Wednesday, December 21, 2011

Sejak Bila Pulak Pencacai Anwaristas Ni Jadi Suara Kami?

Rasanya sudah lama aku tak sentuh pasal politik ni beb, yelah sebab aku ni bukan politikus bahkan bukan blogger yang terikat dengan mana-mana parti (FYI, aku tak memegang sebarang keahlian parti baik dari UMNO, PAS mahupun PKR!) dan menjadi ahli pertubuhan-pertubuhan badan bukan kerajaan. Lagipun umur aku 21 tahun lagi kejadahnya nak melibatkan diri dengan tu semua beb. Nanti baru umur 25 tahun ke atas bila dah kerja dapat gaji kukuh barulah aku nak ambik serius pasal tu semua. Tu pun kalau aku berminatlah, setakat politik ni aku memang suka ambik tau sebab dah resam kepala Melayu suka dengar gosip baik dari hiburan mahupun politik.


Kecoh betul Sabtu sudah pasal kejadian turun bendera muka PM depan PWTC yang berpunca dari protes jalanan anti-AUKU. Berikut tindakan tak beradap oleh seorang pelajar TESL Universiti Perguruan Sultan Idris ini ramai yang telah melabelkan pelajar itu sebaga BIADAP. Yelah, aku pun bersetuju dengan gelaran sedemikian. Mana taknya beb, cuba korang bayangkan jikalau ada tetamu yang datang tak diundang dengan muka penuh perasaan tak puas hati tak tentu pasal datang ke rumah korang lepas tu tiba-tiba pergi cabut portrait bapak korang dan ganti dengan muka dia. Boleh ker korang tolerate benda macam tu?. Agak siot tu beb. Memang kurang ajar!


Punca mereka berhimpun di jalanan berdekatan PWTC dan Bangunan UMNO tu hanya satu, kononnya nak menggesa AUKU dihapuskan segera. First, aku terfikir sejenak. APALAH ANCAMAN SERIUS SANGAT AUKU NI KEPADA PARA MAHASISWA DI NEGARA KITA?. Setahu aku, AUKU ni dikuatkuasakan pada awal tahun 1970an ketika zaman Allahyarham Tun Razak untuk membendung kegiatan politik kepartian daripada masuk ke dalam universiti awam. Ianya bertujuan supaya kegiatan akademik tak diganggu oleh anasir luar berbaur kepolitikusan ini agar para siswa-siswi dapat menumpukan perhatian dalam bidang akademik yang diceburi mereka. Jadi apa kejadah motif mereka ni nak sangat AUKU dihapuskan. Supaya para mahasiswa ni boleh bertanding Pilihan Raya Umum ke hah?.


Jadi perlu sangat ker nak membawa masuk parti-parti politik ke dalam kampus dan membolehkan kegiatan politik kepartian dijalankan dalam kampus. Sudahlah pilihan raya universiti dalam pemilihan MPP antara Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa penuh dengan kekotoran hasil dakyah orang luar yang meracuni fikiran para pelajar supaya terikut-ikut dengan ideologi macchiavellism, ini nak bawak masuk terus politik kepartian dalam kampus alamat hancurlah masa depan anak bangsa gara-gara dek terlalu gian berpolitik. Korang sendiri sedia maklum kalau Melayu tu berpolitik, habis segalanya nak dipolitikkan sampai ke tepi kain celah kangkang suami isteri pun dijadikan bahan politik. Sedangkan adik-beradik dan suami isteri pun boleh bertelagah gara-gara politik inikan pulak pelajar universiti. Jadi boleh kah ianya menjamin satu persekitaran yang sihat dan kondusif untuk para mahasiswa menuntut ilmu?


Sekali lagi ingat wahai para pelajar institusi pengajian tinggi sekalian, bahawa kita datang ke universiti untuk BELAJAR dan bukannya BERPOLITIK!. Jangan hampakan harapan ibu-bapa kita kalau kecundang di universiti gara-gara akibat gian berpolitik. Sebenarnya tak salah kalau nak ambik tau pasal perkembangan politik negara tapi tak payahlah nak melibatkan diri kalau makan-minum sendiri pun masih ditanggung BIASISWA dan PINJAMAN!. Sedar kah tindakan anda yang menyebabkan pointer jadi merosot tu dikira mengkhianati pembayar cukai atas kerja membuang masa korang yang takde kena mengena dengan akademik langsung tu. Maka jadilah MAHASISWA dan bukannya MAHASEWEL.


Aku tengok hari tu berapa belas NGO yang kononnya 'mewakili' para mahasiswa berdemo nak menghapuskan AUKU dan boleh mengaku pulak suara 'BEBAS' dari sebarang pengaruh politik. Sungguh menghairankan, mengjengkelkan malah lebih menjelikkan kalau ye pun mereka mewakili suara yang BEBAS apa kejadahnya pulak dorang buat dengan tiga ekor malaun ni hari tu?


WTF??


Ejen DAJJAL Penghasut!

Nah, bebas apa kejadahnya kalau ejen-ejen dari parti berlambangkan mata Dajjal tu turut serta bersama dengan mahasiswa berakal lembu ini. Kata bebas tapi kenapa ada pengaruh luar?, aku pasti puak-puak nie sengaja nak menjahanamkan pemikiran para pelajar supaya 24 jam pikir pasal politik. Sebab itulah digelar Mahasiswa LEMBU!. 

Lagi satu, kenapa aku tengok yang berduyun-duyun menyertai demo tu semua pelajar Melayu?, apesal budak non-Meleis takde join buat tuntutan sekali ke hah? Ke dorang semua sibuk menelaah buku-buku pelajaran di hari minggu ataupun keluar makan angin bersama teman dan kekasih hati masing-masing?. Jelas sudah nampak yang begitu taksub berpolitik ni adalah pelajar MELAYU!. Budak-budak bangsa pun ambik pot jugak takdela seobses budak-budak Melayu nie. Sekali diingatkan, nak ambil pot tak salah beb. Cuma jangan dijadikan amalan sebab kita ni pelajar. Tumpukan saja pada aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum. Lain setakat nak berhibur takpe tapi janganlah teroverdose, ibadat jangan tinggal bai.

Akhir sekali aku nak ingatkan, banyak lagi benda penting yang kita harus perjuangkan sebagai MAHASISWA dan apa yang pasti POLITIK bukan matlamat utama di saat nie. Ada pelbagai perkara yang membelenggu Mahasiswa yang patut diambil berat, antaranya isu masalah sosial seperti SEKS BEBAS di kalangan pelajar tu diatasi terlebih dahulu. Kenapa tang tu korang semua dok diam hah. Entah-entah agaknya MAHASISWA LEMBU ni terlibat sama ke hah?. Tu pasal yang sibok berpolitik. Aduyai, tolonglah kurang berpolitik dan pikir perkara lain. Banyak lagi beb, politik tak bawak ke mana masa ni lagi. Kalau dalam kampus sendiri bermasalah buat apa sibuk-sibuk pasal politik di luar.

Shacklesmith : Politik bukan pegangan, jangan terikut-ikutkan budaya luar. Kelak negara hancur merana dibuatnya beb..

1 comment:

nurhaikal said...

salam. betul la tu. belajar dulu. terancam sgt ke ms depan dgn AUKU tuh compared study y merosot sbb nk berpolitik je. hm.

Cool Link's Mesti Clicks!

SocialPromoter

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masuk Jangan Segan-Segan

Nak Ke Mana Pulak Tu?

Jangan Ke Mana-Mana!!

Wibiya Widget