Thursday, December 8, 2011

Pelik Tapi Benar! - Dulu Tandas Awam Mana Ada Cubicle

Tahukah anda tandas awam sudah wujud sejak dari zaman ketamadunan Rom purba lagi?, jangan hairan kalau sebelum terciptanya tangki simbah (flush) lagi sudah ada satu konsep yang apa kita kenali sekarang sebagai tandas awam. Malahan, kebanyakan penduduk kota-kota di dalam jajahan Rom sebenarnya tidak mempunyai tandas persendirian melainkan golongan kaya berbeza dengan kita sekarang yang mana boleh dikatakan setiap rumah mempunyai jamban persendirian. Boleh dikatakan jugaklah kalau nak mandi, mereka pergi ke public bath. Kalau mereka nak melepaskan hajat pulak, maka pergilah ke tandas awam (Roman Latrine).


Namun begitu, tidak seperti tandas awam moden yang kita ada sekarang ni. Tandas awam zaman Rom purba tidak dipisahkan melalui cubicle seperti tandas awam moden. Lebih malang lagi mereka tidak membeza-bezakan jantina jadi kalau sesiapa saja yang ingin melepaskan hajat tak kira lelaki ataupun perempuan maka lepaskanlah di mana-mana jamban yang mereka suka hatta terpaksa duduk bersebelahan dengan lawan jantina sekalipun!. Korang agak-agak kan, macam manalah kalau korang berdepan situasi sedemikian? 


Apa yang korang bayangkan sudah ada terjawab dalam video nie. Saksikan!



No comments:

Cool Link's Mesti Clicks!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget