Ini petikan lengkap laporan seperti yang disediakan portal berita Detikperubahan.com. Buat pengetahuan semua, wartawan terlebih dahulu meneruramah Leuniey sebelum menghubungi pengurus Apeks untuk menyiasat secara lanjut kebenaran khabar angin ini.
Oleh RAITINI RAHMAN
KOTA BHARU – Gadis yang dikatakan putus tunang gara-gara menjalinkan hubungan dengan penjaga gol Skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), 23, menafikan sekeras-kerasnya tudahan yang dilemparkan kepadanya itu sebaliknya menyifatkan ianya fitnah daripada mereka yang tidak bertanggungjawab.
Ekoran itu, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21 yang lebih mesra dengan panggilan Leuniey berkata, berita mengenainya itu dipercayai disebarkan oleh pemilik laman Twitter @MahSiH untuk memburuk-burukan namanya.
“Saya memang terkejut dengan fitnah dan tuduhan itu. Saya tak nak komen apa-apa sebab saya tiada kaitan. Kalau benar buktikan saya pernah keluar dengan Apek,” katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di butik pengantin milik ibunya di sini, hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai fitnah itu, ibunya, Norlaila Abu Bakar berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap anaknya itu.
Beliau yang merupakan seorang usahawan butik pengantin berkata, tindakan undang-undang itu diambil kerana tuduhan itu bukan sahaja menjejaskan imej keluarganya tetapi juga perniagaan yang dijalankan.
“Saya amat terkejut dengan fitnah yang dilemparkan itu. Saya sudah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang dan kini dalam proses perbincangan dengan pihak peguam,” katanya.
Beliau yang terkejut dengan berita itu berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan fitnah dan tuduhan tidak berasas kepada anaknya itu akan diambil tindakan.
Penyebaran fitnah itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu yang mendakwa Khairul Fahmi atau terkenal dengan panggilan Apek merampas tunang orang dan seorang gadis yang dikenali sebagai Leuniey berusia 21 tahun sanggup memutuskan pertunangan untuk menjalin hubungan dengan Khairul Fahmi.
Dan ini pulak sms Apeks yang diterima dari Bahrain semalam. Turut ditemuramah, Mohd Irwan Azni selaku pengurus peribadi beliau yang juga merupakan bapa saudara Leuniey (so this is how the wild allegations starts, note something fishy when there is hot babes around and people will throw bad remarks about Apeks being a player).
Oleh RAITINI RAHMAN
KOTA BHARU – Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyatakan kontroversi yang melanda dinya kini tidak sedikitpun menggugat semangat dan keyakinan beliau untuk menghadapi perlawanan yang akan berlangsung malam ini.
Ini terbukti daripada sms yang dikirimkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali Apek yang kini berada di Bahrain.
Sementara itu, Khairul Fahmi Resources Sdn Bhd, menafikan kontroversi membabitkan Apek yang dikatakan merampas tunang anak lelaki seorang usahawan terkenal di di sini.
Pengarah Urusannya, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi berkata, tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali kerana Apek tidak mempunyai sebarang hubungan dengan gadis terbabit iaitu Nur Eilunie Natasha Nazri, 21 atau lebih dikenali sebagai Leuniey.
“Sebenarnya Leuniey tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Apek. Tuduhan itu merupakan salah faham dan Apek tidak ada kaitan dengan isu putus tunang di antara Leuniey dan pasangannya.
“Saya lihat tuduhan ini dibuat kerana ada pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Apek selama ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mohd Irwan Azni yang merupakan bapa saudara kepada Leuniey mengakui hubungan rapatnya dengan Apek namun menafikan anak saudaranya itu menjalinkan hubungan cinta dengan penjaga gawang terbaik Asia itu.
“Saya memang rapat dengan Apek. Saya kontraktor rumahnya dan dia beli rumah dengan saya. Hubungan kami sangat rapat,” katanya.
Mengulas kontroversi itu, katanya, ia bermula apabila beliau membawa Apek ke rumah Leuniey untuk mengambil anaknya.
“Pada Disember lalu saya hantar anak saya ke rumah abang ipar…dan sewaktu mengambil kembali anak saya bawa Apek sekali. Anak-anak buah saya gembira dan mereka mengambil peluang untuk bergambar dengan Apek. Gambar itu pula di’posting’kan di dalam Facebook.
“Ketika gambar itu diambil Eilunie tidak ada di rumah kerana ada tugasan ‘make –up’ pengantin. Saya hanya berjumpa dengan dia di pagar rumah sewaktu ingin pulang,” katanya.
Katanya, apabila gambar tersebut dimuat turunkan di dalam Facebook pelbagai cerita mula timbul sehinggalah sekarang.
“Kontroversi itu semakin menjadi-jadi apabila abang ipar saya, iaitu ayah Eilunie, Nazri dipanggil ke rumah Apek untuk membincangkan urusan perniagaan. Nazri ditugaskan untuk membuat logo syarikat Apek.
“Kunjungan Nazri itu disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak tahu pucuk pangkalnya,” katanya.
Beliau berkata, soal hubungan Apek dengan Leuniey tidak timbul kerana mereka berdua tidak pernah bercakap atau keluar bersama.
“Bagi saya tuduhan ini dibuat oleh mereka yang iri hati dengan kejayaan Apek selama ini dan nak jatuhkan Apek.
“Kalau dilihat setiap kali Apek menghadapi perlawanan besar pasti ada kontroversi yang ditimbulkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini jelas menunjukkan ada pihak cemburu dengan kejayaan yang dikecapi Apek.
“Bila dia tubuh syarikat pun macam-macam fitnah dilemparkan,” katanya yang mengakui keakrabannya bukan sahaja dengan Apek tetapi juga ahli keluarga ikon sukan negara itu.
Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah itu segera menghentikannya sebelum sebarang tindakan diambil bagi menangani masalah ini.
“Saya amat kesal dengan berita ini kerana keluarga abang ipar saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Apek. Mereka hanya berhubung disebabkan urusan kerja bukan sebaliknya,” katanya.
Akhirnya pihak yang sepatutnya sudah bersuara maka dengan itu tamatlah segala tohmahan dan tuduhan liar yang menimpa penjaga gol pasukan Harimau Malaya dan Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat. Nasib baiklah, si Apeks tu cool ajer apabila berhadapan dengan gosip liar ni.
Kepada si tukang tweet @MahsiH2, sudah tu sudahlah. Alhamdullillah, kau dah mintak maaf kat orang yang terlibat. Insaflah atas perbuatanmu itu.
Shacklesmith : Dari awal lagi aku dah agak yang semua ni 'hok tipu belako'.
No comments:
Post a Comment