menggunakan teknik paling ringkas semudah membaca komik Doraemon.









Tuesday, March 6, 2012

Hanya Mereka Saja Yang Mabuk Daratan



Pernahkah korang mendengar nama suku Bajau?, bagi para penduduk negeri di bawah bayu iaitu Sabah suku ini bukanlah suatu nama yang asing buat mereka kerana suku Bajau diiktiraf sebagai salah satu asli di negeri yang indah dan aman damai berkenaan serta mempunyai sejarah tersendiri dalam perkembangan negeri bertempatnya gunung Kinabalu berkenali. Bahkan aku sendiri juga mempunyai rakan berketurunan Bajau dari Kudat dan Sepanggar yang turut sama menuntut di kolej aku. Selain terdapat di Sabah, suku ini juga turut bertebaran di pulau-pulau sekitar selatan Filipina dan utara pulau Sulawesi, Indonesia.


Untuk pengetahuan korang, di Sabah suku Bajau terbahagi kepada dua dimana terdapat perbezaan ketara dari segi loghat di antara suku Bajau yang tinggal di pantai timur dan pantai barat Sabah. Malahan, di kawasan pantai barat Sabah sendiri terdapat dua sub-etnik suku Bajau antaranya Sama Kota Belud yang terkenal dengan penternakan kuda mereka dan suku Bajau Laut yang tinggal di perkampungan air dan ada jugak yang menjadikan sampan sebagai tempat mereka berteduh. Suku Bajau Laut ini jugak turut dikenali sebagai 'sea gypsies' kerana kehidupan mereka yang sering berpindah-randah di kerana berumah di atas sampan.


Menurut hasil kajian dari para penyelidik barat. Anak-anak suku Bajau Laut memiliki daya penglihatan tajam yang menakjubkan ketika berada di dalam air, ini kerana kelopak mata mereka mampu mengadaptasi keadaan sekeliling. Mereka jugak mampu berenang sedalam 20 meter dan turut mampu menahan nafas dalam jangka masa yang agak lama. Disebabkan pemakanan mereka sendiri berasaskan makanan laut, maka tidak menghairankan kebolehan sebegini amat diperlukan sama sekali.


Sesuatu yang menarik ingin dikongsikan bersama korang mengenai mereka adalah suku Bajau Laut ini adalah satu-satunya suku yang mengalami simptom mabuk daratan apabila tinggal terlalu di lama di atas darat. Amat ganjil bukan?. 


Sumber : BBC


Shacklesmith : Aku sendiri pun tak pernah kena mabuk laut, almaklumlah aku ni jarang turun ke laut punya orang. Kalau boleh nak jugak merasa, sebab nak tahu apa bezanya dengan muntah biasa.

Monday, March 5, 2012

10 dari 13 Jambatan Terpanjang Di Dunia Terletak Di Tanah Besar China


Senarai jambatan terpanjang di dunia adalah merujuk kepada jambatan-jambatan yang dibina panjangnya lebih daripada 2 kilometer. Amat menariknya, hampir separuh daripada jambatan-jambatan tersebut dibina hampir 3 tahun sahaja yang lalu.

Tahukah anda bahawa 10 daripada 13 jambatan terpanjang di dunia terletak di dalam negara China (PRC). Mengapa negara China memegang jumlah terbanyak memiliki jambatan bersaiz berkenaan kerana kadar pembangunan yang begitu pesat disamping terdapat sungai-sungai besar yang biasanya tertumpu di kawasan timur negara tembok besar tersebut sebagai contoh sungai Yangtze, Hwang He, dan Mekong. Sementara itu mengikut senarai tersebut, 3 lagi jambatan terdapat di Thailand manakala 2 lagi di Amerika Syarikat.

Sumber : Wikipedia

Shacklesmith : Jambatan Pulau Pinang tersenarai di dalam ranking ke-31.

Friday, March 2, 2012

The Truth About Pakatan's Much Coveted Buku Jingga



Not all freshly-squeezed orange are good! 

Reading the Buku Jingga1, which included a 100-day plan by the opposition party should they win the 13th general election is like reading a fairy tale. 

You know, the kind of story which ends with ‘..and they live happily ever after.’ 

Man, how I hate those tales. 

Buku Jingga makes a light reading, particularly if you compare it with the fairly written (as admitted by the opposition) government’s Economic Transformation Program (ETP) document, published as a guideline for the New Economy Model Policy2. 

Well firstly, how do you compare a 29-page orange-covered book, which its initial pages are laden with emotional remarks, with a hefty 600-plus pages document filled with economic jargons, figures, graphs and tones of credible sources? 

In reference to Buku Jingga, a serious economic plan should be a manifesto of what the opposition plans to do with the country’s economy, not manifesting their anger and animosity towards the government. 

Haven’t they had enough ceramah to do the bashing? So at least this formal document of theirs should be a little more professional. 

Of course, Buku Jingga touches on all aspects of their planned reform, including institutional reform, education, and social justice. 

But it is their 100-day plan, which has to do a lot with reforming the economy, that captures the most interest, and is being compared to the ETP. 

Perhaps the only similarity between Buku Jingga and ETP is that both are aiming for a new approach, a new Malaysia, but in a very different manner. 

TOO GOOD TO BE TRUE? 

Buku Jingga offers what every rakyat wants, including minimum household income of RM4,000 in five years time, which they hope to achieve by implementing minimum wage policy and increasing entrepreneurship aid, sans discrimination. 

It is a noble offer, but unfortunately, all efforts are too vaguely discussed, it is almost an insult to the readers’ intelligence. 

Come to think of it, Buku Jingga actually reminds me of my time in secondary school. 

The time I dreamt of buying a luxury condominium with built-in swimming pool (even if I don’t swim), flashy sports car that can reach 100kph in six seconds and lots of travelling around the world’s best spots. 

Only a few years later down the road, I was hit with the hard truth. A luxury condominium does require me to have at least RM10,000 monthly salary, which I certainly do not have. 

Let’s not talk about the car and the travelling part. 

Buku Jingga is everybody’s fantasy, but can they deliver what they promise, without effectively sending the country into default, head first? 

And that, is the million-dollar question. 

Talking has always been easy but this time, the opposition has successfully made it sound ridiculously simplistic. 

Buku Jingga talked about scrapping the RM19 bilion subsidy to the independent power plants. Can they guarantee the electricity bill will not shoot up afterwards? How long will they be able to sustain the subsidy? If they decided one day that the measure is in fact, dragging them down, how are the rakyat going to pay for higher utility bills? 

Oh wait, with the RM4,000 minimum income? Which means even if we get more money, we also need to spend more? 

A MUCH AWAITED DOCUMENT BUT… 

Buku Jingga is arguably a good attempt to outline what the opposition wants to offer; one notch up from their previous rhetoric-fuelled policies but one cannot help but notice that it is not backed up by tangible facts and figures. 

For instance, they plan to overtake all highways in order to abolish toll-paying practices. However, they did not state the cost to buy it back from the private highway concessionaire. 

Another promise is to increase individual household income to a minimum RM4,000 monthly. It will be done by, among others, offering higher minimum wage. But would not that lead to higher inflation? An already expensive RM1.50 per glass teh tarik will be sold for RM3.00 per glass once everybody is richer. Will that solve poverty problem? 

Another lingering question, will we be able to attract foreign investors in the future if even low-skilled workers must be paid with relatively higher salaries? 

It seems that all promises made by the Buku Jingga is too good to be true because it does not touch on the economic cost of doing so, only the monetary cost. 

Chief Executive of the Institute of Strategic and International Studies, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin had touched on this dreamy plan by the opposition. 

She emphasized that the book seems like an illogical plan because it involves huge government expenditure, thus jeopardizing the country’s economy and competitiveness3. 

“Economists do plan to generate economic growth and increasing the welfare of the rakyat but we have to take into consideration the country’s financial capability,” she said. 

But this does not seem the case with the opposition. 

Parti Keadilan Rakyat strategic director, Rafizi Ramli admitted in his comment to a news portal that “GTP, ETP took approach of economic grandstanding, long term plan, whereas Buku Jingga is based on what people on the ground want’. 

He continued by saying that the opposition wants to give a quick aid to the public, thus confirming that what they are offering is only a short term solution4. 

HUMBLE APPROACH BY THE GOVERNMENT 


Meanwhile, it is refreshing to see how honest and blunt the ETP is. Along the way, you could find sentences like ‘despite the development, some challenges exist. For example, seven percent of rural populations live below the poverty line..’ and ‘During the last decade, Malaysia has lost its growth momentum and old measures can no longer be used to develop the economy’. 

This humble, reality-based acknowledgement is then followed by detailed efforts to tackle each issue. 

Unlike Buku Jingga, the ETP also addressed the risks that and challenges the government may face when carrying out these economic transformation programmes while outlining the measures taken to minimize the risks. 

ETP also focuses on the bigger picture. The economy is too integrated and globalised for us to only focus on our country. What about global economic growth? All these should be taken into consideration if the opposition wants to come out with reliable economic plan. 

In brief, the ETP has all a good economic plan should have; clearly defined goal; to turn Malaysia into a high income country with per capita income of RM48,000 by 2020, lined with detailed lists of programmes that will be carried out. 

But that is exactly the problem. 

All the statistics portraying realistic efforts by the government remain buried under those pages. 

Only sometimes it surfaces in the form of advertorial in newspapers, aiming to alert the rakyat what the government is currently doing. 

Come on! Advertorial? Seriously? Does the government really think people are going to give any attention to the thousands-of-dollars advertorial? 

Another problem lies in the part of disseminating information. 

The rakyat have to be well-informed about the government’s plan for them to make better judgement. 

However, more often than not, government succumbs to lack of or delayed response when any issue or allegation arises. 

What hinders the government from tackling endless allegations when they already have all the facts and brains behind them? 

Perhaps this is because the very minds behind ETP, one of government’s most impressive plans for the rakyat, are also obstructing its dissemination, due to Medieval-like working culture. 

When you talk about transformation, you do not only transform the policy, but most importantly, the policy makers. 



Shacklesmith : Untuk lebih kepastian mengenai apa yang tersirat disebalik buku jingga kebanggaan Pakatan Rakyat itu. Sila rujuk di SINI

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget