Friday, February 3, 2012

Watak Steve Jobs Diejek Dalam Iklan Peranti Android



Kebanyakan penggiat ICT dan peminat gajet-gajet canggih sedunia sudah sedia maklum akan betapa bencinya mendiang Steve Jobs terhadap perisian sistem operasi Android keluaran Google yang beliau anggap selama ini sebagai produk cetak rompak dari iOs (sistem operasi iPad dan iPhone) yang merupakan keluaran dari syarikat beliau iaitu Apple Corporation.


Baru-baru ini sebuah syarikat pengeluar produk elektronik dari Taiwan telah mempromosikan komputer tablet Android melalui iklan yang menampilkan watak seorang lelaki bersayap dan memiliki halo di kepala (simbolik kepada orang yang sudah meninggal dunia seperti yang selalu digambarkan dalam kartun keluaran Hollywood) disamping memakai baju turtleneck hitam dan berseluar jeans biru  iaitu trademark rasmi Steve Jobs sendiri. Di dalam iklan tersebut, watak Steve Jobs tersebut sempat mengeluarkan dialog "Thank God I get to play with other tablets " sebelum mengeluarkan komputer tablet ActionPad seperti memperlekehkan iPad.


Tindakan syarikat elektronik berkenaan yang mengeluarkan iklan menampilkan watak persis Steve Jobs lakonan pelawak terkemuka Taiwan, Ah-Ken mendapat kecaman hebat dari pelbagai lapisan masyarakat dari serata dunia kerana menganggapn ianya sebagai suatu yang biadab dan tidak menghormati insan yang sudah pergi. Walaubagaimanapun, Chelsea Chen jurucakap kepada pengeluar ActionPad tetap mempertahankan tindakan syarikatnya mempermainkan watak Steve Jobs dengan menegaskan bahawa 'tiada apa-apa yang salah pun'.


Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober lalu. Menurut penulis buku autobiografi beliau, Walter Isaacson. Steve Jobs telah 'mengisytiharkan perang' terhadap Android dan merasakan bahawa dirinya telah dikhianati oleh Google. (sumber Mashable)




Shacklesmith : Steve Wozniak sendiri pernah mengiktiraf Android bulan lepas, oleh itu adakah beliau sendiri telah mengkhianati Steve Jobs?. Ada otak fikir-fikirkanlah.

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget