“SAYA harap kami dapat balas keyakinan peminat dengan lebih baik lagi,” kata ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal selepas Harimau Malaya tersingkir pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, malam tadi.
“Kita harus menang perlawanan ini tetapi beberapa insiden kecederaan pemain Singapura, yang saya tidak pasti tulen atau tidak, mengganggu rentak permainan.
“Kita harus menang perlawanan ini tetapi beberapa insiden kecederaan pemain Singapura, yang saya tidak pasti tulen atau tidak, mengganggu rentak permainan.
“Saya akui masalah bahagian pertahanan, terutama selepas kehilangan Aidil (Zafuan Abdul Radzak) di pertengahan babak pertama, tetapi secara keseluruhan kita berjaya mengekang asakan Singapura.”
Rajagobal turut memuji aksi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang menafikan beberapa percubaan jarak dekat jentera serangan Singapura. “Fahmi bermain baik apabila diberi peluang malam ini (malam tadi),” katanya.
Sementara itu, jurulatih Singapura, Radojko Avramovic tidak faham keputusan pengadil. “Mutu pengadilan amat teruk,” kata Avramovic. “Saya tidak faham keputusan pengadil, sayanampak pengadil letak wisel di mulut tetapi tidak mendengar bunyi dan pemain saya berhenti bermain. “Tapi saya gembira Singapura layak ke pusingan ketiga. Malaysia juga hebat dengan sokongan lebih 85,000 penyokong. Ini baik untuk bola sepak.”
(sumber KL POS)
Komen Aku : Macam mana mutu pengadilan 'tak teruk' kalau Malaysia ada momentum nak score goal tetiba jer player Singapore mengadu sakit bagai. Awat?, sebelum main tak buat medical check-up ke?. Rugi aku tak tengok permainan permata minggu sudah. Maklumlah, 1st match main kat artificial turf. Malam semalam main kat padang rumput pulak. 'Habis' rumput sampai tercabut dorang kerjakan. Hahaha!!