Saturday, December 24, 2011

Lantaq Biaq Pilah Masa Depan Hangpa Tergadai.. Asalkan Hangpa Semua Mai Buat Demo Sampai Huru-Hara!


Suatu ketika sekitar tahun 1974, seorang pemuda berusia awal 20an yang menuntut di Universiti Malaya datang ke rumah sepupunya di Bangsar untuk menikmati makan tengah hari setelah tamat waktu kuliah. Selesai makan, maka berboraklah beliau dengan sepupu dan isteri sepupunya. Seperti biasa, banyak topik yang dibincangkan termasuk hal kampusnya dan isu semasa. Tapi kali ini isu yang dibincangkan sangat panas!. (Mungkin pakcik dan makcik yang berusia 50 tahun ke atas masih ingat lagi akan peristiwa itu.)


Berbekalkan darah muda yang panas, isu yang dibangkitkan beliau adalah Peristiwa Baling!. Beliau mengecam kerajaan kerana membiarkan penduduk kampung di Baling, Kedah diancam kebuluran. Pada masa yang sama juga beliau turut menyatakan hasrat untuk menyertai demonstrasi yang dikepalai pemimpin utama pelajar ketika itu (anda pasti tahu siapa dia bukan?). Namun begitu, hasrat beliau itu tak dipersetujui oleh kedua suami isteri tu. Si isteri kepada sepupunya menyatakan pada beliau, tidak usahlah nak berdemonstrasi di jalanan semata-mata nak menolong orang lain sedangkan ibu bapa sendiri belum tentu terbela nasibnya lagi kelak nanti. Jadi lebih baik memikirkan tentang nasib ibu-bapa sendiri di kampung apatahlagi kedua ibu bapa beliau pun bukanlah orang berada. 


Oleh itu, soal nasib penduduk kampung di Baling biarlah golongan rakyat yang sepatutnya menentukannya iaitu golongan pengundi yang sudah bekerja. Nasihatnya lagi, sebagai mahasiswa lebih baiklah pergunakan peluang menuntut ilmu di menara gading dengan sebaik-baiknya dan bukan membuat perkara lain yang tidak ada kena mengena dengan akademik supaya dapat menjadi insan berguna suatu hari nanti. Apa gunanya berdemonstrasi melawan polis di jalanan kalau tapak diri sendiri pun masih belum kukuh dengan hanya mengharapkan duit biasiswa, pinjaman ataupun duit yang dikirim dari kampung ?. Pemuda itu terdiam tanpa berkata apa-apa mendengar pendapat isteri sepupunya.


Untuk pengetahuan korang, cerita ini benar-benar berlaku pada tahun 1974. Pemuda itu sebenarnya adalah pak cik dua pupu aku yang berasal dari Perak. Manakala sepupu dan isteri sepupunya itu tidak lain tidak bukan adalah kedua ibu-bapa kandung aku sendiri. Sehingga ke hari ini keluarga pak cik dua pupu aku tu masih mesra dengan keluargaku. Kali terakhir aku bertemu beliau adalah ketika menghadiri majlis persandingan anak lelaki beliau pada Julai lalu di Ipoh. Kini, beliau telah berada di pertengahan usia dan siapa sangka beliau juga di antara salah seorang mahasiswa yang pernah 'bangkit' gara-gara seruan seorang 'anugerah Tuhan' bernama Anwar Ibrahim.


Aku pun tak tau sama ada beliau masih lagi setia bersama pemimpin pembangkang itu lagi ke tak. Hari ini, pada tahun 2011 sekali lagi Anwar Ibrahim membangkitkan darah muda para mahasiswa untuk turun ke jalanan berdemonstrasi bukan kerana 'membela' penduduk kampung di Baling, Kedah kerana anak-anak Baling sudah terbela nasib mereka dan ramai yang sudah berjaya di menara gading lantas keluar dari kepompong kemiskinan. Akan tetapi, para mahasiswa diseru untuk turut berdemonstrasi di jalanan semata-mata kerana ingin menyelamatkan karier politik beliau gara-gara bakal dijatuhkan hukuman penjara akibat kesalahan moral beliau sendiri pada 9 Januari 2012 nanti.


Ramai yang sudah tahu bahawa Anwar masih kempunan hendakkan jawatan Perdana Menteri sejak dari dulu lagi dan jalannya yang terbaik adalah dengan mengeksploitasi darah anak muda lebih-lebih golongan Mahasiswa ini. Pedulik apa Anwar sekiranya mereka keciciran ataupun dibuang terus dari pengajian janji negara ini berjaya dihuru-harakan sehinggalah hasrat beliau menjadi Perdana Menteri tercapai biar apa cara sekalipun. Ikut gaya Machiavellism, tak kisah demokrasi atau tak demokrasi. Janji rancangan terlaksana jua meskipun darah nyawa yang tak berdosa ditumpahkan di jalanan.


Inilah akibatnya sikap terlalu taksub sesuatu pemimpin sehingga masa depan sendiri diperjudikan. Bila turun ke jalanan merusuh polis suruh bersurai, dia pergi melawan pulak. Lepas tu bila polis bantai dengan cota, sedap pulak cakap polis kejam?. Padahal dia sendiri yang memulakan provokasi. Tolonglah mahasiswa sekalian jangan jadi mangsa child politics, tak salah bagi kita nak mengambil tahu. Tapi jangan sesekali terjerumus ke lubang tahi bernama politik, buruk padahnya nanti. Utamakan pelajaran dahulu, politik lepas grad baru boleh join.


Baca di SINI dan SINI




Shacklesmith : Terpanggil ku di sini berbicara tentang politik.. Hanya sekadar memberi ingatan kepada semua yang terlibat..

No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget